Bagaimana Hidup Bersahabat?
“ Salam kak. Saya nak tanya sikit boleh? Saya perasan di blog akak ni banyak di tulis tentang sahabat.Saya agak tertarik bila di sebut pasal sahabat dan ukhuwah ini. Jadi, nak tanyalah, macam mana akak kekalkan persahabatan & bagaimana nak jaga ukhuwah ni sebenarnya?” tanya seorang adik kepadaku melalui emel. Terima kasih adik zahidah ( bukan nama sebenar) atas persoalan ini.
Hmm,saya pun sebenarnya tak perasan yang kat blog saya ni banyak di tulis tentang sahabat. Tapi bila di tengok pada label post di tepi ini, rupa-rupanya dah hampir 13 entri mengenai sahabat. Huh!satu pencapaian yang tak berapa baik lagi.hehe.kena keep it up(^_^)
Maksudnya : Dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Anfal : 46
Ayat di atas saya jadikan sebagai ayat teras saya dalam hidup bersahabat ni. Jelas di dalam quran allah nyatakan bahawa kita janganlah berselisih kerana dengan berselisih akan menyebabkan kita berasa takut dan gentar serta menyebabkan kekuatan kita hilang..Kalau sakit hati sangat-sangat dengan karenah sahabat kita,bersabarlah.kerana allah akan bersama orang-orang yang bersabar. Itulah manisnya ukhuwah.
Untuk jawapan macam mana nak kekalkan persahabatan ini, saya kira ada bermacam-macam cara. Semuanya bergantung kepada diri kita samada nak guna atau tak.Didalam entri saya sebelum ini,ada saya sebutkan apa hak-hak sahabat yang perlu kita penuhi, apa ciri-ciri sahabat yang baik dan sebagainya.
Kata kak aiman athirah, bila sebut tentang ukhuwah ini, ia ada dua cabang iaitu hak dan tanggungjawab. Once kita dah bersahabat dengan seseorang, kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan kita juga ada hak yang perlu ditunaikan.Kalau hanya ada satu elemen sahaja, ukhuwah takkan kekal lama. We should give and take.Jangan hanya pandai menerima tetapi tak pandai nak memberi.Dan ingatlah, kita akan dituntut oleh seseorang di akhirat kelak jika kita tidak laksanakan hak-hak kita kepada dia yang sepatutnya.
Saya teringat kuliah tok guru Nik Aziz yang bertajuk ‘Ikat Setia dalam Islam’. Dalam bersahabat ni, ada tiga kategori. Yang pertama, kita menganggap sahabat ni macam hamba. Bila kita perlukan dia, kita gunakan dia sebaiknya, tapi bila dia dah tak penting, kita abaikan.
Kategori kedua, bila sahabat ada masalah kewangan, kita hulurkan duit.Maksudnya seperti kita saling tolong menolong.
Kategori ketiga adalah tahap yang paling tinggi dan tak ramai yang capai tahap ni dalam bersahabat..Kategori ini bermaksud kita sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat. Kalau dalam bahasa arab disebut ITHAR (dahulukan sahabat ).Contohnya, kalau kita nak makan, kita akan teringat sahabat kita, adakah dia dah makan atau mungkin sebenarnya dia dalam kelaparan.
Tertariknya saya dengan kategori ketiga ini kerana tok guru mengulasnya dengan panjang lebar. Beliau banyak bagi contoh dalam kategori ini. Antaranya, anda bayangkan anda punyai duit dlm poket hanya Rm3 cukup-cukup untuk anda makan tengahari.Tetapi kerana mengetahui sahabat anda ini masih belum makan dan dia mempunyai masalah kewangan, anda sanggup korbankan duit makan tengahari anda untuk dia supaya dia kenyang.Alangkah indahnya konsep ithar ni.
Satu lagi kisah yang diberitahu oleh tok guru ialah tentang si polan ni mempunyai seorang hamba. Ketika dia keluar rumah, sahabat si polan ni datang ke rumah dan meminjam barang kepunyaannya.Sahabat si polan ini meninggalkan pesan kepada hamba si polan ni supaya memberitahu tentang barang yang dipinjamnya. Ketika si polan ini pulang, maka berceritalah si hamba ini tentang peristiwa yang berlaku tadi. Si polan ni sangat gembira dan bagi menunjukkan betapa gembiranya si polan ni, dia telah membebaskan hambanya ketika dan saat itu juga.Kenapa dia gembira? Kerana sahabat dia sanggup meminjam barang darinya.Allahuakbar!
Pernah saya cerita dalam entri sebelum ni, tentang kisah Saidina Abu Bakar r.a, seorang sahabat Nabi yang begitu setia bersama nabi. Bagaimana indahnya pengorbanan beliau untuk baginda nabi sehingga sanggup dipatuk ular demi melindungi nabi yang ketika itu sedang lena di pangkuan Abu Bakar. Nabi terjaga dari tidur dek kerana air mata Abu Bakar yang jatuh ke pipi baginda kerana menahan sakit. Dengan keadaan segera, nabi bangun dan membuang bisa ular itu dengan menghisap keluar dari tempat patukan di badan Abu bakar.Alangkah indahnya kisah persahabatan ini dan bagaimana nabi mengajar umatnya dalam bersahabat.
Sebagaimana hadis nabi SAW :
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)
Kepada adik zahidah, berhikmahlah dalam persahabatan. Bak kata seseorang ni, bersahabatlah kamu selagi kamu mampu bersahabat. Biarlah orang tak anggap kamu sahabat, asalkan kamu tahu siapa kamu untuk diri dia. Hiduplah pada memberi kerana memberi itu membahagiakan. Berilah sebanyak mana khidmat kamu untuk sahabat kamu. Jangan diminta balasan darinya kerana ia hanya akan mengecewakanmu.nantikanlah ganjaran dariNYA yang mana akan menggembirakanmu.Apa yang penting??KERJASAMA.(^_~)
wassalam
~Begin with the End of Mind~
Currently have 0 comments: