Iman semut vs Iman Manusia
Salam optimis,
Sekarang ni,sy melihat keadaan dlm negara kita ni agak kelam kabut..dengan pemilihan agung UMNo yg tak berapa nak betul..dgn keadaan politik negara yg tak berapa nak stabil..dengan isu fatwa nyer yg rmi masyarakat kurang faham..dgn isu gejala sosial yg tak pernah kurang statistik jenayahnya..dan segala jenis masalah dlm negara ni..kebanyakan masalah nie sy boleh buat kesimpulan bahawa kurang nya iman dan aqidah umat Islam tu sendiri..cakap pasal iman nie saya nak bawak kisah tajuk entri sy kali ni mengenai iman semut dan iman manusia..
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana
semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkaugemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan
tak payah kamu melata di atas batu,aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil
satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas;kemudian Nabi ambil
gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.Kemudian Nabi tinggal semut
di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah
Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah
Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong,aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan
apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan,kerana makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi
bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan
aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa
ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur
sampai100 kubur. Lepas itu,penggali pergi kepada ImamSuffian dan bertanyakepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang ak u gali, dua sahaja yang mana
mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu
ditangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya
apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak,biasanya, iman dia
akan beralih.Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU
MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN
APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU
BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
p/s: sama-samalah kita amik iktibar dan muhasabah dari cerita ini..wassalam
...............~~berjuang..berjuang & terus berjuang!!~~.........(^-^).
Currently have 0 comments: