Aquasprite Theme Demo

Buat duit dengan BLOG?

Posted by Syaheed on 27 May 2009 , under , | comments (1)



Salam optimis,

Hmm,jarang-jarang sekali saya buat entri tentang bisnes di internet ni. Kali ini, disebabkan sahabat saya di UTP telah berkongsi dengan saya 3 ebook hasil tulisan beliau tentang cara-cara buat duit dengan internet yang bagi saya agak menarik, jadi, suka untuk saya kongsikan juga bersama sahabat-sahabat pembaca sekalian mengenai ebook percuma dari beliau ni.

Ebook ikan kecil untuk ikan besar adalah berkisar tentang pengalaman sahabat saya iaitu Raja Kamil ( seorang jutawan internet ). Beliau berkongsi cerita bagaimana beliau mula mengenali dunia bisnes internet dan sepak terajangnya.

Ada juga yang bertanyakan kepada beliau, bagaimana caranya buat duit secara online. Mereka bertanya bertubi-tubi hingga ada yang tanyakan , di manakah Raja Kamil mula-mula mendapat duit dari online.

Akur, dengan soalan yang bertubi-tubi itu, beliau keluarkan ebook yang bertajuk Duit Pantas Dari Lelong.com.my. Ya, duit pertama beliau dari online ialah daripada lelong.com.my, sebuah laman bidaan Malaysia.

Bukan seringgit, bahkan RM150 adalah jumlah yang Raja Kamil terima ketika mula-mula menerima duit daripada online ini.

Dalam ebook Duit Pantas Dari Lelong.com.my, beliau menceritakan stratergi-stratergi yang beliau ambil sehingga berjaya menghasilkan duit dari sana.

Seterusnya, ebook yang bertajuk 3 Idea Buat Duit Dengan Blog mendedahkan 3 cara yang Raja Kamil gunakan untuk menghasilkan pendapatan dengan blog.

BUKAN ITU SAHAJA

Anda juga boleh mengedarkan ebook-ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja, malah anda juga boleh MENJUAL SEMULA pada harga yang anda suka.

Yang lagi best, Raja Kamil akan bagi hadiah kepada anda yang mendownload ebook beliau..nak tahu apa hadiahnya?? Cubalah sekarang..

Terima kasih kepada sahabat saya, Raja Kamil atas jasa beliau membantu kita menjana duit melalui internet.

Untuk mendowload ebook-ebook di atas, hanya klik pada gambar tersebut.Selamat membaca.

wassalam

~Begin With The End of Mind~



Cara Menukar Template Blogspot

Posted by Syaheed on 26 May 2009 , under , | comments (0)






"Shahidat, ajar akak macam mana nak tukar layout blog akak"

"Dik,tolong buatkan blog untuk akak leh?Nanti akak bayar"

"Shahidat free tak?Nak minta tolong ajar macam mana nak cantikkan blog"


Inilah antara permintaan dari kakak-kakak dan juga sahabat-sahabat untuk saya mengajar mereka cara-cara untuk menukar layout sekaligus mencantikkan blog..Disebabkan kekangan masa,saya terpaksa menolak dan menangguh permintaan sahabat-sahabat saya.Minta maaf semua.

Bagi tidak mengecewakan mereka, disini,suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu tentang cara-cara untuk menukar template blogspot dengan harapan dapat menunaikan permintaan sahabat-sahabat juga sebagai ilmu untuk pembaca sekalian.

Seperti yang kita sedia maklum,blog adalah ibarat rumah kita.Apabila dikatakan rumah,tentunya kita ingin melihat rumah kita cantik dan kemas.Sebenarnya,banyak cara yang dilakukan untuk membuat blog menjadi lebih cantik, diantaranya dengan menambah elimen-elimen dan juga dengan mengganti template blog. Jika kita mengganti template dengan template yang sudah disediakan blogger maka itu adalah cara yang paling mudah, kita pilih dan disimpan terus jadi. Namun template yang disediakan sangat sedikit dan penampilanya juga standard, sehingga kita seringkali mencari template lain yang lebih cantik, kerana sekarang banyak web2 dan blog2 yang menyediakan template yang cantik.

Menukar template bukanlah semudah yang di sangkakan kerana kesannya,kita akan kehilangan beberapa elemen dan widget-widget yang menarik dalam layout yang sebelumnya.Di sini, ingin saya jelaskan beberapa langkah yang perlu di ambil sebelum menukar layout baru.

Pertama
anda harus membackup dulu template anda yang lama.Caranya, anda masuk ke menu "Layout --> Edit HTML", terus klik link bertuliskan "Download Full Template" terus simpan file yang diberikan.

Kedua
,anda perlu backup elemen-elemen atau widget-widget yang dah pernah anda pasang sebelum ni, caranya >>masuk ke menu "Page Element", disitu kan banyak element-element yang sudah anda pasang, dibawahnya ada link bertuliskan "edit" klik link-link tersebut satu persatu, copy isi dari element itu dan simpan dalam notepad. Kalau anda dah ganti template dan ingin memasang element-element tersebut tinggal copy dari notepad dan letakkan di "add page element".

Ketiga,
jika template dan element-element sudah di backup, langkah seterusnya ialah mengupload template yang sudah anda download. Biasanya file template yang di download berbentuk "XML" tapi kadang-kadang ada juga yang berbentuk "zip atau rar".Jika begitu, anda harus mengekstraknya terlebih dahulu sehingga dapat file berbentuk "xml". Kemudian cara menguploadnya, Kembali ke menu "Edit HTML", disitu ada button "browse" .Klik button tersebut dan cari file template yg anda download tadi dan pastikan yang berformat XML, setelah itu terus klik button "upload".

Keempat,
biasanya kita akan mendapat pengesahan bahawa segala widget-widget kita akan dihapuskan.Abaikan sahaja. Klik button "Confirm & Save".Selesai.Anda akan melihat blog anda berwajah baru:)

Di sini, suka untuk saya kongsikan beberapa web yang menyediakan template-template yang menarik. Pilihlah mengikut citarasa anda.

1) http://btemplates.com/
2) http://www.pyzam.com/
3) http://www.blogspottemplate.com/
4) http://blogspottemplates.blogspot.com/
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates/

dan banyak lagi..nak senang, tanya sahaja pakcik google, nanti dia akan keluarkan list web-web yang sangat banyak. Haa..Lu pilihlah sendiri.hehe..Selamat mencuba (^_^)

wassalam

p/s : sebarang pertanyaan,leh tinggalkan kat komen atau pun kat shoutbox.

pp/s : Blog yang cantik dan kemas memang bagus, akan tetapi lagi bagus kalau sentiasa update bagi mengelakkan blog kita bersawang . Seperti juga rumah, cat baru pun tak guna juga kalau kita tinggalkan rumah buat sekian lama tanpa penghuni.(^_^)

~Begin with the End of Mind~

Key Performance Index Muslim

Posted by Syaheed on 20 May 2009 , under | comments (0)




Salam Intelek,

Beberapa minggu yang lepas, saya dan exco ma'ruf club yang lain telah berkampung beberapa hari bagi membincangkan KPI yang telah kami capai sepanjang semester lepas. Pelbagai cadangan, kritikan membina serta muhasabah telah di lontarkan sepanjang perbincangan dan brainstorm antara kami dengan satu semangat untuk membawa ma'ruf club lebih kehadapan sebagai satu kelab dakwah di UIA.

Kita tinggalkan dulu KPI ini. Kali ini,suka untuk saya kongsikan satu artikel tentang KPI kita sebagai seorang muslim dan mukmin. Kalau didalam berpersatuan, kita sering menilai prestasi gerak kerja kita, bagaimana pula KPI kita sebagai seorang muslim dan mukmin?

ANDA seorang Muslim! Tetapi sejauh mana anda mengetahui diri anda adalah Muslim sejati, diredai Tuhan dan berada pada jalan yang lurus?

Pastinya ia memerlukan kepada penanda aras atau neraca untuk mengetahuinya.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam mengukur tahap keislaman dan pengabdian diri konsep kita sebagai Muslim tidak boleh lari daripada tiga perkara utama iaitu Islam, iman dan ihsan.

"Islam ialah yang membabitkan rukunnya kenalah mencukupi, seperti ibadat solat, haji dan zakat perlu ditunaikan dengan sempurna.

"Persoalan iman membabitkan enam perkara. Dalam ihsan, kita melakukan ibadat seolah-olah kita melihat Tuhan, jika tidak dapat melihat Tuhan, lakukanlah seolah-olah Tuhan melihat kita," katanya.

Menurutnya, dalam Islam juga ada konsep muhasabah iaitu melihat kekurangan yang ada pada diri dan kesilapan dilakukan, memperbaikinya dan melakukan yang lebih baik pada masa depan.

"Ramai orang berkata, muhasabah adalah membabitkan perkara yang sudah dilakukan, manakala perkara sebelum dan sedang dilakukan adalah tidak termasuk dalam muhasabah.

"Tetapi sebenarnya, kita kena lihat juga perkara yang belum dan sedang dilakukan, sama ada baik atau tidak, bahkan kesudahannya baik atau sebaliknya.

"Itulah neraca kita sebagai Muslim. Persoalan sama ada amalan yang dilakukan itu diterima atau tidak terserah kepada Allah," katanya.

Mengenai amalan yang ikhlas, Imam Nawawi dalam keterangannya seperti dilaporkan dalam Hadith 40, berkata amal ada tiga bahagian, iaitu:

* Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.

* Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.

* Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak pengabdian, malah membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka.

"Dan inilah rupa amal ibadat yang dimaksudkan Rasulullah sewaktu menjawab sungutan Aisyah yang berkata: Mengapakah Rasulullah bersusah payah berdiri solat waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang! Rasulullah dalam jawapannya berkata: Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur!"

Ketiga-tiga bahagian amal ini yang dinamakan amal ibadat orang yang ikhlas dan perbezaannya terletak pada bahagian terbabit.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, neraca yang diguna pakai Islam adalah bersifat syumul, kerana bertunjangkan akidah dan wahyu Ilahi.

Sementara neraca yang lain dari Islam menurutnya tidak sedemikian kerana lebih bersifat luaran dan material, malah ia mungkin baik dari satu sudut dan tidak pada sudut yang lain.

Al-Syahid Sayyid Qutb dan Abul Ala Al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim, berkata kayu ukur yang dipakai Allah dalam menilai kedudukan seseorang adalah apakah hidupnya, matinya, kesetiaannya, kepatuhan dan pengabdiannya.

"Seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah semata-mata, lalu ia dinilai sebagai seorang Mukmin dan Muslim.

"Tetapi apabila semua itu diperuntukkan bagi yang lain, ia bukanlah Mukmin atau Muslim. Siapapun yang tidak memenuhi ciri ini bererti kurang imannya.

"Menurut Allah, satu-satunya hal yang dapat dinilai adalah apakah anda telah memberikan segala yang anda miliki pada jalan-Nya.

"Bila anda telah melakukannya, anda akan memperoleh hak istimewa, diberikan kepada mereka yang setia kepada-Nya dan menerima hak pahala bagi pengabdian anda kepada-Nya.

"Tetapi bila anda mengecualikan apa pun juga dari pengabdian kepada-Nya, pengakuan anda sebagai seorang Muslim, yang bererti anda mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah adalah pengakuan palsu, hanya dapat mengabui mata dunia dan masyarakat Islam, tetapi tidak akan dapat menipu Allah."

Sekiranya mekanisme KPI memandang penting kepada objektifnya, kehidupan seorang Muslim meletakkan sasaran bertemu Allah di akhirat.

"Maka sesiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya." (al-Kahfi: 110)

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Say No to Mat Rempit

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam optimis,

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepadaNYA kerana saat dan ketika ini diberikan kekuatan untuk meng'update' blog. Saya tertarik dengan satu berita yang di siarkan di akhbar online mstar.com tentang larangan polis supaya kita jangan gunakan lagi panggilan mat rempit untuk dilabelkan kepada samseng jalanan ini.

"Polis tidak pernah beri istilah Mat Rempit kepada mereka. Apabila gelaran itu diberikan kepada mereka, ia seoalah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya. Oleh itu saya harap jangan guna istilah itu kepada mereka lagi, apa yang nyata mereka ini samseng jalanan yang mana kelakuan mereka itu boleh mengancam nyawa orang lain," kata Abdul Aziz,Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada samseng jalanan ini iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini kerana sehingga kini hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka.

Apabila bercakap tentang budaya samseng jalanan ini yang semakin berleluasa, tertarik dengan berita tentang sekumpulan kira-kira 30 pelajar lelaki yang ponteng sekolah dan berkeliaran bagaikan pelesit dengan menunggang motosikal ala-ala mat rempit di sekitar kawasan perumahan di Permatang Badak dan Bukit Rangin, Kuantan.

Mengikut berita yang disiarkan,mereka ini lengkap beruniform sekolah menengah dengan rambut serta wajah masing-masing dicalit pelbagai warna. Dengan selamba mereka mempamerkan aksi-aksi bahaya menunggang motosikal tanpa mempedulikan penduduk di situ.masyaallah..

Semoga kita sama-sama dapat membantu polis membasmi gejala sosial ini yang mana sangat memberi impak negatif kepada remaja khususnya..Let Us Together Say No to Mat rempit...ayuh kita gelarkan mereka SAMSENG JALANAN kerana perlakuan samseng merekalah mengancam nyawa orang lain.wassalam..


~Begin with The End of Mind~

Blog Ma'ruf Club berwajah baru

Posted by Syaheed on 17 May 2009 , under | comments (0)




Salam intelek,

Alhamdulillah,syukur kepadaNYa kerana telah memudahkan segala gerak kerja ku selama ini. Setelah lebih kurang seharian menumpukan gerak kerja untuk menceriakan blog Ma'ruf Club,akhirnya berjaya juga mewajahkan blog MC dengan layout yang lebih segar dan maklumat yang lebih padat..Dengan ini, saya dengan segala hormatnya menjemput semua pelawat blog ini untuk bertandang ke blog MC. Semoga dengan lawatan anda akan menceriakan lagi blog MC seterusnya dapat sama-sama kita ambil pengajaran dan peringatan untuk kebaikan bersama.

Klik di sini

~Begin with the end of mind~

Banner Ma'ruf Club

Posted by Syaheed on 13 May 2009 , under | comments (1)




Salam optimis buat semua,

Sekadar ingin berkongsi design ringkas banner pimpinan Ma'ruf Club 08/09 UIAM yang akhirnya dapat di siapkan jua.Alhamdulillah.

Insyaallah, selepas ini penulis akan memberikan sedikit tumpuan kepada blog MC yang sedikit berhabuk dan bersarang dek kerana dah lama tak ter'update'.Di samping itu,penulis juga akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog ini walaupun terpaksa mencuri masa.huhu..bak kata Kang Abik ( Habiburrahman ), nak jadi penulis yang berjaya,kena ada disiplin.huhu..disiplin yang macam mana?haa, itu yang kita tak tahu..(^_^)

p/s : diri semakin teruja dgn situasi politik malaysia yang semakin bercelaru ni.huhu

~Begin With the End of Mind~

FILEM : Children of Heaven

Posted by Syaheed on 06 May 2009 , under , | comments (1)




Salam Optimis,

Alhamdulillah, pagi tadi allah memberi sedikit kelapangan buat saya untuk melihat satu filem dari Iran yang bertajuk 'Children of Heaven'.Filem ini menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Kisahnya bermula apabila seorang budak bernama Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adik perempuannya Zahra. Mereka ini adalah dari keluarga miskin yang mana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya bekerja sebagai pembancuh teh di masjid.Zahra sangat sedih akan kehilangan kasut dan menyalahkan Ali,abangnya. Lalu Ali memberi idea untuk berkongsi menggunakan kasutnya sahaja oleh kerana Zahra sekolah sesi pagi manakala Ali sekolah sesi petang. Zahra berkeras untuk memberitahu ayah mereka tentang kehilangan kasutnya tetapi dilarang oleh Ali kerana mengetahui ayahnya tidak mempunyai wang di samping banyak hutang yang tertunggak.


