Aquasprite Theme Demo

Bagaimana Hidup Bersahabat?

Posted by Syaheed on 30 April 2009 , under | comments (0)




“ Salam kak. Saya nak tanya sikit boleh? Saya perasan di blog akak ni banyak di tulis tentang sahabat.Saya agak tertarik bila di sebut pasal sahabat dan ukhuwah ini. Jadi, nak tanyalah, macam mana akak kekalkan persahabatan & bagaimana nak jaga ukhuwah ni sebenarnya?” tanya seorang adik kepadaku melalui emel. Terima kasih adik zahidah ( bukan nama sebenar) atas persoalan ini.

Hmm,saya pun sebenarnya tak perasan yang kat blog saya ni banyak di tulis tentang sahabat. Tapi bila di tengok pada label post di tepi ini, rupa-rupanya dah hampir 13 entri mengenai sahabat. Huh!satu pencapaian yang tak berapa baik lagi.hehe.kena keep it up(^_^)

ولا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصابرين

Maksudnya : Dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Anfal : 46

Ayat di atas saya jadikan sebagai ayat teras saya dalam hidup bersahabat ni. Jelas di dalam quran allah nyatakan bahawa kita janganlah berselisih kerana dengan berselisih akan menyebabkan kita berasa takut dan gentar serta menyebabkan kekuatan kita hilang..Kalau sakit hati sangat-sangat dengan karenah sahabat kita,bersabarlah.kerana allah akan bersama orang-orang yang bersabar. Itulah manisnya ukhuwah.

Untuk jawapan macam mana nak kekalkan persahabatan ini, saya kira ada bermacam-macam cara. Semuanya bergantung kepada diri kita samada nak guna atau tak.Didalam entri saya sebelum ini,ada saya sebutkan apa hak-hak sahabat yang perlu kita penuhi, apa ciri-ciri sahabat yang baik dan sebagainya.

Kata kak aiman athirah, bila sebut tentang ukhuwah ini, ia ada dua cabang iaitu hak dan tanggungjawab. Once kita dah bersahabat dengan seseorang, kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan kita juga ada hak yang perlu ditunaikan.Kalau hanya ada satu elemen sahaja, ukhuwah takkan kekal lama. We should give and take.Jangan hanya pandai menerima tetapi tak pandai nak memberi.Dan ingatlah, kita akan dituntut oleh seseorang di akhirat kelak jika kita tidak laksanakan hak-hak kita kepada dia yang sepatutnya.

Saya teringat kuliah tok guru Nik Aziz yang bertajuk ‘Ikat Setia dalam Islam’. Dalam bersahabat ni, ada tiga kategori. Yang pertama, kita menganggap sahabat ni macam hamba. Bila kita perlukan dia, kita gunakan dia sebaiknya, tapi bila dia dah tak penting, kita abaikan.

Kategori kedua, bila sahabat ada masalah kewangan, kita hulurkan duit.Maksudnya seperti kita saling tolong menolong.

Kategori ketiga adalah tahap yang paling tinggi dan tak ramai yang capai tahap ni dalam bersahabat..Kategori ini bermaksud kita sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat. Kalau dalam bahasa arab disebut ITHAR (dahulukan sahabat ).Contohnya, kalau kita nak makan, kita akan teringat sahabat kita, adakah dia dah makan atau mungkin sebenarnya dia dalam kelaparan.

Tertariknya saya dengan kategori ketiga ini kerana tok guru mengulasnya dengan panjang lebar. Beliau banyak bagi contoh dalam kategori ini. Antaranya, anda bayangkan anda punyai duit dlm poket hanya Rm3 cukup-cukup untuk anda makan tengahari.Tetapi kerana mengetahui sahabat anda ini masih belum makan dan dia mempunyai masalah kewangan, anda sanggup korbankan duit makan tengahari anda untuk dia supaya dia kenyang.Alangkah indahnya konsep ithar ni.

Satu lagi kisah yang diberitahu oleh tok guru ialah tentang si polan ni mempunyai seorang hamba. Ketika dia keluar rumah, sahabat si polan ni datang ke rumah dan meminjam barang kepunyaannya.Sahabat si polan ini meninggalkan pesan kepada hamba si polan ni supaya memberitahu tentang barang yang dipinjamnya. Ketika si polan ini pulang, maka berceritalah si hamba ini tentang peristiwa yang berlaku tadi. Si polan ni sangat gembira dan bagi menunjukkan betapa gembiranya si polan ni, dia telah membebaskan hambanya ketika dan saat itu juga.Kenapa dia gembira? Kerana sahabat dia sanggup meminjam barang darinya.Allahuakbar!

Pernah saya cerita dalam entri sebelum ni, tentang kisah Saidina Abu Bakar r.a, seorang sahabat Nabi yang begitu setia bersama nabi. Bagaimana indahnya pengorbanan beliau untuk baginda nabi sehingga sanggup dipatuk ular demi melindungi nabi yang ketika itu sedang lena di pangkuan Abu Bakar. Nabi terjaga dari tidur dek kerana air mata Abu Bakar yang jatuh ke pipi baginda kerana menahan sakit. Dengan keadaan segera, nabi bangun dan membuang bisa ular itu dengan menghisap keluar dari tempat patukan di badan Abu bakar.Alangkah indahnya kisah persahabatan ini dan bagaimana nabi mengajar umatnya dalam bersahabat.

Sebagaimana hadis nabi SAW :

لا يؤمن أحدُكم حتى يحبَّ لأخيه ما يحبُّ لنفسه

“ Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)


Kepada adik zahidah, berhikmahlah dalam persahabatan. Bak kata seseorang ni, bersahabatlah kamu selagi kamu mampu bersahabat. Biarlah orang tak anggap kamu sahabat, asalkan kamu tahu siapa kamu untuk diri dia. Hiduplah pada memberi kerana memberi itu membahagiakan. Berilah sebanyak mana khidmat kamu untuk sahabat kamu. Jangan diminta balasan darinya kerana ia hanya akan mengecewakanmu.nantikanlah ganjaran dariNYA yang mana akan menggembirakanmu.Apa yang penting??KERJASAMA.(^_~)
wassalam

~Begin with the End of Mind~

Filem Melayu sudah NAZAK!

