Aquasprite Theme Demo

Say No to Mat Rempit

20 May 2009 , Posted by Syaheed at Wednesday, May 20, 2009

Salam optimis,

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepadaNYA kerana saat dan ketika ini diberikan kekuatan untuk meng'update' blog. Saya tertarik dengan satu berita yang di siarkan di akhbar online mstar.com tentang larangan polis supaya kita jangan gunakan lagi panggilan mat rempit untuk dilabelkan kepada samseng jalanan ini.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz,Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada samseng jalanan ini iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini kerana sehingga kini hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka.

Apabila bercakap tentang budaya samseng jalanan ini yang semakin berleluasa, tertarik dengan berita tentang sekumpulan kira-kira 30 pelajar lelaki yang ponteng sekolah dan berkeliaran bagaikan pelesit dengan menunggang motosikal ala-ala mat rempit di sekitar kawasan perumahan di Permatang Badak dan Bukit Rangin, Kuantan.

Mengikut berita yang disiarkan,mereka ini lengkap beruniform sekolah menengah dengan rambut serta wajah masing-masing dicalit pelbagai warna. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan penduduk di situ.masyaallah..

Semoga kita sama-sama dapat membantu polis membasmi gejala sosial ini yang mana sangat memberi impak negatif kepada remaja khususnya..Let Us Together Say No to Mat rempit...ayuh kita gelarkan mereka SAMSENG JALANAN kerana perlakuan samseng merekalah mengancam nyawa orang lain.wassalam..


~Begin with The End of Mind~

Currently have 0 comments: