MAHASISWA : Memahami Realiti Menjiwai Haraki
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Bilamana menyedari lebih kurang seminggu saya tidak mengupdate blog ni, jadi saya memaksa dan menggasak minda dan diri saya untuk menulis demi mencetus mahu dan tahu kita tentang sesuatu isu dan perkara.Saya sangat gembira dan rasa bertuah sebenarnya apabila dapat berjumpa dan mendengar perkongsian dari dua orang yang sangat hebat iaitu Cikgu Azmi dari TERAS dan saudara Wan faisal (rausyanfikir.com) yang mana saya dan beberapa orang sahabat yang lain berusrah dan berkongsi pendapat dengan anak muda ini.
Saya begitu tertarik dengan penyampaian dari saudara Wan Faisal yang mengupas mengenai The University and The Captive Mind.
Sememangnya jika di lihat keadaan di universiti sekarang khususnya di Malaysia, mahasiswa seolah-olah terkurung minda mereka untuk melihat realiti dunia sebenar dan sikon semasa yang berlaku. Keadaan dan masalah ini perlu dilihat dengan lebih serius dan mendalam kerana keadaan dunia sekarang semakin hari semakin maju dan sindrom ‘Minda terkurung dan terpenjara’ ini semakin hari dilihat seperti masalah dan perkara biasa saja.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Emeratus Prof Khoo Kay Kim yang di kongsi oleh saudara wan faisal di blognya :
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."
Punca masalah captive mind ini berlaku adalah kerana kurangnya ilmu dan intelek yang menyebabkan kita jadi confused and error in knowledge. Akibat daripada kekeliruan ilmu ini memberi kesan kepada hilangnya adab dan akhlak sesorang muslim khususnya mahasiswa dan sikon ini menjadi lebih teruk lagi bilamana dua masalah ini menyebabkan bangkitnya the false leader dalam masyarakat kita pada hari ini.
Keadaan dan masalah dalam kitaran ini akan sentiasa berterusan (recycle)sekiranya kita tidak mengubah dan memperbaiki salah satu daripada 3 punca berikut.
Sebagai contoh, kita ambil masalah ilmu (knowledge ). Sekiranya kita khususnya mahasiswa betul-betul eager dan bersungguh-sungguh dalam pencarian ilmu dan memahami disiplin ilmu sebetulnya, kita tidak perlu lagi risau dalam memikirkan future leader yang akan memimpin Malaysia pada masa akan datang.
Bak kata Jean Baudrillard :
“ We live in a world where there is more and more information but less & less in meaning”.
Fikir-fikirkan.
Saya memilih tajuk Mahasiswa : Memahami Realiti Menjiwai Haraki pada kali ini adalah kerana tertarik dengan cetusan yang di lontarkan oleh Cikgu Azmi dimana sebagai mahasiswa, kita seharusnya memahami keadaan reality semasa yang berlaku untuk kita menjiwai gerakan yang kita di bawa pada hari ini.
Sedar atau tidak, kita sering mempersoal dan membincangkan siapa yang kalah dan menang. Kurang sekali kira memikirkan siapa yang salah dan benar dalam sesuatu keadaan.
Sedar atau tidak, kita sering membenarkan yang kuat.Jarang sekali kita mengambil sikap menguatkan yang benar.
Inilah reality yang harus kita sedar pada hari ini. Dimana kita mahasiswa sekarang? Kemana halatuju kita? Apa tindakan yang harus kita lakukan?
Saya teringat akan ‘assignment’ yang diberikan oleh naqibat saya iaitu supaya membuat perancangan masa depan 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Insyaallah, ‘assignment’ dah siap,tinggal lagi nak submit dan di nilai oleh naqibat.(^_^).
Disini, suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat khususnya yang bergelar mahasiswa untuk sama-sama kita memahami situasi semasa berdasarkan realiti bukanlah berdasarkan fantasi dan khayalan minda yang syok sendiri.
1) Faham dan baca realiti
-Sebagai mahasiswa yang mana merupakan agen pengubah keadaan, kita perlucepat dan peka dengan realiti sekarang. Sebagai contoh, fahami keadaan ekonomi Negara sekarang, cuba memahami dan menjiwai reality kehidupan masyarakat sekarang dan sebagainya,key wordnya adalah cepat faham reality.
2) Realiti yang ‘real'.
-Baca dan faham reality sahaja tidak cukup tanpa kita rasai sendiri reality itu sendiri. Perlu di ingat, reality itu ada 2 jenis iaitu : a) masalah yang dirasai b) masalah yang tidak dirasai..sebagai contoh, isu ISA. Saya meletakkan isu ISA ini sebagai reality masalah yang tidak dirasai. Mungkin sesetengah masyarakat tidak begitu mengambil cakna akan isu ini kerana ia bukanlah masalah yang dirasai sendiri oleh mereka. Tugas kita mahasiswa adalah bagaimana untuk kita menukarkan masalah yang tidak dirasai ini kepada masalah yang dirasai oleh semua pihak supaya ia menjadi suatu reality yang ‘real’.
3) Merubah reality
-Selepas kita dapat genggami reality yang real ini, tugas kita seterusnya adalah cuba untuk merubah reality tersebut. Saya kira begitu banyak masalah masyarakat yang perlu di ambil perhatian oleh mahasiswa dalam kita membela masyarakat tanpa kita mengkesampingkan isu –isu mahasiswa dan isu semasa yang lain.Dalam usaha untuk merubah reality, kita haruslah berupaya untuk membentangkan sesuatu masalah kepada masyarakat agar isu yang kita bawa itu dapat juga dirasai oleh masyarakat lainnya. Disinilah peranan strategi dan pelaksanaan memainkan peranan yang penting. Kalau loghat klate disebut ‘jijok’. Makna kata, untuk melakukan sesuatu gerak kerja, kita dan penggerak yang lain haruslah ‘jijok’ dengan gerak kerja tersebut. ( boleh tanya sahabat-sahabat Kelantan yang lain kalau nak tahu maksud ‘jijok’ =).
1)Hadam konsep 4S
a) Sacrifice > perlu bersedia untuk berkorban masa,tenaga ,wang hatta nyawa sekalipun.
b) Self-denial (hidup berdikari)-> sebagai aktivis mahasiswa,cuba untuk tidak memanjakan diri dalam menghadapi apa jua keadaan. Bak kata seorang sahabat, cuba jadi 'hati kering '.
c) Simplicity > cuba jadi seorang yang sederhana dalam berbelanja tetapi tinggi dan besar hasilnya.Kalau bahasa kampung saya berbunyi 'simple living,high thinking'(^_^).
d) Steadfastness > Istiqamah.
2) Faham masa lalu ( faham sejarah), Bertindak masakini, Merancang masa depan.
Teringat satu kata-kata famous yang di ungkap oleh pak natsir :
"Pemimpin tidak boleh dicetak.Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh ummat.".wassalam.
~Berjuang,berjuang dan terus berjuang.~
ahaa..tulisan ni sy suka..ade pemikiran
thanks atas ziarah busyro ke blog ni..
budaya berfikir memang perlu digasak dan dilatih lebih-lebih lagi pemikiran yang kritikal memang sangat2 di perlukan..semua orang sememangnya harus memupuk daya berfikir agar pemikiran tidak membeku..tinggal lagi cara dan gaya pemikiran setiap orang mungkin berbeza..'ala kullihal,sama2 kita memupuk budaya berfikir yang kritikal(^_^)
saya masih dalam proses belajar dan masih banyak kurang dan cacat celanya..harap sahabat-sahabat pembaca dapat memberi kritikan dan teguran yang membina.syukran('',)
Apabila blogger muslimat seperti anti sudah mampu mengungkap pidato Jean Baudrillard, bererti anti sedang berada pd level blogger yang akan mendapat tumpuan para pemikir muda seperti saya. teruskan menulis Syidat ! Latih diri setiap posting sentiasa ada 'akar' atau quotation tokoh2 tertentu yang jarang didengar oleh orang lain, nescaya setiap posting anti akan makin mengganas auranya.
selingan gagasan R.O.S ust tantawi:
· responsive terhadap isu yang dihadapi oleh rakyat dan Negara .
· optimis terhadap kemenangan Islam yang kita dokong ,
· sensitive terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah