Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Apabila Membaca Menjadi Budaya....

Posted by Syaheed on 17 January 2010 , under , , | comments (0)



[ Apa perasaan anda melihat gambar ini? ]

“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Petikan: Buku Bidadari Dari Timur )

“Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."( Surah Faathir : ayat 28 )

“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)

Quotation-quotation di atas sengaja saya letakkan bagi menggambarkan kepada kita semua akan peri pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan.Bagaimana??Semestinya dengan MEMBACA...

Jika kita tinjau pada hari ini, statistik pembacaan dikalangan rakyat Malaysia masih lagi ditahap yang kurang memuaskan walaupun peningkatannya mencecah 60% setiap tahun.

Bercakap mengenai budaya membaca, suka untuk saya berkongsi beberapa keping gambar daripada program yang diberi nama BACA@LRT yang berlangsung semalam (16hb Jan ).Tahniah saya ucapkan kepada penganjur di atas modus operandi yang sangat kreatif dan menarik ini.Semoga dengan penganjuran program ini untuk masa hadapan dapat membuka mata semua pihak akan peri pentingnya membaca.

[semua tengah khusyuk membaca]

[ adik ni akan conquer dunia satu hari nanti:)]





Agak-agak, apa perasaan anda bilamana melihat situasi seperti ini dalam LRT?? Saya secara peribadi, frankly speaking, saya sangat teruja dan gembira!! Semoga budaya membaca ini dapat diperluaskan bukan sahaja dalam LRT, malah dimana-mana sahaja tempat.Isi masa kosong kita dengan membaca.Insyaallah, jika budaya ini dapat dijayakan dan dilaksanakan oleh semua orang khususnya dikalangan muslim, insyaallah dunia dapat ditakluk dengan mudah;)

Wallahu'alam.



~Begin With The End Of Mind~

Boleh ke Jadi GENIUS??

Posted by Syaheed on 06 October 2009 , under , , | comments (0)





Bismillahi Walhamdulillah

Apa yang anda terfikir bilamana terdengar atau terbaca saja perkataan genius?? Pastinya kita tergambar di dalam benak fikiran kita bahawa orang genius ni adalah orang yang bijak dan hebat. Bagaimana sebenarnya genius terhasil??

Baru-baru ini saya ada membeli satu ebook berkenaan sistem genius.Satu kajian dan perkongsian yang agak menarik dari penulis ebook berkenaan yang menggelarkan dirinya BudakJahatPandai.

MAKSUD GENIUS ??

Mengikut beberapa kamus yang saya rujuk, genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika mindset kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih.Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.

Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!

SEL NEURON

Sel ini adalah sangat penting peranannya dalam membantu sistem pembelajaran kita.Semakin banyak sambungan di antara sel neuron, semakin kuat dan laju sistem pembelajaran kita.

Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat lebih 10 billion sel neuron dalam otak kita..masyaallah..dan setiap satu sel boleh menyambung kepada lebih dari satu sel. Ini bermakna bahawa satu sel menyambung kepada 10 billion sel yang lain. .Potensinya sangat tidak terhingga..Mengikut kajian juga mengatakan bahawa setiap kali kita mempelajari perkara baru, sel neuron akan berhubung. Akan tetapi, sel ini tidak akan berhubung jika kita tidak faham apa yang kita pelajari. Makna kata kita hanya menggunakan sel beuron yang sudah sedia berhubung. Yang sedihnya, maklumat dalam sel neuron kita tersebut mungkin hilang. Dahla kita tak faham, maklumat dalam sel pula hilang. Jadi, penyelasaiannya, saya cadangkan kepada diri saya juga kepada anda beberapa langkah untuk merancakkan sel neuron kita.

1) Pelajari atau berfikir perkara baru

Setiap hari,cuba baca surat khabar untuk mendapatkan berita dan mengemaskini maklumat baru dalam minda kita kerana dengan mempelajari perkara baru akan merancakkan sambungan sel neuron dalam otak kita. Jadi ,dalam sehari tu, cubalah untuk berfikir pro dan contra sesuatu perkara kerana dengan berfikirlah boleh membantu kita merancakkan sambungan sel neuron.

Apabila bercakap tentang berfikir ini, saya teringat cetusan seorang sahabat tentang menjadi brainstormer yang baik.. Ya! dengan latihan berfikirlah , idea-idea gila dapat di keluarkan. Kalau kita tak latih diri sendiri atau diri seseorang untuk menjadi brainstormer yang baik, sampai bila pun kita atau seseorang itu tak dapat jadi brainstormer yang baik lagi hebat..jadi,cubalah ajak seseorang untuk menjadi teman berfikir dan brainstorm anda bagi sama-sama merancakkan sel neuron.berlatihlah!!

2) Makan makanan seimbang
3) Senaman untuk dapatkan oksigen yang maksimum. ( bab ni saya byk ponteng (^_
^)

Apabila kita bercakap berkenaan genius ini, tidak dapat tidak kita tak dapat lari dari memperkatakan tentang manusia yang paling genius atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Baginda seorang genius yang pakar dalam pelbagai bidang. Beliau pakar strategi perang, undang-undang negara, pandai berdiplomasi,pakar dalam ilmu politik dan lain-lain.Untuk lebih lanjut, anda boleh cuba membelek buku yang bertajuk "Genius Muhammad bin Abdullah" terbitan PTS.

Penting ke jadi genius ni?? Ya! Tiadalah yang lebih penting lagi selain dari untuk kepentingan ISLAM.

Saya akhiri entri pada kali ini dengan meninggalkan kata-kata dari beberapa orang pemikir-pemikir barat berkenaan genius .

Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~

Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~

Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~

Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~

Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~

Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~

Wassalam

p/s : sering terlintas di benak fikiranku " apalah yang aku dah sumbang untuk Islam setakat hari ini..apakah yang sudahku buat untukNYA"..huhu

~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Kenapa perlu Menulis??

Posted by Syaheed on 18 August 2009 , under | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah

Seminggu dua ni, saya begitu liat untuk menulis..Ada orang kata menulis ni senang sahaja..ada orang kata menulis ni perlu dari hati..

Bagi saya menulis ni bukannya senang dan juga tidaklah semudah ABC..untuk menghasilkan penulisan memerlukan ilmu tentang sesuatu perkara yang di tulis..Kadang-kadang untuk menyiapkan sesuatu penulisan ilmiah, ia memerlukan suatu kajian, pembacaan serta penyelidikan yang mendalam agar sesuatu penulisan yang di hasilkan itu bermutu dan original..dan apabila bercakap mengenai penulisan ini saya kira ia tak dapat lari dari dakwah..seperti kata Ust. Hasrizal di dalam blognya:
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha
mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul
pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan."

Saya pernah berbual dengan seorang sahabat di alam maya mengenai penulisan..Beliau ini boleh saya kategorikan seorang yang sangat hebat dalam penulisan..Sedihnya, beliau sekarang berhenti menulis buat sementara waktu kerana katanya menulis mengambil masa kerana perlu melakukan banyak kajian pembacaan..( pendapat masing-masing )

Mengimbau kembali sedikit perkongsian bersama wan faisal ( rausyanfikir.com ) tentang kenapa kita perlu menulis?? :

1)Kerana ada benda yang nak di kongsi
2)Menulis untuk memperbetulkan apa yang tidak betul
3)Menulis untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna
4)Menulis untuk menjelas dan menerangkan apa yang complicated
5)Menulis untuk meringkaskan suatu penulisan yang panjang
6)Menulis untuk mengikat atau menyimpulkan idea-idea yang berterabur
7)Menulis untuk mengumpulkan sesuatu maklumat daripada pelbagai sumber.


A’la kullihal, semua itu bergantung kepada kita..NAK atau TAK NAK sahaja..alasan untuk rajin menulis atau tidak menulis, semua itu boleh di cipta..nak 1000 daya tak nak 1001 dalih..


Wallahu'alam..

~Hidup Jangan Beralasan~

THINKING: The way to success (Siri 1)

Posted by Syaheed on 02 May 2009 , under | comments (0)




Salam optimis,

Apabila kita bercakap tentang berfikir, ada dua perkara yang mesti kita bezakan. Pertama, ialah tentang apa yang dikatakan ‘ilmu pengetahuan tentang berfikir’ dan yang kedua ialah apa yang dikatakan dengan ‘kemahiran berfikir’.

Mungkin kita pernah bertemu dengan individu yang tahu banyak tentang subjek berfikir tetapi beliau sendiri tidak mampu menerbitkan idea-idea kreatif. Keadaan ini samalah dengan individu yang tahu banyak teori-teori berkenaan mekanisma operasi sebuah enjin kereta tetapi beliau tidak mahir memandu kereta.

Untuk kali ni, suka untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang cara-cara berfikir dan bagaimana proses berfikir itu dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang ingin menjadi seorang pemikir yang hebat dan penuh tenaga.Mereka ini adalah orang yang pintar dan mereka sangat aktif berfikir, tetapi mereka tidak pernah di ajar teknik-teknik berfikir yang efektif, akibatnya mereka berfikir secara desturktif di mana mereka mencabar dan memprotes. Protes sangat berguna bagi menentang pelbagai jenis kekejaman, penindasan dan ketidakadilan. Protes juga memberi kesan dalam membangkitkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu tertentu. Protes berguna apabila ada perkara-perkara yang tidak betul dan mesti dibetulkan, tetapi ia tak berguna apabila keadaan itu memerlukan idea-idea yang kreatif bagi memperbaikinya.

Tak dinafikan juga, ramai orang berfikir bertujuan untuk mengkritik. Perkataan kritik ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kritikos yang bermaksud ‘ dapat menilai’. Seringkali perkataan kritik ini di fahami sebagai untuk mencari salah, menghentam dan bercanggah pendapat. Ini semua dilakukan kerana hasrat untuk mencari kebenaran.

Ramai orang sehingga hari ini percaya bahawa asal dia pintar, itu sudah cukup.Mereka percaya bahawa orang yang pintar sudah tentu pandai dan cekap berfikir. Begitulah sebaliknya, orang yang kurang pintar tentu kurang pandai berfikir.

Kajian yang di lakukan oleh Edward de Bono mengatakan bahawa, ramai individu yang sangat pintar tidak semestinya pandai berfikir. Apabila mereka berfikir, mereka akan terjerumus ke dalam apa yang beliau istilahkan sebagai ‘perangkap kepintaran’ dan akibatnya mereka tidak berfikir dengan baik.

Sesungguhnya otak yang pintar hanyalah satu potensi sahaja, manakala berfikir ialah satu kemahiran.Otak adalah ibarat tepung dan berfikir pula ibarat kemahiran menguli tepung tersebut. Ada orang yang memiliki banyak tepung, tetapi tidak mahir mengulinya yang menyebabkan roti itu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Dan sebaliknya, ada orang yang punyai sedikit tepung, tetapi dia mahir menguli roti itu dengan bermacam-macam cara.Maka dia dapat hasilkan bermacam-macam jenis roti yang lazat.

Di dalam buku ‘Belajar Berfikir’ yang ditulis oleh Ainon Mohd, ada lebih kurang 21 istilah pemikiran yang digunakan oleh pelbagai jenis manusia. Saya tidak mampu untuk menerangkan semuanya disini, cuma saya ingin berkongsi tentang pemikiran kreatif dan pemikiran analitikal.

Pemikiran kreatif

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut.Stail ini dapat menghasilkan pelbagai cara bagi malakukan sesuatu.Pemikiran kreatif menunjukkan cirri-ciri berikut :

1)Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru.Ada kalanya idea-idea iniseolah-olah ‘gila-gila’ dan mencabar fikiran logic.

2)Mengutamakan cara lain bagi melihat sesuatu yang sedang difikirkan.Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu.Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan.semakin baik.

3)Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikira-fikiran biasa.

4)Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logic. Ia gemar menggunakan logic sonsang. Sebagai contoh, biasanya orang sapu garam pada ikan sebelum digoreng, Tetapi logic sonsang mengatakan goring ikan dulu,baru sapu garam.

Secara kesimpulannya, pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru, dan menyokong idea-idea yang bertentangan dengan fikiran semasa.

Pemikiran Analitikal

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai suatu daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ni ialah proses memecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang lebih kecil supaya senang di tangani. Analisi juga ialah proses mencari punca-punca.

Seseorang itu melakukan pelbagai analisis kerana mahu menjawab soalan soalan seperti Apa?Mengapa?BAgaimana?Siapa? Dimana? Dan sebagainya.

Stail ini kita gunakan bagi melakukan perkara-perkara seperti untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam, memahami kaitan antara satu perkara dengan yang lain,dan memahami punca kejadian.Tetapi, kadang-kadang pemikiran analitikal ini ,jika diguna dengan kerapnya, akan menimbulkan kesan seperti orang yang menggali pergi. Semakin dia menggali, semakin dalam pergi itu.Ada risiko dia akan jatuh ke dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar dari perigi tersebut.

Tidak dinafikan bahawa analisis adalah aktiviti yang sangat berguna. Ia dapat membantu seseorang itu memahami situasi-situasi yang komples dan rumit.

Tetapi yang menjadi masalah pada hari ini ialah kita terlalu memberi tumpuan pada aktiviti analisis. Membuat analisis dan huraian adalah kerja intelektual yang mudah . Sebagai contoh, cuba ambil botol kicap, di atas sekali adalah penutupnya. Ada lubang yang ditutup oleh penutup itu.Ada leher botol.Ada badan botol kicap tu.Pada badan botol tu,ada label kicap.Dibawah sekali ada tapak botol yang membolehkan botol itu berdiri tegak.Pada tutup botol itu ada bahagian yang mencekam bibir botol yang boleh dipanggil sebagai …..Kesimpulannya, apabila seseorang itu pandai membuat analisis, dia dpat menghasilkan huraian yang semakin terperinci hingga tidak ada kesudahannya.Semuanya mempunyai matlamat mahu menjumpai kebenaran.

Hmm,nampaknya mata saya sudah tidak mampu dibuka lagi di sebabkan terlalu mengantuk.Dan otak saya juga tidak mampu berfikir secara efektif lagi ketika ini.hehe.kita sambung dalam siri ke-2.Insyaallah,dalam siri ke-2, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah,teknik-teknik untuk membuat keputusan yang berkesan,bagaimana cara untuk menerbitkan sesuatu idea, serta bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran orang lain..sebagai contoh,macam mana nak guna teknik muka-di-depan-pintu,teknik sebelah-kaki-masuk-pintu,apa itu kaedah KJ,kaedah Mitsubishi,kaedah NHK dan sebagainya.nak tahu??stay tuned..hehe..insyaallah,ada kelapangan kita jumpa lagi.

Wassalam

~Begin With the End of Mind~

Merendam Rasa Tersinggung

Posted by Syaheed on 18 March 2009 , under | comments (2)



Salam Optimis,

Pernah tak anda rasa tersinggung?Apa yang anda lakukan jika anda tersinggung atau terasa hati dengan seseorang?Sahabat-sahabat, munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain. Ketika tersinggung, biasanya kita akan sibuk membela diri dan selanjutnya akan memikirkan keburukan orang lain. Hal yang paling membahayakan dari rasa tersinggung ini adalah kemarahan. Jika kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal, stress meningkat, dan lainnya. Kerana itu kita perlu bersungguh untuk mengelakkan perasaan tersinggung.

Apa yang menyebabkan orang tersinggung? Rasa tersinggung seseorang timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, soleh, tampan, dan merasa berjaya. Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan bila ada yang menilai kita kurang sedikit saja kita akan terus tersinggung. Peluang tersinggung akan terbuka jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu kebolehan menilai diri.

Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai lebih kepada diri kita. Misalnya, jangan banyak mengingat-ingat bahawa saya telah berjasa, saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini orang yang sudah banyak berbuat baik. Semakin banyak kita mengaku-ngaku tentang diri kita, akan membuat kita makin tersinggung. Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam ketersinggungan. Pertama, belajar melupakan. Jika kita seorang sarjana maka lupakanlah kesarjanaan kita.

Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini amanah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan. Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik titipan Allah. Kita tidak mempunyai jabatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah amanahkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.

Kedua, kita harus melihat bahawa apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat jika kita dapat menanggapi dengan baik. Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita, jika boleh dihadapi dengan tepat.Kita akan kerugian apabila salah mengaggap kejadian, dan sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain berbuat sesuai dengan keinginan kita. Yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri mencontohi orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, tentu itu terjadi dengan izin Allah.Anggap saja ini episod atau ujian yang harus kita alami untuk menguji keimanan kita.

Ketiga, kita harus berempati.Iaitu, mulai melihat sesuatu tidak dari sisi kita. Kerana itu, kita harus belajar berempati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, cari seribu satu alasan untuk memberitahu orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai –bagai alasan yang kita buat semata-mata untuk memberitahu, bukan untuk membenarkan kesalahan, sehingga kita dapat mengendalikan diri.

Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri dan kesempatan untuk mengamalkan sifat mulia. Iaitu, memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.

moga-moga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat memperbaiki diri kita untuk sama-sama merasa bahagia dengan apa yang ada.Sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNYA.wassalam


~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~

Anda Penulis Hebat?

Posted by Syaheed on 07 March 2009 , under | comments (2)




Salam Optimis,

Semalam pergi ke library, lama sungguh tak jejak kaki ke library..hehe..ingat nak cari sedikit bahan untuk di buat assignment, tapi tak jumpa juga bahan yang di cari tu..huhu..mungkin kena datang lain kali. Sebelum balik tu, saya pergilah usha2 buku2 ringan untuk di pinjam..Dari pencarian tu,terjumpalah saya akan satu buku yang bertajuk “MENJADI PENULIS JUTAWAN” tulisan Azizi Ali.

Dalam buku ini, dikongsikan pelbagai teknik untuk menjadi penulis yang berjaya.Insyaallah, moga-moga selepas pembacaan buku ni, saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya. Menyahut cabaran persatuan supaya setiap muslimat menguasai MP3 ( Multimedia, Penulisan & Public Speaking ) , saya akan cuba asah skill2 tersebut yang mana begitu penting dalam jalan dakwah ini.Walaupun public speaking saya tak begitu hebat lagi,saya akan cuba belajar dengan sahabat-sahabat idola saya > g.ah , bashu , k.nurul ( muakhahku ), k.zati , nabilah dan ramai lagi,Insyallah.

Rajin menelaah

Rajin-rajinkanlah menelaah apa sahaja bahan sama ada yang berkaitan atau tidak. Mengapa anda perlu menelaah buku yang tidak berkaitan? Ini adalah kerana, untuk menjadi penulis yang hebat, anda perlu mahir dalam semua bidang. Konsep mahir dengan pakar sangat berbeza. Untuk menjadi pakar, kita memerlukan kepada kelulusan dalam disiplin ilmu. Manakala untuk mejadi mahir ni tak perlu kepada kelulusan disiplin ilmu, Sebaliknya, ia memerlukan kerajinan dan daya usaha yang tinggi.

2) Bertanggungjawab

Apa sahaja bidang yang anda ceburi & apa sahaja tulisan yang terhasil, anda perlu bertanggungjawab ke atas tulisan tersebut. Oleh itu, anda mestilah menulis sesuatu yang benar . Anda juga perlulah menjaga etika dan profesionalisma sebagai seorang penulis.

3) Jujur

Kejujuran merupakan asset penting dalam dunia penulisan. Sebarang tulisan yang dihasilkan, anda perlu jujur dengan diri sendiri dan juga khalayak pembaca.

4) Sedia di kritik

Yang ini saya rasa point paling best. Saya teringat seorang pengunjung blog saya ini menegur cara penulisan saya yang dikatakan tidak menampakkan tahap ke’intelektualan’ mahasiswa. Ya! Memang saya budak baru belajar dan saya sedia di kritik kerana kritikan itu yang membaiki kesalahan yang kita lakukan. Tanpa kritikan, mungkin kita tidak tahu dimana kesalahan kita.Kritikan juga menjadikan kita matang dalam penulisan ( saya pun masih dalam proses untuk mancapai tahap ‘matang’ itu).Thanks brother atas teguran itu. (nampaknya, penulisan saya sedang diperhatikan..hehe )

Oklah, itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Banyak lagi bab-bab dalam buku ini yang saya boleh katakana sangat bagus.Antaranya, bab Kuasa sebuah penulisan, jenis-jenis Penulisan, Panduan penerbitan Buku, makna CEMERLANG bagi penulis Jutawan dan macam-macam lagi. Saya syorkan, mana-mana pembaca yang begitu minat dalam penulisan dan masih dalam proses untuk menjadi penulis yang hebat, dapatkanlah buku ini. Moga-moga ia dapat memberi sedikit panduan & semangat untuk anda menjadi penulis yang berjaya.Wassalam

~BErjuang,Berjuang & Terus Berjuang~

Iman semut vs Iman Manusia

Posted by Syaheed on 28 November 2008 , under , | comments (0)




Salam optimis,

Sekarang ni,sy melihat keadaan dlm negara kita ni agak kelam kabut..dengan pemilihan agung UMNo yg tak berapa nak betul..dgn keadaan politik negara yg tak berapa nak stabil..dengan isu fatwa nyer yg rmi masyarakat kurang faham..dgn isu gejala sosial yg tak pernah kurang statistik jenayahnya..dan segala jenis masalah dlm negara ni..kebanyakan masalah nie sy boleh buat kesimpulan bahawa kurang nya iman dan aqidah umat Islam tu sendiri..cakap pasal iman nie saya nak bawak kisah tajuk entri sy kali ni mengenai iman semut dan iman manusia..

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana
semut ini hendak
hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus. Nabi
Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup
untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki di tangan
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada
rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkaugemar makan? Dan banyak
mana
engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum

sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan
tak payah kamu melata di atas batu,aku
boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil
satu bekas, dia
angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas;kemudian Nabi ambil
gandum
sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.Kemudian Nabi tinggal semut
di dalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah
Sulaiman lihat gandum
sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah
Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan
sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong,aku tidak
berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan
apapun sehingga banyaknya
sama seperti sebiji gandum sebulan,kerana makanan itu aku cari
sendiri
dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi
bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan
aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku
makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan
kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa
ditanam, oleh itu
kubur perlu digali dulu.Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
wari
s sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di
INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur
sampai100 kubur. Lepas itu,penggali pergi kepada ImamSuffian dan bertanyakepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur
orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana
mayat di dalamnya masih
berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam
Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu
d
itangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya
apabila
umat Isl
am tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak,biasanya, iman dia
akan beralih.
Nyatalah iman semut lebih kuat
dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, 
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU
MENJADI
HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN
APABILA DIBELANJAKAN DAN
ILMU
BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".

p/s: sama-samalah kita amik iktibar dan muhasabah dari cerita ini..wassalam


...............~~berjuang..berjuang & terus berjuang!!~~.........(^-^).

Bagaimana untuk mendapat & mempengaruhi kawan

Posted by Syaheed on 12 November 2008 , under | comments (0)



SALAM OPTIMIS,

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya dapat dari pembacaan buku seperti tajuk entri ini..buku ini telah diterjemahkan dari bahasa inggeris hasil penulisan motivator terkenal DALE CARNEGIE..apa tips nya??kat sini saya letak 6 tips bagaimana untuk kita memperoleh kawan dan juga mempengaruhi seseorang : )

1) Tunjukkan minat anda terhadap orang lain
* ekspresikan riak wajah anda apabila bercakap atau berbual dengan seseorang.Cuba tunjukkan yang anda berminat dengan apa yang diceritakan oleh kawan anda.

2) Tersenyumlah
* hmm..kuasa senyum memang hebat..dan senyumlah sedekah yang paling mudah..oleh itu,murahkan senyuman walaupun ketika anda dalam kemuraman:)

3) Ingat nama seseorang
* haa..yang nie bagi saya paling susah nak buat..kelemahan saya adalah mengingati nama orang..insyaallah, saya sedang cuba memperbaiki kelemahan saya nie..tips nie sangat berkesan kerana orang lain akan menghargai kita jika kita ingat nama dia..nak2 lagi kalau kita eja nama dia betul coz ada sesetengah orang sangat menitik beratkan pada ejaan nama..jadi,cuba ingat nama seseorang yang anda jumpa.:)

4) Jadilah pendengar yang baik
* Cubalah jadi pendengar yang baik..jangan hanya jadi pemidato ang hebat tapi skill mendengar kurang di gilap..orang akan menyukai kita jika setia mendengar celoteh dan cerita dia..pendengar yang baik adalah dengan memberi respon dan menunjukan yang anda berminat dengan apa yang dikongsi oleh kawan kita.renung mata kawan kita tue.kerana dari mata orang boleh baca hati..ceewahhh!!hehe

5) Bercakap tentang minat seseorang.
* cuba berbicara tentang minat kawan kita..mesti dia akan tertarik punye..kalau kita asyik dok cerita minat kita tapi sebaliknya dia tidak minat..memang kita xkan berjaya mempengaruhi orang lain.

6) Buatkan orang rasa diri dia penting buat kita.
* tips nie memerlukan keikhlasan hati..jangan hanya pandai buat ayat berbunga memuji dan memuja kawan kita, sedangkan dalam hati kita mengatakan tidak..latih diri untuk membuat ayat penghargaan agar orang lain rasa dihargai dan penting buat anda..

> setakat nie dulu yang saya dapat kongsi..cuba amalkan tips ni..moga2 kita dapat membina rantaian sahabat yang panjang..tapi AWAS!!jika diri anda ini penuh dengan sikap pentingkan diri,sombong,ego dan sebagainya yang mana anda rasa anda tak dapat mengubah sikap anda ini,percayalah, anda tidak akan ada ramai kawan..jika anda rasa anda selesa keseorangan, teruslah dengan sikap ego,sombong,pentingkan diri dan sebagainya kerana mungkin dengan mengamalkan sikap ini anda rasa anda bahagia walaupun mungkin orang lain sengsara..k, i've got to go..mungkin blog ini tidak dapat di update selama seminggu atau lebih kerana saya ada program dan juga cuti semester:)..insyaallah,ada jodoh kita bertemu di entri yang akan datang.wassalam.

......~~berjuang..berjuang & terus berjuang!!~~........

Ayuh BangKITLAH!!

Posted by Syaheed on 02 November 2008 , under , | comments (1)




Perjuangan
Penghujungnya menanti tiupan Israfil
Namun badai terus melanda
Megahnya tangan-tangan Yahudi, Nasara, Dahri dan Sobiin
Islam terus terhina di muka bumi
kerana
Umat Islam terpenjara kekerdilan
Jiwanya teransang memeluk dunia
Cintalah dunia
Takutlah mati
Umat Islam akan terus diganyang oleh anjing-anjing

Ya Rabbi
Hamba Mu perjuangkan keegoan
Hamba Mu terhina di bumi Mu
Hamba Mu tersasar diperkotak-katikkan
Ya Rabbi Baitil 'Atiq
Saksikanlah keinsafan umat Mu
Kembalikanlah kemuliaan umat Mu
Ajaran suci kekasih Mu mengisi kekosongan alam
Bangkitnya umat Mu dari lena
Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan terlepas
Berkatilah hamba Mu sepanjang zaman


p/s : Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



aahhh...syukur bangat!!

Posted by Syaheed on 21 October 2008 , under , , | comments (0)



Salam Optimis.

Alhamdulillah,syukur padaMU ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk mengecapi nikmat iman dan islam..nikmat yang paling agung anugerahMU ya Allah.terima kasih Allah..suka untuk NurIslam mengajak diri sendiri dan kengkawan semua untuk kita sama-sama mensyukuri segala nikmat dan dugaan yang Allah anugerahkan kepada kita..kerana di sebalik nikmat dan dugaan tue tersembunyi pelbagai hikmat yang kita semua tak ketahuinya..boleh jadi sahabat-sahabat, nikmat itu satu dugaan dan dugaan itu satu nikmat untuk kita..jadi, walau apa pun yang mendatang, kita patut mensyukurinya kerana kita adalah insan yang terpilih untuk mendapat nikmat dan dugaan ini..kerana apa?kerana Allah menyayangi kita..inilah kata-kata yang NurIslam pegang di kala ditimpa dugaan jua cabaran dlm hidup ni..apabila susah,tiupkan semangat kat diri ni yang ALLAH masih sayang kat kita nie..terus jadi kuat,insyaallah..حسبي الله ونعما الوكيل , “ cukuplah Allah bagiku & Dia adalah sebaik-baik penjaga”..biarlah orang nak benci ker,nak mengata apa-apa pon kat kita,xder hal lah ( tagline pak din,hehe ).yang penting Allah sayang kat kita.itu dah sangat memadai.

Sahabat-sahabat,


Hidup ni tak lama.bak kata kump.hijjaz dlm lagunya “ hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering,ia kan pasti padam sendiri”. Yer!!once dah tiba waktu ajal kita, kita dah tak leh lari dah..even raja pecut dunia pon memang tak dapat pecut dah..peringatan ini juga adalah untuk diri sendiri jua sahabat-sahabat..marilah kita ambil kesempatan selagi kudrat larat, tenaga ada, mental stabil ni, untuk kita sama-sama berjuang sehabis baik, tingkatkan amalan jua sedekah,moga ia dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti..teringat tagline seorang sahabat yang menggunakan nick andika puteri, katanya, “jangan disangka kita berjuang nie boleh jamin masuk syurga,bahkan boleh menyebabkan masuk neraka”( lebih kurang camtue la ayat dia,jgn marah ek klu salah..hehe), na’uzubillah..sama-sama kita ikhlaskan niat untuk mencari redha Allah semata..salam optimis.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Aku Pengemis Cinta

Posted by Syaheed on 14 October 2008 , under , | comments (0)



Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan. Aku merayu,
Nyah kau cinta fatamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan dekati hati nurani ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.

Detik Kematian

Posted by Syaheed on 10 September 2008 , under , | comments (0)



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam

Kematian

Posted by Syaheed on 09 September 2008 , under , | comments (1)



Salam..

Allahuakbar..setelah lama NurIslam menyepi..malam nie tergerak hati,tergatal tangan untuk posting mala nie..hmm..kebelakangan nie NurIslam selalu mendengar tentang kematian..bermula dengan pemergian ayahanda tercinta Ust.Ridhuan Bakar, selepas itu pula di susuri pula dengan pemergian ayah kepada seorang sahabat Nurislam,NorAfizan Che Omar yang telah kembali ke rahmatullah 2mgu lepas..seminggu kemudian, datang plak berita kematian tentang nenek kepada sahabatku mashitah..3 hari lepas tue, dugaan ini datang kepadaku iaitu dengan pemergian nenek kesayanganku ke rahmatullah di sebabkan sakit lelahnya yang telah lama dihidap..setelah ayah kepada seorang sahabat, kemudian nenek ku..dan semalam,pergi pula seorang mujahidah bernama HAJAR IZHAM..perginya buat selama-lamanya menghadap Illahi..Al-FATIHAH buat semua..Semoga kalian semua berada bersama-sama para solihin..

Semasa pergi menziarahi arwah kak hajar, hatiku terdetik sedih dah gentar, mati tidak mengenal usia..aku pun belum tentu hidup hingga umur 60 – 70 tahun.belum tentu juga hidup untuk esok hari..ya allah..takutnya aku berbicara pasal mati..aku takut untuk mengadapMU ya Allah..kerana ku tahu amalanku belum mencukupi untuk ku kecapi syurgaMU..Ya allah..aku tak layak masuk syurgaMU..tetapi,aku juga tidak sanngup untuk berhadapan dengan api nerakaMU YA ALLAH..hapuskanlah segala dosaku yang lalu, hari ini dan yang akan dating..Moga2 aku istiqomah dlm jalan perjuangan ku ini..Istiqomahkan juga sahabat-sahabatku Ya Allah..Semoga apabila aku pergi MengadapMU,aku mati dalam keadaan bahagia dan tersenyum..aminn..sahabat-sahabat,maafkanku andai aku ada buat silap..kerana ku takut andai aku tak sempat untuk meminta maaf lagi kerana mati dating tanpa di jemput..Semoga kita semua hidup dalam IMAN,Mati juga dalam keadaan Islam dan BERIMAN..amenn..

Pemimpin dan kepimpinan!

Posted by Syaheed on 14 August 2008 , under , , | comments (0)






Salam..

Pemimpin dan kepimpinan! Istilah yang kebelakangan nie xsunyi dari telingaku mendengarnya. Apa maksud pemimpin dan kepimpinan? Pemimpin ialah seseorang individu yang memimpin bukan sahaja memimpin satu organisasi malah memimpin diri sendiri jugak adalah pemimpin. So,semua kita nie adalah pemimpin.Pemimpin nie ada disekeliling kita. Ada yang memegang jawatan perdana menteri, presiden, pengarah syarikat, menteri besar,kapten dan sebagainya.



Manakala perkataan “kepimpinan” pula bererti satu kemampuan bagi mengetuai,memimpin dan memandu.Ia adalah satu seni yang mana menghasilkan keupayaan bagi menjana idea dan berkomunikasi di samping dapat membentuk kepercayaan didalam hati para pengikut melalui idea yang dijana merangkumi visi dan misi.
Boleh ke aku jadi pemimpin dan melaksanakan kepimpinan aku? Sahabat-sahabat pembaca, semua orang termasuk kita boleh jadi pemimpin.tetapi tak semua daripada kita dapat melaksanakan kepimpinan itu. Bagaimana nak melaksanakan kepimpinan dengan jaya dan hebatnya? Contoh yang paling mudah ialah kita rujuk kepimpinan rasul kita Muhammad SAW yang memimpin sahabat-sahabat baginda dengan baik dan jayanya. Baginda mempunyai sifat seorang pemimpin yang hebat. Sati kajian yang dilakukan,antara sumber kepimpinan ialah : jawatan ( 15% ), ilmu ( 35%) dan personaliti ( 50%). Wow! Personaliti memainkan peranan paling penting dalam membawa kepimpinan yang hebat. Oleh itu, untuk menjadi pemimpin berwibawa, kita hendaklah mempunyai personaliti yang dapat menarik orang bawahan kita. Di antara personaliti yang dapat mempengaruhi orang bawahan kita ialah Communication Skill.

Contoh paling popular ialah Rasulullah. YA! Kenapa Allah mengutuskan Rasul dlm keadaan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang hebat?? Jawapannya ialah kerana pada zaman nabi, orang Arab pada waktu itu ialah satu kaum yang hebat dlm berkata-kata. Jadi, untuk membawa dakwah yang berkesan pada orang Arab pada waktu itu, Nabi perlu lebih hebat dlm berkata-kata bg mengatasi kehebatan orang Arab yg lain. MasyaAllah.sungguh hebat percaturan Allah. Jadi,adakah kita ingin menjadi pemimpin yang hebat? Asahlah bakat dlm Communication Skill. Jika tiada kemahiran ini, orang bawahan kurang ‘respect’ kepada ketua mereka. Selain kemahiran ini, binalah personaliti yg menarik. Paling mudah, skill SENYUM.:).senyum pun kena ada skill ke? YA!! Kalau tengok dalam carta organisasi sesebuah syarikat, kita akan tengok pelbagai gaya senyum yg terpamer. Selalunya 1st impression orang akan tertarik dgn gaya senyum yang menarik. Jadi, berlatih la senyum yang dapat menawan hati orang lain.:) PENTING!!senyumlah dengan penuh keikhlasan hati kerana orang dapat nilai senyuman kita tu ikhlas atau tak..

Oklah sahabat-sahabat, selamat membina skill kepimpinan masing-masing.Pilihlah contoh pemimpin yang paling dekat dgn kita untuk dijadikan IDOL. Akhir kata, Selamat memimpin!!(^-^)