Setiap pagi,Zahra memakai kasut abangnya ke sekolah. Selesai sahaja sesi persekolahan, Zahra bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberi giliran kepada abangnya pula menggunakan kasut yang semakin lusuh itu.Sejak dari itu, Ali sering lewat ke sekolah dek kerana kasut itu. Begitulah kehidupan yang penuh pengorbanan dari seorang abang juga pengertian seorang adik yang begitu menyayat hati setiap penonton.

Filem arahan Majid Majidi ini telah menerima anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival.

Tok Guru yang telah menonton filem ini juga berkata, "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”


Tok guru juga berharap agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.

“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Tok guru berharap Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat perjanjian bersama Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem agar dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem..

Semoga satu hari nanti Malaysia mampu menerbitkan filem-filem berunsur kemanusiaan dan juga filem yang dapat menangkis fitnah Barat,Insyaallah. Bak kata sahabat saya , sama-sama kita kibar panji Allah supaya Malaysia bangun penuh berkah..

wassalam.


Chidren Of Heaven Part 1



Chidren Of Heaven Part 2




~Begin with the End of Mind~

THINKING: The way to success (Siri 1)

Posted by Syaheed on 02 May 2009 , under | comments (0)




Salam optimis,

Apabila kita bercakap tentang berfikir, ada dua perkara yang mesti kita bezakan. Pertama, ialah tentang apa yang dikatakan ‘ilmu pengetahuan tentang berfikir’ dan yang kedua ialah apa yang dikatakan dengan ‘kemahiran berfikir’.

Mungkin kita pernah bertemu dengan individu yang tahu banyak tentang subjek berfikir tetapi beliau sendiri tidak mampu menerbitkan idea-idea kreatif. Keadaan ini samalah dengan individu yang tahu banyak teori-teori berkenaan mekanisma operasi sebuah enjin kereta tetapi beliau tidak mahir memandu kereta.

Untuk kali ni, suka untuk saya berkongsi dengan pembaca semua tentang cara-cara berfikir dan bagaimana proses berfikir itu dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang ingin menjadi seorang pemikir yang hebat dan penuh tenaga.Mereka ini adalah orang yang pintar dan mereka sangat aktif berfikir, tetapi mereka tidak pernah di ajar teknik-teknik berfikir yang efektif, akibatnya mereka berfikir secara desturktif di mana mereka mencabar dan memprotes. Protes sangat berguna bagi menentang pelbagai jenis kekejaman, penindasan dan ketidakadilan. Protes juga memberi kesan dalam membangkitkan kesedaran orang ramai tentang isu-isu tertentu. Protes berguna apabila ada perkara-perkara yang tidak betul dan mesti dibetulkan, tetapi ia tak berguna apabila keadaan itu memerlukan idea-idea yang kreatif bagi memperbaikinya.

Tak dinafikan juga, ramai orang berfikir bertujuan untuk mengkritik. Perkataan kritik ini berasal dari bahasa Yunani iaitu kritikos yang bermaksud ‘ dapat menilai’. Seringkali perkataan kritik ini di fahami sebagai untuk mencari salah, menghentam dan bercanggah pendapat. Ini semua dilakukan kerana hasrat untuk mencari kebenaran.

Ramai orang sehingga hari ini percaya bahawa asal dia pintar, itu sudah cukup.Mereka percaya bahawa orang yang pintar sudah tentu pandai dan cekap berfikir. Begitulah sebaliknya, orang yang kurang pintar tentu kurang pandai berfikir.

Kajian yang di lakukan oleh Edward de Bono mengatakan bahawa, ramai individu yang sangat pintar tidak semestinya pandai berfikir. Apabila mereka berfikir, mereka akan terjerumus ke dalam apa yang beliau istilahkan sebagai ‘perangkap kepintaran’ dan akibatnya mereka tidak berfikir dengan baik.

Sesungguhnya otak yang pintar hanyalah satu potensi sahaja, manakala berfikir ialah satu kemahiran.Otak adalah ibarat tepung dan berfikir pula ibarat kemahiran menguli tepung tersebut. Ada orang yang memiliki banyak tepung, tetapi tidak mahir mengulinya yang menyebabkan roti itu tidak dapat dihasilkan dengan baik. Dan sebaliknya, ada orang yang punyai sedikit tepung, tetapi dia mahir menguli roti itu dengan bermacam-macam cara.Maka dia dapat hasilkan bermacam-macam jenis roti yang lazat.

Di dalam buku ‘Belajar Berfikir’ yang ditulis oleh Ainon Mohd, ada lebih kurang 21 istilah pemikiran yang digunakan oleh pelbagai jenis manusia. Saya tidak mampu untuk menerangkan semuanya disini, cuma saya ingin berkongsi tentang pemikiran kreatif dan pemikiran analitikal.

Pemikiran kreatif

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut.Stail ini dapat menghasilkan pelbagai cara bagi malakukan sesuatu.Pemikiran kreatif menunjukkan cirri-ciri berikut :

1)Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru.Ada kalanya idea-idea iniseolah-olah ‘gila-gila’ dan mencabar fikiran logic.

2)Mengutamakan cara lain bagi melihat sesuatu yang sedang difikirkan.Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu.Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan.semakin baik.

3)Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan fikira-fikiran biasa.

4)Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logic. Ia gemar menggunakan logic sonsang. Sebagai contoh, biasanya orang sapu garam pada ikan sebelum digoreng, Tetapi logic sonsang mengatakan goring ikan dulu,baru sapu garam.

Secara kesimpulannya, pemikiran kreatif digunakan bagi menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru, dan menyokong idea-idea yang bertentangan dengan fikiran semasa.

Pemikiran Analitikal

Pemikiran jenis ini dilihat sebagai suatu daya usaha hendak melihat sesuatu itu secara lebih terperinci. Analisis ni ialah proses memecahkan masalah besar kepada bahagiannya yang lebih kecil supaya senang di tangani. Analisi juga ialah proses mencari punca-punca.

Seseorang itu melakukan pelbagai analisis kerana mahu menjawab soalan soalan seperti Apa?Mengapa?BAgaimana?Siapa? Dimana? Dan sebagainya.

Stail ini kita gunakan bagi melakukan perkara-perkara seperti untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam, memahami kaitan antara satu perkara dengan yang lain,dan memahami punca kejadian.Tetapi, kadang-kadang pemikiran analitikal ini ,jika diguna dengan kerapnya, akan menimbulkan kesan seperti orang yang menggali pergi. Semakin dia menggali, semakin dalam pergi itu.Ada risiko dia akan jatuh ke dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar dari perigi tersebut.

Tidak dinafikan bahawa analisis adalah aktiviti yang sangat berguna. Ia dapat membantu seseorang itu memahami situasi-situasi yang komples dan rumit.

Tetapi yang menjadi masalah pada hari ini ialah kita terlalu memberi tumpuan pada aktiviti analisis. Membuat analisis dan huraian adalah kerja intelektual yang mudah . Sebagai contoh, cuba ambil botol kicap, di atas sekali adalah penutupnya. Ada lubang yang ditutup oleh penutup itu.Ada leher botol.Ada badan botol kicap tu.Pada badan botol tu,ada label kicap.Dibawah sekali ada tapak botol yang membolehkan botol itu berdiri tegak.Pada tutup botol itu ada bahagian yang mencekam bibir botol yang boleh dipanggil sebagai …..Kesimpulannya, apabila seseorang itu pandai membuat analisis, dia dpat menghasilkan huraian yang semakin terperinci hingga tidak ada kesudahannya.Semuanya mempunyai matlamat mahu menjumpai kebenaran.

Hmm,nampaknya mata saya sudah tidak mampu dibuka lagi di sebabkan terlalu mengantuk.Dan otak saya juga tidak mampu berfikir secara efektif lagi ketika ini.hehe.kita sambung dalam siri ke-2.Insyaallah,dalam siri ke-2, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana cara-cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah,teknik-teknik untuk membuat keputusan yang berkesan,bagaimana cara untuk menerbitkan sesuatu idea, serta bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran orang lain..sebagai contoh,macam mana nak guna teknik muka-di-depan-pintu,teknik sebelah-kaki-masuk-pintu,apa itu kaedah KJ,kaedah Mitsubishi,kaedah NHK dan sebagainya.nak tahu??stay tuned..hehe..insyaallah,ada kelapangan kita jumpa lagi.

Wassalam

~Begin With the End of Mind~