THINKING: The way to success (Siri 1)
Salam optimis,
Apabila kita bercakap tentang berfikir, ada dua perkara yang mesti kita bezakan. Pertama, ialah tentang apa yang dikatakan ‘ilmu pengetahuan tentang berfikir’ dan yang kedua ialah apa yang dikatakan dengan ‘kemahiran berfikir’.
Mungkin kita pernah bertemu dengan individu yang tahu banyak tentang subjek berfikir tetapi beliau sendiri tidak mampu menerbitkan idea-idea kreatif. Keadaan ini samalah dengan individu yang tahu banyak teori-teori berkenaan mekanisma operasi sebuah enjin kereta tetapi beliau tidak mahir memandu kereta.
Untuk kali ni, suka untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang cara-cara berfikir dan bagaimana proses berfikir itu dapat menyelesaikan sesuatu masalah.
Hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang ingin menjadi seorang pemikir yang hebat dan penuh tenaga.Mereka ini adalah orang yang pintar dan mereka sangat aktif berfikir, tetapi mereka tidak pernah di ajar teknik-teknik berfikir yang efektif, akibatnya mereka berfikir secara desturktif di mana mereka mencabar dan memprotes. Protes sangat berguna bagi menentang pelbagai jenis kekejaman, penindasan dan ketidakadilan. Protes juga memberi kesan dalam membangkitkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu tertentu. Protes berguna apabila ada perkara-perkara yang tidak betul dan mesti dibetulkan, tetapi ia tak berguna apabila keadaan itu memerlukan idea-idea yang kreatif bagi memperbaikinya.
Tak dinafikan juga, ramai orang berfikir bertujuan untuk mengkritik. Perkataan kritik ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kritikos yang bermaksud ‘ dapat menilai’. Seringkali perkataan kritik ini di fahami sebagai untuk mencari salah, menghentam dan bercanggah pendapat. Ini semua dilakukan kerana hasrat untuk mencari kebenaran.
Ramai orang sehingga hari ini percaya bahawa asal dia pintar, itu sudah cukup.Mereka percaya bahawa orang yang pintar sudah tentu pandai dan cekap berfikir. Begitulah sebaliknya, orang yang kurang pintar tentu kurang pandai berfikir.
Kajian yang di lakukan oleh Edward de Bono mengatakan bahawa, ramai individu yang sangat pintar tidak semestinya pandai berfikir. Apabila mereka berfikir, mereka akan terjerumus ke dalam apa yang beliau istilahkan sebagai ‘perangkap kepintaran’ dan akibatnya mereka tidak berfikir dengan baik.
Sesungguhnya otak yang pintar hanyalah satu potensi sahaja, manakala berfikir ialah satu kemahiran.Otak adalah ibarat tepung dan berfikir pula ibarat kemahiran menguli tepung tersebut. Ada orang yang memiliki banyak tepung, tetapi tidak mahir mengulinya yang menyebabkan roti itu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Dan sebaliknya, ada orang yang punyai sedikit tepung, tetapi dia mahir menguli roti itu dengan bermacam-macam cara.Maka dia dapat hasilkan bermacam-macam jenis roti yang lazat.
Di dalam buku ‘Belajar Berfikir’ yang ditulis oleh Ainon Mohd, ada lebih kurang 21 istilah pemikiran yang digunakan oleh pelbagai jenis manusia. Saya tidak mampu untuk menerangkan semuanya disini, cuma saya ingin berkongsi tentang pemikiran kreatif dan pemikiran analitikal.
Pemikiran kreatif
Pemikiran jenis ini dilihat sebagai keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut.Stail ini dapat menghasilkan pelbagai cara bagi malakukan sesuatu.Pemikiran kreatif menunjukkan cirri-ciri berikut :
1)Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru.Ada kalanya idea-idea iniseolah-olah ‘gila-gila’ dan mencabar fikiran logic.
2)Mengutamakan cara lain bagi melihat sesuatu yang sedang difikirkan.Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu.Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan.semakin baik.
3)Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikira-fikiran biasa.
4)Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logic. Ia gemar menggunakan logic sonsang. Sebagai contoh, biasanya orang sapu garam pada ikan sebelum digoreng, Tetapi logic sonsang mengatakan goring ikan dulu,baru sapu garam.
Secara kesimpulannya, pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru, dan menyokong idea-idea yang bertentangan dengan fikiran semasa.
Pemikiran jenis ini dilihat sebagai suatu daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ni ialah proses memecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang lebih kecil supaya senang di tangani. Analisi juga ialah proses mencari punca-punca.
Seseorang itu melakukan pelbagai analisis kerana mahu menjawab soalan soalan seperti Apa?Mengapa?BAgaimana?Siapa? Dimana? Dan sebagainya.
Stail ini kita gunakan bagi melakukan perkara-perkara seperti untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam, memahami kaitan antara satu perkara dengan yang lain,dan memahami punca kejadian.Tetapi, kadang-kadang pemikiran analitikal ini ,jika diguna dengan kerapnya, akan menimbulkan kesan seperti orang yang menggali pergi. Semakin dia menggali, semakin dalam pergi itu.Ada risiko dia akan jatuh ke dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar dari perigi tersebut.
Tidak dinafikan bahawa analisis adalah aktiviti yang sangat berguna. Ia dapat membantu seseorang itu memahami situasi-situasi yang komples dan rumit.
Tetapi yang menjadi masalah pada hari ini ialah kita terlalu memberi tumpuan pada aktiviti analisis. Membuat analisis dan huraian adalah kerja intelektual yang mudah . Sebagai contoh, cuba ambil botol kicap, di atas sekali adalah penutupnya. Ada lubang yang ditutup oleh penutup itu.Ada leher botol.Ada badan botol kicap tu.Pada badan botol tu,ada label kicap.Dibawah sekali ada tapak botol yang membolehkan botol itu berdiri tegak.Pada tutup botol itu ada bahagian yang mencekam bibir botol yang boleh dipanggil sebagai …..Kesimpulannya, apabila seseorang itu pandai membuat analisis, dia dpat menghasilkan huraian yang semakin terperinci hingga tidak ada kesudahannya.Semuanya mempunyai matlamat mahu menjumpai kebenaran.
Hmm,nampaknya mata saya sudah tidak mampu dibuka lagi di sebabkan terlalu mengantuk.Dan otak saya juga tidak mampu berfikir secara efektif lagi ketika ini.hehe.kita sambung dalam siri ke-2.Insyaallah,dalam siri ke-2, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah,teknik-teknik untuk membuat keputusan yang berkesan,bagaimana cara untuk menerbitkan sesuatu idea, serta bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran orang lain..sebagai contoh,macam mana nak guna teknik muka-di-depan-pintu,teknik sebelah-kaki-masuk-pintu,apa itu kaedah KJ,kaedah Mitsubishi,kaedah NHK dan sebagainya.nak tahu??stay tuned..hehe..insyaallah,ada kelapangan kita jumpa lagi.
Wassalam
~Begin With the End of Mind~
Currently have 0 comments: