Aquasprite Theme Demo

TEMAN..satu penilaian semula

Posted by Syaheed on 26 February 2009 , under | comments (0)






Salam optimis,

Alhamdulillah & selawat ke atas Nabi s.a.w. Segala puji bagi Allah yg telah menyempurnakan nikmatnya yg teragung kpd kita iaitu Iman & Islam.Jika seseorang itu di kurniakan dgn harta yg memenuhi langit & bumi tetapi tiada iman maka malanglah nasibnya.Maka kita hendaklah bersyukur dgn sebenar syukur kerana ini ialah perintahNya.

Firman Allah :
"Sekiranya kamu syukur nescaya aku tambahkan nikmat ku ke atas mu dan jika kamu kufur tunggulah azab ku yg pedih."

Naluri manusia memerlukan teman.Jika tiada teman maka hilanglah salah satu nikmat kehidupan.Teman yg akrab mempunyai pengaruh yg besar dlm jiwa & fikiran seseorang. Kalau teman nya seorang yg beriman maka ianya menyebabkan keridhaan Allah terhadapnya. Jika temannya itu melalaikan dari Allah maka ia merupakan satu kerugian yg sangat besar. Dalam pergaulan, kita harus berhati-hati & perlu memilih siapakah teman kita krn natijahnya sangat besar.

Firman Allah :
"Pada hari itu teman akrab satu sama lain akan menjadi musuh kecuali org yg bertaqwa.Hai
hamba ku, pada hari ini kamu tidak perlu khuatir dan tidak perlu bersedih hati."
(Az Zukhruf A:67)

" Dan ingatlah hari disaat org yg zalim menggigit tangannya (krn menyesal) seraya berkata," Alangkah baiknya jika aku dulu menempuh jln bersama rasul. Betapa celakannya kamu ini.Alangkah baiknya jika aku tidak menjadikan si fulan sebagai teman karibku. Dia sesungguhnya telah menyesatkan aku dari Al Quran setelah ia datang kpd ku. Dan syaitan itu memang tidak pernah mahu menolong manusia." (Al Furqan A:27~29)

Namun begitu Islam tidak meyuruh kita dari memencilkan diri dari masyarakat.Walaupun kadangkala kita di hadapkan dgn karenah mereka yg menyakitkan tetapi itu tidaklah menjadi sebab kita mesti membenci & menjauhkan diri dari mereka. Hadis Nabi s.a.w :

"Org mukmin yg bergaul dgn org lain & tabah menghadapi gangguan mereka lebih baik
dari org mukmin yg tidak bergaul dgn org lain & tidak tabah menghadapi gangguan mereka."
(HR Tirmizi)


Tambahan lagi fadhilatnya begitu besar utk mereka yg saling menyayangi & menghormati satu sama lain semata-mata krn Allah.Tetapi kita kenalah faham sesungguhnya Allah tetap mengharamkan pergaulan antara lelaki & perempuan yg bukan mahramnya. Hadis Nabi s.a.w :
" 2 org yg saling berkasih-sayang di antara satu sama lain demi krn Allah, meskipun dlm
keadaan tidak saling bertemu, maka di antara 2 org itu yg paling di sayangi oleh Allah ialah yg paling menyayangi kawannya." (HR Thabrani)

Dlm memilih teman maka usahakanlah supaya kita dpt mencari mereka yg berakhlak mulia krn sifat manusia lebih cepat terdorong membuat keburukan dari kebaikan. Hadis Nabi s.a.w
" Kawan yg baik ibarat org yg memakai minyak wangi, jika engkau tidak memperolehi sesuatu darinya, sekurang-kurangnya engkau mendapat bau harumnya. Dan kawan yg buruk ibarat tukang besi, walaupun engkau tidak terkena hangusnya, sekurang-kurangnya engkau terkena asapnya." (HR Abu Daud)

Barangsiapa yg menyerupai sesuatu kaum sesungguhnya dia dari golongan tersebut. Kalau tidak
dapat mencari kawan yg baik maka kita sendirilah yg seharusnya memulakan kebaikan. Untuk
mengetahui mengenai kedudukan seseorang, maka perhatikan lah mafhum hadis di bawah ini.
"Kawan yg baik ialah apabila kamu lihat wajahnya teringat Allah, apabila dengar percakapannya menambahkan kefahaman agama dan apabila lihat gerak-gerinya maka teringatkan mati."
(Fadhilat zikir)

Perhatikan lah dgn siapakah kita bergaul selama ini.Semoga Allah memperbaiki diri kita dgn mengurniakn taufiknya utk kita tingkat iman & amal kita serta kita dapat saling nasihat menasihati antara satu sama lain dgn kasih-sayang.

Jazakallahu khairan.

~berjuang..berjuang & terus berjuang~

TAHNIAH MA'RUF CLUB

Posted by Syaheed on , under , | comments (0)




GOMBAK, 25 Feb - Forum Intelek Anjuran Maruf Club telah diadakan dengan jayanya semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang begitu syahdu dari Sdr. Mohd Zahin & seterusnya disambung dengan bacaan Khutbah Wada' Nabi yang disampaikan oleh Timb. Presiden 1 Ma'ruf Club, Sdr. Muhammad Zaki Sukery.

Seterusnya, majlis diserahkan kepada moderator bagi memulakan forum yang dibarisi oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka. Cikgu Azmi membuka tirai forum dengan lontaran hujah yang mantap lagi berfakta. Setelah selesai satu pusingan forum, moderator membuka sesi soal jawab kepada semua audience untuk bertanyakan soalan. Banyak soalan yang ditujukan kepada ahli panel terutamanya kepada YB Datuk Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Ikhlas saya katakan bahawa tak semua dalam UMNO tu betul. Contohnya tentang PPSMI, saya juga membantah pelaksanaan sistem tersebut. Kami Umno Batu Pahat juga menentang pelaksanaan PPSMI ni. ISA pun saya tak berapa setuju. Apa yang saya nak katakan di sini, orang boleh kutuk Umno tu tak betul, Umno ni salah, tapi saya tetap memilih Umno sebagai wadah perjuangan saya” terang YB Fuad bagi menjawab salah satu soalan dari audience.

"Soalan terakhir yang ingin saya tanyakan kepada semua ahli panel, antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, yang mana lebih utama?"tanya salah seorang audience, Sdr. Hafiz Badiuzzaman, mantan Timb. Presiden Ma'ruf Club.

Pelbagai jawapan diberikan." ..sudah tentulah saya menjawab ketuanan Melayu yang lebih utama kerana orang Melayulah yang pertama sampai di Tanah Melayu...."jawab Assoc Prof Abu Hasan Hasbullah dari Pensyarah Pengajian Media (UM).

"Saya sedikit tak sependapat dengan Mahaguru kita ni (merujuk kepada Prof Abu Hasan) kerana ketuanan Melayu tak penting, ketuanan rakyat juga tak penting, yang lebih utama adalah KETUANAN ISLAM" jawab pula YB Dr.Hassan Ali. Suasana semakin hangat.

Cikgu Azmi dari TERAS pula tak kurang juga hebatnya dimana setiap baris katanya disampaikan dengan begitu semangat dan sangat terhibur.

Forum berakhir dengan setiap ahli panel memberikan konklusi masing-masing.

YB Fuad mengatakan kita sebagai rakyat jangan mengamalkan mentaliti monoriti iaitu kita jangan melihat Nasionalis Melayu dalam konteks yang sempit.

"Bagi saya ketuanan Melayu itu adalah juga ketuanan Islam kerana Melayu sangat dominan dengan agama Islam di Malaysia ini." kata YB Fuad mengakhiri hujahnya.

Ahli panel kedua pula, Cikgu Azmi memberitahu kita supaya kita berpegang kepada 4K > keagamaan, kenegaraan, ke'umat'an dan kebangsaan." All struggle that do not related with islam is nothing.." begitulah kata beliau.

Seterusnya, Prof Abu Hasan membuat konklusi dengan mengatakan bahawa Malaysia satu hari nanti akan mencapai kejayaan. " Kalau dulu orang asyik mengamalkan politik ketakutan sehinggalah berlaku tsunami 8 Mac dimana ia telah bertukar kepada politik pengharapan ( politic hope ). Ia akan wujud 3 elemen didalam politic hope ni iaitu > 1) raikan kebijakan 2) makmurkan kesaksamaan 3) merayakan kebebasan.."akhiri Prof Abu Hasan dengan semangatnya.

Terakhir, kata-kata penutup dari YB Dr Hassan Ali.." Kita jangan bergerak 1 step forward but we should move billion step beyond. Jangan kamu sebagai mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik sahaja, nak tunggu bila lagi untuk majukan umat? Mulalah dari sekarang. Yang penting, jaga perkara wajib yang disuruh Allah. Jangan hanya berhenti setakat ini sahaja, sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cuba hadiri forum intelek yang sebegini baik untuk mengasah minda kamu sebagai mahasiswa." itulah kata-kata YB yang penuh dengan nasihat kepada semua mahasiswa.

Secara kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa haruslah berdaya saing serta mempunyai daya intelektual sebagai seorang ahli akademik. Pekalah kepada isu semasa yang terjadi baik dalam negara mahupun luar negara. Akhir kalam, kami dari pihak Ma'ruf Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komiti yang terlibat dan terima kasih juga kepada yang hadir dan tahniah atas kehadiran anda semua. Ingatlah, kita adalah generasi penentu masa depan negara. - marufclub







Jemputan ke Forum Intelek

Posted by Syaheed on 23 February 2009 , under | comments (0)





Alhamdulillah..tadi baru balik dari mempromosikan forum intelek anjuran Ma'ruf Club..malam ini adalah malam last untuk tampal poster..moga2 malam esok akan ramai yang hadir...kenapa anda perlu hadir ke forum ni??anda seorang mahasiswa?anda seorang rakyat malaysia??..forum ni diadakan bagi memberi penjelasan dan kefahaman kepada mahasiswa khususnya tentang keadaan dalam negara sekarang yang mana mempunyai banyak masalah nya >politik>ekonomi>rasuah>sosial>dan sebagainya..kita sebagai mahasiswa perlu lebih cakna tentang isu2 semasa sekarang lebih2 lagi kita adalah bakal generasi yang akan memimpin malaysia kelak...


Ok,saya tak nak ulas dengan panjang lebar lagi..nak tahu lebih lanjut??hadirkanlah diri anda ke forum malam esok yang mana bakal menjanjikan satu ulasan pemikiran yang hebat dari 3 orang ahli panel yang hebat2 semuanya ..segala detail program adalah seperti berikut: >>

Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Main Auditorium, UIAM

Isu-isu yang akan dibincangkan:

1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan

2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor

3. Kestabilan sosial yang diketepikan

4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini

5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini

*Forum ini akan di conduct dalam Bahasa Melayu.

>>Jom!!beramai2 kita penuhkan Dewan Utama UIAM,Gombak..


~Berjuang..berjuang..& terus berjuang!!~

PERAK oh PERAK

Posted by Syaheed on 08 February 2009 , under , | comments (1)



Salam optimis,

Alhamdulillah,semalam kira-kira jam 4 pagi saya selamat sampai dari PERAK..dengan berbekalkan semangat dan sedikit pengetahuan tentang isu di perak ni, saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman berada di Perak.

Sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Sesungguhnya tindakan BN merampas Perak amat tidak bermaruah dan bagaikan pondan..kita pandang isu Perak ni dari sudut undang-undang perlembagaan..saya sangat benci apabila BN bermain dengan isu “Nizar derhaka kepada Sultan”..sape yang derhaka sebenarnya??mintak pembaca selak2 balik sejarah2 tentang penderhakaan BN kepada institusi diraja..

Kalau kita lihat kronologi peristiwa di Perak ni bermula apabila 2orang YB hilang dan tidak dapat dihubungi.Logik ke 2 orang YB ni kata pergi bercuti tanpa meminta izin dari MB ??ni orang panggil tak de adab dalam berorganisasi..dan boleh diorang pergi bercuti sedangkan banyak tugas-tugas tak diselesaikan,meeting2 penting tak hadir dan takkan selama percutian tu, HP di offkan..haha..lu pikirla sendiri..lagi satu pasal 50juta tu..ada BPR siasat dulu kes ni?huh!haram jadah la BPR nak siasat coz memang sah NAJIS (bukan nama sebenar) ni bersalah..kejahatan NAJIS ni berpolitik samalah politik orang kafir sampai sanggup ugut dan membunuh..kenapa saya kata macam tu??Kita tengok ADUN BOTA (sekarang dah dapat gelaran “katak” lebih hebat dari Ibrahim Ali coz melompat tak sampai 11hari 14jam), YB Nasha ni seorang yang berpegang pada prinsip perjuangan dan sedikit bijak dari YB2 BN yang lain.Satu hari (selepas dia masuk PKR), dia didatangi 2orang yang tak dikenali menjemput beliau ke Istana dengan alasan Sultan nak jumpa..YB Nasha pun ikutlah 2 orang tu..tapi sebenarnya 2orang ni adalah SB NAJIS.so,bukan ke Istana destinasi mereka.maka,lenyaplah YB Nasha selama beberapa hari dan muncul2 mengatakan kembali kepada BN..sampai isteri beliau mesej mengatakan “kenapa abang mengkhianati perjuangan ni”..hmm,lu pikirlah sendiri.mungkin maruah terpaksa digadai demi nyawa dan anak bini.ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Timb.Speaker Dewan, Hee Yit Fong (DAP-Jelapang) juga dikatakan di ugut oleh NAJIS..sape yang tak takut oii kalau diugut bunuh..tambah2 lagi Hee ni sorang perempuan..kalau kes Altantuya pun NAJIS leh berjaya,apatah lagi kes2 lain yang mungkin ‘kacang’ jer bagi NAJIS ni..huhu..ALLAHUAKBAR..

Sahabat-sahabat pembaca,

Saya minta dalam waktu sekarang, kita harus pandai mencari berita yang sohih..janganlah kita percaya bulat2 dengan akhbar UTUSAN MELOYA,BERITA HAIRAN dan RAJA TUKANG MEREKA-REKA (RTM)..Pihak NAJIS ni sekarang banyak kuarkan kenyataan untuk melaga-lagakan YB Nizar dengan Sultan..Kita sama-sama fikirkan ye, takkan anak tegur ayah dikatakan seorang anak derhaka sedangkan orang luar keluarga (pihak NAJIS )yang menegur dikatakan orang baik..dan YB Nizar pun bukan gilakan kuasa sangat untuk jadi MB,tapi disebabkan ni amanah dari rakyat Perak,beliau terus pertahankan jawatan ni.BN pun takkan tak ngaji perlembagaan kot sampai tak tahu ada 3 cara sahaja untuk jawatan MB ni dilucutkan..aku budak Seni Bina pun tau Perlembagaan apatah lagi YB2 BN..huhu..malu la sket NAJIS oii..kalau btol2 anak jantan, kenapa takut nak ikut perlembagaan untuk buat pilihan raya semula??PR ni bukanlah gila kuasa sangat pun,tapi disebabkan Negara ni ada perlembagaan,so,kita gunalah perlembagaan.Kalau NAJIS ni btol ana jantan,wat la pilihan raya,kalau BN menang ,barulah YB Nizar letak jawatan.PR pun berundur cara hormat.so,fair!!tapi disebabkan depa ni (puak NAJIS )pondan,tu yang takut nak berdepan dengan MAKKAL SAKTI (kuasa rakyat ).TAKBIR!!

Kepada rakyat Perak,teruskan usaha anda untuk pertahankan Perak dari diambil oleh pihak2 yang gilakan kuasa dan duit ni..kami disini hanya mampu berdoa moga2 sultan lembut hati untuk tarik balik sumpah MB yang tak diiktiraf tu.

Kepada pejuang-pejuang agama, waktu ni bukanlah waktu untuk bersedih.ingatlah Firman Allah dalam surah alBaqarah ayat 216 yang bermaksud “…..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.” Bersabarlah kita dalam isu ni.mungkin perkara ni adalah sesuatu yang baik bagi kita.Mungkin kejadian ni lah Allah nak tunjuk segala kesalahan pihak-pihak yang zalim ni dan membuka mata rakyat untuk lebih mengenali pemimpin BN yang mereka sokong ni.moga-moga Allah membalas perbuatan mereka ni (puak-puak NAJIS ) dengan memberi kemenangan yang besar kepada Islam dalam PRU ke-13 nanti.insyaallah.TAKBIR!!ALLAHUAKBAR3x

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

p/s : bi bawah ni penulis sertakan sedikit gambar ketika penulis berada di Kuala Kangsar untuk melihat suasana majlis angkat sumpah MB yang tak di iktiraf oleh rakyat



[ Rakyat menunjukkan duit sebagai simbolik rasuah najib]

[ huhu,nilah kerja FRU Malaysia]


[ FRU membuat pagar ]

[ kereta-kereta YB BN yang lalu di'boo' oleh rakyat ]

[ beribu-ribu rakyat hadir menunjukkan bantahan ]

[ bergambar kenangan ngan FRU ]