Senario Dunia Islam & Strategi menghadapinya
Golongan Yahudi & Nasrani tidak sesekali akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut jejak langkah (anutan) mereka...( Al-Baqarah: 120 )Sejak kebelakangan ini saya begitu tertarik & teruja untuk mengkaji sejarah kebangkitan & kejatuhan Islam setelah mendengar satu siri ceramah dari ustaz Kazim berkenaan dengan Bagaimana Yahudi begitu licik menipu kita. Sebenarnya minat ini sudah mula membiak dalam diri ketika mana saya mengambil subjek Islam,Knowledge & Civilization yang telah di ajar oleh anak murid seorang tokoh yang hebat Syed Naqib Al-Attas iaitu Dr.Aliza.. Dalam masa yang sama juga pemikiran saya sekarang semacam digasak dan di asah untuk lebih banyak berfikir dan lebih kritikal dengan keadaan semasa umat Islam masa kini..
Dunia semasa hari ini memperlihatkan suatu sikon ( situasi dan kondisi ) yang amat-amat berbeza daripada perspektif dunia Islam pada era Rasulullah SAW. Semestinya beberapa cabaran dan bentuk-bentuk ancaman musuh Islam perlu disedari secara lebih kritis dan teliti agar perancangan untuk menghadapi bahaya musuh Islam ini lebih-lebih lagi di zaman teknologi dan globalisasi ini yang semestinya menjanjikan pelbagai risiko berbahaya untuk agama dan umat Islam seluruhnya.
Saya tertarik dengan rumusan Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Ustaz MiorIsfandy semalam di mana secara umumnya Ucapan Dasar Presiden banyak menyentuh berkenaan dengan permasalah dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang sememangnya menjadi core problem di Malaysia sekarang. Inilah dia implikasi negatif yang dirasai oleh hampir kesemua negara-negara Islam pada hari ini hasil daripada penguasaan secara monopoli kuasa Amerika Syarikat dan sekutu Liberal Kapitalisnya.
Secara ringkasnya, keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kesan daripada ideologi sekularisme dan aktiviti-aktiviti gerakan musuh yang tersusun seperti Kristianiti,Zionis dan Orientalis. Di samping itu, saya melihat permasalahan dunia Islam pada hari ini sebenarnya adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran.
Faktor Dalaman :
1) Prejudis dan hilang keyakinan dikalangan umat Islam sendiri terhadap sistem dan ajaran Islam itu sendiri.
2) Tiada kesatuan fikrah melaksanakan tindakan terhadap isu-isu yang berkaitan kepentingan ummah.
3) Kurangnya penguasaan umat Islam dalam perkembangan ilmu dan kepesatan teknologi bagi menyaingi kemajuan teknologi barat.
4) Ketiadaan kuasa penentu di kalangan negara-negara dunia Islam dalam menghadapi ancaman luar ( OIC hanya tinggal nama ).
Faktor Luaran :
1) Serangan ideologi dari Barat yang terpaksa dihadapi oleh negara-negara Islam.
2) Cengkaman daripada pertubuhan atau pergerakan antarabangsa yang menggunakan nama kebajikan,pendidikan seperti IMF yang menawarkan bantuan kewangan yang akhirnya menyebabkan negara-negara Isla terpaksa akur terhadap setiap keputusan Barat.
3) Tekanan dari PBB itu sendiri samada melalui piagamnya, sekatan-sekatan ekonomi, kuasa veto dan sebagainya.
4) Pengaruh media massa serta teknologi maklumat yang mana banyak digunakan untuk memudahkan penyampaian propaganda yang penajanya didalangi oleh Zionis laknatullah.
Saya gusar dan gundah melihat senario dunia Islam pada hari ini yang mengalami ketidak satuan samada dalam aspek politik,ekonomi juga sosialnya. Seorang tokoh Barat yang bernama Golam W.Choudhury, beliau mengklasifikasikan negara-negara Islam pada hari ini kepada 3 jenis iaitu :
1) Negara-negara yang membangunkan negaranya dengan acuan kenegaraan Islamnya sendiri seperti Afghanistan, Iran, Pakistan, Saudi Arabia dan Sudan. Bagaimanapun, sesetengah sarjana tidak menganggap negara-negara ini sebagai negara yang bertaraf Daulah Islamiyyah kerana masih terdapat beberapa aspek yang tidak selari dengan pemerintahan yang di asaskan oeh Islam pada zaman kerajaan Islam MAdinah.
2) Negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam dan memberi perhatian terhadap aspek keislaman tetapi secara majoritinya, negara-negara tersebut tidak mengisytiharkan mereka sebagai negara Islam meskipun kadangkala lantang memeperkatakan isu-isu berkaitan dengan Islam. Mereka ini hanya menggunakan Islam sebagai agama rasmi sahaja dan ini termasuklah Malaysia yang kucintai:).
3) Negara-negara yang lebih memilih untuk diisytiharkan sebagai negara sekular seperti turki. Negara-Negara ini hanya mengambil Islam sebagai agama ritual semata-semata tanpa melibatkan aspek kehidupan yang lain. Saya kira inilah sistem negara Islam yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah di Turki.
Inilah dia senario dunia islam sekarang. Suatu perkara yang harus kita ingat ialah tindakan ini sebenarnya amat merugikan umat Islam dan menyebabkan dunia Islam sentiasa tertinggal di belakang. Teringat dengan janji Allah dalam FirmanNya :
" Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang ( kepada kekufuran), maka jadilah kamu orang yang rugi." ( Ali-Imran : 149 )Saya ada membaca satu buku mengenai kesan Sekularisme ke atas dunia Islam. Jadi, suka untuk saya kongsikan disini beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam seperti aspek pemikiran,sosial,politik,ekonomi,pendidikan dan juga perundangan yang mana ia adalah hasil daripada penularan ideologi sekular.
Alan Richardson ada menyebut dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan :
"Dunia Islam yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka."
Aspek Pemikiran :
Kita lihat hari ini di Malaysia khususnya di mana pemikiran umat Islam semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja. Saya bagi contoh : Semasa sambutan Maulidur Rasul, kita dapati imej dan syiar Islam begitu di jaga, namun pada masa yang sama di luar aktiviti ini, Islam tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan atau kelas agama tamat. Contoh kedua dalam urusan perkahwinan. Rukun,syarat dan adab begitu dijaga kerana bimbang takut-takut perkahwinan tidak sah, sedangkan pergaulan bebas sebelum perkahwinan tidak pernah diambil kira mengikut syariat Islam. Inilah dia bentuk pemikiran masyarakat pada hari ini yang mana semakin sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal Islam dengan hal-hal ekonomi,sosial dan lain-lain.
Aspek Politik :
Aliran politik barat tertanam di dalam jiwa setiap umat Islam seperti fahaman kapitalisme,sosialisme,nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini begitu kuat dipengaruhi dan dihantui oleh sekularisme sedangkan agama islam telah meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politi,ekonomi,dan sosial. Malah di zaman Rasulullah dulu menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti yang mana menunjukkan integriti agama dengan kehidupan seluruhnya. Menyentuh tentang fungsi masjid ini,saya teringat akan cabaran yang telah dilontarkan oleh lecturer saya dalam subjek Quran, Sunnah & Built Environment, dimana beliau mencabar semua pelajar senibina bagaimana untuk mencorak atau membuat design masjid yang mana dapat attract muslim khususnya remaja agar tertarik untuk ke masjid dan menjadikan masjid itu berfungsi seperti mana zaman Rasulullah..huh! agak berat untuk menyahut cabaran tu prof tapi ia tak mustahil sebenarnya. Nothing is imposible!(^_^)
Aspek Pendidikan
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Jika kita lihat, sistem pendidikan negara disusun daripada pra-sekolah sehinggalah kepada peringkat tertinggi adalah mengambil dari dasar sekular. Ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan ; samada aliran agama ataupun bukan agama. Apa itu aliran bukan agama? Ia bermaksud pengajian subjek-subjek umum di sekolah digubal menggunakan idea-idea barat yang tidak disepadukan dengan pemikiran islam.Lebih meyedihkan lagi apabila aliran pendidikan Islam semakin d pandang sepi dan mendesak masyarakat mengutamakan disiplin-disiplin lain.
Saya mengambil contoh keadaan semasa sekarang dimana kita melihat Kementerian Pendidikan mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM...Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa tidak kertas Pendidikan Agama untuk pelajar Muslim?
Kredit diberikan kepada GAMIS kerana akan menganjurkan Kongres Pendidikan pada bulan Julai akan datang.Maklumat lanjut mengenai kongres ini boleh dilihat disini
Inilah beberapa aspek yang telah berjaya memberikan implikasi negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia hasil daripada penjajahan ideologi sekularisme dari Barat ini.
Hasil daripada pembacaan beberapa buah buku, suka untuk saya lontarkan disini beberapa strategi untuk kita menghadapi ancaman dan cabaran ini :
1) Kita ( umat Islam ) haruslah cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari belenggu ideologi penjajah dari segi politik,ekonomi,sosial,pendidikan, dan perundangan.Seharusnya semua aspek ini kita perlu berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
2) Pemantapan akidah Islam dan semangat jihad di dalam diri setiap muslim perlulah ditanam. Tidak hairanlah apabila Abu "ala Al Maududi meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam sebagai menggambarkan betapa jihad merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi dunia globalisasi masa kini.
3) Jadikan Al-Quran & hadis sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan dan perjalanan hidup merangkumi semua urusan.
4) Para pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama.
5) Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dan pendidikan dari taman asuhan hinggalah ke peringkat universiti.
6) Dakwah Islam perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan dengan menggunakan cara yang mudah,praktikal dan logik.
7) Saingan teknologi dan perkembangan sains moden hari ini perlu di hadapi dengan usaha-usaha positif oleh umat islam bagi menyeimbangkan cabaran teknologi masa kini.
Secara konklusinya, dalam konteks dunia islam pada hari ini, kita perlulah berhati-hati dan berstrategi dalam menghadapi musuh agar satu hari nanti kita dapat melihat Islam Memimpin Perubahan.Insyaallah.
Siiru 'Ala Barakatillah...
~ Begin With The End Of Mind~
Salam.
Tahniah atas penghasilan artikel ini..
Sememangnya begitulah situasi dunia islam pada hari ini.Umat islam semakin lama semakin leka dengan nikmat kehidupan dunia kerana dibuai dengan ideologi yang di bawa oleh yahudi..
Saudari,Teruskan pembongkaran kejahatan dari yahudi ni. Sedarkan umat islam yang semakin hari semakin leka.Sama-sama kita jadi produk hebat untuk islam,insyaallah.
wassalam
Terima kasih anonymous atas perkongsian pendapat.
Beginilah keadaan dunia sekarang.Saya kira ramai yang dah sedar keadaan sekarang.tinggal lagi kita umat islam ni takut untuk keluar dari comfort zone.masing-masing 'syok' dengan kehidupan masing-masing.
sama-sama kita cuba sehabis baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan semua.Artikel saya ni pun bukanlah apa sangat pun.cuma sekadar sekelumit cetusan yang terbit dari kerisauan hati ini.
Saya suka untuk menggunakan method atau bahasa yang paling ringkas dalam penyampaian penulisan saya dengan harapan pembaca mudah memahami apa yang cuba disampaikan.
komen dan kritikan dari anda semua amat saya harap2kan.
siiru a'la barakatillah
* p/s : anonymous, mungkin boleh tinggalkan link untuk kita kongsikan maklumat dan bertukar pendapat.Saya kira saudara/saudari lebih banyak mengkaji tentang perkara ini.
salam alaik...xde jalan mudah dalam meletakkan islam pada tempatnya.Rasul bersusah payah,dihina,dicaci...kita harus melakukan method dakwah yang sama..jalan yg sama kena kita ikut