Apabila Membaca Menjadi Budaya....
“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Petikan: Buku Bidadari Dari Timur )
“Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."( Surah Faathir : ayat 28 )
“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
Quotation-quotation di atas sengaja saya letakkan bagi menggambarkan kepada kita semua akan peri pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan.Bagaimana??Semestinya dengan MEMBACA...
Jika kita tinjau pada hari ini, statistik pembacaan dikalangan rakyat Malaysia masih lagi ditahap yang kurang memuaskan walaupun peningkatannya mencecah 60% setiap tahun.
Bercakap mengenai budaya membaca, suka untuk saya berkongsi beberapa keping gambar daripada program yang diberi nama BACA@LRT yang berlangsung semalam (16hb Jan ).Tahniah saya ucapkan kepada penganjur di atas modus operandi yang sangat kreatif dan menarik ini.Semoga dengan penganjuran program ini untuk masa hadapan dapat membuka mata semua pihak akan peri pentingnya membaca.
Agak-agak, apa perasaan anda bilamana melihat situasi seperti ini dalam LRT?? Saya secara peribadi, frankly speaking, saya sangat teruja dan gembira!! Semoga budaya membaca ini dapat diperluaskan bukan sahaja dalam LRT, malah dimana-mana sahaja tempat.Isi masa kosong kita dengan membaca.Insyaallah, jika budaya ini dapat dijayakan dan dilaksanakan oleh semua orang khususnya dikalangan muslim, insyaallah dunia dapat ditakluk dengan mudah;)
Wallahu'alam.
Currently have 0 comments: