Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Forum 2012 : Will The World Shut Down?

Posted by Syaheed on 18 May 2010 , under , , | comments (0)




Tajuk Forum : “2012: Will The World Shut Down?”

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Auditorium Utama, UIAM Gombak.

Anjuran : Ma’aruf Club UIAM


Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
  1. Mendedahkan kepada masyarakat (khususnya mahasiswa) tentang konspirasi-konspirasi zionis dan sekutunya.
  2. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dengan hiburan-hiburan dan filem-filem dari barat yang penuh dengan unsur konspirasi.
  3. Menyuntik semangat kepada mahasiswa agar bangkit berjuang mempertahankan Islam dari tipu daya agen Dajjal.

Forum ini akan dipanelkan oleh dua individu terkenal :

  1. Mohd Khalid Yahya (penulis buku, “Membongkar Misteri Dajjal”)
  2. Ustaz Shaari Abd Rahman (IP Minda Consultant)


Semua dijemput hadir.


~Begin With The End Of Mind~

TAHNIAH MA'RUF CLUB

Posted by Syaheed on 26 February 2009 , under , | comments (0)




GOMBAK, 25 Feb - Forum Intelek Anjuran Maruf Club telah diadakan dengan jayanya semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang begitu syahdu dari Sdr. Mohd Zahin & seterusnya disambung dengan bacaan Khutbah Wada' Nabi yang disampaikan oleh Timb. Presiden 1 Ma'ruf Club, Sdr. Muhammad Zaki Sukery.

Seterusnya, majlis diserahkan kepada moderator bagi memulakan forum yang dibarisi oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka. Cikgu Azmi membuka tirai forum dengan lontaran hujah yang mantap lagi berfakta. Setelah selesai satu pusingan forum, moderator membuka sesi soal jawab kepada semua audience untuk bertanyakan soalan. Banyak soalan yang ditujukan kepada ahli panel terutamanya kepada YB Datuk Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Ikhlas saya katakan bahawa tak semua dalam UMNO tu betul. Contohnya tentang PPSMI, saya juga membantah pelaksanaan sistem tersebut. Kami Umno Batu Pahat juga menentang pelaksanaan PPSMI ni. ISA pun saya tak berapa setuju. Apa yang saya nak katakan di sini, orang boleh kutuk Umno tu tak betul, Umno ni salah, tapi saya tetap memilih Umno sebagai wadah perjuangan saya” terang YB Fuad bagi menjawab salah satu soalan dari audience.

"Soalan terakhir yang ingin saya tanyakan kepada semua ahli panel, antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, yang mana lebih utama?"tanya salah seorang audience, Sdr. Hafiz Badiuzzaman, mantan Timb. Presiden Ma'ruf Club.

Pelbagai jawapan diberikan." ..sudah tentulah saya menjawab ketuanan Melayu yang lebih utama kerana orang Melayulah yang pertama sampai di Tanah Melayu...."jawab Assoc Prof Abu Hasan Hasbullah dari Pensyarah Pengajian Media (UM).

"Saya sedikit tak sependapat dengan Mahaguru kita ni (merujuk kepada Prof Abu Hasan) kerana ketuanan Melayu tak penting, ketuanan rakyat juga tak penting, yang lebih utama adalah KETUANAN ISLAM" jawab pula YB Dr.Hassan Ali. Suasana semakin hangat.

Cikgu Azmi dari TERAS pula tak kurang juga hebatnya dimana setiap baris katanya disampaikan dengan begitu semangat dan sangat terhibur.

Forum berakhir dengan setiap ahli panel memberikan konklusi masing-masing.

YB Fuad mengatakan kita sebagai rakyat jangan mengamalkan mentaliti monoriti iaitu kita jangan melihat Nasionalis Melayu dalam konteks yang sempit.

"Bagi saya ketuanan Melayu itu adalah juga ketuanan Islam kerana Melayu sangat dominan dengan agama Islam di Malaysia ini." kata YB Fuad mengakhiri hujahnya.

Ahli panel kedua pula, Cikgu Azmi memberitahu kita supaya kita berpegang kepada 4K > keagamaan, kenegaraan, ke'umat'an dan kebangsaan." All struggle that do not related with islam is nothing.." begitulah kata beliau.

Seterusnya, Prof Abu Hasan membuat konklusi dengan mengatakan bahawa Malaysia satu hari nanti akan mencapai kejayaan. " Kalau dulu orang asyik mengamalkan politik ketakutan sehinggalah berlaku tsunami 8 Mac dimana ia telah bertukar kepada politik pengharapan ( politic hope ). Ia akan wujud 3 elemen didalam politic hope ni iaitu > 1) raikan kebijakan 2) makmurkan kesaksamaan 3) merayakan kebebasan.."akhiri Prof Abu Hasan dengan semangatnya.

Terakhir, kata-kata penutup dari YB Dr Hassan Ali.." Kita jangan bergerak 1 step forward but we should move billion step beyond. Jangan kamu sebagai mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik sahaja, nak tunggu bila lagi untuk majukan umat? Mulalah dari sekarang. Yang penting, jaga perkara wajib yang disuruh Allah. Jangan hanya berhenti setakat ini sahaja, sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cuba hadiri forum intelek yang sebegini baik untuk mengasah minda kamu sebagai mahasiswa." itulah kata-kata YB yang penuh dengan nasihat kepada semua mahasiswa.

Secara kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa haruslah berdaya saing serta mempunyai daya intelektual sebagai seorang ahli akademik. Pekalah kepada isu semasa yang terjadi baik dalam negara mahupun luar negara. Akhir kalam, kami dari pihak Ma'ruf Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komiti yang terlibat dan terima kasih juga kepada yang hadir dan tahniah atas kehadiran anda semua. Ingatlah, kita adalah generasi penentu masa depan negara. - marufclub







Jemputan ke Forum Intelek

Posted by Syaheed on 23 February 2009 , under | comments (0)





Alhamdulillah..tadi baru balik dari mempromosikan forum intelek anjuran Ma'ruf Club..malam ini adalah malam last untuk tampal poster..moga2 malam esok akan ramai yang hadir...kenapa anda perlu hadir ke forum ni??anda seorang mahasiswa?anda seorang rakyat malaysia??..forum ni diadakan bagi memberi penjelasan dan kefahaman kepada mahasiswa khususnya tentang keadaan dalam negara sekarang yang mana mempunyai banyak masalah nya >politik>ekonomi>rasuah>sosial>dan sebagainya..kita sebagai mahasiswa perlu lebih cakna tentang isu2 semasa sekarang lebih2 lagi kita adalah bakal generasi yang akan memimpin malaysia kelak...


Ok,saya tak nak ulas dengan panjang lebar lagi..nak tahu lebih lanjut??hadirkanlah diri anda ke forum malam esok yang mana bakal menjanjikan satu ulasan pemikiran yang hebat dari 3 orang ahli panel yang hebat2 semuanya ..segala detail program adalah seperti berikut: >>

Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Main Auditorium, UIAM

Isu-isu yang akan dibincangkan:

1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan

2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor

3. Kestabilan sosial yang diketepikan

4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini

5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini

*Forum ini akan di conduct dalam Bahasa Melayu.

>>Jom!!beramai2 kita penuhkan Dewan Utama UIAM,Gombak..


~Berjuang..berjuang..& terus berjuang!!~

lagi-lagi AGM!!

Posted by Syaheed on 20 October 2008 , under , | comments (0)



Salam optimis buat korang semua

Hmm,tiga empat hari nie,wireless xberfungsi dgn baik.so,NurIslam xdpt la nak posting 2 3 hari nie.alhamdulillah, tgh hari tadi dah ok.good job ITD!!

Hari ni Nurislam akan berkongsi mengenai AGM.hmm,seminggu dua nie, kat UIA sibuk dengan pelbagai Annual General Meeting ( AGM ).setiap society dan club masing-masing bertungkus lumus memastikan AGM diorang berjalan lancar..tahniah diucapkan kepada society yang telah berjaya mengadakan AGM dengan jayanya..setelah genap setahun pemimpin-pemimpin setiap society & club memegang jawatan, tibalah masa untuk mereka meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada adik-adik mereka untuk memimpin.dan kerana itulah fungsinya AGM.

Seingat NurIslam, society atau badan yang paling awal mengadakan AGM ialah majlis perwakilan pelajar atau di UIA dipanggil SRC ( students representative council ).tahniah NurIslam ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengadakan AGM dengan jayanya dan mengikut jadual yang ditetapkan. Apa yang menjadi kemusykilan dan ketidakpuashatian NurIslam ialah, pihak HEP meminta SRC untuk mebuat AGM mengikut waktunya, tetapi sehingga sekarang belum menetapkan tarikh untuk kami sebagai students memilih pemimpin pelajar yang baru ( senang kata Pilihan Raya Kampus ).adoii..hangpa ( HEP ) nie saja nak cari nahas dengan students..pastu kalau depa wat demo, hangpa maghah..ish3..tahniahlah kepada HEP di setiap university di sekitar lembah klang kerana kalian berjaya mencetuskan kemarahan MAHAsiswa. .mungkin kalian belum serik lagi dengan kejadian demo di UKM tempoh hari..tungguuu tindakan dari MAHAsiswa yang seterusnya..jangan sampai kejadian Dewan Naib Canselor terbakar buat kali kedua ( padahal tue pon tindakan depa gak nak provoke mahasiswa )..

