Aquasprite Theme Demo

MAHASISWA : Memahami Realiti Menjiwai Haraki

Posted by Syaheed on 22 June 2009 , under | comments (4)



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,

Bilamana menyedari lebih kurang seminggu saya tidak mengupdate blog ni, jadi saya memaksa dan menggasak minda dan diri saya untuk menulis demi mencetus mahu dan tahu kita tentang sesuatu isu dan perkara.Saya sangat gembira dan rasa bertuah sebenarnya apabila dapat berjumpa dan mendengar perkongsian dari dua orang yang sangat hebat iaitu Cikgu Azmi dari TERAS dan saudara Wan faisal (rausyanfikir.com) yang mana saya dan beberapa orang sahabat yang lain berusrah dan berkongsi pendapat dengan anak muda ini.

Saya begitu tertarik dengan penyampaian dari saudara Wan Faisal yang mengupas mengenai The University and The Captive Mind.

Sememangnya jika di lihat keadaan di universiti sekarang khususnya di Malaysia, mahasiswa seolah-olah terkurung minda mereka untuk melihat realiti dunia sebenar dan sikon semasa yang berlaku. Keadaan dan masalah ini perlu dilihat dengan lebih serius dan mendalam kerana keadaan dunia sekarang semakin hari semakin maju dan sindrom ‘Minda terkurung dan terpenjara’ ini semakin hari dilihat seperti masalah dan perkara biasa saja.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Emeratus Prof Khoo Kay Kim yang di kongsi oleh saudara wan faisal di blognya :

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."

Punca masalah captive mind ini berlaku adalah kerana kurangnya ilmu dan intelek yang menyebabkan kita jadi confused and error in knowledge. Akibat daripada kekeliruan ilmu ini memberi kesan kepada hilangnya adab dan akhlak sesorang muslim khususnya mahasiswa dan sikon ini menjadi lebih teruk lagi bilamana dua masalah ini menyebabkan bangkitnya the false leader dalam masyarakat kita pada hari ini.


Keadaan dan masalah dalam kitaran ini akan sentiasa berterusan (recycle)sekiranya kita tidak mengubah dan memperbaiki salah satu daripada 3 punca berikut.

Sebagai contoh, kita ambil masalah ilmu (knowledge ). Sekiranya kita khususnya mahasiswa betul-betul eager dan bersungguh-sungguh dalam pencarian ilmu dan memahami disiplin ilmu sebetulnya, kita tidak perlu lagi risau dalam memikirkan future leader yang akan memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Bak kata Jean Baudrillard :

“ We live in a world where there is more and more information but less & less in meaning”.
Fikir-fikirkan.

Saya memilih tajuk Mahasiswa : Memahami Realiti Menjiwai Haraki pada kali ini adalah kerana tertarik dengan cetusan yang di lontarkan oleh Cikgu Azmi dimana sebagai mahasiswa, kita seharusnya memahami keadaan reality semasa yang berlaku untuk kita menjiwai gerakan yang kita di bawa pada hari ini.

Sedar atau tidak, kita sering mempersoal dan membincangkan siapa yang kalah dan menang. Kurang sekali kira memikirkan siapa yang salah dan benar dalam sesuatu keadaan.

Sedar atau tidak, kita sering membenarkan yang kuat.Jarang sekali kita mengambil sikap menguatkan yang benar.

Inilah reality yang harus kita sedar pada hari ini. Dimana kita mahasiswa sekarang? Kemana halatuju kita? Apa tindakan yang harus kita lakukan?

Saya teringat akan ‘assignment’ yang diberikan oleh naqibat saya iaitu supaya membuat perancangan masa depan 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Insyaallah, ‘assignment’ dah siap,tinggal lagi nak submit dan di nilai oleh naqibat.(^_^).


Disini, suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat khususnya yang bergelar mahasiswa untuk sama-sama kita memahami situasi semasa berdasarkan realiti bukanlah berdasarkan fantasi dan khayalan minda yang syok sendiri.

1) Faham dan baca realiti

-Sebagai mahasiswa yang mana merupakan agen pengubah keadaan, kita perlucepat dan peka dengan realiti sekarang. Sebagai contoh, fahami keadaan ekonomi Negara sekarang, cuba memahami dan menjiwai reality kehidupan masyarakat sekarang dan sebagainya,key wordnya adalah cepat faham reality.

2) Realiti yang ‘real'.

-Baca dan faham reality sahaja tidak cukup tanpa kita rasai sendiri reality itu sendiri. Perlu di ingat, reality itu ada 2 jenis iaitu : a) masalah yang dirasai b) masalah yang tidak dirasai..sebagai contoh, isu ISA. Saya meletakkan isu ISA ini sebagai reality masalah yang tidak dirasai. Mungkin sesetengah masyarakat tidak begitu mengambil cakna akan isu ini kerana ia bukanlah masalah yang dirasai sendiri oleh mereka. Tugas kita mahasiswa adalah bagaimana untuk kita menukarkan masalah yang tidak dirasai ini kepada masalah yang dirasai oleh semua pihak supaya ia menjadi suatu reality yang ‘real’.

3) Merubah reality

-Selepas kita dapat genggami reality yang real ini, tugas kita seterusnya adalah cuba untuk merubah reality tersebut. Saya kira begitu banyak masalah masyarakat yang perlu di ambil perhatian oleh mahasiswa dalam kita membela masyarakat tanpa kita mengkesampingkan isu –isu mahasiswa dan isu semasa yang lain.Dalam usaha untuk merubah reality, kita haruslah berupaya untuk membentangkan sesuatu masalah kepada masyarakat agar isu yang kita bawa itu dapat juga dirasai oleh masyarakat lainnya. Disinilah peranan strategi dan pelaksanaan memainkan peranan yang penting. Kalau loghat klate disebut ‘jijok’. Makna kata, untuk melakukan sesuatu gerak kerja, kita dan penggerak yang lain haruslah ‘jijok’ dengan gerak kerja tersebut. ( boleh tanya sahabat-sahabat Kelantan yang lain kalau nak tahu maksud ‘jijok’ =).



Sebelum entri ini berakhir, suka juga untuk saya berkongsi beberapa tips yang telah diberikan oleh Cikgu Azmi tentang persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh aktivis mahasiswa untuk kita menjiwai reality dan memahami haraki yang diperjuangkan.

1)Hadam konsep 4S

a) Sacrifice > perlu bersedia untuk berkorban masa,tenaga ,wang hatta nyawa sekalipun.

b) Self-denial (hidup berdikari)-> sebagai aktivis mahasiswa,cuba untuk tidak memanjakan diri dalam menghadapi apa jua keadaan. Bak kata seorang sahabat, cuba jadi 'hati kering '.

c) Simplicity > cuba jadi seorang yang sederhana dalam berbelanja tetapi tinggi dan besar hasilnya.Kalau bahasa kampung saya berbunyi 'simple living,high thinking'(^_^).

d) Steadfastness > Istiqamah.


2) Faham masa lalu ( faham sejarah), Bertindak masakini, Merancang masa depan.


Teringat satu kata-kata famous yang di ungkap oleh pak natsir :

"Pemimpin tidak boleh dicetak.Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh ummat.".
wassalam.

[Cikgu Azmi TERAS]

[Bergambar kenangan bersama Pengerusi dan SU SIGMA]

~Berjuang,berjuang dan terus berjuang.~

Senario Dunia Islam & Strategi menghadapinya

Posted by Syaheed on 16 June 2009 , under | comments (3)




Golongan Yahudi & Nasrani tidak sesekali akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut jejak langkah (anutan) mereka...( Al-Baqarah: 120 )
Sejak kebelakangan ini saya begitu tertarik & teruja untuk mengkaji sejarah kebangkitan & kejatuhan Islam setelah mendengar satu siri ceramah dari ustaz Kazim berkenaan dengan Bagaimana Yahudi begitu licik menipu kita. Sebenarnya minat ini sudah mula membiak dalam diri ketika mana saya mengambil subjek Islam,Knowledge & Civilization yang telah di ajar oleh anak murid seorang tokoh yang hebat Syed Naqib Al-Attas iaitu Dr.Aliza.. Dalam masa yang sama juga pemikiran saya sekarang semacam digasak dan di asah untuk lebih banyak berfikir dan lebih kritikal dengan keadaan semasa umat Islam masa kini..

Dunia semasa hari ini memperlihatkan suatu
sikon ( situasi dan kondisi ) yang amat-amat berbeza daripada perspektif dunia Islam pada era Rasulullah SAW. Semestinya beberapa cabaran dan bentuk-bentuk ancaman musuh Islam perlu disedari secara lebih kritis dan teliti agar perancangan untuk menghadapi bahaya musuh Islam ini lebih-lebih lagi di zaman teknologi dan globalisasi ini yang semestinya menjanjikan pelbagai risiko berbahaya untuk agama dan umat Islam seluruhnya.

Saya tertarik dengan rumusan Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Ustaz MiorIsfandy semalam di mana secara umumnya Ucapan Dasar Presiden banyak menyentuh berkenaan dengan permasalah dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang sememangnya menjadi core problem di Malaysia sekarang. Inilah dia implikasi negatif yang dirasai oleh hampir kesemua negara-negara Islam pada hari ini hasil daripada penguasaan secara monopoli kuasa Amerika Syarikat dan sekutu Liberal Kapitalisnya.

Secara ringkasnya, keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kesan daripada ideologi sekularisme dan aktiviti-aktiviti gerakan musuh yang tersusun seperti Kristianiti,Zionis dan Orientalis. Di samping itu, saya melihat permasalahan dunia Islam pada hari ini sebenarnya adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran.

Faktor Dalaman :

1)
Prejudis dan hilang keyakinan dikalangan umat Islam sendiri terhadap sistem dan ajaran Islam itu sendiri.
2)
Tiada kesatuan fikrah melaksanakan tindakan terhadap isu-isu yang berkaitan kepentingan ummah.
3)
Kurangnya penguasaan umat Islam dalam perkembangan ilmu dan kepesatan teknologi bagi menyaingi kemajuan teknologi barat.
4)
Ketiadaan kuasa penentu di kalangan negara-negara dunia Islam dalam menghadapi ancaman luar ( OIC hanya tinggal nama ).

Faktor Luaran :

1)
Serangan ideologi dari Barat yang terpaksa dihadapi oleh negara-negara Islam.
2)
Cengkaman daripada pertubuhan atau pergerakan antarabangsa yang menggunakan nama kebajikan,pendidikan seperti IMF yang menawarkan bantuan kewangan yang akhirnya menyebabkan negara-negara Isla terpaksa akur terhadap setiap keputusan Barat.
3)
Tekanan dari PBB itu sendiri samada melalui piagamnya, sekatan-sekatan ekonomi, kuasa veto dan sebagainya.
4)
Pengaruh media massa serta teknologi maklumat yang mana banyak digunakan untuk memudahkan penyampaian propaganda yang penajanya didalangi oleh Zionis laknatullah.

Saya gusar dan gundah melihat senario dunia Islam pada hari ini yang mengalami ketidak satuan samada dalam aspek politik,ekonomi juga sosialnya. Seorang tokoh Barat yang bernama Golam W.Choudhury, beliau mengklasifikasikan negara-negara Islam pada hari ini kepada 3 jenis iaitu :

1) Negara-negara yang membangunkan negaranya dengan acuan kenegaraan Islamnya sendiri seperti Afghanistan, Iran, Pakistan, Saudi Arabia dan Sudan. Bagaimanapun, sesetengah sarjana tidak menganggap negara-negara ini sebagai negara yang bertaraf Daulah Islamiyyah kerana masih terdapat beberapa aspek yang tidak selari dengan pemerintahan yang di asaskan oeh Islam pada zaman kerajaan Islam MAdinah.

2) Negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam dan memberi perhatian terhadap aspek keislaman tetapi secara majoritinya, negara-negara tersebut tidak mengisytiharkan mereka sebagai negara Islam meskipun kadangkala lantang memeperkatakan isu-isu berkaitan dengan Islam. Mereka ini hanya menggunakan Islam sebagai agama rasmi sahaja dan ini termasuklah Malaysia yang kucintai:).

3) Negara-negara yang lebih memilih untuk diisytiharkan sebagai negara sekular seperti turki. Negara-Negara ini hanya mengambil Islam sebagai agama ritual semata-semata tanpa melibatkan aspek kehidupan yang lain. Saya kira inilah sistem negara Islam yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah di Turki.

Inilah dia senario dunia islam sekarang. Suatu perkara yang harus kita ingat ialah tindakan ini sebenarnya amat merugikan umat Islam dan menyebabkan dunia Islam sentiasa tertinggal di belakang. Teringat dengan janji Allah dalam FirmanNya :

" Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang ( kepada kekufuran), maka jadilah kamu orang yang rugi." ( Ali-Imran : 149 )
Saya ada membaca satu buku mengenai kesan Sekularisme ke atas dunia Islam. Jadi, suka untuk saya kongsikan disini beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam seperti aspek pemikiran,sosial,politik,ekonomi,pendidikan dan juga perundangan yang mana ia adalah hasil daripada penularan ideologi sekular.

