Indahnya persahabatan
Kadang-kadang kita merasakan hidup ini seolah-olah mimpi. Sesuatu yang ada kita sayangi, kemudian hilang tiba-tiba tanpa izin dari kita. Tapi hidup ini realiti. Setiap waktu berlalu tidak akan datang semula. Janganlah bimbang kerana Rasulullah s.a.w. memberi keyakinan kepada kita bahawa kita akan dapat balik apa yang kita lakukan di dunia. Semuanya di ganjari sewajarnya oleh Allah. Bagi kita yg masih tinggal, lakukan amalan yang terbaik di sini (DO THE BEST here) supaya di kurniakan yang terbaik (to get THE BEST there) iaitu syurga Allah di akhirat. Sementara masih sihat atau tak uzur sangat, sumbangkan masa dan tenaga untuk membantu agama Allah. Bila dah tak boleh, ia hanya tinggal kenangan.
Biarlah kita bersusah sedikit asalkan Islam menang. Jangan bimbang kerana setiap kesusahan kita akan di ganjarkan sewajarnya oleh Allah, Tuhan yang Maha Adil. Apalah hidup ini kalau tidak mahu menjadi penolong agama Allah? Kita semua sama-sama akan balik mempersembahkan amalannya kepada Allah. Supaya berterusan pertautan hati sesama saudara se-Agama, kita perlu istiqamah ikut program usrah, rancakkan hidupmu dengan Tarbiyah dan semarakkannya dengan kerja Dakwah. Untuk itu, kita perlu redha di didik (ditarbiyah) dan kemudiannya mendidik orang lain supaya cinta dan utamakan agama. Itulah gaya hidup kita zaman berzaman. Dengan agama terbukti kita boleh hebat dunia akhirat. Kalau tidak, terbukti manusia hanya jadi mainan nafsu dan syaitan yang penuh tipu daya. Pesanku buat para sahabat dan teman yang aku kasihi.
1. Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting sekarang, si dia jujur dan amanah pada persahabatannya.
2. Saling menahan rasa cemburu
Kita tidak akan kalah apabila menyayangi seseorang, tetapi kita akan kalah apabila kita gagal berterus terang. Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ˜thrill" nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu rasa bersalah dan tidak selesa. Yang dibimbangi, dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan. Sebaiknya janganlah bertindak menghukum tetapi selesaikan secara berhikmah.
3. Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu seringkali membalas sms, melayanimu dengan baik, bertanya khabar dan sebagainya, tapi adakala ia tidak boleh berbuat demikian, maka kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari kerja sendiri yang lebih bermanfaat dari sekadar memendam prasangka dan berfikir yang bukan-bukan, lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dan bersua muka serta bertanya khabar dia. Malah antara adab yang paling baik adalah mendoakannya dan senantiasa bersangka baik padanya. Ingatlah, bahawa kasih saying tidak bergantung pada kerapnya dia membalas sms, selalunya ia berdamping dengan kita, senantiasa melayani kita dan sebagainya, tetapi sebagai orang yang memahami Islam mengajar kita menunaikan hak serta kewajipan kepada orang lain dan pada Agama-Nya dan usah bersedih dan merungut jika hak kita tidak ditunaikan serta dipenuhi.
4. Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Kadangkala ada sesuatu keputusan yang dibuat seakan dia tampak melebihkan diri sendiri dan hanya menyebelahi dirinya, tapi adakala tidak rugi kita menjadi orang yang memahami, kerana dengan cuba menyelami barulah kita boleh berikan yang terbaik, kerana ‘Erti hidup pada memberi’. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
5. Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
Moga jadi renungan kita bersama, ingatlah bahawa semua itu bukan milik mutlak abadi untuk kita, tapi segalanya milik ALLAH Yang Maha Esa. Selagi ada masa dan ruang berbaktilah, insya Allah kita akan jadi hamba yang sentiasa redha dengan ketentuanNya. Indahnya persahabatan jika didasari dengan dasar dan kefahaman Islam.
oleh : Azlan Zainal
Lemahnya Imanku
"Sesungguhnya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, apakah iman itu. Baginda menjawab, 'Apabila kebaikanmu menggembirakanmu dan keburukanmu menyusahkanmu, maka engkau dalam keadaan mukmin.' Dia bertanya lagi, 'Ya Rasulullah, lalu apakah dosa itu?' Beliau menjawab, 'Apabila sesuatu berserabut dalam hatimu, maka tinggalkanlah ia.'" (HR. Thabrani, Ahmad, dan Nasa'i).
Rasulullah adalah guru dan pendidik kepada semua manusia. Pertanyaan dari siapapun pasti dijawab dengan sungguh-sungguh. Hebatnya, setiap jawabannya selalu menepati dengan keinginan orang yang bertanya.
Pada hadits di atas Rasulullah memberikan jawaban yang tepat sekali. Iman yang merupakan pekerjaan hati diungkapkan Rasulullah dengan sederhana sekali, yaitu bila suatu kebaikan menjadikan seseorang gembira dan keburukan menjadikannya susah, maka orang tersebut dapat digolongkan beriman.
Dengan jawaban ini semua orang mampu mengukur dirinya sendiri. Setiap muslim dapat mengetahui, apakah sekarang keadaan imannya sedang naik atau turun. Jika berkali-kali melakukan kesalahan tetap merasa aman-aman saja, itu adalah ukuran iman berada di ambang bahaya. Orang yang melakukan kesalahan akan segera beristighfar, bertaubat, kemudian memperbaiki diri. Suatu hari mungkin saja ada perasaan berat untuk melaksanakan kebaikan. Ibadah terasa berat, membaca al- Qur'an menjadi mudah ngantuk, sementara jika kita tengok TV tahan berjam-jam. Ketika datang waktu solat, disambutnya dengan malas-malas. Waktunya kita tangguh-tangguh hingga waktu solat hamper tamat. Bila keaadaan macam tu,mulalah konsentrasi jadi berkurang, persiapan seadanya, dan waktu solat dipersingkat. Selesai solat terus pergi, tanpa berzikir dan solat sunat. Jujur saya katakan bahawa kita semua pasti pernah mengalaminya.
Itulah IMAN. Ada saatnya pasang, ada waktunya turun. Ketika iman sedang naik,semua kebaikan menjadi mudah dan ringan. Sebaliknya, ketika iman sedang surut dan menurun, semua ibadah menjadi susah.ALLAHUAKBAR .Setiap muslim diwajibkan untuk selalu mengoreksi dan muhasabah dirinya sendiri (self correcting). Menghisab segala amal yang dikerjakan dalam seharian merupakan keharusan yang tak boleh diabaikan. Rasulullah berpesan, "Periksalah dirimu sebelum diperiksa (Allah di hari qiamat)."
Rasulullah memberikan ukuran yang sangat sederhana, 'anda tetap tercatat sebagai mukmin jika kebaikan menjadikan anda senang dan keburukan menjadikan anda susah.'Ciri mukmin adalah mencintai kebaikan dan membenci keburukan, apapun jenisnya, berat atau ringan. Seorang muslim tentu berusaha sekuat tenaga untuk menghindari yang haram, juga yang makruh, termasuk yang syubhat. Bila belum nyata kehalalannya, ia tak gelabah melakukannya, sebab ada perasaan dosa yang selalu menghantuinya. Bila tidak demikian, boleh dipertanyakan keimanannya. Mungkin sedang turun atau sedang menghilang. Ada dialog menarik antara murid dan ustaznya. Seorang murid bertanya, kenapa ustaz merokok.Sang ustaz dengan tenang menjawab, rokok itu tidak haram, hanya makruh saja. Kembali si murid bertanya, 'bukankah makruh itu ertinya dibenci?' Untuk pertanyaan yang satu ini sang ustaz tidak memberikan jawaban. Si murid yang pintar ini sungguh benar. Semestinya semua pekerjaan yang mengundang
kebencian Tuhan harus dihindari, sekecil apapun perbuatan itu. Merokok adalah contoh sederhananya. Jika jelas-jelas makruh, kenapa tetap digemari? Rasulullah bersabda:"Jangan memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai." (HR. Ath-Thusi).
Seorang muslim yang jujur dan beriman punya keistimewaan, iaitu memiliki perasaansuka bila diberi kekuatan melaksanakan kebaikan, tapi sebaliknya merasa bersalah dan sempit dadanya bila melakukan pelanggaran. Ia memandang pelanggaran sebagai suatu kedurhakaan dan pengkhianatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerananya bila telanjur melakukannya, ia segera bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya. Allah berfirman:"Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan, mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (QS. Ali Imraan: 135).
Ada perbezaan antara orang beriman dan orang yang ahli berbuat dosa. Orang beriman memandang dosa sebagai sesuatu yang besar, sedang fajir (tukang dosa) memandang kecil saja. Rasulullah bersabda, "Seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti gunung yang ditakutkan akan menimpanya, dan seorang yang berbuat dosa (fajir) melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang menghinggap di hidungnya, lalu ia berkata, 'Biarkanlah,' sambil mengibaskan tangan (untuk mengusirnya) lalu lalat itupun terbang." (HR. Bukhari).
Di mana posisi kita?
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Kematianku semakin hampir
Salam Optimis,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi ruang dan nikmat untuk aku khususnya dan kepada kita semua untuk terus hidup di dunia ini bagi meneruskan amalan kebaikan sebagai bekalan untuk bertemuNya nanti..Syukur juga di panjatkan kepadaNya kerana umurku kini telah genap 22 tahun pd 22 Mac (semalam).
Terima Kasih kepada semua sahabat,rakan dan teman yang telah menghantar mesej memberi kan ucapan dan doa sempena hari lahirku ini.suka untuk saya kongsikan di sini beberapa mesej yang sempat saya salin (tak sempat nak salin semua kerana mesej terpaksa di delete segera kerana inbox sangat penuh semalam.huhu)sangat terharu.
