Al-Kisahnya....
“Salam.ustazah..tolong bagi pengisian untuk usrah malam ni boleh?” mesej seorang sahabat petang tadi.
“Maaf.ana tak dapat bagi pengisian dan juga tak dapat hadir usrah malam ni. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah 3 hari ana sakit gigi.asif jiddan.” Replyku kepada sahabat.
Sebenarnya, 2, 3 hari ini mood tak berapa baik. Pelbagai benda di fikirkan. Mungkin terasa sedikit sunyi dek kerana sahabat-sahabat terdekat semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang kerana ada kenduri yang perlu di uruskan, tak kurang juga yang pulang ke kampung mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga..Tinggal lagi aku yang masih tak berpeluang untuk pulang ke rumah di sebabkan ada beberapa urusan penting yang perlu di sempurnakan di kampus. Ingatkan minggu ini boleh balik, tetapi terhalang oleh exam pertengahan semester. Minggu depan juga mungkin tak dapat balik kerana ada group presentation. Umi di kampung telah beberapa kali mendesakku untuk pulang. Katanya tak puas bermanja dengan anak-anak dia ni yang pulang hanya seketika cuma..Insyaallah umi, ada masa dan peluang , anakmu akan pulang nanti.
Berbalik kepada mesej yang diberikan oleh sahabat tadi, hatiku ini sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi pelawaan sahabat. Ujian sakit gigi ini sedikit sebanyak telah membantutkan percakapan dan pergerakanku. Nikmat bercakap sedikit sebanyak telah di tarik oleh Allah. Tapi semua ini tidak menjadi masalah bagiku. Bak kata naqibat usrah “ cuba jadikan setiap masalah dan ujian ni sebagai suatu peluang untuk kita”.
Jadi ,aku cuba applykan nasihat naqibatku tersebut dengan harapan dapat mengembalikan semangat yang sedikit lesu.
Semalam, aku menggagahkan diri untuk hadir ke muktamar PAS kali ke-55 yang diadakan di Shah Alam, walaupun sebenarnya badan tak berapa sehat . Banyak yang dapat ku ambil pelajaran dan iktibar disana walaupun sekadar menjadi pemerhati sahaja..Kalau dulu aku hanya menyanyikan lagu tema PAS bersama rakan-rakan, tetapi di muktamar, aku mengalunkannya bersama-sama pemimpin-pemimpin PAS yang lain.Sangat teruja! Alhamdulillah.
Ok.setakat itu dulu cerita muktamar.
Disebabkan nikmat bercakap telah ditarik sedikit sebanyak oleh Allah, jadi aku cuba mencari semangat dicelah-celah kelesuan ini. Alhamdulillah, semangat mulai pulih setelah membaca kisah mengenai kehebatan seorang insan yang bernama Siti Rahmah.Siapa dia ini?
“Kematian seperti tempat jemuran kain.apa sahaja akan kering di atasnya. Begitu juga dengan kematian. Biar siapa pun kita,Apa pangkat kita, berapa usia kita!” Itulah antara isi ucapan ceramah Siti Rahmah.
Pandangannya tajam tertumpu pada setiap hadirin. Tidak kira berapa ribu orang dihadapannya, semuanya gembira dan tertarik dengan persembahan ceramahnya. Dia dapat mengajak semua orang istighfar, berselawat, bernasyid dan ada ketikanya sama-sama menangis.
Kemampuannya meminta semua hadirin dari semua perigkat golongan usia berdiri sambil berselawat dengan kuat adalah antara ciri-ciri berjayanya seseorang penceramah professional.Siapa sebenarnya Siti Rahmah ni?
Penceramah hebat ini sebenarnya baru berusia 10 tahun yang berasal dari Pulau Batam,Indonesia..Beliau adalah anak kepada Pak Kiyai Haji Mohd Sholehan dan ibunya bernama Ummu Nur Jannah Haji Sahlan. Bukan hanya Siti Rahmah, malah empat lagi saudaranya juga mampu menyampaikan ucapan dengan baik sekali.
Mereka telah berjaya mengisi banyak program yang telah di atur oleh pihak penganjur setempat.Pernah pada satu malam, ketika mengisi program di Kedah selama 5 hari, ada kalanya satu malam mereka berpecah pada tiga tempat berasingan ekoran permintaan masyarakat.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah sepanjang 5 hari tersebut, mereka telah berjaya menyampaikan ucapan di 13 tempat. Pernah suatu hari, Siti Rahmah terpaksa menyampaikan ceramahnya di dua tempat berasingan. Satu lepas maghrib dan satu lagi lepas isya’.
Masyaallah. Memang sangat teruja membaca kisah mereka. Betapa hebatnya mereka dalam public speaking ini sehingga dalam usia yang muda sudah mampu menarik perhatian pendengar untuk terus setia mendengar ceramah mereka..Kita pula bagaimana?
“ Wahai kaumku demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang seolah-olah kita bencikan apa yang kita impikan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang dengannya kita dimuliakan Allah.Maka ayuhlah kita bergerak, dihadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”
– Abdullah bin Rawahah RA-
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Currently have 0 comments: