Boleh ke Jadi GENIUS??
Bismillahi Walhamdulillah
Apa yang anda terfikir bilamana terdengar atau terbaca saja perkataan genius?? Pastinya kita tergambar di dalam benak fikiran kita bahawa orang genius ni adalah orang yang bijak dan hebat. Bagaimana sebenarnya genius terhasil??
Baru-baru ini saya ada membeli satu ebook berkenaan sistem genius.Satu kajian dan perkongsian yang agak menarik dari penulis ebook berkenaan yang menggelarkan dirinya BudakJahatPandai.
MAKSUD GENIUS ??
Mengikut beberapa kamus yang saya rujuk, genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika mindset kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih.Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.
Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!
SEL NEURON
Sel ini adalah sangat penting peranannya dalam membantu sistem pembelajaran kita.Semakin banyak sambungan di antara sel neuron, semakin kuat dan laju sistem pembelajaran kita.
Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat lebih 10 billion sel neuron dalam otak kita..masyaallah..dan setiap satu sel boleh menyambung kepada lebih dari satu sel. Ini bermakna bahawa satu sel menyambung kepada 10 billion sel yang lain. .Potensinya sangat tidak terhingga..Mengikut kajian juga mengatakan bahawa setiap kali kita mempelajari perkara baru, sel neuron akan berhubung. Akan tetapi, sel ini tidak akan berhubung jika kita tidak faham apa yang kita pelajari. Makna kata kita hanya menggunakan sel beuron yang sudah sedia berhubung. Yang sedihnya, maklumat dalam sel neuron kita tersebut mungkin hilang. Dahla kita tak faham, maklumat dalam sel pula hilang. Jadi, penyelasaiannya, saya cadangkan kepada diri saya juga kepada anda beberapa langkah untuk merancakkan sel neuron kita.
1) Pelajari atau berfikir perkara baru
Setiap hari,cuba baca surat khabar untuk mendapatkan berita dan mengemaskini maklumat baru dalam minda kita kerana dengan mempelajari perkara baru akan merancakkan sambungan sel neuron dalam otak kita. Jadi ,dalam sehari tu, cubalah untuk berfikir pro dan contra sesuatu perkara kerana dengan berfikirlah boleh membantu kita merancakkan sambungan sel neuron.
Apabila bercakap tentang berfikir ini, saya teringat cetusan seorang sahabat tentang menjadi brainstormer yang baik.. Ya! dengan latihan berfikirlah , idea-idea gila dapat di keluarkan. Kalau kita tak latih diri sendiri atau diri seseorang untuk menjadi brainstormer yang baik, sampai bila pun kita atau seseorang itu tak dapat jadi brainstormer yang baik lagi hebat..jadi,cubalah ajak seseorang untuk menjadi teman berfikir dan brainstorm anda bagi sama-sama merancakkan sel neuron.berlatihlah!!
2) Makan makanan seimbang
3) Senaman untuk dapatkan oksigen yang maksimum. ( bab ni saya byk ponteng (^_^)
Apabila kita bercakap berkenaan genius ini, tidak dapat tidak kita tak dapat lari dari memperkatakan tentang manusia yang paling genius atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Baginda seorang genius yang pakar dalam pelbagai bidang. Beliau pakar strategi perang, undang-undang negara, pandai berdiplomasi,pakar dalam ilmu politik dan lain-lain.Untuk lebih lanjut, anda boleh cuba membelek buku yang bertajuk "Genius Muhammad bin Abdullah" terbitan PTS.
Penting ke jadi genius ni?? Ya! Tiadalah yang lebih penting lagi selain dari untuk kepentingan ISLAM.
Saya akhiri entri pada kali ini dengan meninggalkan kata-kata dari beberapa orang pemikir-pemikir barat berkenaan genius .
Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~
Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~
Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~
Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~
Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~
Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~
Wassalam
p/s : sering terlintas di benak fikiranku " apalah yang aku dah sumbang untuk Islam setakat hari ini..apakah yang sudahku buat untukNYA"..huhu
~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
Currently have 0 comments: