Aquasprite Theme Demo

FILEM : Children of Heaven

06 May 2009 , Posted by Syaheed at Wednesday, May 06, 2009


Salam Optimis,

Alhamdulillah, pagi tadi allah memberi sedikit kelapangan buat saya untuk melihat satu filem dari Iran yang bertajuk 'Children of Heaven'.Filem ini menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Kisahnya bermula apabila seorang budak bernama Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adik perempuannya Zahra. Mereka ini adalah dari keluarga miskin yang mana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya bekerja sebagai pembancuh teh di masjid.Zahra sangat sedih akan kehilangan kasut dan menyalahkan Ali,abangnya. Lalu Ali memberi idea untuk berkongsi menggunakan kasutnya sahaja oleh kerana Zahra sekolah sesi pagi manakala Ali sekolah sesi petang. Zahra berkeras untuk memberitahu ayah mereka tentang kehilangan kasutnya tetapi dilarang oleh Ali kerana mengetahui ayahnya tidak mempunyai wang di samping banyak hutang yang tertunggak.


Setiap pagi,Zahra memakai kasut abangnya ke sekolah. Selesai sahaja sesi persekolahan, Zahra bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberi giliran kepada abangnya pula menggunakan kasut yang semakin lusuh itu.Sejak dari itu, Ali sering lewat ke sekolah dek kerana kasut itu. Begitulah kehidupan yang penuh pengorbanan dari seorang abang juga pengertian seorang adik yang begitu menyayat hati setiap penonton.

Filem arahan Majid Majidi ini telah menerima anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival.

Tok Guru yang telah menonton filem ini juga berkata, "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”


Tok guru juga berharap agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.

“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Tok guru berharap Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat perjanjian bersama Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem agar dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem..

Semoga satu hari nanti Malaysia mampu menerbitkan filem-filem berunsur kemanusiaan dan juga filem yang dapat menangkis fitnah Barat,Insyaallah. Bak kata sahabat saya , sama-sama kita kibar panji Allah supaya Malaysia bangun penuh berkah..

wassalam.


Chidren Of Heaven Part 1



Chidren Of Heaven Part 2




~Begin with the End of Mind~

Currently have 1 comments:

  1. Ada beberapa lagi filem Majid Majidi yang elok ditonton. Walaupun beliau berfahaman syiah, tetapi jika jalan ceritanya ada mesej kesedaran tidak mengapa untuk ditonton. =)

    Antara yang ada dalam hard disk saya adalah Baran dan Color of Paradise.