Posted by Syaheed on , under | comments (7)




“ish,teruk betul cerita BOHSIA ni. Tahulah nak tunjuk keadaan remaja sekarang ,tapi tak perlulah nak dedah sana,gedik sini..mana letaknya nilai agama?” seorang penonton melepaskan geramnya.

Inilah dia realiti dunia perfileman Malaysia pada masa sekarang. Filem yang langsung tak mencabar minda malah lebih memandulkan otak penonton. Kebanyakan filem-filem Malaysia terutama filem melayu hanya tahu mengetengahkan cerita berunsurkan lawak, hantu, gejala social, cinta monyet dan sebagainya. Apa sumbangan filem-filem ini? Saya begitu malu dengan masyarakat islam di negara lain jika mereka menonton filem-filem Melayu. Kita lihat bagaimana pengarah dan penulis skrip menggambarkan bangsa Malaysia khususnya Melayu di kaca mata penonton. Bandingkanlah filem-filem seperti “Anak Halal”, “Remp-it”, “Kami”, “Impak Maksima” dan seumpama dengannya. Tontonlah filem ini dan rasakan sendiri betapa bangsa Melayu khususnya yang masih rendah harga diri dan maruahnya.

Setujukah anda jika saya mengatakan inilah gambaran sebenar bangsa Melayu?

Kenapa perlu di angkat martabat MAT REMPIT? Apa baiknya men julangnya nama BOHSIA? Saya begitu takut bilamana mat rempit ini di filemkan, takut-takut mat-mat rempit ni rasa lebih di hargai yang menyebabkan mereka makin berkuasa di jalan raya. Gerunnya saya bilamana perkataan dan gejala BOHSIA sudah sebati dengan masyarakat, menyebabkan bilangan mereka bertambah ramai dan tidak mustahil masyarakat akan terbiasa dengan geng2 ini malah mungkin lebih dipandang mulia dari pendakwah..Nauzubillah

Saya cukup teruja dengan filem-filem Indonesia yang begitu banyak dihasilkan sekarang yang mana didalamnya banyak nilai-nilai Islam yang diterapkan untuk tatapan penonton. Ada unsur dakwah di dalamnya! Sudahkah anda melihat filem “Ayat-ayat Cinta” yang mendapat sambutan menggalakkan itu? Tidak teruja & tersentuhkah anda menonton filem “Sang Murobbi”? Melalui filem-filem mereka ini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana bangsa Indonesia ini di angkat tinggi, bermaruah dan di hormati. Filem kita bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman.

Kalaupun kita tak mampu untuk menghasilkan filem-filem yang berunsurkan dakwah islam, sekurang-kurangnya cubalah hasilkan filem yang dapat membuka minda penonton.Tolong jangan lambakkan industri perfileman kita hanya dengan filem-filem hantu,tahyul,lawak bodoh dan seumpama dengannya. Kita ada agama, jadi cubalah hasilkan filem seperti kita ni beragama.Jaga sikit sensitiviti orang Islam.Walaupun kita cuba mem’barat’kan filem melayu, agama kita tetap kena jaga.(ayat ini untuk filem seperti BOHSIA & Anak Halal ).Cubalah hasilkan filem,apabila orang menonton , rasa lebih bersemangat dan berfikir.Jangan jumudkan pemikiran dalam menghasilkan filem. Nasihat ini khusus untuk pembuat filem.

Saya tertanya-tanya, adakah kita di Malaysia ini tidak ada penulis skrip atau pengarah yang mampu hasilkan filem yang mana dapat membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, juga mengangkat maruah kita di mata orang lain?

Saya begitu gembira dengan penghasilan cerita seperti “Cinta Madinah” & filem “Syukur 21” suatu masa dahulu. Penulis novel islamik seperti Abu Hassan Morad, Zaid Akhtar & lain-lain perlu diramaikan lagi agar karya seperti mereka boleh di filemkan sebagai satu method dakwah kepada masyarakat.

Teringat kata-kata sifu saya yang mana kata-katanya ada di tepi blog ini yang berbunyi “Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…."-Sifuku, Ustaz Syaari Abd Rahman.

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud yang bermaksud : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Ayat ini diletak bagi mengingatkan kita bahawa proses berlakunya kemusnahan, kehancuran dan keruntuhan negara memang diperakui oleh Allah melalui kalamNya. Allah mengingatkan kita bahawa sesebuah Negara dan tamadun itu akan hancur jika mereka sendiri tidak membaiki keadaan mereka.

Saya membuat entri ini bukanlah bertujuan untuk meng ’condem’ filem -filem melayu apatah lagi menghina bangsa sendiri tetapi saya lebih kepada untuk menegur agar kita sama-sama dapat memperbaiki dan mempertingkatkan keadaan kita menjadi lebih baik..

wassalam

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Belajar format laptop

Posted by Syaheed on 28 April 2009 , under | comments (1)



Salam optimis buat semua,

Kali ini, suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu yang dimiliki tentang komputer iaitu cara-cara untuk format laptop..mungkin sebelum ini, anda sering menghantar laptop ke kedai untuk di format. Insyaallah, selepas anda membaca panduan ini, anda boleh lakukannya sendiri tanpa perlu menghabiskan duit untuk membayar kos format laptop di kedai. Untuk lebih memudahkan anda, saya sediakan tutorial yang berformat pdf untuk anda mendownload nya.semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda dan saya dalam menjaga dan memastikan kesihatan laptop dlm keadaan yang baik:D

Downlaod disini


~Begin with the End of Mind ~

Rentak perjuangan

Posted by Syaheed on 12 April 2009 , under , , | comments (0)




“ Irah dah ok demam?” Tanya aku pada sahabat yang amat ku sayangi ini. Sudah lama aku tak bertanya khabar, makan dan beraktiviti secara berjemaah dengannya dek kerana begitu sibuk dengan exam dan kerja gerakan..Rasa sedikit kekesalan di jiwa kerana sikapku yang kurang mengambil berat terhadap sahabat.

“ Ana dah ok Ya,terima kasih datang melawat.” Jawabnya dengan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.Aku begitu kagum dengan sahabatku yang bernama Munirah ni.Dia punya semangat yang luar biasa sekali..

“ Zah, 10 tahun akan datang agak-agak anti ada kat mana?” tanyaku pada Irah semasa kami makan bersama di café mahalah sebulan yang lepas.

“ Wallahu’alam..Perancangan ana lepas grad ni memang nak terus sambung Master dalam bidang yang ana amik ni. Ana nak betul-betul pakar dalam bidang Quran Sunnah ni demi dakwah Islam kita ni Ya.” jawabnya ringkas dan penuh semangat.

Aku begitu teruja dengan semangat sahabatku ni. Beliau punya cita-cita yang tinggi demi melihat Islam kembali gemilang. Semangatnya tak pernah luntur dan beliau tak pernah mengalah dalam setiap ujian yang menimpaNYA kerana dia yakin semua itu adalah tanda kasih sayang Allah padanya.Irah hanyalah insan biasa tetapi punya keyakinan dan semangat yang luar biasa.

“ InsyaAllah Irah,ana doakan moga segala perancangan anti di permudahkanNYA. Kita punya cita-cita yang sama untuk kembalikan kegemilngan Islam walaupun bidang kita berbeza.” Balasku menyokong jawapan Irah.

Aku dan Irah punya minat yang sama dalam segenap segi. Aku mula mengenalinya 2 tahun yang lalu.Kami di ikat oleh satu ikatan aqidah yang mana pertalian ini adalah lebih hebat dan utuh dari pertalian darah. Kami sama-sama menerima manhaj tarbiyah yang sama. Walaupun bidang dia Quran Sunnah dan aku Quantity Surveying, tetapi kami sama-sama dalam bidang QS.Aku bertuah dapat mengenali dan berjuang bersamanya.

“ Zah, apa pendapat anti dengan keadaan gerakan kita sekarang?” tanyaku lagi semasa kami tengah berehat sementara menantikan murabbi kami datang untuk bagi pengisian rohani kepada kami.

“ Gerakan kita ni ana tengok dah sangat hebat dan konkrit dah dari segi system. Cuma penggerak gerakan itu yang bermasalah.Ana nampak masih ramai lagi yang bergerak dengan pemikiran yang lama. Semua benda hanya tunggu pimpinan suap je. Takut untuk menerima pembawaan asing ke dalam gerakan.Takut untuk berubah. Sedangkan situasi & keadaan dunia sekarang bergerak dengan laju. Kalau kita lambat bergerak, kita akan ketinggalan, dan gerakan kita akan terkebelakang. Syarikat-syarikat di luar sana dah banyak kali menukar strategi pengurusan untuk inline dengan situasi semasa. Tetapi kebanyakan gerakan masih lagi lemah dari segi pengurusannya.” Irah menjawab dengan seriusnya.

“ Hmm,ana setuju dengan anti. Lemah takpe.tapi kita jangan biarkan kelemahan tu menghancurkan gerakan. Kita perlukan usaha dan perancangan yang betul-betul serius dan berstrategi dan kita kena pastikan setiap perancangan tu terlaksana dengan baik. Kita kena ingat, setiap kerja ada yang important but not urgent, ada yang urgent but not important,dan kadang-kadang not urgent but important.” Aku pula semakin bersemangat berbicara selepas membaca buku ‘First Things First” tulisan Stephen R.Covey.

Aku dan Irah semakin membudayakan aktiviti brainstorming bersama kerana dengan brainstorming lah dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis kami..Setiap minggu, kami berjanji untuk menghabiskan sebuah buku seorang. Dan selepas itu, kami akan berkongsi hasil bacaan kami melalui aktiviti bedah buku. Hobi ini kami mula praktikkan setahun yang lalu selepas menerima suntikan semangat dari Murobbi kami yang begitu menekankan budaya membaca.

Ustaz Hasrizal meninggalkan seketika kuliah-kuliah kerana ingin menambahkan ilmu dengan membaca.

Umar al-Khattab menyebut, “Tafaqquhlah sebelum kamu memimpin”.

Kebanyakan ahli gerakan, apabila sudah terlibat dengan gerakan, nilai fundamental kurang di tekankan.Bacaan quran tidak dijaga. Soal tajwid entah ke mana.Thaqafah tak ditambah.Isu semasa tak ambil tahu.Tak mampu untuk mengimamkan solat jenazah.Apa bezanya kita dengan orang lain?Betulkan kalau saya salah.Ini merupakan satu tamparan maut buat kita sebagai ahli gerakan terutamanya buat diri aku yang masih banyak kurangnya dan perlu di polish dan di servis lagi setiap masa.

“ Zah, ana tengok ramai ahli gerakan yang masih mempunyai inferiority complex. Tak mempunyai keyakinan untuk bangunkan diri menjadi pendakwah dan pemimpin masyarakat.” Provoke ku kepada Irah.

“ Ana pun rasa macam tu. Mereka begitu merendah diri sehingga mengabaikan kualiti yang perlu ada pada diri seorang dai’e. Ana respek kepada orang hebat tetapi merendah diri dengan kelebihan yang ada. Tetapi ana sangat suspek dengan orang yang merendah diri ini tetapi takde usaha untuk majukan diri dan mencipta sejarah untuk diri sendiri..” Jawab Irah menyokong provokasiku.

“ Jom! kita ciptakan satu sejarah untuk kita tinggalkan dalam gerakan ni,nak?.” Cadangku.

“ hmm, best gak tu. Ana cadang kita berdua cuba wujudkan suasana membaca di kalangan sahabat-sahabat. Kita membudayakan suasana membaca..Nanti kita kongsi la bersama-sama ilmu yang kita dan mereka dapat dari bacaan.Alaa..kita wat aktiviti bedah buku macam yang selalu kita wat bersama tu.ok tak?”Irah bagi cadangannya.

“Haa,terbaik sangat tu! Kita sama-sama bangkitkan semangat sahabat-sahabat lain untuk banyakkan membaca.Kan tagline ustaz Syaari, “READ, YOU’LL CONQUER THE WORLD”..Bila dah banyak ilmu, barulah kita boleh bawa dakwah Islam ni dengan efektif,Insyaallah.”Sokongku lagi dengan begitu bersemangat.

“ZAH!ZAH!” panggil Irah.

“ Eh!” aku terkejut. Rupa-rupanya aku tengah mengelamun teringat memori dan janji-janjiku bersama Irah.

“Haha,sori Irah.datang nak lawat Irah,tapi datang mengelamun pulak.haha”aku tergelak.

“ Irah rehat la.. Jangan lupa makan nasi yang Ya beli ni ye.Ya mintak maaf ye Irah coz Ya lambat datang jenguk Irah.Ya sibuk sikit dengan aktiviti gerakan sejak kebelakangan ni. Pasal perancangan kita tu, kita start nanti buka short sem ye.”Terangku sambil memicit kepala Irah yang sedikit pening.

“ Takpe la Ya. Irah paham kondisi Ya sekarang. Irah selalu doakan moga Allah mudahkan segala gerak kerja Ya. Kita buat kerja kerana Allah. Penat lelah kita DIA bayar kat sana nanti. Yang penting kita ikhlas.Irah sakit ni pun hasil sentuhan kasih sayang DIA..” terang Irah dengan tenangnya.

“ hmm, betul tu Irah.Yang pasti, kita hanya memohon tanpa putus agar Allah memberkati usaha dakwah kita dan menjadikan ini sebahagian daripada amal yang soleh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran dalam perjuangan ni.InsyaaAllah….Ya nak kena balik dulu ni.Ada meeting petang ni.Insyaallah,ada masa Ya datang lagi. Kalau ada apa-apa, jangan lupa mesej Ya ye.”aku berkata-kata sebelum pulang.

Dalam gerakan ni, ukhuwahfillah sangat bererti. Tanpa kosa kata ini, hidup dalam gerakan tidak mempunyai nilai, umpama pokok tanpa buah,irama tanpa lagu. Nilai Ukhuwahfillah inilah memberikan kita kemanisan dalam jerit perih berdakwah serta membenamkan keyakinan terhadap citra perjuangan.


~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Makanan untuk semua

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam optimis,

Minta maaf kerana dah 3 hari tak update blog dek kerana exam yang 3 hari berturut-turut ditambah lagi demam yang melanda tanda sentuhan kasih sayangNYA. Kali ini suka untuk saya kongsikan sedikit untaian hikmah yang di ambil dari buku untaian hikmah tulisan Ibn Hajar Al-Asqalani sebagai makanan rohani buat kita.

Umar Ibn Khattab r.a berkata :

* Kehormatan dunia didukung oleh harta, sedang kehormatan akhirat didukung oleh amal soleh.

Ali Ibn Abi Talib karramallahu wajhah berkata :

* Barangsiapa mencari ilmu, maka syurga akan mencarinya, dan barangsiapa mengejar doa, maka neraka akan mengejarnya.

* Jadilah orang yang terbaik dalam pandangan Allah, jadilah orang yang paling rendah dalam pandangan diri sendiri, dan jadilah tokoh dalam pandangan orang lain.

*Barangsiapa merindukan syurga, maka ia akan terburu-buru berbuat kebaikan, barangsiapa enggan masuk neraka,maka ia akan segera menghentikan dorongan syahwatnya, barangsiapa yakin akan datangnya maut, maka hilanglah baginya kesenangan dunia, dan barangsiapa mengenal dunia, maka ringanlah baginya beban dunia.

* Ada empat hal yang sulit dikerjakan:
> memberi maaf ketika sedang marah
> memberi sesuatu di kala kita sendiri memerlukan & menginginkannya
> menahan diri di kala 'kesempatan'
> berkata benar terhadap orang yang ditakuti atau diperlukan.

Abu Bakar R.A berkata :

* Barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekal, tak ubah seperti menyeberang laut tanpa perahu.

* Ada 8 hal yang merupakan hiasan bagi hal yang lain :
1) Pantang minta-minta merupakan hisan bagi orang miskin
2) bersyukur merupakan hiasan bagi anugerah
3) Sabar merupakan hiasan bagi musibah
4) Sifat santun hiasan bagi ilmu
5) Banyak menangis merupakan hiasan bagi orang yang takut kepada allah
6) rendah hati merupakan hiasan bagi pencari ilmu
7) menyembunyikan kebaikan dri sendiri merupakan hiasan kebajikan
8) Khusyu; merupakan hiasan bagi solat.


Dikatakan bahawa orang yang mengaku dirinya kurang, selamanya akan terpuji, dan orang yang selalu merasakan dirinya krang, itu salah satu tanda amalnya diterima.

Hassan al-Basri berkata : Barangsiapa tak punya sopan santun, bererti dia tak berilmu, barangsiapa tidak memiliki kesabaran, bererti dia tidak beragama, dan barangsiapa tidak mempunyai sifat wara' bererti dia tak pernah dekat dengan allah.

Ibrahim an-Nukha'i berkata :
> Hancurnya bangsa-bangasa sebelum kalian disebabkan tiga hal iaitu, kerana terlalu banyak bicara, terlalu banyak makan dan trlalu banyak tidur.

Seorang bijak pandai berkata :
> ada empat hal yang merupakan kebaikan. Namun empat hal lagi lebih baik.
1) Sifat malu pada laki-laki itu baik, tetapi sifat pemalu pada perempuan itu lebih baik.
2) Sifat adil pada setiap orang itu baik, tapi sifat adil dari seorang pemimpin itu lebih baik.
3) Taubatnya seorang yang sudah lanjut usia itu baik, tapi taubat yang dilakukan oleh orang muda itu lebih baik.
4) Sifat pemurah seorang kaya itu baik, tapi sifat pemurah seorang miskin adalah lebih baik.

Dalam kesempatan lain Nabi SAW berkata : nanti akan datang suatu masa di mana umatku mencintai lima hal dan melupakan lima hal yang lain :

1) Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat
2) Mereka mencintai emas permata dan melupakan kubur
3) Mereka mencintai harta dan lupa akan perhitungan amal
4) Mereka mencintai keluarga dan melupakan kebenaran.
5) Mereka mencintai diri sendiri dan lupa kepada Allah...

* dan ada banyak lagi untaian hikmah di dalam buku tersebut.Insyaallah penulis akan berkongsi lagi dalam siri untaian hikmah yang akan datang.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Bersyukur atas kemenangan

Posted by Syaheed on 08 April 2009 , under | comments (2)



[ Kemenangan untuk semua ]

[ Pemimpin pilihan rakyat ]

[ Senyuman seorang pemimpin ]

[ Debaran menantikan keputusan rasmi ]

[ Dr Hassan Ali meninjau kawasan mengundi ]

[ tolak pemimpin rasuah ]

[ Wajah Ir.Nizar dimana-mana ]

[ Antara pondok panas milik PAS ]

[ Gelagat penyokong BN ]

[ PAS for All ]

Tahniah kpd YB Ir.Nizar..tahniah juga kepada semua pengundi, penggerak jentera PRK Bukit Gantang dan seluruh rakyat yang mendoakan kemenangan PR di bukit gantang & bukit Selambau.Ayuh,sama-sama kita bersujud tanda kesyukuran kita kepada Pemberi Kemenangan ini.Semoga kita tergolong dalam hambaNya yang bersyukur.

* Gambar ehsan dari pinkturtle.

p/s : tak sabar menunggu pembentangan kabinet baru Najib yang sepatutnya di umumkan hari ini,tetapi terpaksa di tunda ke tengahari esok..mungkin PM terkejut dengan kekalahan BN:)Dengar-dengar senarai kabinet banyak sangat berubah. Antaranya, Ayahanda Khaled Nordin ( menteri KPT ) telah di turunkan jawatan yang mana bakal di gantikan oleh bapak PPSMI kita, Hishamuddin..huhu..get ready mahasiswa!!

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Kenapa hanya 13

Posted by Syaheed on 06 April 2009 , under | comments (1)



Salam Optimis,

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, saya baru perasan yang saya sering menulis mengenai topik yang berkisar tentang siasah.Hmm,mungkin kerana didorong oleh perasaan benci dan sayang kepada masa depan negara, ditambah lagi dengan kebencian kepada pemimpin yang zalim lagi angkuh, maka penulis menguatkan diri untuk mencoret sedikit pandangan peribadi yang dangkal ini dengan harapan agar wujud sedikit kesedaran kepada kita semua sebagai rakyat yang mempunyai kuasa memilih.Makkal Sakti!

Isu mengenai pembebasan 13 tahanan ISA ini,dari sudut pandangan saya,ia hanyalah sekadar mainan politik semata-mata..

Betul la apa yang di reka oleh sesetengah orang tentang ISA ni,iaitu stand for IKUT SUKA AKU..

kalau di ikutkan dari tafsiran Ikut Suka Aku ini, maka memang sangat bertepatanlah tindakan dari Najib ni, iaitu IKUT SUKA dia dan sekutunya je nak tangkap dan bebaskan tahanan ISA pada bila-bila masa sahaja yang dia suka. Nampak sangat la orang yang di tangkap masuk ke dalam ISA ini bukanlah pesalah yang boleh mengancam keselamatan negara..Kalau betul diorang ini ( tahanan ISA ) boleh merbahayakan keselamatan negara, takkan la Najib dengan membutakan babi membabi buta sahaja senang-senang membebaskan mereka ini??tak ke tindakan ini akan membahayakan keselamatan rakyat??

Sekali pandang,tindakan Najib ni memang sangat bijak, tetapi jika di lihat dari sudut pandang yang logik, tindakan PM kita ni memang sangat B***H.

Mungkin dia fikir rakyat Malaysia ni bodoh tak cerdik, lalu ambil tindakan sedemikian untuk menarik simpati dan kepercayaan rakyat. Come on la Najib, rakyat sekarang semua dah celik mata dan hati, kami sudah cerdik dalam menilai yang mana baik buruk sesuatu perkara.

Untuk pengetahuan anda, 13 tahanan ISA yang di bebaskan terdiri dari 2 peguam Hindraf, 7 dari ahli Darul Islah Sabah, 1 ahli dari jemaah islamiyah dan selebihnya adalah dari negara asing.

Sekadar pandangan peribadi, saya kira pembebasan 2 orang peguam hindraf itu hanyalah sekadar gimik politik Najib untuk mengembalikan kepercayaan orang India terhadap kepimpinan beliau sekaligus meraih undi pada pilihan Raya kecil esok.Manakala 7 orang dari DIS ini adalah bagi menarik perhatian pengundi untuk mengundi BN di kawasan Batang Ai nanti.

Kenapa hanya 13 orang yang dibebaskan sedangkan kebanyakan tahanan ISA terdiri dari golongan yang tidak bersalah dan tidak mengancam keselamatan negara..

Saya terharu dan hiba membaca berita tentang seorang isteri bernama Puan Norlaila Othman ( gambar ) yang kecewa dan sedih kerana nama suaminya tidak tersenarai dalam pembebasan tersebut setelah hampir 7 tahun meringkuk dalam ISA tanpa ada sebarang kesalahan yang didakwa..“Isteri mana yang tidak sedih bila suami tidak dibebaskan…” itulah kata-kata pertama Puan Norlaila Othman ketika diminta menyatakan perasaannya.

Ucapan terima kasih tidak perlu di ucapkan pun kepada Najib atas pembebasan ini kerana ia sememangnya bertanggungjawab dan berkewajipan untuk membebaskan semua tahanan yang telah dizalimi tanpa ada sebab dan musababnya..

Ayuh sahabat semua, kita sama-sama panjatkan doa mohon pertolonganNYA agar pemimpin yang zalim ini diberi hidayah dan petunjuk dari Allah yang Maha Kuasa..bukanlah maksud penulis untuk mengajak anda membenci Najib, tapi mengajak anda untuk membenci sifat zalim yang ada pada Najib dan orang yang seangkatan dengannya..sama-sama doakan..Insyaallah.

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Rindunyo nok kecek Klate

Posted by Syaheed on 05 April 2009 , under | comments (4)




Salam Optimis,

Apa khabar anda hari ini? Alhamdulillah,selepas subuh tadi, saya saja buka laptop, tengah-tengah explore isi dalam laptop tu,nampakla file ceramah tok guru nik aziz. Apa lagi,rasa macam dah lama tak dengar suara dan nasihat dari tok guru ni, maka saya pun isilah masa pagi ni dengan pengisian ceramah dari tok guru tajuknya tentang “taat setia kepada sahabat”..Kali ni saya bukanlah nak berkongsi mengenai ceramah tersebut, tetapi nak bercerita tentang loghat Klate. Bilamana dengar tok guru cakap guna loghat Klate, terasa sedikit lucu dan malu kerana ada sesetengah loghat tu sangat pekat dan saya tidak paham.haha..Jadi, pagi ni,untuk mengembalikan kembali ingatan saya terhadap loghat Klate, saya telah listkan beberapa perkataan untuk saya kongsikan dengan anda semua sebagai rujukan dan ingatan kita bersama.hehe..

le' ik = liat

napa siro = penampar sulong?

bertih = chickenpox

retok = jambatan

set'to = manggis

keto galo = traktor

tino garik = bitchy woman, perempuan jalang

soyoK = koyaK

tok cekak = tidak laraT,LetiH

punoH ranoH = rosaK segala-galanya

setaL = settle, selesaikaN

kupiT hapaH = sangat kedekuT

koya = perasan

pitiH = duiT

ngeceH = pemetiK api

luga = mual

kenalir = berdebar2

semey = osman (nama orang)

pughah = comot

jenab = zainab

berat muuu = terukla ko ni

cedong = cucuk pokok padi

BEKWOH = Kenduri

ayat : esok demo jange lupo maghi ghumoh kawe, kawe buak BEKWOH tu

JONGKAKO - Tukang hidang masa kenduri

ayat : mano JONGKAKO ni, gula abih doh ni

TOK POK - Tidak cukup masak/tidak cerdik

ayat 1 : Ubi ni puah kawe ghebuh tok pok lagi la wehhhh

TOK SEGUNG - Tidak sebulu

BOK = Buku

KALE = Pensil (arab = kalam)

PENG = Pen

PISA = Pisau

PAGHE = Parang

TUKO = Tukul

BEDO'OH = Over acting

GUANO = Macam mana

SE RIAL = RM 1.00

DUA YA = RM 2.00

TIGO YA = RM 3.00

PAT YA = RM 4.00

LIMO YA = RM 5.00

Dan begitulah seterusnya 6 ..7 ++ YA

BUDU - Sos Bilis

nyetok= dalam erti kata fizikal adalah cramp. contoh:nyetok kaki. kaki cramp la tu.nyetok urat. sakit urat la tu. tetapi dari makna mental, nyetok juga membawa maksud merajuk/tidak puas ati. contoh:"aku tegur skali, nyetok.tegur sekali nyetok. dia ni aku jek mampuh key baru tahu".terjemahan :"aku tegur sikit dah merajuk. aku terajang kan baru kau tahu nanti).

kok sir/sey=hmm, tidak tau nak translate yang ni.

ngabey= mengarut..hmm kat sini kalu ditambah dengan 'ngabey kok sir/sey' pun boleh.membawa makna yang hampir sama ttp ditambah sedikit ke'extreme'mannya.

tubek= keluar

rama'=ramai

tiok = ketiak

manis = manih leting

tawar = tawa hebe

masam = mase pughik

hitam = hite lege

co'nar = belok

dok ca'ro = tidak hirau

guste = undur belakang

skil = pembaris

co'keh = cungkil

legu = campur

pehe = faham

hi'de = hidang

so = satu

pat = empat

ne = enam

ne las = enam belas

wo uloh = dua puluh

tigo amah = RM 1.50

samah = RM 0.50

si'yar = RM 1.00

keto = kereta

keto sodok = kereta jentolak

keto keh = kereta pengaut

woh se'to = buah manggis

dok berambak = kejar-mengejar

woh sawo nilo = buah ciku

gong = tolol

kutir = cubit

gho'be = karut

tok ca'ro = tidak kisah

guste' = reverse

pehe = faham

ambat = halau

pekdoh = faedah

meh = mari / ikut CTH : "meh sini" (mari sini) / "Meh smeta" (mari sebentar)

smeta = sekejap

gapo = ape

te' = pukul

baloh = bergaduh

supik = plastik

bekah = bekas

tohok = buang

gak (selalunya digunakan apabila seseorang tu tengah marah/malas nk layan/EMO).Contoh : Gapo gak...Bukok gak...(Mengikut kesesuaian)

Jerung Dinding - Bahagian tepi dinding atau bucu dinding(camtu la lbih Kurang)

Kha`ko dinding - Kerangka dinding(

ngulo= mengular

bekeng=garang

ngayat=ngorat/mengayat

ngoya=berkhayal

me'mmo=lembik (digunakan untuk buah)

Aku=Kawe

Dia = Demo

Mereka =sek sek mu/sek sek demo/sek sek kawe

toho = tidak dalam

seme = malu

ngukah = panjat

kelih = lihat

kekoh = gigit

tuo bako = sangat tua

bako = keturunan

pe’el = perangai

we = bagi

kekong = dukung dari belakang

sero = terasa

acu cubo try test = rasa( ayat panjang tp maksud sama)

lakoh = langkah

come lote = sangat cantik

takuk = sambung

nurun = ikut siapa (nurun sapo)

ghobek sireh = penumbuk sirik

kucar lana@ kube lembe = bersepah-sepah

agah = sombong

meto = keras kepala, tidak dengar nasihat

kerah keng = suka lawan cakap

jek = terajang

chocoh = jolok @ nyalakan

gohek = cuba

pekong = lontar

Kelecak – Terpelanting

Kube lana = Bersepah

Tok kokse = Letak merata-rata

dok ca'ro = tidak hirau

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tidak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tidak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

kerit tupa=kena gigit tupai

agah=sombong

gere=wakaf kayu

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG(eating at the canteen)!!!

Atau salah faham antara TIDAK PAKAI (not wearing)dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK(bercakap)Dan diantara SANGKUT(gantung) dengan SSAKUK .(hajat tidak kesampaian).

Rasanyo setakat itu dulu perkongsian pada kali ini.nanti kalau saya ingat lagi,saya akan listkan lagi di sini,Insyaallah.. Atau ado ore klate sini nok kongsi ngan saing-saing pelawat ni,bleh list kat ruangan komen deh.begheh.Wassalam

p/s : nak belajar loghat kedah??boleh layari blog sahabat saya disini

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Peluru Pertama dari Najib

Posted by Syaheed on 04 April 2009 , under | comments (0)




Salam Optimis,

Sebenarnya saya sedang mengulangkaji pelajaran untuk exam 2nd paper esok..saja take 5 sekejap untuk tangan yang dah penat menulis ni berehat .Jadi,saya ambil kesempatan rehat ni untuk mencoret sedikit pandangan peribadi tentang situasi politik Negara waktu ini yang saya kira semakin panas. Amat rugi bagi sesiapa yang tidak ambil peduli.

Yeah!Najib dah lancarkan peluru pertamanya setelah tak sampai 24jam menjadi PM..Ucapan Dasar yang di baca oleh Najib ini ( boleh rujuk di mana-mana akhbar online )bagi saya sedap telinga mendengar, sejuk mata memandang dan tenang hati menerima. Sedikit pandangan peribadi, sekilas mata saya membaca Ucapan Dasar ( UD ) Najib ini, memang terasa Malaysia akan berwajah Baru di bawah pemerintahan beliau nanti. Mungkin sinar baru akan menjelma. Tapi inilah medan politik. Bukan politik namanya kalau tanpa strategi .Dan inilah strategi muqaddimah yang hebat dari Najib sebagai mengambil hati rakyat yang selama ini begitu kecewa dengan prestasi UMNO..Saya tertarik dengan salah satu ayat dalam UD beliau “saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia “..Tema yang di bawa oleh Najib pada tenure kepimpinan beliau ialah : Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan..

Saya kira dengan pembaharuan dan pengumuman drastik yang dilakukan oleh Najib ini ( penarikan balik larangan penerbitan 2 akhbar pembangkang & pembebasan 13 tahanan ISA ),akan merancakkan lagi kempen pilihan raya kecil di 3 buah negeri sekaligus akan mempengaruhi pengundi..

Najib telah pun melancarkan pelurunya..Bagaimana strategi PAS dan PR selepas ini?..dengar-dengar Anwar akan membongkarkan satu rahsia besar tentang Najib. Kita tunggu dan lihat esok..

Melihatkan keadaan politik dalam UMNO menuju Transformasi,mungkin PAS perlu lebih aktif dan agresif mengatur strategi kerana musuh semakin hari semakin ligat mengatur dan menyerang..teringat filem RedCliff,watak yang dipegang oleh Zhu Liang-seorang yang berfikiran jauh dan otak geliga dalam mengatur strategi..Zhu Liang ni dalam keadaan apa sekalipun beliau tenang menghadapinya.Saya memang suspek respek watak Zhu Liang ni.Teringin nak jadi macam dia.huhu..InsyaAllah,bila minat dah ada, hanya perlukan usaha dan bimbingan dari sifu yang berkaliber ( dalam proses mencari )..

Apa pendapat anda tentang situasi politik sekarang ini?Ruangan komentar dan diskusi di buka seluasnya..wassalam

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Apabila NAJIB menjadi PM

Posted by Syaheed on 03 April 2009 , under | comments (0)




Salam Optimis,

Hari ini genaplah teori RAHMAN setelah majlis angkat sumpah NAJIB sebagai PM ke-6 Malaysia jam 11.00 pagi tadi di Istana Negara..setelah tamatnya teori RAHMAN ini,maka akan berakhirlah riwayat UMNO sedikit masa nanti. Amenn..Teori RAHMAN ini bukanlah sesuatu yang rigid dalam memilih PM di Malaysia ini,tetapi semua ni berlaku secara kebetulan..mungkin A untuk Abdullah tu sepatutnya di isi oleh Anwar,tetapi apalah sangat yang ada pada teori..

Jika kita fikir secara lebih kritis & kreatif, andai teori RAHMAN ini sesuai & sepadan ketika zaman UMNO memerintah Malaysia,maka selepas NAJIB menjadi PM,mungkin selepas ini pemerintahan Negara akan beralih kepada PR dalam PRU 13 yang akan datang..amen..atau mungkin PR bakal mencipta hatrik bilamana 3 pilihan raya kecil nanti di sapu bersih sekaligus membuktikan rakyat sangat memerlukan perubahan pemerintahan yang drastik..agak-agak perkataan apa pula yang akan dijadikan teori? Adakah mungkin teori ANWAR = Anwar, Nizar …….Wallahu’alamubissowab..

Setelah rasminya Najib sebagai PM ke-6 pada hari ini,maka tercapailah impian Najib selama ini. Jika selama ini Che Det aktif menjadi pengkritik ketika zaman Pak Lah,maka sekarang beliau kembali ke gelanggang untuk berganding bahu dengan sekutunya,Najib..Maka tidak hairanlah Che Det begitu bersemangat turun berkempen bagi calon BN bagi membantu Najib memperoleh kemenangan pertamanya setelah bergelar PM.

Andaian saya, naiknya Najib sebagai PM ni, maka bermulalah pemerintahan diktator bersama gandingan mantapnya,Che Det. Naiknya Najib sebagai PM, maka akan penuhlah ISA nanti dgn pejuang2 politik yang tak sebulu dengannya. Kes Altantuya pula mungkin akan berkubur begitu sahaja..apa akan jadi pada rakyat Malaysia nanti? Gejala sosial makin meruncing, ekonomi juga semakin gawat, akhlak pula makin terhakis , maka dimana letaknya Islam ketika itu?

Andai PR mendapat perhatian penuh di hati rakyat, sudah bersediakah PAS untuk memerintah Negara?Apakah strategi dan persediaan kita sudah cukup mantap dan sempurna bagi menggalas misi yang BERAT ini?

Ayuh pejuang agama, teruskan berjuang & berjuang.Moga Islam kan bersinar terang ke seluruh pelusuk dunia.Allahuakbar!


* Penulis sedang tercari-cari buku yang dapat mengasah minda penulis untuk berfikir.Sebelum ini banyak membaca buku genre motivasi. Sekadar ingin mempelbagaikan genre pembacaan.Anda ada cadangan buku yang sesuai?

Jom Relax Minda

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam Optimis,

Alhamdulillah, hari ni dah lepas satu paper untuk final exam ni.tinggal lagi 6 paper.huhu.bagi nak release tension sket,jom kita tengok lawak nama jepun yang saya ambil dari satu blog yang diperkenalkan oleh kawan saya.tenkiu Siti!:)

> 01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
> 02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
> 03. Yang bisu - KIETA TADASORA
> 04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
> 05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
> 06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
> 07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
> 08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
> 09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
> 10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
> 11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
> 12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
> 13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

*
Haha..tahu dek orang jepun ni kena marah eden nanti.kui3.sekadar penghibur hati:)

Akhirnya.....

Posted by Syaheed on 01 April 2009 , under , | comments (2)




Salam Optimis,

Apa khabar anda semua?Mungkin ini kali pertama bagi saya untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang kursus yang saya ambil di UIA, iaitu Bachelor of Quantity Surveying (Ukur Bahan).Alhamdulillah, petang tadi saya baru sahaja selesai pembentangan portfolio akhir semester setelah bertungkus lumus bermukim selama lebih kurang seminggu di studio. Terima kasih di ucapkan kepada semua ahli kumpulan : Naim,Aiman,Nabil,Pipah,Siti,Wana,Fiza,Yan & Wani kerana kerjasama dan usaha kalian untuk menyiapkan dan menjayakan portfolio kita..

Sedikit perkongsian tentang pembentangan portfolio ini, kami diberi tajuk tentang “Sewerage Treatment Plant “ iaitu tentang Loji Pembersihan. Pembentangan ini meliputi kepada 4 bahagian iatu : Specification, Construction Technology, Measurement & Estimating..8 lagi tajuk portfolio yang telah dibentangkan oleh 8 kumpulan lain ialah mengenai ; Roadwork , Sewerage Reticulation System,Landscape, Culvert,Fencing,Sport & Facilities & Water Reticulation. Tahniah kepada semua pelajar QS 2nd year!

Terima Kasih juga di ucapkan kepada Panel Penilai iatu Dato’ Zakaria & Prof Hasyim atas nasihat & perkongsian kalian yang sangat berguna untuk kami sebagai pelajar bagi menghadapi kerjaya QS ni yang penuh dengan cabaran & dugaan di luar sana..Antara nasihat Dato’ adalah “sebagai QS, kita kena berlaku adil & amanah dalam setiap pengiraan yang kita lakukan.Kita juga kena buat pengiraan yang balance di antara client dan kontraktor..Berlaku amanahlah pada diri sendiri..Anda beruntung kerana belajar dalam bidang ni. We master with all part of the construction. Kita tahu asas design,kita tahu bidang M&E. kita belajar undang-undang ,kita belajar ekonomi dan boleh kata semua bidang la kita belajar dan mahir. You should proud to be QS.Bidang kerja QS ni luas.”..itulah antara kata-kata Dato’ yang ku ingat.

[ Group kami sedang present ]

Kepada semua sahabat-sahabat classmate QS, potfolio dah tamat, hanya menanti praktikal tahun hadapan yang ku rasa agak mencabar.huhu..takut pun ada..uwaa..moga-moga ku dapat hadapi hari-hari yang mendatang dalam bidang yang ku pilih ini dengan mudah dan senantiasa mendapat pertolongan dariNYA.amen.

[ Board dari group Fencing ]

[ Board dari Group Roadwork ]

[ Board dari Group Landscape ]

[ Group penulis :) ]


~ Berjuang,berjuang & terus berjuang~