Aquasprite Theme Demo

Filem Melayu sudah NAZAK!

30 April 2009 , Posted by Syaheed at Thursday, April 30, 2009


“ish,teruk betul cerita BOHSIA ni. Tahulah nak tunjuk keadaan remaja sekarang ,tapi tak perlulah nak dedah sana,gedik sini..mana letaknya nilai agama?” seorang penonton melepaskan geramnya.

Inilah dia realiti dunia perfileman Malaysia pada masa sekarang. Filem yang langsung tak mencabar minda malah lebih memandulkan otak penonton. Kebanyakan filem-filem Malaysia terutama filem melayu hanya tahu mengetengahkan cerita berunsurkan lawak, hantu, gejala social, cinta monyet dan sebagainya. Apa sumbangan filem-filem ini? Saya begitu malu dengan masyarakat islam di negara lain jika mereka menonton filem-filem Melayu. Kita lihat bagaimana pengarah dan penulis skrip menggambarkan bangsa Malaysia khususnya Melayu di kaca mata penonton. Bandingkanlah filem-filem seperti “Anak Halal”, “Remp-it”, “Kami”, “Impak Maksima” dan seumpama dengannya. Tontonlah filem ini dan rasakan sendiri betapa bangsa Melayu khususnya yang masih rendah harga diri dan maruahnya.

Setujukah anda jika saya mengatakan inilah gambaran sebenar bangsa Melayu?

Kenapa perlu di angkat martabat MAT REMPIT? Apa baiknya men julangnya nama BOHSIA? Saya begitu takut bilamana mat rempit ini di filemkan, takut-takut mat-mat rempit ni rasa lebih di hargai yang menyebabkan mereka makin berkuasa di jalan raya. Gerunnya saya bilamana perkataan dan gejala BOHSIA sudah sebati dengan masyarakat, menyebabkan bilangan mereka bertambah ramai dan tidak mustahil masyarakat akan terbiasa dengan geng2 ini malah mungkin lebih dipandang mulia dari pendakwah..Nauzubillah

Saya cukup teruja dengan filem-filem Indonesia yang begitu banyak dihasilkan sekarang yang mana didalamnya banyak nilai-nilai Islam yang diterapkan untuk tatapan penonton. Ada unsur dakwah di dalamnya! Sudahkah anda melihat filem “Ayat-ayat Cinta” yang mendapat sambutan menggalakkan itu? Tidak teruja & tersentuhkah anda menonton filem “Sang Murobbi”? Melalui filem-filem mereka ini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana bangsa Indonesia ini di angkat tinggi, bermaruah dan di hormati. Filem kita bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman.

Kalaupun kita tak mampu untuk menghasilkan filem-filem yang berunsurkan dakwah islam, sekurang-kurangnya cubalah hasilkan filem yang dapat membuka minda penonton.Tolong jangan lambakkan industri perfileman kita hanya dengan filem-filem hantu,tahyul,lawak bodoh dan seumpama dengannya. Kita ada agama, jadi cubalah hasilkan filem seperti kita ni beragama.Jaga sikit sensitiviti orang Islam.Walaupun kita cuba mem’barat’kan filem melayu, agama kita tetap kena jaga.(ayat ini untuk filem seperti BOHSIA & Anak Halal ).Cubalah hasilkan filem,apabila orang menonton , rasa lebih bersemangat dan berfikir.Jangan jumudkan pemikiran dalam menghasilkan filem. Nasihat ini khusus untuk pembuat filem.

Saya tertanya-tanya, adakah kita di Malaysia ini tidak ada penulis skrip atau pengarah yang mampu hasilkan filem yang mana dapat membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, juga mengangkat maruah kita di mata orang lain?

Saya begitu gembira dengan penghasilan cerita seperti “Cinta Madinah” & filem “Syukur 21” suatu masa dahulu. Penulis novel islamik seperti Abu Hassan Morad, Zaid Akhtar & lain-lain perlu diramaikan lagi agar karya seperti mereka boleh di filemkan sebagai satu method dakwah kepada masyarakat.

Teringat kata-kata sifu saya yang mana kata-katanya ada di tepi blog ini yang berbunyi “Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…."-Sifuku, Ustaz Syaari Abd Rahman.

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud yang bermaksud : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Ayat ini diletak bagi mengingatkan kita bahawa proses berlakunya kemusnahan, kehancuran dan keruntuhan negara memang diperakui oleh Allah melalui kalamNya. Allah mengingatkan kita bahawa sesebuah Negara dan tamadun itu akan hancur jika mereka sendiri tidak membaiki keadaan mereka.

Saya membuat entri ini bukanlah bertujuan untuk meng ’condem’ filem -filem melayu apatah lagi menghina bangsa sendiri tetapi saya lebih kepada untuk menegur agar kita sama-sama dapat memperbaiki dan mempertingkatkan keadaan kita menjadi lebih baik..

wassalam

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Currently have 7 comments:

  1. intisor-um says:

    ulasan saya tentang filem bohsia..
    do visit my blog!
    http://intisor-islam.blogspot.com

  1. mus ab umair says:

    Em...
    Saya bersetuju dengan enti..
    MELAYU MEMANG DAH LAYU..

  1. alhariesz says:

    salam...

    anda tau kenapa jadinya begitu? sebab filem dilihat dari aspek ekonomi dan perniagaan @ komersil...'a businessman promotes what sells'...sebab keuntungan yang dicari, bukan ilmu untuk sebaran...bohonglah jika dikatakan tujuan utama filem BOHSIA atau REMP-IT dan seumpamanya dihasilkan semata-mata untuk menyedarkan penonton! (jawapan yg cliche)

    mat rempit dan remaja motor tidak akan menonton Syukur21...meski diberi tonton percuma, keinginan tu tiada...

    saya ada menonton filem dari Iran ttg pelacuran...tapi para pelakonnya masih bertudung labuh...

    pendek kata, semuanya bertitik tolak dari diri penerbit filem dan pengarah yang menghasilkan filem, juga dari hati penonton yang ingin menonton apa yang sepatutnya ditonton...

    wallahu'alam...

  1. nurjannah says:

    setuju dgn alhariesz..semuanya bertitik tolak dari penerbit filem,pengarah juga penulis skrip..apabila filem di buat hanya untuk penuhkan poket penerbit filem, maka nilai filem itu memang sudah tiada..
    mungkin generasi kita perlu bangkit membaiki dan menggemilangkan industri ini dengan dipenuhi dengan nilai2 dakwah islam.insyaallah

  1. Syaheed says:

    bukanlah niat saya untuk menghukum pengarah,penerbit dan penulis skrip yang salah.tetapi semua pihak termasuk pendakwah juga silap.apa tindakan yg kita lakukan bila melihat keadaan seperti ini??mungkin kita perlu sama-sama mencari punca masalah ini berlaku.barulah kita fikir dan wujudkan satu penyelesaian yang baik untuk semua pihak..yang pasti , semua ini adalah hanya untuk satu tujuan, iaitu demi melihat kembali islam mekar subur di bumi malaysia .Insyaallah

  1. asyir says:

    btol...wlwpon pemikiran sy xlah matang mane..tapi tengok iklan n tajuk je dah boleh agak crita tu cmne...takut dgn dunia skrg..

  1. Anonymous says:

    Apakata saudari cuba menulis skip yang dapat membuka minda, menarik, islamik dan menunjukkan kebaikan lalu cuba jualkan kepada penerbit filem.