“Salam shahidat, selamat hari lahir..moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki selalu,blaja rajin2 deh=)”-0136287***
“selamat ulang tahun shidat.moga menjadi assistant IPM yang lagi terbaik & terhebat.Hidup IPM:) -0172135***
“Salam juang adikku.smg sentiasa di bawah bimbinganNya & istiqamah dalam perjuangan.Sanah Helwah” -0148071***
“Hmm,tok reti nok oyak gapo..juz nok ucap Selamat Hari Lahir” -0132505***
“Salam.kak,selamat hari Lahir..moga kak terus thabat.sayang akak:) – 0134769***
“Untuk sahabat yang disayangi..Ya Allah,insan ini bungaku.tanpanya tiada seri dunia.Insan ini maduku,penawar banyak perkaraInsan ini guruku,mendidik dgn penuh mesra.Kucintai insan ini kerana dia memebawaku kepada CINTAMU.Jgn KAU biarkan dia sendirian dalam dunia,di alam barzakh bahkan di akhirat..(^-^)sanah helwah. -0132508***
“Perfectionist consist not in doing extraordinary things,but in doing things extraordinarily well.HEPI BIRTHDAY 2 AN EXTRAORDINARY PERSON!may Allah shower you wif His Blessings till d hereafter.Barakallahufiki” -0139938***
“Salam dik,Selamat Hari Lahir..tak tahu nak ucap apa dah.hehe.”-kak muakhahku
Dan banyak lagi mesej dlm inbox hp ni.dah tak larat nak taip kat sini.hehe.terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah menghantar mesej dan yang telah bagi hadiah kepadaku.Tuhan saja mampu membalas jasa kalian semua.Terharu sungguh2 terutama apabila dapat ucapan dari seorang sahabat yang amat ku sayangi.
Nak kongsi satu cerita sempena hari lahirku ni.Petang semalam,saya call mak,saja nak ingatkan tentang hari lahirku ni.
“Assalamualaikum..mi sehat?dok wak gapo tu?”
“Wa’alaikumussalam.mi baru sudoh make nasi.Ida sehat?”
“alhamdulillah,ida sehat sokmo..hehe..mi,hari ni hari lahir ida,mi ingat dok?”
“hooo,mi lupo sungguh..Selamat Hari Lahir Ida..semoga pangje umo,muroh rezki..kalu Da ada rumoh loni,mi nak blanjo make male ni..hehe”
“timo kaceh..bleh2..nati Ida balik mi blanjo deh.Yea!..Mi,sempena hari lahir Ida ni,Ida nak ucap timo kaceh la sebab Mi telah bersusoh payoh melahirkan Ida dan membesarkan Ida sapa Ida jadi manusia sempurna hari ni.Kalu dok gak,Ida tak dok la kat dunio ni.Terima kaceh Mi deh”
“hoo..samo2..” –time ni saya dengar suara umi saya sedikit berubah.mungkin dia sedikit terharu .Allahuakbar.rasa macam nak peluk jah Umi time tue.tapi apakan daya..huhu..
Telefon bertukar tangan kepada Abah pula.Ucapan yang sama ku ucapkan kepada abah.dan saya juga dapat rasakan abah juga terharu..begitulah ibu bapa kita..betapa rindunya mereka kepada kita.Kepada sahabat-sahabat pembaca yang masih ada ibu bapa di kampong,telefonlah mereka bertanya khabar.mereka sememangnya sangat rindukan kita..kepada Umi & Abah,kalian memang best dan insan terbaik bagiku!
Allahuakbar.Seiring dengan bertambahnya umurku ini,maka amalan pun patut ditambah.moga2 ku mampu mencapai gelaran ‘ABIDAH ‘ULYA walaupun ku tahu diri ini begitu hina dan penuh dengan kelemahan.Ya Allah,bantulah aku .Janganlah Kau biarkan diri ini melakukan sesuatu tanpa bimbinganMu walau sesaat sekalipun..
Dengan bertambahnya usiaku maka saat & detik kematianku juga semakin hampir. Semoga ku mampu menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat semampu dayaku yang boleh sebagai amal jariah dan bekalan untuk bertemuNya nanti.amenn.
p/s : terima kasih sekali lagi yang telah memberikan hadiah:)
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Rindunya pada bumi Maahad
Salam Optimis,
Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada juniorku, Nik Nur Madiha atas kejayaan besar beliau dalam SPM 2008. Sumber pertama tentang khabar berita tentang kejayaan Madiha ni telah saya ketahui melalui mesej dari seorang sahabat. Terima kasih sahabat.Hanya ucapan Alhamdulillah mampu ku ungkap pada waktu itu..Berita mengenai adik madiha ni hampir setiap hari ku dengar dan baca melalui berita & akhbar. Keadaan ni menyebabkan saya begitu sayu kerana terkenangkan sekolah yang meninggalkan banyak pengalaman yang tak akan di peroleh di tempat yang lain.
Kalau kak muakhahku bangga dgn bumi waqafannya, maka saya juga berbangga dengan bumi Maahad tempat lahirnya ulama2 hebat pada hari ini..Apa yang lebih penting , hebatnya Maahad ini adalah kerana keikhlasan guru-gurunya yang tak pernah jemu mendidik dan mentarbiyah kami menjadi pelajar yang berguna kepada agama.
Antara nama-nama pelajar yang telah mengharumkan nama Maahad ialah Kak Hafilah Musa ( isteri ust.Hasnizol),pelajar terbaik kebangsaan SPM 1996 yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di Australia.Adik Fatimah Mokhtar,pelajar terbaik kebangsaan SPM 2007 dan terbaru adik madiha.Tahniah untuk semua!
Secara peribadi, saya begitu terhutang budi kepada cikgu BM form 2 saya, Cikgu Nik Abdul Rahman. Beliau bukan hanya sekadar guru BM, tapi beliau juga adalah seperti ustaz dan guru IT kepada saya. Masa form 2, dialah orang pertama yang mengajar saya guna Microsoft Publisher untuk kami terbitkan Buletin Tarbiyah ( bulletin mingguan Maahad ). Bermula dari situlah saya mula meminati dan celik computer. Dan sehingga hari ini, saya sering mendapat tugas dalam bidang penerbitan risalah. Mungkin kalau bukan kerana usaha dan tunjuk ajar beliau, saya tak tahu bermain dengan teknologi yang ada sekarang.TERIMA KASIH CIKGU NIK!
Rindunya pada Maahad! Suka untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca, maahad ni terkenal dengan buminya yang hijau. Hijaunya bukan kerana kuat PAS, tapi kerana tanah dan persekitarannya dikelilingi pokok2 yang rendang. Kalau tengok padang Maahad sangat menenangkan. Saya masa kat sekolah dulu, time petang2 pukul 6 tu, saya suka pergi ke padang sekolah dan baring di situ untuk tenangkan fikiran ( berani buat kerana sekolah kami semua perempuan .hehe).arghh,rindunya..huhu
Kepada cikgu, ustaz & ustazah MMP : cikgu Razali ( Papa Li ),cikgu Azimah ( warden asrama), Ust Harun ( Guru Penasihat Badan Dakwah), Ustazah Syamsiah,CIkgu Haliza ( Ketua guru Disiplin),ust Matnor, Ust Hamzah, Ust Baha, Ustz Sakinah, Cikgu Murni, Teacher Aziah, Ustz Khadijah ( ustazah paling di takuti kerana kegarangan & ketegasannya),dan semua guru-guru ( dah tak ingat semua nama-nama dek kerana usiaku makin bertambah..hehe ), terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.Tanpa kalian, mungkin saya tak mampu berdiri seperti pada hari ini.Minta maaf kerana tak mampu untuk sentiasa menziarahi bumi maahad.InsyaAllah,jika berkesempatan akan saya dan sahabat-sahabat yang lain menjejakkan kaki kami ke bumi Maahad yang sentiasa dirindui.
Anda nak kenal dan tahu lebih lanjut tentang maahad? Layarilah laman web rasmi MMP di SINI.
[ Bangunan Asrama]
[ Bangunan Aliran Sains dan kawasan perhimpunan]
[ YB Nik Amar bersama guru, Ibubapa dan Pelajar Cemerlang]
p/s : Rindu pada semua rakan-rakan batch SPM 2004. Dimanakah kalian semua?
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Bersahabat hingga ke Syurga
Salam Optimis,
Tiba-tiba saya teringat kisah sahabat-sahabat Nabi, ukhuwah mereka begitu hebat.Betapa sayangnya Abu Bakar terhadap sahabatnya,Rasulullah sehingga sanggup menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.Allahuakbar.
Merekalah yang boleh kita jadikan contoh yang baik dalam kita dan sahabat kita mengharungi persahabatan yang kita selalu sebutkan ukhuwah fillah.Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengharungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat terlepas dari ancaman fitnah dengan hanya mengharapkan kemampuan sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. "Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah." (An-Nisa : 28)
Sahabat-sahabat,
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. "Teman-teman rapat pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir mengatakan, "Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan." Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.
Renungilah. Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Suka untuk saya kongsi di sini tentang kisah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.
"Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman rapat. Salah seorang dari keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari syurga. Ketika itu ia teringat sahabatnya yang masih hidup di dunia lalu ia berdo'a : "Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah sahabatku, dia yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku."
p/s : Kepada sahabatku Nazirah, semoga cepat sembuh:)
~Berjuang,berjuang & Terus Berjuang~
Hahahaha
Sekadar perkongsian peribadi,
Kita sering menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (Raja Lawak ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh pelawak-pelawak. "KEH KEH KEH KAH KAH"
Kita sering melihat mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang-orang yang berziarah duduk-duduk bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"
Di dalam masjid pon, orang-orang boleh ketawa. Bercakap-cakap di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak.
Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah Kuat-kuat dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud:
"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepadaAllah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".
sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".