Alan Richardson ada menyebut dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan :

"Dunia Islam yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka."

Aspek Pemikiran :

Kita lihat hari ini di Malaysia khususnya di mana pemikiran umat Islam semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja. Saya bagi contoh : Semasa sambutan Maulidur Rasul, kita dapati imej dan syiar Islam begitu di jaga, namun pada masa yang sama di luar aktiviti ini, Islam tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan atau kelas agama tamat. Contoh kedua dalam urusan perkahwinan. Rukun,syarat dan adab begitu dijaga kerana bimbang takut-takut perkahwinan tidak sah, sedangkan pergaulan bebas sebelum perkahwinan tidak pernah diambil kira mengikut syariat Islam. Inilah dia bentuk pemikiran masyarakat pada hari ini yang mana semakin sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal Islam dengan hal-hal ekonomi,sosial dan lain-lain.

Aspek Politik :

Aliran politik barat tertanam di dalam jiwa setiap umat Islam seperti fahaman kapitalisme,sosialisme,nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini begitu kuat dipengaruhi dan dihantui oleh sekularisme sedangkan agama islam telah meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politi,ekonomi,dan sosial. Malah di zaman Rasulullah dulu menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti yang mana menunjukkan integriti agama dengan kehidupan seluruhnya. Menyentuh tentang fungsi masjid ini,saya teringat akan cabaran yang telah dilontarkan oleh lecturer saya dalam subjek
Quran, Sunnah & Built Environment, dimana beliau mencabar semua pelajar senibina bagaimana untuk mencorak atau membuat design masjid yang mana dapat attract muslim khususnya remaja agar tertarik untuk ke masjid dan menjadikan masjid itu berfungsi seperti mana zaman Rasulullah..huh! agak berat untuk menyahut cabaran tu prof tapi ia tak mustahil sebenarnya. Nothing is imposible!(^_^)


Aspek Pendidikan

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Jika kita lihat, sistem pendidikan negara disusun daripada pra-sekolah sehinggalah kepada peringkat tertinggi adalah mengambil dari dasar sekular. Ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan ; samada aliran agama ataupun bukan agama. Apa itu aliran bukan agama? Ia bermaksud pengajian subjek-subjek umum di sekolah digubal menggunakan idea-idea barat yang tidak disepadukan dengan pemikiran islam.Lebih meyedihkan lagi apabila aliran pendidikan Islam semakin d pandang sepi dan mendesak masyarakat mengutamakan disiplin-disiplin lain.

Saya mengambil contoh keadaan semasa sekarang dimana kita melihat Kementerian Pendidikan mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM...Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa tidak kertas Pendidikan Agama untuk pelajar Muslim?

Kredit diberikan kepada GAMIS kerana akan menganjurkan Kongres Pendidikan pada bulan Julai akan datang.Maklumat lanjut mengenai kongres ini boleh dilihat disini

Inilah beberapa aspek yang telah berjaya memberikan implikasi negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia hasil daripada penjajahan ideologi sekularisme dari Barat ini.

Hasil daripada pembacaan beberapa buah buku, suka untuk saya lontarkan disini beberapa strategi untuk kita menghadapi ancaman dan cabaran ini :

1) Kita ( umat Islam ) haruslah
cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari belenggu ideologi penjajah dari segi politik,ekonomi,sosial,pendidikan, dan perundangan.Seharusnya semua aspek ini kita perlu berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

2)
Pemantapan akidah Islam dan semangat jihad di dalam diri setiap muslim perlulah ditanam. Tidak hairanlah apabila Abu "ala Al Maududi meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam sebagai menggambarkan betapa jihad merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi dunia globalisasi masa kini.

3)
Jadikan Al-Quran & hadis sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan dan perjalanan hidup merangkumi semua urusan.

4) Para
pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama.

5)
Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dan pendidikan dari taman asuhan hinggalah ke peringkat universiti.

6)
Dakwah Islam perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan dengan menggunakan cara yang mudah,praktikal dan logik.

7) Saingan
teknologi dan perkembangan sains moden hari ini perlu di hadapi dengan usaha-usaha positif oleh umat islam bagi menyeimbangkan cabaran teknologi masa kini.

Secara konklusinya, dalam konteks dunia islam pada hari ini, kita perlulah berhati-hati dan berstrategi dalam menghadapi musuh agar satu hari nanti kita dapat melihat Islam Memimpin Perubahan.Insyaallah.

Siiru 'Ala Barakatillah...


~ Begin With The End Of Mind~

Jangan hanya membela SIS

Posted by Syaheed on 13 June 2009 , under , | comments (1)



Berikutan usul tentang pengharaman NGO Sister In Islam (SIS) oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada Muktamar ke 55 tempoh hari, pelbagai reaksi negatif juga positif yang telah di lontarkan oleh pelbagai pihak.

Ada pihak yang menawarkan untuk menjadi orang tengah bagi PAS dan Sister In Islam berdebat.

Ada juga yang mencadangkan SIS ini tidak diharamkan tetapi hanya di tukar perkataan Islam kepada yang lebih sesuai.

Dan ramai lagi yang mengkritik dengan pelbagai cadangan juga tohmahan.

Saya sedikit gusar apabila banyak respon negatif yang di lemparkan khususnya kepada parti PAS itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti membela NGO Sister In Islam ( SIS ) ini . Dalam keadaan ini, jika saya berada di situasi SIS sekarang,saya merasa begitu terharu dengan pembelaan dari pelbagai pihak khususnya dari orang agama.

Saya tak hairan jika Tun Mahathir yang mengkritik usul dari PAS ini kerana anaknya Marina sendiri yang terlibat dalam SIS. Tetapi saya cukup sedih kerana yang mengkritik itu adalah dari orang agama sehingga melabelkan PAS itu bersifat 'kuku besi' dan lebih teruk lagi mengkritik secara terbuka agar Dewan Ulama dibubarkan. Sesungguhnya kenyataan seperti itu akan memberi sedikit kesan buruk kepada Islam itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti mengangkat martabat SIS.

Apa yang saya faham, usul yang dicadangkan oleh PAS Shah Alam adalah supaya Sister In Islam yang membawa aliran Islam Liberal ini di siasat dan di selidik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sekiranya SIS terbukti bertentangan dengan Syariat Islam,maka Majlis Fatwa hendaklah mengharamkan pertubuhan tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan dari setiausaha GAMIS, Siti Nurul Munawirah Mohd Roslan yang menjelaskan bahawa :

"Kami (SIGMA) memahami tindakan Pas (Parti Islam SeMalaysia) itu adalah susulan
kedegilan dan keangkuhan SIS (Sister In Islam) untuk membuka ruang penghujahan yang adil untuk mencari kefahaman Islam sebenar. Pandangan Pas amat kami sokong, namun begitu SIS masih ada peluang untuk tidak diharamkan iaitu apabila mereka bersedia berubah, Pas wajar membuka pintu kerjasama pula,” jelas beliau panjang lebar.

Saya bimbang dalam keghairahan kita mengkritik, di sana ada pihak yang sedang mentertawakan kita umat islam. Sesungguhnya Yahudi tidak pernah berhenti berusaha untuk menghancurkan Islam.

Teringat ucapan dari
Theodore Hertzel ( pencetus idea penubuhan negara Yahudi ), beliau ada mengatakan dalam ucapannya ketika Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland pada tahun 1987 :

"misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran"


Sememangnya memberi kritikan itu tak salah tetapi cara dan medan yang digunakan untuk mengkritik itu mungkin salah.

Betulkan saya andai tersilap.


~ Berjuang,berjuang & terus berjuang ~

Al-Kisahnya....

Posted by Syaheed on 07 June 2009 , under | comments (0)



“Salam.ustazah..tolong bagi pengisian untuk usrah malam ni boleh?” mesej seorang sahabat petang tadi.

“Maaf.ana tak dapat bagi pengisian dan juga tak dapat hadir usrah malam ni. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah 3 hari ana sakit gigi.asif jiddan.” Replyku kepada sahabat.

Sebenarnya, 2, 3 hari ini mood tak berapa baik. Pelbagai benda di fikirkan. Mungkin terasa sedikit sunyi dek kerana sahabat-sahabat terdekat semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang kerana ada kenduri yang perlu di uruskan, tak kurang juga yang pulang ke kampung mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga..Tinggal lagi aku yang masih tak berpeluang untuk pulang ke rumah di sebabkan ada beberapa urusan penting yang perlu di sempurnakan di kampus. Ingatkan minggu ini boleh balik, tetapi terhalang oleh exam pertengahan semester. Minggu depan juga mungkin tak dapat balik kerana ada group presentation. Umi di kampung telah beberapa kali mendesakku untuk pulang. Katanya tak puas bermanja dengan anak-anak dia ni yang pulang hanya seketika cuma..Insyaallah umi, ada masa dan peluang , anakmu akan pulang nanti.

Berbalik kepada mesej yang diberikan oleh sahabat tadi, hatiku ini sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi pelawaan sahabat. Ujian sakit gigi ini sedikit sebanyak telah membantutkan percakapan dan pergerakanku. Nikmat bercakap sedikit sebanyak telah di tarik oleh Allah. Tapi semua ini tidak menjadi masalah bagiku. Bak kata naqibat usrah
“ cuba jadikan setiap masalah dan ujian ni sebagai suatu peluang untuk kita”.

Jadi ,aku cuba applykan nasihat naqibatku tersebut dengan harapan dapat mengembalikan semangat yang sedikit lesu.

Semalam, aku menggagahkan diri untuk hadir ke muktamar PAS kali ke-55 yang diadakan di Shah Alam, walaupun sebenarnya badan tak berapa sehat . Banyak yang dapat ku ambil pelajaran dan iktibar disana walaupun sekadar menjadi pemerhati sahaja..Kalau dulu aku hanya menyanyikan lagu tema PAS bersama rakan-rakan, tetapi di muktamar, aku mengalunkannya bersama-sama pemimpin-pemimpin PAS yang lain.Sangat teruja! Alhamdulillah.

Ok.setakat itu dulu cerita muktamar.

Disebabkan nikmat bercakap telah ditarik sedikit sebanyak oleh Allah, jadi aku cuba mencari semangat dicelah-celah kelesuan ini. Alhamdulillah, semangat mulai pulih setelah membaca kisah mengenai kehebatan seorang insan yang bernama Siti Rahmah.Siapa dia ini?

“Kematian seperti tempat jemuran kain.apa sahaja akan kering di atasnya. Begitu juga dengan kematian. Biar siapa pun kita,Apa pangkat kita, berapa usia kita!” Itulah antara isi ucapan ceramah Siti Rahmah.

Pandangannya tajam tertumpu pada setiap hadirin. Tidak kira berapa ribu orang dihadapannya, semuanya gembira dan tertarik dengan persembahan ceramahnya. Dia dapat mengajak semua orang istighfar, berselawat, bernasyid dan ada ketikanya sama-sama menangis.

Kemampuannya meminta semua hadirin dari semua perigkat golongan usia berdiri sambil berselawat dengan kuat adalah antara ciri-ciri berjayanya seseorang penceramah professional.Siapa sebenarnya Siti Rahmah ni?

Penceramah hebat ini sebenarnya baru berusia 10 tahun yang berasal dari Pulau Batam,Indonesia..Beliau adalah anak kepada Pak Kiyai Haji Mohd Sholehan dan ibunya bernama Ummu Nur Jannah Haji Sahlan. Bukan hanya Siti Rahmah, malah empat lagi saudaranya juga mampu menyampaikan ucapan dengan baik sekali.


Mereka telah berjaya mengisi banyak program yang telah di atur oleh pihak penganjur setempat.Pernah pada satu malam, ketika mengisi program di Kedah selama 5 hari, ada kalanya satu malam mereka berpecah pada tiga tempat berasingan ekoran permintaan masyarakat.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah sepanjang 5 hari tersebut, mereka telah berjaya menyampaikan ucapan di 13 tempat. Pernah suatu hari, Siti Rahmah terpaksa menyampaikan ceramahnya di dua tempat berasingan. Satu lepas maghrib dan satu lagi lepas isya’.

Masyaallah. Memang sangat teruja membaca kisah mereka. Betapa hebatnya mereka dalam public speaking ini sehingga dalam usia yang muda sudah mampu menarik perhatian pendengar untuk terus setia mendengar ceramah mereka..Kita pula bagaimana?

“ Wahai kaumku demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang seolah-olah kita bencikan apa yang kita impikan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang dengannya kita dimuliakan Allah.Maka ayuhlah kita bergerak, dihadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”
– Abdullah bin Rawahah RA-


~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~

Ukhuwah Itu Pada Berlapang Dada

Posted by Syaheed on 02 June 2009 , under , | comments (0)





JAGALAH TUTUR KATA DAN PERASAAN ORANG LAIN

“Assalamualaikum, boleh tumpang duduk di sebelah?” sapa saya pada seorang adik usrah ni.

“Eh kak, duduklah,” dia terkejut kedatangan saya di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.

“Redupkan petang ni kan?” dia memulakan bualnya. Saya lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari saya.

“A'ah! Redup-redup. Tapi wajah adik tak seredup petang ni akak tengok,” saya memancing. Zira gugup.

Dia diam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.

“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, saya ok je kak,”

“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Zira sembunyikan daripada akak?”

Selepas memancing dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Zira membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Zira ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Imah.

“Apa Dik kata pada Imah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal saya. Dia diam lagi, mungkin dia cuba ingat-ingat semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.

“Adik dah minta maaf pada Imah?” saya menambah, cuba mahu meredakan hati kusut Zira.
Dia menggeleng. Diam Zira petang itu terus digamit perasaan.

“Akak rasa Zira yang salah ke kak?” soal Zira ingin kepastian. Saya gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Zira tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.

“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”

“Kalau Adik tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau adik yang dahulukan untuk memohon maaf,” lembut saya menyatakan pada Zira. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.

“Tapi kak....”

“Hmmm?”

“Tak akan teguran macam itu pun Imah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat bekerja bersama, kena fahamlah,” Zira menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.

“Faham yang macam mana adik maksudkan?”

“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai abaikan tanggungjawab?”

“Zira rasa macam itu?”

“Hmm.. maksud adik, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah saya. Zira cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang saya menunggu jawapan.

“Kalau Zira duduk di tempat Imah, agak-agak apa Zira rasa?” saya menduga seketika. Zira diam lagi.

“Masakan adik tidak tahu perasaan Imah, 2 tahun akak tengok Zira rapat dengan dia,”
Saya pula diam, membiarkan Zira berfikir. Dia kelihatan sedih.

“Adik tak setuju dengan pendapat akak? Marah dengan akak?” soal saya. Perlahan-lahan dia menggeleng. Saya merapatkan duduk saya disebelahnya.

“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Zira, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”

Sunyi.

“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan putus asa,” saya memecahkan kebuntuan agar Zira dapat mencari jawapan yang sudah ada pada saya.

“Merajuk?” jawab Zira.

“Lagi?” saya mengorek. Zira terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.

“Kalau akak kata Baginda berkecil hati adik setuju?” soal saya.

“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.

“Sekarang adik sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”

“Sudah tentu bukan kak!” Zira sudah mulai faham topik yang saya cuba sampaikan.

“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Zira juga, macam Imah juga,” pantas saja jawapan saya.

“Dalam persahabatan juga begitu, Imah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Adik dalam gerak kerja ni, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Zira ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah saya.

“Adik tak rasa macam tu?” tanya saya menduga.

PADA BERLAPANGNYA DADA...

“Hmm..saya kurang jelas dengan perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana yang perlu didahulukan ye kak?” saya nampak dia mulai faham konsep yang saya mahu sampaikan.

“Dua-dua penting dik!”

“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu baru kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang,justeru senang nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah saya lagi.

“Habis tu saya kena minta maaf pada Imah?”

“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau adik rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah adik dengan Imah. Teruskan,” cadang saya.

“Adik kenalah berlapang dada,”

“Berlapang pada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.

“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar. Yakni, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas saya. Zira nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.

Petang yang damai itu, saya puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.

“Nak ke mana tu dik?” tiba-tiba saja Zira bangkit mahu meninggalkan saya.

“Nak cari Imah lah kak,”

“Tinggalkan akak sorang-sorang?” saya bergurau.

“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang saya hulur.

Berderai hela tawa. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.

p/s : tulisan asal adalah dari Afiq Saleh.Syukran sahabat


~Begin With The End of Mind~

Buat duit dengan BLOG?

Posted by Syaheed on 27 May 2009 , under , | comments (1)



Salam optimis,

Hmm,jarang-jarang sekali saya buat entri tentang bisnes di internet ni. Kali ini, disebabkan sahabat saya di UTP telah berkongsi dengan saya 3 ebook hasil tulisan beliau tentang cara-cara buat duit dengan internet yang bagi saya agak menarik, jadi, suka untuk saya kongsikan juga bersama sahabat-sahabat pembaca sekalian mengenai ebook percuma dari beliau ni.

Ebook ikan kecil untuk ikan besar adalah berkisar tentang pengalaman sahabat saya iaitu Raja Kamil ( seorang jutawan internet ). Beliau berkongsi cerita bagaimana beliau mula mengenali dunia bisnes internet dan sepak terajangnya.

Ada juga yang bertanyakan kepada beliau, bagaimana caranya buat duit secara online. Mereka bertanya bertubi-tubi hingga ada yang tanyakan , di manakah Raja Kamil mula-mula mendapat duit dari online.

Akur, dengan soalan yang bertubi-tubi itu, beliau keluarkan ebook yang bertajuk Duit Pantas Dari Lelong.com.my. Ya, duit pertama beliau dari online ialah daripada lelong.com.my, sebuah laman bidaan Malaysia.

Bukan seringgit, bahkan RM150 adalah jumlah yang Raja Kamil terima ketika mula-mula menerima duit daripada online ini.

Dalam ebook Duit Pantas Dari Lelong.com.my, beliau menceritakan stratergi-stratergi yang beliau ambil sehingga berjaya menghasilkan duit dari sana.

Seterusnya, ebook yang bertajuk 3 Idea Buat Duit Dengan Blog mendedahkan 3 cara yang Raja Kamil gunakan untuk menghasilkan pendapatan dengan blog.

BUKAN ITU SAHAJA

Anda juga boleh mengedarkan ebook-ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja, malah anda juga boleh MENJUAL SEMULA pada harga yang anda suka.

Yang lagi best, Raja Kamil akan bagi hadiah kepada anda yang mendownload ebook beliau..nak tahu apa hadiahnya?? Cubalah sekarang..

Terima kasih kepada sahabat saya, Raja Kamil atas jasa beliau membantu kita menjana duit melalui internet.

Untuk mendowload ebook-ebook di atas, hanya klik pada gambar tersebut.Selamat membaca.

wassalam

~Begin With The End of Mind~



Cara Menukar Template Blogspot

Posted by Syaheed on 26 May 2009 , under , | comments (0)






"Shahidat, ajar akak macam mana nak tukar layout blog akak"

"Dik,tolong buatkan blog untuk akak leh?Nanti akak bayar"

"Shahidat free tak?Nak minta tolong ajar macam mana nak cantikkan blog"


Inilah antara permintaan dari kakak-kakak dan juga sahabat-sahabat untuk saya mengajar mereka cara-cara untuk menukar layout sekaligus mencantikkan blog..Disebabkan kekangan masa,saya terpaksa menolak dan menangguh permintaan sahabat-sahabat saya.Minta maaf semua.

Bagi tidak mengecewakan mereka, disini,suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu tentang cara-cara untuk menukar template blogspot dengan harapan dapat menunaikan permintaan sahabat-sahabat juga sebagai ilmu untuk pembaca sekalian.

Seperti yang kita sedia maklum,blog adalah ibarat rumah kita.Apabila dikatakan rumah,tentunya kita ingin melihat rumah kita cantik dan kemas.Sebenarnya,banyak cara yang dilakukan untuk membuat blog menjadi lebih cantik, diantaranya dengan menambah elimen-elimen dan juga dengan mengganti template blog. Jika kita mengganti template dengan template yang sudah disediakan blogger maka itu adalah cara yang paling mudah, kita pilih dan disimpan terus jadi. Namun template yang disediakan sangat sedikit dan penampilanya juga standard, sehingga kita seringkali mencari template lain yang lebih cantik, kerana sekarang banyak web2 dan blog2 yang menyediakan template yang cantik.

Menukar template bukanlah semudah yang di sangkakan kerana kesannya,kita akan kehilangan beberapa elemen dan widget-widget yang menarik dalam layout yang sebelumnya.Di sini, ingin saya jelaskan beberapa langkah yang perlu di ambil sebelum menukar layout baru.

Pertama
anda harus membackup dulu template anda yang lama.Caranya, anda masuk ke menu "Layout --> Edit HTML", terus klik link bertuliskan "Download Full Template" terus simpan file yang diberikan.

Kedua
,anda perlu backup elemen-elemen atau widget-widget yang dah pernah anda pasang sebelum ni, caranya >>masuk ke menu "Page Element", disitu kan banyak element-element yang sudah anda pasang, dibawahnya ada link bertuliskan "edit" klik link-link tersebut satu persatu, copy isi dari element itu dan simpan dalam notepad. Kalau anda dah ganti template dan ingin memasang element-element tersebut tinggal copy dari notepad dan letakkan di "add page element".

Ketiga,
jika template dan element-element sudah di backup, langkah seterusnya ialah mengupload template yang sudah anda download. Biasanya file template yang di download berbentuk "XML" tapi kadang-kadang ada juga yang berbentuk "zip atau rar".Jika begitu, anda harus mengekstraknya terlebih dahulu sehingga dapat file berbentuk "xml". Kemudian cara menguploadnya, Kembali ke menu "Edit HTML", disitu ada button "browse" .Klik button tersebut dan cari file template yg anda download tadi dan pastikan yang berformat XML, setelah itu terus klik button "upload".

Keempat,
biasanya kita akan mendapat pengesahan bahawa segala widget-widget kita akan dihapuskan.Abaikan sahaja. Klik button "Confirm & Save".Selesai.Anda akan melihat blog anda berwajah baru:)

Di sini, suka untuk saya kongsikan beberapa web yang menyediakan template-template yang menarik. Pilihlah mengikut citarasa anda.

1) http://btemplates.com/
2) http://www.pyzam.com/
3) http://www.blogspottemplate.com/
4) http://blogspottemplates.blogspot.com/
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates/

dan banyak lagi..nak senang, tanya sahaja pakcik google, nanti dia akan keluarkan list web-web yang sangat banyak. Haa..Lu pilihlah sendiri.hehe..Selamat mencuba (^_^)

wassalam

p/s : sebarang pertanyaan,leh tinggalkan kat komen atau pun kat shoutbox.

pp/s : Blog yang cantik dan kemas memang bagus, akan tetapi lagi bagus kalau sentiasa update bagi mengelakkan blog kita bersawang . Seperti juga rumah, cat baru pun tak guna juga kalau kita tinggalkan rumah buat sekian lama tanpa penghuni.(^_^)

~Begin with the End of Mind~

Key Performance Index Muslim

Posted by Syaheed on 20 May 2009 , under | comments (0)




Salam Intelek,

Beberapa minggu yang lepas, saya dan exco ma'ruf club yang lain telah berkampung beberapa hari bagi membincangkan KPI yang telah kami capai sepanjang semester lepas. Pelbagai cadangan, kritikan membina serta muhasabah telah di lontarkan sepanjang perbincangan dan brainstorm antara kami dengan satu semangat untuk membawa ma'ruf club lebih kehadapan sebagai satu kelab dakwah di UIA.

Kita tinggalkan dulu KPI ini. Kali ini,suka untuk saya kongsikan satu artikel tentang KPI kita sebagai seorang muslim dan mukmin. Kalau didalam berpersatuan, kita sering menilai prestasi gerak kerja kita, bagaimana pula KPI kita sebagai seorang muslim dan mukmin?

ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?

Pastinya ia memerlukan kepada penanda aras atau neraca untuk mengetahuinya.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam mengukur tahap keislaman dan pengabdian diri konsep kita sebagai Muslim tidak boleh lari daripada tiga perkara utama iaitu Islam, iman dan ihsan.

"Islam ialah yang membabitkan rukunnya kenalah mencukupi, seperti ibadat solat, haji dan zakat perlu ditunaikan dengan sempurna.

"Persoalan iman membabitkan enam perkara. Dalam ihsan, kita melakukan ibadat seolah-olah kita melihat Tuhan, jika tidak dapat melihat Tuhan, lakukanlah seolah-olah Tuhan melihat kita," katanya.

Menurutnya, dalam Islam juga ada konsep muhasabah iaitu melihat kekurangan yang ada pada diri dan kesilapan dilakukan, memperbaikinya dan melakukan yang lebih baik pada masa depan.

"Ramai orang berkata, muhasabah adalah membabitkan perkara yang sudah dilakukan, manakala perkara sebelum dan sedang dilakukan adalah tidak termasuk dalam muhasabah.

"Tetapi sebenarnya, kita kena lihat juga perkara yang belum dan sedang dilakukan, sama ada baik atau tidak, bahkan kesudahannya baik atau sebaliknya.

"Itulah neraca kita sebagai Muslim. Persoalan sama ada amalan yang dilakukan itu diterima atau tidak terserah kepada Allah," katanya.

Mengenai amalan yang ikhlas, Imam Nawawi dalam keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga bahagian, iaitu:

* Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.

* Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.

* Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.

"Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"

Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, neraca yang diguna pakai Islam adalah bersifat syumul, kerana bertunjangkan akidah dan wahyu Ilahi.

Sementara neraca yang lain dari Islam menurutnya tidak sedemikian kerana lebih bersifat luaran dan material, malah ia mungkin baik dari satu sudut dan tidak pada sudut yang lain.

Al-Syahid Sayyid Qutb dan Abul Ala Al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim, berkata kayu ukur yang dipakai Allah dalam menilai kedudukan seseorang adalah apakah hidupnya, matinya, kesetiaannya, kepatuhan dan pengabdiannya.

"Seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah semata-mata, lalu ia dinilai sebagai seorang Mukmin dan Muslim.

"Tetapi apabila semua itu diperuntukkan bagi yang lain, ia bukanlah Mukmin atau Muslim. Siapapun yang tidak memenuhi ciri ini bererti kurang imannya.

"Menurut Allah, satu-satunya hal yang dapat dinilai adalah apakah anda telah memberikan segala yang anda miliki pada jalan-Nya.

"Bila anda telah melakukannya, anda akan memperoleh hak istimewa, diberikan kepada mereka yang setia kepada-Nya dan menerima hak pahala bagi pengabdian anda kepada-Nya.

"Tetapi bila anda mengecualikan apa pun juga dari pengabdian kepada-Nya, pengakuan anda sebagai seorang Muslim, yang bererti anda mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah adalah pengakuan palsu, hanya dapat mengabui mata dunia dan masyarakat Islam, tetapi tidak akan dapat menipu Allah."

Sekiranya mekanisme KPI memandang penting kepada objektifnya, kehidupan seorang Muslim meletakkan sasaran bertemu Allah di akhirat.

"Maka sesiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." (al-Kahfi: 110)

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Say No to Mat Rempit

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam optimis,

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepadaNYA kerana saat dan ketika ini diberikan kekuatan untuk meng'update' blog. Saya tertarik dengan satu berita yang di siarkan di akhbar online mstar.com tentang larangan polis supaya kita jangan gunakan lagi panggilan mat rempit untuk dilabelkan kepada samseng jalanan ini.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz,Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada samseng jalanan ini iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini kerana sehingga kini hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka.

Apabila bercakap tentang budaya samseng jalanan ini yang semakin berleluasa, tertarik dengan berita tentang sekumpulan kira-kira 30 pelajar lelaki yang ponteng sekolah dan berkeliaran bagaikan pelesit dengan menunggang motosikal ala-ala mat rempit di sekitar kawasan perumahan di Permatang Badak dan Bukit Rangin, Kuantan.

Mengikut berita yang disiarkan,mereka ini lengkap beruniform sekolah menengah dengan rambut serta wajah masing-masing dicalit pelbagai warna. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan penduduk di situ.masyaallah..

Semoga kita sama-sama dapat membantu polis membasmi gejala sosial ini yang mana sangat memberi impak negatif kepada remaja khususnya..Let Us Together Say No to Mat rempit...ayuh kita gelarkan mereka SAMSENG JALANAN kerana perlakuan samseng merekalah mengancam nyawa orang lain.wassalam..


~Begin with The End of Mind~

Blog Ma'ruf Club berwajah baru

Posted by Syaheed on 17 May 2009 , under | comments (0)




Salam intelek,

Alhamdulillah,syukur kepadaNYa kerana telah memudahkan segala gerak kerja ku selama ini. Setelah lebih kurang seharian menumpukan gerak kerja untuk menceriakan blog Ma'ruf Club,akhirnya berjaya juga mewajahkan blog MC dengan layout yang lebih segar dan maklumat yang lebih padat..Dengan ini, saya dengan segala hormatnya menjemput semua pelawat blog ini untuk bertandang ke blog MC. Semoga dengan lawatan anda akan menceriakan lagi blog MC seterusnya dapat sama-sama kita ambil pengajaran dan peringatan untuk kebaikan bersama.

Klik di sini

~Begin with the end of mind~

Banner Ma'ruf Club

Posted by Syaheed on 13 May 2009 , under | comments (1)




Salam optimis buat semua,

Sekadar ingin berkongsi design ringkas banner pimpinan Ma'ruf Club 08/09 UIAM yang akhirnya dapat di siapkan jua.Alhamdulillah.

Insyaallah, selepas ini penulis akan memberikan sedikit tumpuan kepada blog MC yang sedikit berhabuk dan bersarang dek kerana dah lama tak ter'update'.Di samping itu,penulis juga akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog ini walaupun terpaksa mencuri masa.huhu..bak kata Kang Abik ( Habiburrahman ), nak jadi penulis yang berjaya,kena ada disiplin.huhu..disiplin yang macam mana?haa, itu yang kita tak tahu..(^_^)

p/s : diri semakin teruja dgn situasi politik malaysia yang semakin bercelaru ni.huhu

~Begin With the End of Mind~

FILEM : Children of Heaven

Posted by Syaheed on 06 May 2009 , under , | comments (1)




Salam Optimis,

Alhamdulillah, pagi tadi allah memberi sedikit kelapangan buat saya untuk melihat satu filem dari Iran yang bertajuk 'Children of Heaven'.Filem ini menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Kisahnya bermula apabila seorang budak bernama Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adik perempuannya Zahra. Mereka ini adalah dari keluarga miskin yang mana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya bekerja sebagai pembancuh teh di masjid.Zahra sangat sedih akan kehilangan kasut dan menyalahkan Ali,abangnya. Lalu Ali memberi idea untuk berkongsi menggunakan kasutnya sahaja oleh kerana Zahra sekolah sesi pagi manakala Ali sekolah sesi petang. Zahra berkeras untuk memberitahu ayah mereka tentang kehilangan kasutnya tetapi dilarang oleh Ali kerana mengetahui ayahnya tidak mempunyai wang di samping banyak hutang yang tertunggak.


Setiap pagi,Zahra memakai kasut abangnya ke sekolah. Selesai sahaja sesi persekolahan, Zahra bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberi giliran kepada abangnya pula menggunakan kasut yang semakin lusuh itu.Sejak dari itu, Ali sering lewat ke sekolah dek kerana kasut itu. Begitulah kehidupan yang penuh pengorbanan dari seorang abang juga pengertian seorang adik yang begitu menyayat hati setiap penonton.

Filem arahan Majid Majidi ini telah menerima anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival.

Tok Guru yang telah menonton filem ini juga berkata, "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”


Tok guru juga berharap agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.

“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Tok guru berharap Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat perjanjian bersama Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem agar dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem..

Semoga satu hari nanti Malaysia mampu menerbitkan filem-filem berunsur kemanusiaan dan juga filem yang dapat menangkis fitnah Barat,Insyaallah. Bak kata sahabat saya , sama-sama kita kibar panji Allah supaya Malaysia bangun penuh berkah..

wassalam.


Chidren Of Heaven Part 1



Chidren Of Heaven Part 2




~Begin with the End of Mind~

THINKING: The way to success (Siri 1)

Posted by Syaheed on 02 May 2009 , under | comments (0)




Salam optimis,

Apabila kita bercakap tentang berfikir, ada dua perkara yang mesti kita bezakan. Pertama, ialah tentang apa yang dikatakan ‘ilmu pengetahuan tentang berfikir’ dan yang kedua ialah apa yang dikatakan dengan ‘kemahiran berfikir’.

Mungkin kita pernah bertemu dengan individu yang tahu banyak tentang subjek berfikir tetapi beliau sendiri tidak mampu menerbitkan idea-idea kreatif. Keadaan ini samalah dengan individu yang tahu banyak teori-teori berkenaan mekanisma operasi sebuah enjin kereta tetapi beliau tidak mahir memandu kereta.

Untuk kali ni, suka untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang cara-cara berfikir dan bagaimana proses berfikir itu dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang ingin menjadi seorang pemikir yang hebat dan penuh tenaga.Mereka ini adalah orang yang pintar dan mereka sangat aktif berfikir, tetapi mereka tidak pernah di ajar teknik-teknik berfikir yang efektif, akibatnya mereka berfikir secara desturktif di mana mereka mencabar dan memprotes. Protes sangat berguna bagi menentang pelbagai jenis kekejaman, penindasan dan ketidakadilan. Protes juga memberi kesan dalam membangkitkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu tertentu. Protes berguna apabila ada perkara-perkara yang tidak betul dan mesti dibetulkan, tetapi ia tak berguna apabila keadaan itu memerlukan idea-idea yang kreatif bagi memperbaikinya.

Tak dinafikan juga, ramai orang berfikir bertujuan untuk mengkritik. Perkataan kritik ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kritikos yang bermaksud ‘ dapat menilai’. Seringkali perkataan kritik ini di fahami sebagai untuk mencari salah, menghentam dan bercanggah pendapat. Ini semua dilakukan kerana hasrat untuk mencari kebenaran.

Ramai orang sehingga hari ini percaya bahawa asal dia pintar, itu sudah cukup.Mereka percaya bahawa orang yang pintar sudah tentu pandai dan cekap berfikir. Begitulah sebaliknya, orang yang kurang pintar tentu kurang pandai berfikir.

Kajian yang di lakukan oleh Edward de Bono mengatakan bahawa, ramai individu yang sangat pintar tidak semestinya pandai berfikir. Apabila mereka berfikir, mereka akan terjerumus ke dalam apa yang beliau istilahkan sebagai ‘perangkap kepintaran’ dan akibatnya mereka tidak berfikir dengan baik.

Sesungguhnya otak yang pintar hanyalah satu potensi sahaja, manakala berfikir ialah satu kemahiran.Otak adalah ibarat tepung dan berfikir pula ibarat kemahiran menguli tepung tersebut. Ada orang yang memiliki banyak tepung, tetapi tidak mahir mengulinya yang menyebabkan roti itu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Dan sebaliknya, ada orang yang punyai sedikit tepung, tetapi dia mahir menguli roti itu dengan bermacam-macam cara.Maka dia dapat hasilkan bermacam-macam jenis roti yang lazat.

Di dalam buku ‘Belajar Berfikir’ yang ditulis oleh Ainon Mohd, ada lebih kurang 21 istilah pemikiran yang digunakan oleh pelbagai jenis manusia. Saya tidak mampu untuk menerangkan semuanya disini, cuma saya ingin berkongsi tentang pemikiran kreatif dan pemikiran analitikal.

Pemikiran kreatif

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut.Stail ini dapat menghasilkan pelbagai cara bagi malakukan sesuatu.Pemikiran kreatif menunjukkan cirri-ciri berikut :

1)Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru.Ada kalanya idea-idea iniseolah-olah ‘gila-gila’ dan mencabar fikiran logic.

2)Mengutamakan cara lain bagi melihat sesuatu yang sedang difikirkan.Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu.Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan.semakin baik.

3)Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikira-fikiran biasa.

4)Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logic. Ia gemar menggunakan logic sonsang. Sebagai contoh, biasanya orang sapu garam pada ikan sebelum digoreng, Tetapi logic sonsang mengatakan goring ikan dulu,baru sapu garam.

Secara kesimpulannya, pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru, dan menyokong idea-idea yang bertentangan dengan fikiran semasa.

Pemikiran Analitikal

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai suatu daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ni ialah proses memecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang lebih kecil supaya senang di tangani. Analisi juga ialah proses mencari punca-punca.

Seseorang itu melakukan pelbagai analisis kerana mahu menjawab soalan soalan seperti Apa?Mengapa?BAgaimana?Siapa? Dimana? Dan sebagainya.

Stail ini kita gunakan bagi melakukan perkara-perkara seperti untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam, memahami kaitan antara satu perkara dengan yang lain,dan memahami punca kejadian.Tetapi, kadang-kadang pemikiran analitikal ini ,jika diguna dengan kerapnya, akan menimbulkan kesan seperti orang yang menggali pergi. Semakin dia menggali, semakin dalam pergi itu.Ada risiko dia akan jatuh ke dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar dari perigi tersebut.

Tidak dinafikan bahawa analisis adalah aktiviti yang sangat berguna. Ia dapat membantu seseorang itu memahami situasi-situasi yang komples dan rumit.

Tetapi yang menjadi masalah pada hari ini ialah kita terlalu memberi tumpuan pada aktiviti analisis. Membuat analisis dan huraian adalah kerja intelektual yang mudah . Sebagai contoh, cuba ambil botol kicap, di atas sekali adalah penutupnya. Ada lubang yang ditutup oleh penutup itu.Ada leher botol.Ada badan botol kicap tu.Pada badan botol tu,ada label kicap.Dibawah sekali ada tapak botol yang membolehkan botol itu berdiri tegak.Pada tutup botol itu ada bahagian yang mencekam bibir botol yang boleh dipanggil sebagai …..Kesimpulannya, apabila seseorang itu pandai membuat analisis, dia dpat menghasilkan huraian yang semakin terperinci hingga tidak ada kesudahannya.Semuanya mempunyai matlamat mahu menjumpai kebenaran.

Hmm,nampaknya mata saya sudah tidak mampu dibuka lagi di sebabkan terlalu mengantuk.Dan otak saya juga tidak mampu berfikir secara efektif lagi ketika ini.hehe.kita sambung dalam siri ke-2.Insyaallah,dalam siri ke-2, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah,teknik-teknik untuk membuat keputusan yang berkesan,bagaimana cara untuk menerbitkan sesuatu idea, serta bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran orang lain..sebagai contoh,macam mana nak guna teknik muka-di-depan-pintu,teknik sebelah-kaki-masuk-pintu,apa itu kaedah KJ,kaedah Mitsubishi,kaedah NHK dan sebagainya.nak tahu??stay tuned..hehe..insyaallah,ada kelapangan kita jumpa lagi.

Wassalam

~Begin With the End of Mind~