Pihak KPT pon satu hal, sajer jer nak main api ngan MAHAsiswa..NurIslam sekali lagi nak ucap tahniah kepada menteri Pengajian Tinggi kita, Dato’ Seri Khaled Nordin kerana pemerintahan beliau sangat HEBAT..dengan isu AUKU yang berbelit-belit, isu PRK pon dia nak tagih glamour gak..hehe..tahniah3x!!kalau MAHAsiswa wat demo, mulalah nak persoalkan pointer tak tinggi la, badan pendek la ( gurau jer .heee )..bla..bla..bla..tergelak NurIslam dengar ada seorang kakitangan KPT nie yang marah kat seorang pelajar yang wat demo.dia marah la pelajar nie tak tepati janji la,pointer berapa nak lawan aku ( dia phD ),macam-macamlah..kepada pakcik KPT tue, maghi nak oyak, sy tak heran la pokcik nie pegang master ke,phD ke,tapi kalau akhlak n kesedaran tarak ada, nothing maa..bukan setakat tak respect, suspect adalah..hehe..anyway, memang respect la kat presiden SMM , akhi hafizuddin..pandai wat muka seposen time kena marah..hehe..

Apa2 hal pon ,kami tetap menunggu tarikh PRK untuk kami memilih pemimpin kami yang mampu membela kebajikan kami sebagai students..kepada sahabt-sahabat yang terpilih menjadi pimpinan baru society tahniah & takziah di ucapkan..jadikan amanah nie sebagai satu wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah..dan ingatlah hadis nabi "كل كم راع ؤ كل كم مسؤل عن راعيتهyang bermaksud “ setiap antara kita adalah pemimpin & akan di tanya tentang kepimpinan kita” .wasslam.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Workshop

Posted by Syaheed on 15 September 2008 , under | comments (0)




Alhamdulillah..semalam telah selesai program Creative Dakwah Workshop yang dianjurkan oleh Ma’ruf Club dengan kerjasama Portal Ukhuwah.Com..terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta serta instructor2 yang telah menjayakan workshop ini.tak dilupakan juga kepada semua komiti yang banyak berkorban serta bertungkus-lumus untuk program ini.moga selepas program ini, ukhuwah sesame kita bertambah erat,insyaallah. Kepada instructor2, kak Fatimah syarha ( Novel ), Kak Shida ( Blog ), Abg Ajil ( Photoshop) dan Azri ( Ulead),terima kasih sekali lagi kerana sanggup turun padang untuk berkongsi ilmu yang kalian ada. Moga Allah memberkati kalian dan mempermudahkan semua urusan kalian. Kepada semua peserta, kami di pihak komiti berharap kalian dapat mempraktikkan ilmu2 yang kalian dapat melalui workshop ini. Kalau ada masalah, kami sedia membantu walaupun program dah tamat.Alamak!!lupa nak sebut sorang lagi nama yang telah menjayakn workshop ini. Insan ni bernama Abg amin Idris. Beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua peserta melalui tajuk talknya : Cabaran Da’ie Masa Depan. Fuh!! Tabik spring Nurislam bagi kat Abg Amin coz beliau mmg dapat sampaikan talk beliau dengan baik skali walaupun ada sedikit kesalahan ejaan dlm slide beliau…hehe…overall..tenkiu to all dan mintak maaf atas kekurangan dari pihak komiti dan NurIslam khususnya.

~Berkorban dlm Perjuangan untuk Kejayaan ~

CONVEST 08

Posted by Syaheed on 19 August 2008 , under | comments (0)




Salam Ukhwah kepada pengunjung blog NurIslam.



Di sini, NurIslam ingin membuat sedikit promosi tentang pesta konvokesyen UIAM ’08 yg akan bermula 21 Ogos sehingga 27 Ogos 2008. Pembaca-pembaca semua di jemput untuk memeriahkan lagi sambutan pesta pada kali ini. NurIslam mewakili unit Promosi untuk Majlis Perasmian Pesta ini ingin mengajak semua sahabat-sahabat menghadiri Majlis perasmian ini yg akan berlangsung pada :

Tarikh : 21 Ogos 2008 ( Khamis )
Tempat : KAED Main Auditorium, UIA Gombak.
Masa : 8.00 mlm – 11.30 mlm.

Refreshment is provided!

Untuk pengetahuan semua, sebelum majlis ini bermula, satu acara konvoi kereta berhias dari setiap kuliah akan mengelilingi UIA yang akan diadakan pada waktu petang dan malam. Kereta berhias yang paling GRAND akan mendapat Hadiah Istimewa dari pihak penganjur. AYUH SAHABAT!! Sama kita menyokong kuliah masing2.

Sepanjang pesta konvokesyen ini, pelbagai program-program menarik yang akan diadakan.antaranya : Forum PERdana Hal Ehwal Islam ( 23 Ogos ) , Students’ Leaders Convention ( 23 ogos ) , Marriage Course ( 26 & 27 Ogos ) , Mock Trial ( 27 & 28 Ogos ), Paintball Tournament ( 23 Ogos), Futsal Tournament ( 23 – 26 Ogos ) and Discover The Beauty Of Quran ( 21 – 27 Ogos ). Selain program-program di atas, gerai-gerai jualan juga turut di sediakan selama seminggu bertempat di Convest Hill .DhHarap sahabat-sahabat pengunjung blog NurIslam dapat menyertai program-program yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebarang masalah boleh berkunjung ke web : http://www.convest08.com.wassalam.