"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya.
Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain. Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan pon akan ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"
JADI?Ketawalah banyak2..hahaha (lu pikir la sendiri:)
~Berjuang, berjuang & terus Berjuang~
No Topic
Salam Optimis,
Sudah lama tidak berpencak dalam bidang penulisan ni.Akhir-akhir ni saya sedikit busy sebagai seorang student Quantity Surveying dan juga sedikit sibuk dengan persatuan. Lawatan saya ke tapak pembinaan di Terengganu 2 hari yang lepas amat menyeronokkan walaupun kami rombongan lawatan menghadapi sedikit kepayahan kerana hujan tanpa henti selama 2 hari disana. Pelbagai pengalaman di peroleh sepanjang saya disana walaupun group saya tidak kesampaian hajat untuk mendapat working drawing bagi kerja portfolio kami iaitu Sewerage Treatment System..ok,cukup mengenai lawatan ke Terengganu.
Balik dari Terengganu,rindu untuk jenguk blog yang dah 2 hari ditinggalkan. Setelah ber’eksperimen’ dengan template baru dari web2feel.com ni, saya rasa agak tidak sesuai untuk blog saya.Template tersebut agak sesuai kalau ia digunakan untuk sesuatu organisasi sebagai laman web.Setelah berfikir panjang, maka inilah wajah baru blog saya. Walaupun agak sayang untuk menukar template yang lama, tetapi kerana beberapa permintaan dan untuk kesenangan pengunjung, maka saya bertekad untuk menukar template.Terima kasih atas sokongan anda semua.
Pagi tadi saya ada terdengar khabar berita bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melancarkan blog beliau minggu depan.Wow!saya begitu teruja. Kalau seusia Tok Guru pun masih mampu berblog,apatah lagi saya dan anda yang masih muda. Jadi,saya bertekad untuk menjadi seorang blogger yang aktif sebagai salah satu wasilah untuk dakwah Islam,Insyaallah.Umur saya pun makin bertambah, jadi saya dalam proses transformasi untuk menjadi seorang yang lebih baik dari diri saya yang dulu.Anda doakan yer!Wassalam
p/s : takziah kepada sahabatku NurMukmin kerana blog beliau ditimpa masalah.moga beliau akan terus maju dan terkehadapan sebagai seorang blogger.
Merendam Rasa Tersinggung
Salam Optimis,
Pernah tak anda rasa tersinggung?Apa yang anda lakukan jika anda tersinggung atau terasa hati dengan seseorang?Sahabat-sahabat, munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain. Ketika tersinggung, biasanya kita akan sibuk membela diri dan selanjutnya akan memikirkan keburukan orang lain. Hal yang paling membahayakan dari rasa tersinggung ini adalah kemarahan. Jika kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal, stress meningkat, dan lainnya. Kerana itu kita perlu bersungguh untuk mengelakkan perasaan tersinggung.
Apa yang menyebabkan orang tersinggung? Rasa tersinggung seseorang timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, soleh, tampan, dan merasa berjaya. Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan bila ada yang menilai kita kurang sedikit saja kita akan terus tersinggung. Peluang tersinggung akan terbuka jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu kebolehan menilai diri.
Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai lebih kepada diri kita. Misalnya, jangan banyak mengingat-ingat bahawa saya telah berjasa, saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini orang yang sudah banyak berbuat baik. Semakin banyak kita mengaku-ngaku tentang diri kita, akan membuat kita makin tersinggung. Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam ketersinggungan. Pertama, belajar melupakan. Jika kita seorang sarjana maka lupakanlah kesarjanaan kita.
Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini amanah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan. Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik titipan Allah. Kita tidak mempunyai jabatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah amanahkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.
Kedua, kita harus melihat bahawa apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat jika kita dapat menanggapi dengan baik. Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita, jika boleh dihadapi dengan tepat.Kita akan kerugian apabila salah mengaggap kejadian, dan sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain berbuat sesuai dengan keinginan kita. Yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri mencontohi orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, tentu itu terjadi dengan izin Allah.Anggap saja ini episod atau ujian yang harus kita alami untuk menguji keimanan kita.
Ketiga, kita harus berempati.Iaitu, mulai melihat sesuatu tidak dari sisi kita. Kerana itu, kita harus belajar berempati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, cari seribu satu alasan untuk memberitahu orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai –bagai alasan yang kita buat semata-mata untuk memberitahu, bukan untuk membenarkan kesalahan, sehingga kita dapat mengendalikan diri.
Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri dan kesempatan untuk mengamalkan sifat mulia. Iaitu, memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
moga-moga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat memperbaiki diri kita untuk sama-sama merasa bahagia dengan apa yang ada.Sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNYA.wassalam
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Persahabatan & Kasih Sayang
1-Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Sesetengah gerakan juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.
2- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik,setelah mendapat hidayah
3- Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:
4- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syariat dan akhlak.
Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.
5- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta ukhwah Islamiah.
(Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah – Ali
Imran (3):103).
- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang sebenar.
i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:
a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: “Jika aku boleh mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya aku mengambil Abu Bakar menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha Tingg” (Hadith).
b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah, Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.
c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain – Dalam peperangan Yarmuk, beliau mengutamakan dua sahabat lain yang gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.
sumber : Buletin Tarbiyah MMP
P/s : Sayangilah sahabat anda
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Aku Cinta Padamu
Ya!aku tak malu untuk menyatakan cintaku padamu.biarlah apa kata orang, cinta dan sayangku akan sentiasa padamu.Kalau selalunya pasangan kekasih berani mengatakan 'lautan api sanggup ku redahi demimu' ,maka aku juga berani untuk mengatakan 'lautan kepayahan dan kesusahan sanggup ku redahi demi meneruskan perjuanganmu,Ya Rasulullah'
Kita senang mengatakan kita sangat sayang seseorang itu, tapi kita jarang membuktikan dan menzahirkan sayang itu..kita mudah mengatakan 'saya sayang mak & ayah' saya, betul ke?buktikan!kalau betul anda sayang, tahukah anda berapa helai semuanya uban di kepala mak anda sekarang??
Sahabat-sahabat,
Tahukah anda bahawa sahabat Nabi ni, betapa sayangnya mereka kepada baginda,semua jenis benda dan perkara yang ada dan berlaku pada Nabi, mereka amik tahu hatta jumlah helaian uban sekalipun.Sahabt-sahabat Nabi ni akan berebut untuk mengetahui semua perkara tentang nabi..Allahuakbar,cintanya mereka pada Nabi.Kita bagaimana?Saya nak bawa satu kisah di zaman Rasulullah dimana ada seorang perempuan ni, suami dan sedara-sedara dia baru pulang dari medan perang, perkara pertama yang disoal oleh perempuan ni ialah bagaimana dgn keselamatan Nabi.Kalau kita,mesti kita tanya dan tgk keadaan suami kita dulu kan?Nak kata sayangnya perempuan ni terhadap Nabi,hati dia tak tenang dan tenteram memikirkan keselamatan Nabi di medan perang.Kita bagaimana?
Bercerita juga tentang kisah Nabi ni,saya juga ingin berkongsi tentang satu kisah yang memang dekat dengan saya.Ada seorang senior saya ni,satu Universiti dengan saya,akak ni dalam seminggu tu mesti dia akan nangis.Sahabat-sahabat sekeliling ni pelik.Kalau tanya kenapa menangis,akak ni cakap tak ada apa-apa.Sampailah satu masa tu,sahabat karib akak ni bertanya kepada dia, akak ni jawab, dia menangis setiap minggu kerana teringat dan rindu sangat kepada Rasulullah..Allahuakbar..Saya begitu terkesan mendengar jawapan akak tu..dan sememangnya Cinta akak tu tak bertepuk sebelah tangan.Pada satu malam, akak tu bermimpi bertemu dengan Rasulullah..indahnya ya Allah..bertuahnya kakak tu.Tak inginkah kita jadi macam akak tu?Tepuk dada tanya iman..
Ya Rasulullah kekasih Allah,rindunya aku kepadamu.rindunya untuk bertemu denganmu.moga-moga aku termasuk dalam kalangan umatmu yang mendapat syafaat di akhirat nanti.amen
p/s : Salam Maulidul Rasul dari nurjannah untuk semua pembaca.Disini disertakan lirik lagu PEmergianmu dari INTEAM.sama-sama kita menghayatinya.
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Anda Penulis Hebat?
Salam Optimis,
Semalam pergi ke library, lama sungguh tak jejak kaki ke library..hehe..ingat nak cari sedikit bahan untuk di buat assignment, tapi tak jumpa juga bahan yang di cari tu..huhu..mungkin kena datang lain kali. Sebelum balik tu, saya pergilah usha2 buku2 ringan untuk di pinjam..Dari pencarian tu,terjumpalah saya akan satu buku yang bertajuk “MENJADI PENULIS JUTAWAN” tulisan Azizi Ali.
Dalam buku ini, dikongsikan pelbagai teknik untuk menjadi penulis yang berjaya.Insyaallah, moga-moga selepas pembacaan buku ni, saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya. Menyahut cabaran persatuan supaya setiap muslimat menguasai MP3 ( Multimedia, Penulisan & Public Speaking ) , saya akan cuba asah skill2 tersebut yang mana begitu penting dalam jalan dakwah ini.Walaupun public speaking saya tak begitu hebat lagi,saya akan cuba belajar dengan sahabat-sahabat idola saya > g.ah , bashu , k.nurul ( muakhahku ), k.zati , nabilah dan ramai lagi,Insyallah.
Rajin menelaah Rajin-rajinkanlah menelaah apa sahaja bahan sama ada yang berkaitan atau tidak. Mengapa anda perlu menelaah buku yang tidak berkaitan? Ini adalah kerana, untuk menjadi penulis yang hebat, anda perlu mahir dalam semua bidang. Konsep mahir dengan pakar sangat berbeza. Untuk menjadi pakar, kita memerlukan kepada kelulusan dalam disiplin ilmu. Manakala untuk mejadi mahir ni tak perlu kepada kelulusan disiplin ilmu, Sebaliknya, ia memerlukan kerajinan dan daya usaha yang tinggi.
2) Bertanggungjawab
Apa sahaja bidang yang anda ceburi & apa sahaja tulisan yang terhasil, anda perlu bertanggungjawab ke atas tulisan tersebut. Oleh itu, anda mestilah menulis sesuatu yang benar . Anda juga perlulah menjaga etika dan profesionalisma sebagai seorang penulis.
3) Jujur
Kejujuran merupakan asset penting dalam dunia penulisan. Sebarang tulisan yang dihasilkan, anda perlu jujur dengan diri sendiri dan juga khalayak pembaca.
4) Sedia di kritik
Yang ini saya rasa point paling best. Saya teringat seorang pengunjung blog saya ini menegur cara penulisan saya yang dikatakan tidak menampakkan tahap ke’intelektualan’ mahasiswa. Ya! Memang saya budak baru belajar dan saya sedia di kritik kerana kritikan itu yang membaiki kesalahan yang kita lakukan. Tanpa kritikan, mungkin kita tidak tahu dimana kesalahan kita.Kritikan juga menjadikan kita matang dalam penulisan ( saya pun masih dalam proses untuk mancapai tahap ‘matang’ itu).Thanks brother atas teguran itu. (nampaknya, penulisan saya sedang diperhatikan..hehe )
Oklah, itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Banyak lagi bab-bab dalam buku ini yang saya boleh katakana sangat bagus.Antaranya, bab Kuasa sebuah penulisan, jenis-jenis Penulisan, Panduan penerbitan Buku, makna CEMERLANG bagi penulis Jutawan dan macam-macam lagi. Saya syorkan, mana-mana pembaca yang begitu minat dalam penulisan dan masih dalam proses untuk menjadi penulis yang hebat, dapatkanlah buku ini. Moga-moga ia dapat memberi sedikit panduan & semangat untuk anda menjadi penulis yang berjaya.Wassalam
Nikmatnya Cinta
“Abang! Kenapa tak reply mesej ayang? ” Tanya si perempuan kepada pasangannya dengan nada merajuk.
“ Awak ni selalu buat endah tak endah je bila kita panggil awak tau.Awak dah tak sayang saya ker?” rajuk si kekasih kepada pasangannya.
Macam-macam lagi la kerenah orang bercinta ni.Bak kata sape ntah “ cinta ni memang buta”..bukan setakat buta, tuli lagi..ore klate kato “ buto tuli”.hehe..yerla, kalau dah bercinta tu, bukan setakat dah tak nampak orang lain, nasihat orang pun dah tak nak dengar..yang betul dan dipuja masa tu hanyalah pasangannya..
Berbalik kepada cinta, memang nikmat bila kita dah kecapi rasa cinta ni.Agak-agak la apa perasaan anda bilamana kekasih anda tak jawab panggilan anda?Apa anda rasa kalau tak jumpa pasangan anda dalam sehari?..hmm,mesti sedih kan..kalau kekasih kita tak reply satu mesej pun kita mesti merajuk kan?
Agak2 kalau kita sayang kat seseorang tu, mesti kita hafal semua dia punya biodata kan. Mesti kita nak ambil tahu semua perkara yang dia buat..Ya! itulah kuasa kasih sayang.
Sahabat-sahabat,
Pernahkah kita terfikir betapa merajuknya Allah bilamana panggilanNya ( azan ) kita tak jawab??rindunya Allah kepada hambaNYa sehingga dalam sehari Allah nak jumpa kita 5kali.Kita??betapa angkuh dan sombongnya kita kerana menangguh panggilanNya.bukan setakat tangguh, kadang-kadang kita tak jawab langsung panggilanNYA..sayu rasa hati ketika menulis artikel ni.rasa kerdilnya diri kepada pencipta.rasa malu yang teramat sangat. Apa hebatnya kita sampai panggilan KEKASIH pun kita buat-buat tak tahu.sedangkan KEKASIH ni begitu menyayangi kita. Sayangnya Allah kepada kita dengan memberi nikmat IMAN & ISLAM.sayangnya Allah kepada kita dengan memberi bekalan oksigen yang tak pernah henti walau sesaat sekalipun.sayangnya Allah kepada kita dengan menjadi Pendengar setia bila-bila masa sahaja kita ingin luahkan masalah & bebanan kita.Tinggi & hebatnya sayang Allah kepada kita..apa balasan terhadap semua pemberian KEKASIH kita??
Sahabat-sahabat,
Hati hanya satu. Pilihlah cinta yang sejati. Cintailah Allah, insyaAllah cinta manusia yang mencintai Allah akan datang bila tiba masanya nanti.Janganlah menagih cinta manusia sehingga kita terlupa cinta kita kepada yang TErAGUNG.sama-sama kita muhasabah diri.moga-moga kita tergolong dalam golongan kekasih Allah di SANA nanti.amen..suka untuk saya kongsikan lirik lagu TAUBAT SEORANG HAMBA..hayatilah lagu ini yang begitu menusuk kalbu.moga-moga dengan lagu ini hati kita dapat menghadirkan rasa CINTA kepadaNYA kerana betapa NIKMATNYA CINTA.barakallahu fikunna:)
TAUBAT SEORANG HAMBA
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Anak solehkah kita?
Salam Optimis,
Sekadar perkongsian.Petang semalam,Alhamdulillah setelah selesai program bengkel Photoshop anjuran Ma’ruf Club UIAM, saya ke masjid untuk berehat. Alang-alang bawa laptop, saya cubalah explore sikit-sikit UBUNTU ( salah satu operating system selain dari window XP atau VISTA ). Dekat-dekat nak maghrib tu, adalah seorang mak dan anak lelakinya (melayu ) yang saya kira umur lebih kurang darjah 1 masuk ke masjid. Ya Allah, bukan main ‘buas’nya budak tu lompat sana lompat sini.ok,takpe lagi.Dia main baling-baling rehal sampai bunyi memang bising. Nasib baik hari ahad tak ramai orang.Kalau tak,saya kira memang akan mengganggu orang lain.
Selesai sahaja mak dia solat, dia pergi kacau mak dia pula. Dengan main angkat kerusi depan muka mak dia sampai kena muka mak sampai terkeluar dari mulut mak budak tu “ish,sakitla..”bukan sekali, tapi berkali-kali budak tu buat..Aduh,dalam hati saya ni,rasa macam nak pergi rotan je budak tu.tak hormat langsung mak.ok.saya masa tu memang tak dapat fokus dah nak buat kerja lain.saja nak perhati gelagat budak ni..Dalam masjid tu tinggal saya,budak dan mak dia je. Sayup-sayup masa tu saya dengar budak tu cakap kat mak dia, “Babi..mak babi..”..masa tu mak dia tengah balas mesej hp kot..aduh,hati saya sakit buat kali kedua.sabar lagi..kalau budak tu adik saya,memang dah lama kena ajar ngan saya tuJ.
Beberapa minit kemudian, sambil mak dia tgh berbual-bual ngan budak tu, ada satu ayat mak dia tak dengar apa dia cakap,terus dia balas… “ ish,mak ni pekak la..PEKAK!mak tau pekak tu apa??..nih,P E K A K (sambil dia tunjuk2 telinga dia )”..arghh,time tu memang rasa nak bagi penampar je dekat budak laki ni.huhu..memang sedih rasa masa tu.agak-agak salah siapa dalam hal ni?salah budak laki tu berperangai macam tu atau salah mak dia tak pandai mendidik anak??
Ibu bapa sekalian,andalah yang mencorakkan anak-anak anda..kalau cantik corakan anda,maka akan cantiklah hasilnya nanti dan kalau buruk lukisan anda terhadap anak-anak,maka akan binasalah hasilnya nanti.na’uzubillah..orang kata, nak lentur buluh biarlah dari rebungnya.maksudnya, nak didik anak-anak ni tuan-tuan, masa anak-anak masih kecil la.Kalau masa besar baru mula nak didik anak-anak, susah syeikh.Jangan takut nak tegur ,nak rotan anak-anak. Kalau sebab sayang anda takut nak tegur dan rotan anak-anak masa kecil, sayang anda itu akan memakan diri anda sendiri kerana bila anak-anak anda besar dewasa, mereka akan banyak memberi masalah kepada anda. Janganlah terlalu manjakan anak-anak kerana kelak mereka akan lupa diri..
Anak-anak sekalian, hormatilah ibubapa kita. Kalau dalam Quran Allah melarang kita dari berkata “Aah” kepada ibu bapa, apatah lagi “nantilah mak”, “ malaslah mak”, “ish,buang masa la mak ni”, “ Ish, sibuklah mak ni nak amik tahu semua hal kakak”..semua tu akan membawa kita ke neraka.Na’uzubillah..selalulah berdoa akan kesejahteraan ibubapa kita. Jangan kita lupa segala pengorbanan dan kasih sayang mereka. Kepada yang masih mempunyai mak & ayah, hargailah sepenuhnya mereka selagi mereka masih ada. Kepada yang telah tiada mak ayah, banyak2kanlah sedekahkan al-fatihah dan selalu doakan kebahgiaan mereka disana kerana doa anak yang soleh akan diterima oleh allah.
Kepada umi & abahku, terima kasih atas segala titik peluh, keringat dan tenaga yang telah kalian korbankan demi membesarkanku dan menjadi orang yang berguna.moga-moga Allah panjangkan umur umi&abah dan semoga umi&abah sentiasa bahagia bersama..hehe..( bestnye, nanti umi&abah nak pergi honeymoon di bandung,Indonesia) ..huhu..nak ikut..end.