Kenapa hanya 13
Salam Optimis,
Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, saya baru perasan yang saya sering menulis mengenai topik yang berkisar tentang siasah.Hmm,mungkin kerana didorong oleh perasaan benci dan sayang kepada masa depan negara, ditambah lagi dengan kebencian kepada pemimpin yang zalim lagi angkuh, maka penulis menguatkan diri untuk mencoret sedikit pandangan peribadi yang dangkal ini dengan harapan agar wujud sedikit kesedaran kepada kita semua sebagai rakyat yang mempunyai kuasa memilih.Makkal Sakti!
Isu mengenai pembebasan 13 tahanan ISA ini,dari sudut pandangan saya,ia hanyalah sekadar mainan politik semata-mata..
Betul la apa yang di reka oleh sesetengah orang tentang ISA ni,iaitu stand for IKUT SUKA AKU..
kalau di ikutkan dari tafsiran Ikut Suka Aku ini, maka memang sangat bertepatanlah tindakan dari Najib ni, iaitu IKUT SUKA dia dan sekutunya je nak tangkap dan bebaskan tahanan ISA pada bila-bila masa sahaja yang dia suka. Nampak sangat la orang yang di tangkap masuk ke dalam ISA ini bukanlah pesalah yang boleh mengancam keselamatan negara..Kalau betul diorang ini ( tahanan ISA ) boleh merbahayakan keselamatan negara, takkan la Najib dengan membutakan babi membabi buta sahaja senang-senang membebaskan mereka ini??tak ke tindakan ini akan membahayakan keselamatan rakyat??
Sekali pandang,tindakan Najib ni memang sangat bijak, tetapi jika di lihat dari sudut pandang yang logik, tindakan PM kita ni memang sangat B***H.
Mungkin dia fikir rakyat Malaysia ni bodoh tak cerdik, lalu ambil tindakan sedemikian untuk menarik simpati dan kepercayaan rakyat. Come on la Najib, rakyat sekarang semua dah celik mata dan hati, kami sudah cerdik dalam menilai yang mana baik buruk sesuatu perkara.
Untuk pengetahuan anda, 13 tahanan ISA yang di bebaskan terdiri dari 2 peguam Hindraf, 7 dari ahli Darul Islah Sabah, 1 ahli dari jemaah islamiyah dan selebihnya adalah dari negara asing.
Sekadar pandangan peribadi, saya kira pembebasan 2 orang peguam hindraf itu hanyalah sekadar gimik politik Najib untuk mengembalikan kepercayaan orang India terhadap kepimpinan beliau sekaligus meraih undi pada pilihan Raya kecil esok.Manakala 7 orang dari DIS ini adalah bagi menarik perhatian pengundi untuk mengundi BN di kawasan Batang Ai nanti.
Kenapa hanya 13 orang yang dibebaskan sedangkan kebanyakan tahanan ISA terdiri dari golongan yang tidak bersalah dan tidak mengancam keselamatan negara..
Saya terharu dan hiba membaca berita tentang seorang isteri bernama Puan Norlaila Othman ( gambar ) yang kecewa dan sedih kerana nama suaminya tidak tersenarai dalam pembebasan tersebut setelah hampir 7 tahun meringkuk dalam ISA tanpa ada sebarang kesalahan yang didakwa..“Isteri mana yang tidak sedih bila suami tidak dibebaskan…” itulah kata-kata pertama Puan Norlaila Othman ketika diminta menyatakan perasaannya.
Ucapan terima kasih tidak perlu di ucapkan pun kepada Najib atas pembebasan ini kerana ia sememangnya bertanggungjawab dan berkewajipan untuk membebaskan semua tahanan yang telah dizalimi tanpa ada sebab dan musababnya..
Ayuh sahabat semua, kita sama-sama panjatkan doa mohon pertolonganNYA agar pemimpin yang zalim ini diberi hidayah dan petunjuk dari Allah yang Maha Kuasa..bukanlah maksud penulis untuk mengajak anda membenci Najib, tapi mengajak anda untuk membenci sifat zalim yang ada pada Najib dan orang yang seangkatan dengannya..sama-sama doakan..Insyaallah.
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Salam saudari,
Terima kasih sudi ziarah kembali blog saya.
Saya setuju pembebasan 13 orang tahanan sekadar retorik politik.
Tahanan ISA bukan sahaja dizalimi di dalam penjara, malahan keluarga yang di luar pun turut dizalimi. Ada yang diugut, dihasut supaya bercerai dan bermacam lagi.
Mungkin mereka tidak mengimani adanya pembalasan di sana lantas merasakan mereka boleh buat apa sahaja.
Apa pun lawan teta lawan.