Aquasprite Theme Demo

Pindah Rumah BARU

Posted by Syaheed on 16 September 2010 , under | comments (1)



PENGUMUMAN!

Blog ini telah di upgrade dan berpindah ke alamat baru iaitu


http://mindasyaheed.com

Semua dijemput ziarah ke blog tersebut.

Terima kasih.
Harap maklum

Berbloglah !

Posted by Syaheed on 18 May 2010 , under | comments (5)




Kenapa tidak berblog? Cukupkah dengan facebook? Bolehkah anda melihat mesej rakan anda untuk 20 hari yang lalu di facebook? Tidak.

Saya dan beberapa rakan saya ada berbincang tentang kelesuan blogger masakini untuk meng
update blog masing-masing dek kerana addicted dengan facebook.

Jika anda mempunyai blog, gabungkan kuasa RSS dan Facebook, untuk mendapatkan jumlah trafik yang maksima.

Jika anda mengalami kelesuan idea untuk mengupdate blog, rakan saya, Raja Kamil ada menyediakan tips kepada anda disini.

Blog merupakan laporan umum bagi seseorang, perniagaan bahkan medan penyampai mesej.
Dengan blog, satu-satu negara, digegarkan dengan gelombang politik era baru. Dengan blog juga, seseorang itu dapat mempertahankan dirinya.

Sebagai contoh, Anwar Ibrahim mempunyai blog. Apabila dikutuk, dijelaskannya di dalam blog penjelasan satu-satu tindakan beliau. Mahathir Mohammad, berblog. Berkongsikan pemikiran-pemikiran beliau, dikala, rakyat muda-mudi mula melupakannya.

Najib juga berblog. Dalam blog beliau, perancangan dan stratergi membangungkan negara diperjelaskan. Biar apa pun tujuan anda, politik atau tidak politik, agama atau bukan agama, perniagaan atau bukan perniagaan, blogging, merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu.

Oleh itu, jom kita berblog! Activate Now !

Aku Seorang Blogger,

Mindasyaheed,
http://tinyurl.com/2bmvo2k

Forum 2012 : Will The World Shut Down?

Posted by Syaheed on , under , , | comments (0)




Tajuk Forum : “2012: Will The World Shut Down?”

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Auditorium Utama, UIAM Gombak.

Anjuran : Ma’aruf Club UIAM


Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
  1. Mendedahkan kepada masyarakat (khususnya mahasiswa) tentang konspirasi-konspirasi zionis dan sekutunya.
  2. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dengan hiburan-hiburan dan filem-filem dari barat yang penuh dengan unsur konspirasi.
  3. Menyuntik semangat kepada mahasiswa agar bangkit berjuang mempertahankan Islam dari tipu daya agen Dajjal.

Forum ini akan dipanelkan oleh dua individu terkenal :

  1. Mohd Khalid Yahya (penulis buku, “Membongkar Misteri Dajjal”)
  2. Ustaz Shaari Abd Rahman (IP Minda Consultant)


Semua dijemput hadir.


~Begin With The End Of Mind~

Maruf Club UIAM Membantah Sekerasnya Kerajaan Lulus Lesen Judi

Posted by Syaheed on 16 May 2010 , under , , | comments (2)




Berita berkenaan kerajaan secara rasminya memberi lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA amat mengecewakan banyak pihak terutamanya umat Islam di Malaysia keseluruhannya. Keputusan ini menimbulkan persoalan di manakah letaknya slogan Negara Islam yang sering dilaungkan-laungkan oleh kerajaan? Adakah dengan meluluskan lesen judi membuktikan Malaysia sebuah Negara Islam tulen atau sekadar menjadi slogan semata-mata?

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Menurutnya lagi, ia adalah salah satu tindakan yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,” katanya.

Sebagai salah sebuah entiti yang berpegang kepada sumber Al-Quran dan Al-Hadith,Ma’ruf Club UIAM bertegas menolak tanpa kompromi sebarang usaha tidak bermoral ini yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam ayat-Nya :

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” : AL-Maidah ayat 90.


Maka, Ma’ruf Club akan menentang sekeras-kerasnya keputusan tersebut malah tidak akan teragak-agak untuk turun ke jalanan bersama rakyat sebagai alternatif terakhir bagi menyokong bantahan pengeluaran lesen judi ini. Sewajarnya kerajaan perlu lebih tegas dalam soal ini kerana ia melibatkan soal agama dan sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Kewangan itu turut dipetik sebagai berkata, “jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.”

Kenyataan tersebut seolah-olah cuba menjustifikasikan keputusan mereka dan mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan. Ma’ruf Club melahirkan rasa dukacita yang teramat di atas kedangkalan idea seorang yang bertaraf menteri ini. Umum maklum bahawa judi menimbulkan banyak penyakit sosial dan ia adalah warisan daripada peninggalan jahiliah yang kini menjadi candu kepada Barat. Sepatutnya kerajaan perlu lebih serius menangani gejala sosial yang semakin meruncing dan membarah dalam masyarakat. Peranan kerajaan sepatutnya mengubati dengan menggalakkan kebaikan bukannya mempromosikan keburukan.

Ma’ruf Club juga berpendirian bahawa sekalipun judi telah dihalalkan oleh undang-undang Malaysia, namun ia adalah perbuatan yang sangat jelas dinyatakan pengharamannya dalam Al-Quran tanpa apa-apa kompromi dan memihak kepada mana-mana kepentingan. Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.

Oleh itu,Ma’ruf Club berharap, kerajaan dapat membatalkan pengeluaran lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA dan mengharamkan terus aktiviti ini daripada terus berleluasa. Agamawan pula perlu menyuarakan pandangan masing-masing supaya rakyat tidak terkeliru dengan keadaan yang tidak normal ini. Jika tidak,rakyat khususnya golongan muda tidak akan teragak-agak untuk menukar kerajaan pada PRU-13 yang akan datang.


Nur Shahidat Mohamed,
Timb. Pengerusi 2,
Ma’ruf Club UIAM 2009/2010


Apabila Harta Mengatasi Segalanya

Posted by Syaheed on 08 May 2010 , under | comments (1)



Bismillahi Walhamdulillah

Akhirnya, blog ini kembali bernafas setelah sekian lama sunyi dari artikel dan berita terkini. Alhamdulillah, setelah 4 bulan melalui dunia praktikal, saya sekarang kembali ke alam universiti untuk kembali menuntut ilmu seperti sediakala.Insyaallah, blog ini akan kembali aktif seperti biasa.Doakan.

Walaupun ramai sahabat-sahabat saya mengatakan bahawa ramai blogger yang hebat suatu ketika dahulu, kini telah menyepikan diri dek kerana gelombang facebook yang semakin mengganas.Saya harap saya tidak tergolong dalam kelompok tersebut.Allahumma amin.

Kembali kepada tajuk posting pada kali ini,dunia hari ini semakin hari semakin menunjukkan kepelikannya..pelik dengan perangai manusia..Isu terbaru, saya sedikit pelik dengan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia berhubung isu memberi lesen judi sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi..Pelik dengan sikap berani mereka menghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah..Semoga Datuk Awang Adek Hussin diberkan pencerahan olehNYA.amen..


KISAH SYAITAN DAN SI TUKANG KAYU API.

Apabila menyebut tentang kehidupan dunia,saya teringat akan sebuah kisah yang saya baca dalam sebuah buku berkenaan dengan kisah syaitan dan si tukang kayu.

Suatu ketika dahulu,tinggal seorang tukang kayu api yang sangat taat menyembah Allah S.A.W.Namun, penduduk kampungnya mempunyai kebiasaan yang tidak baik iaitu mengagungkan sebuah pokok besar yang berada di dalam kampung tersebut.

Penduduk kampung tersebut semakin hari semakin mempercayai khurafat yang tersebar di kalangan mereka dan mula bertindak melampaui batas.Melihat keadaan itu, si tukang kayu api perlu bertindak demi menyelamatkan akidah penduduk kampung.

Situkang kayu api itu bertekad untuk menebang pokok besar yang merupakan punca kekeliruan dan bidaah itu. Maka berangkatlah si tukang kayu api memikul kapak besarnya di bahu.

Tiba di tengah jalan,si tukang kayu dihalang oleh iblis yang menyamar sebagai seorang pemuda.
"Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok ini.Jika engkau mahu menebangnya,maka,kalahkan aku terlebih dahulu!" Pemuda itu mengancam.

Si tukang kayu api yang hadir dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah tidak gentar dengan ancaman itu . Segera dia bersetuju lalu pertarungan antara mereka berdua pun terjadi.

Seharian mereka bertarung dan akhirnya si tukang kayu api itu berjaya mengalahkan pemuda itu.Hari semakin senja dan si tukang kayu api kehabisan tenaga kerana bertarung dengan pemuda tadi.Maka, tukang kayu itu menundakan hajat untuk menebang pokok itu pada keesokan harinya.

Pada hari berikutnya, si tukang kayu api itu menuju ke pokok tersebut untuk menebangnya. Ternyata pemuda semalam sudah menunggunya.Kali ini pemuda itu tidak mengajak si tukang kayu api untuk bertarung tetapi telah membuat tawaran.
"Aku akan memberimu beberapa keping emas pada setiap pagi di bawah bantalmu jika kamu membatalkan hajatmu menebang pokok ini." Pemuda itu melihat peluang menipu untuk melemahkan iman si tukang kayu api itu.

Tukang kayu api tidak terus membuat keputusan, sedang hatinya terbelah bahagi.Kehidupan sebagai tukang kayu api tentunya tidak mewah bahkan sangat meletihkan.
"Apakah benar engkau akan membayarku emas setiap pagi?" Tukang kayu api meminta kepastian setelah lama mempertimbangkan tawaran itu.

Sambil tersenyum pemuda itu dengan yakin berkata, "Ya! Kamu pasti mendapat kepingan-kepingan emas dibawah bantalmu pada setiap pagi mulai esok." Pulanglah tukang kayu api setelah membuat persetujuan dengan pemuda itu.

Keesokan harinya, tukang kayu tersebut segera memeriksa habuan yang dijanjikan untuknya.Benar, dia mendapatkan beberapa keping emas! Tukang kayu api itu sangat gembira kerana tidak perlu lagi penat bekerja.Perkara ini berterusan sehingga beberapa hari.

Pada hari kesebelas, si tukang kayu api mendapati tiada kepingan emas di bawah bantalnya. Dia segera membawa kapak menuju ke pokok tersebut. Pemuda itu sudah pun menunggu untuk menghalang tukang kayu api daripada menebangnya.
"Hari ini aku akan menebang pokok ini kerana engkau mengingkari janjimu."
Teriak tukang kayu api dengan penuh kemarahan. Pemuda itu hanya tersenyum sambil bersedia untuk bertarung dengannya.

"Mari bertarung denganku.Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok itu."

Bermulalah pertarungan antara mereka. Walau bagaimanapun, pertarungan hari ini tidak sengit.Setelah beberapa ketika pemuda itu berjaya mengalahkan si tukang kayu api.

Si tukang kayu api itu sangat terkejut dengan kekuatan yang dimiliki pemuda itu. Dia masih tidak percaya bahawa dia telah kalah.
"Tidakkah engkau terkejut akan kekuatanku? Dahulu engkau melawanku kerana Allah S.W.T.Maka engkau berjaya mengalahkanku. Akan tetapi hari ini kehadiranmu disini bukan lagi kerana Allah melainkan kerana kepingan emas. Oleh itu, aku berjaya mengalahkanmu!"

Pemuda itu meninggalkan tukang kayu api yang menyesali keadaannya kerana lebih mementingkan harta berbanding PERJUANGAN KERANA ALLAH S.W.T

Akhirul kalam, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Pagi tadi,ketika saya membaca kalam tuhan dari surah Al-Waqiah, hati begitu takut dengan peringatan Allah yang mengatakan bahawa orang-orang yang beriman sedikit sahaja dari kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W..Ya Allah...semoga aku tergolong dalam hambaMU yang beriman..ameen



~Berjuang,berjuang dan terus berjuang..~

Mengenal Potensi Diri & Kekuatan

Posted by Syaheed on 10 March 2010 , under | comments (1)




Assalamualaikum warahmatullah

Saudara-I

Kali ini program CASIC hadir ke UIA, Gombak Insha-Allah pada
13-14 Mac 2010. Banyak perkara menarik akan dibincangkan kali
ini, terutama dalam kita melihat potensi diri dalam perspektif
dua kalimah syahadah dan bagaimana membina kejayaan dengan surah
al-Fatihah.

http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=361868501666&ref=ts

Malam tadi saya berkongsi dengan guru dan pelajar di SMA Batang
Padang, Bidor Perak. Saya kongsikan bahawa rahsia kekuatan orang
terdahulu adalah disebabkan dua kalimah syahadah mereka bukan
sahaja diujar di mulut (fizikal), tetapi mereka faham (intelek)
dan lantas dihayati dalam solat dan luar solat (emosi) agar mampu
melonjakkan keimanan mereka. Saya berkongsi sedikit teknik
bagaimana hal ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian agar
amal kita menjadi amal taqwa dan diterima Allah insha-allah.

Saya akan berkongsi lebih lagi berkaitan hal ini di UIA nanti
insha-allah. Ada yang bertanya apa perspektif dalam al-Quran
tentang The Secret (sebuah idea dari Barat). Saya tidak dapat
menjawabnya sekarang. Namun saya pasti akan berkongsi hal ini di
UIA nanti. Ia amat diperlukan jika kita ingin mengecap kejayaan
dengan formula dari Ilahi.

Salam sukses

P/S Kalau Saudara-I sudah menghadiri CASIC sebelum ini, saya
jemput hadir lagi kerana banyak perkara baru untuk meluaskan
perspektif dan cara pandang kita dalam hidup

PP/S Jangan lupa untuk beritahu kawan kalau perkara ini baik
untuk mereka :)

http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=361868501666&ref=ts

Dari meja,
Encik Fazrul
Trainer CASIC with Al-Fatihah


~BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA~

Build Your Legacy NOW!

Posted by Syaheed on 08 March 2010 , under | comments (0)




Alhamdulillah, program Build Your Legacy kali ini akan diadakan buat julung-julung kalinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Program sebelum ini telah dilaksanakan banyak kali di US,Kanada & Jepun.Di Malaysia, kali pertama diadakan ialah pada 30-31 Jan 2010 di Bangi.

Detail program adalah seperti berikut :

Tarikh:
13 & 14 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa:
9.00 am - 5.00 pm
Lokasi:
Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Anjuran :
Maaruf Club UIAM dengan kerjasama PIES Leadership Centre


APAKAH BUILD YOUR LEGACY?
-------------------------------------------
Program ini ialah latihan untuk memberi nilai tambah berganda kepada individu yang ingin menjadikan kehidupan seharian efektif dan mampu melonjakkan potensi diri untuk kejayaan dengan menggunakan teknik yang ringkas tetapi membawa impak berpanjangan. Inilah masa untuk merancang dan membina kejayaan untuk menjadi legasi yang ganjarannya berterusan.

APAKAH MANFAAT PROGRAM INI?
--------------------------------------------

* Anda akan didedahkan teknik CASIC dalam al-Fatihah untuk hidup dengan lebih berkesan samada di peringkat intrapersonal atau interpersonal. Ia juga terbukti meningkatkan emotional intelligence untuk memajukan hubungan dalam keluarga, rakan-rakan dan di tempat kerja.
* Pengenalan teknik MasterPIES bagi melebarkan worldview keimanan agar usaha menuju kejayaan dapat dirancang dengan baik.
* Menggandakan keyakinan dalam kehidupan dengan teknik Anchoring with Remembering Allah
* Mendedahkan teknik menghasilkan produk dan menambah pendapatan anda sehingga RM 10,000 sebulan.
* Juga didedahkan The Secret of Success in Exam (EKSKLUSIF!) menggunakan formula CASIC with al-fatihah.

KENAPA PERLU HADIR KE BENGKEL INI?
-------------------------------------------------------------------

* Jika anda ingin meningkatkan 'emosional intellegence, dalam program inilah banyak yang akan didedahkan.
* Jika anda mencari jalan untuk meningkatkan ilmu, bengkel ini akan banyak mendedahkannya.
* Jika anda sedang mencari tips untuk bisnes,ia ada dalam kursus ini.
* Jika anda ingin tingkatkan kebahagiaan keluarga, ia juga ada disini.
* Jika anda ingin berjaya didunia dan di akhirat,bengkel inilah yang perlu anda ikuti.

TESTIMONIAL
-----------------------------------------------------------
I agree 100% with the concept. It makes me to think from 5 angles and I am sure, if we solve a problem using 5 elements or 5 different perspective, the result will be great or better than before (CASIC) Participant in Pennsylvania, USA

I found that this concept is very flexible and can be applied in many different fields Participant in Pennsylvania, USA

I am surely gonna introduce this CASIC to my family and other friends. It is a very interesting program as I didn’t realize how to apply something to change myself towards something better. Sometimes I know about things I should do but when there are many resources so it sometimes is hard to chose the best one. But for CASIC, it’s really a comprehensice training to change towards something good. Participant in Pennsylvania, USA

Seronok, menarik, bermanfaat..semoga dapat berjumpa lagi..jazakALlahhukhaer – Malaysian Student, Japan

Seronok, sangat seronok . Dapat learn something new about “Fatihah”. Baru sedar keunikan ayat yang selalu dibaca dalam solat dihuraikan dan dapat sebenarnya diaplikasi dalam kehidupan–Peserta CASIC 1, Puri Pujangga, UKM

Dengan adanya program ini saya boleh memantapkan lagi komunikasi dan hubungan saya di antara keluarga dan rakan-rakan yang selama ini bahawasanya “CASIC” telah lama wujud di sekeliling saya tanpa saya sedari. –Peserta CASIC 1


YURAN PENYERTAAN SERENDAH RM30 ?
----------------------------------------------
Ya, anda hanya perlu membayar RM 30 untuk program 2 hari yang menarik dan boleh diaplikasikan secara terus.

Yuran Biasa : RM60
Yuran Pelajar : RM30 ( Untuk pelajar sahaja )
Yuran Pelajar berkumpulan (Sekurang-kurangnya 5 org): RM20/seorang

SIAPA SPEAKER UNTUK BENGKEL INI?
---------------------------------------------------------------
Profile penceramah (kepada yang masih belum mengenali)

FAZRUL ISMAIL

Beliau merupakan seorang consultant, coach dan trainer yang mempunyai minat terhadap konsep Systems Thinking. Beberapa modul telah dibangunkan dan diperkenalkan dalam rangka untuk membantu manusia menguruskan hidup jauh lebih holistik dan sistemik. Modul MasterPIES (physical, intellectual, emotional and spiritual capacity) beliau merupakan antara modul yang terbaru, menarik dan telah digunakan dalam banyak program di US dan luar US.

Beliau merupakan graduan dari Universiti Purdue, US dengan Degree Certificate in Chemical Engineering. Selain itu, ia juga berjaya menamatkan kursus intensif bahasa arab daripada Alim International Arabic Learning Center di Kaherah, Mesir

Beliau berjaya menerbitkan dua buah buku di bawah PTS Publications; Pemikiran Sistemik dan Hidup Zero Alasan. Sekarang beliau aktif dalam menulis dan membangunkan laman web untuk menyebarkan mesej-mesej Islam melalui pendidikan dan latihan. Laman web utama beliau ialah System Thinking Gallery dan MasterPIES.

Baca lebih lanjut di - http://www.masterpies.com/course/programs-offered/casic-training/trainer

PENDAFTARAN
-------------------------------------------------------

Mohon Tuan / Puan/Encik/Cik isikan selengkapnya borang disini untuk tujuan pendaftaran --> http://bit.ly/TheSecret2010

Terima kasih. Jumpa nanti! Insyaallah.


~BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA~

Perjuangan Perlu Diperhebat!

Posted by Syaheed on 05 March 2010 , under , , | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah,


Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat kasih sayangNYA,Insyaallah. Ketika ini, saya terasa sedikit janggal untuk mengemaskini blog setelah sekian lama saya membiarkan ia bersawang dan ber'karat'.Saya mohon maaf kerana telah membunuh dan menzalimi anda semua dengan tidak menunaikan hak anda sebagai pembaca dan pelawat blog nurjannah ini.

Sekadar perkongsian,sepanjang saya berada dalam semester ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya yang mana disana saya banyak belajar perkara baru yang agak mencabar zon selesa saya.Alhamdulillah.

Tinggal kurang lebih 4 minggu lagi untuk saya berada di alam 'practical training' sebagai Quantity Surveyor. Dengan komitmen yang perlu diberikan untuk praktikal, ditambah lagi dengan amanah baru sebagai Timbalan Pengerusi 2 Maaruf Club, saya cuba seimbangkan masa dan komitmen antara kedua-duanya. Insyaallah.

Alhamdulillah, poster terbaru Maaruf Club sesi 2009/10 telah pun siap dan berjaya dikeluarkan dan sekarang dalam proses edaran kepada semua kelab di UIA.Kredit untuk Akh Rauf atas usaha beliau mencetak dan mengeluarkan poster ini.Insyaallah, Maaruf Club sedang merangka program besar untuk semester depan. Saya mohon kerjasama semua pihak terutamanya ahli Maaruf Club yang berdaftar untuk kita sama-sama melajukan gerak kerja dakwah demi mencapai misi biah solehah yang diimpikan. Walaupun Maaruf Club menghadapi beberapa sekatan,cemuhan dan birokrasi dari pihak atasan, kami akan tetap utuh dan teguh dengan gerak kerja dakwah kami disertakan pertolongan dari Allah yang Maha Mengetahui & Berkuasa atas segalanya. Ameen Ya Rabb.

Insyaallah, segala perkongsian dan berita terkini tentang Maaruf Club akan dikongsikan di web kami iaitu http://marufclub.com/v1 . Kami di Maaruf Club amat terbuka untuk menerima segala pandangan,kritikan dan cadangan demi pembaikan gerak kerja dakwah.Insyaallah.

Akhirul kalam, ayuh sama-sama kita lajukan gear dakwah kita agar dapat bersaing dengan dakyah yahudi dan musuh Islam yang semakin liar dan mengganas di luar sana. Kepada yang ingin mengetahui aktiviti semasa saya, dijemput untuk add facebook saya di http://facebook.com/nurshahidat. Insyaallah, segala aktiviti terkini dan semasa akan saya update di page FB. Saya akan tetap menjadi blogger , cuma kekerapan update mungkin akan sedikit kurang berbanding sebelum ini memandangkan saya lebih banyak berfacebook berbanding berblog.=)

Siiru 'ala barakatillah. Semoga bertemu lagi. Insyaallah.



" BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA"

Tips Menjadi Individu Berpengaruh

Posted by Syaheed on 05 February 2010 , under , | comments (3)



[ Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas]

Bukan lagi rahsia! Setiap manusia mempunyai kuasa pengaruh tersendiri. Cetuskan kuasa pengaruh dalam diri anda melalui penerokaan dalam kursus ini . Ia diadakan khas untuk individu yang masih mencari dan ingin membina aura pengaruh di dalam diri sendiri. Pengaruh adalah sesuatu yang dinamik. Ia perlu dibentuk secara berterusan melibatkan setiap orang yang kita temui.Pelbagai teknik berkesan untuk memanipulasi dan mengembangkan potensi pengaruh di dalam diri individu yang akan dikongsi dengan lebih mendalam. Hasilnya anda bukan sahaja disukai malah cukup disenangi dan mudah pula didampingi. Melalui rangkuman kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan interpersonal, kursus ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan.

Membina empayar kerja ataupun perniagaan, memerlukan pengaruh dan juga nama. Begitu juga untuk menjadi agen menyebarkan dakwah Islam- juga perlu pada pengaruh dan personaliti yang cukup hebat, sehingga mampu menarik manusia kepada penghayatan Islam yang sebenar. Dunia pada hari ini begitu mencabar dengan lapangan sosial yang begitu mendesak supaya kemahiran bersosial dipelajari dengan lebih baik. Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional@Facebook ini buat julung-julung kalinya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, seorang penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:

  1. Membina & menyebarluaskan pengaruh sebagai mukmin profesional dalam bidang masing-masing.
  2. Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh..
  3. Mempraktikkan tips-tips untuk memantapkan pengaruh sebagai usahawan terutamanya di laman sosial paling laris di masa kini- Facebook.

KENAPA PENGARUH PENTING DALAM MENCAPAI KEJAYAAN??

Ada orang mengatakan kejayaan itu adalah kerana individu itu sememangnya sudah berpotensi berjaya. Hakikatnya, fakta itu tidak tepat dengan fitrah dan psikologi kejayaan. Jika potensi semata-mata sudah memadai untuk berjaya, mengapa masih ada ramai orang yang berpotensi tetapi akhirnya terpaksa menempuh kegagalan dalam hidup?

Jika potensi sahaja sudah memadai, maka orang yang paling berpengaruh sudah pasti mereka yang berpotensi. Tetapi hakikatnya kita semua berpotensi sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berpengaruh. Satu kajian di Amerika mendapati;

  • Lebih 50% CEO kepada 500 anak Syarikat Fortune seringkali mendapat C semasa di kolej.
  • 65% dari seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengahan dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.
  • 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.
  • Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.

Jelas, potensi semata-mata tidak mencukupi dan ia perlu disertai dengan PENGARUH!

Satu lagi Fakta kajian yang perlu kita ketahui :

1) 15% sumber pengaruh adalah daripada JAWATAN

2) 35% sumber pengaruh adalah daripada ILMU

3) 50% sumber pengaruh adalah daripada PERSONALITI

Di dalam kursus ini, antara perkara yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam adalah:

Seminar I - Membina Personaliti Mukmin Berpengaruh

Tujuh Senjata Memujuk
Empat Corak Rundingan Berpengaruh
Teknik Komunikasi Persuasif
Bahasa Tubuh Berpengaruh
Ayat-ayat Cinta Yang Power!
Hadiah Sebagai Umpan Pengaruh
Strategi Kepimpinan Berpengaruh
Menjadi Pekerja Berpengaruh
Enam Kualiti Personaliti Berpengaruh Zaman Rasullullah SAW (Terhangat!!)
PRAKTIKAL: 10 minit yang Berpengaruh!

Seminar I I - Strategi Pemasaran Berpengaruh dengan Facebook

Notes, Photo, Video dan Events
Adab Berziarah ke
Rumah Orang
Tips
Gambar dan Profil Berpengaruh
Teknik Branding dan Membina Jenama
Fadhilat Tijarah
Kaedah Pemasaran MLM (Mutual and Loving Marketing)
Tips Mempengaruhi Pelanggan
Tujuh Silap Faham dalam Pemasaran
PRAKTIKAL: Mewujudkan Fan Page dan Group 'Bermagnet'

Siapa yang perlu hadir ke kursus ini??

*ANDA pemimpin yang ingin berpengaruh dalam sesebuah organisasi

*ANDA mahasiswa yang dalam proses membina nama dan pengaruh dalam persatuan

*ANDA usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes

*ANDA pekerja biasa yang ingin mencipta pengaruh luar biasa

*ANDA yang sememangnya ingin menjadi mukmin professional berpengaruh

Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.

Detail program adalah seperti berikut :

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)

Masa: 9.00 am - 5.00 pm

Lokasi: Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Yuran: RM 130.00

Yuran berkumpulan (5 orang): RM 600.00

Yuran untuk Pelajar UIAM : RM 110

Yuran early bird (sebelum 13 Februari 2010): RM 100.00


Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank di atas nama Nur Shahidat Mohamed, nombor akaun 153010526774.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 013-3005476 atau emelkan kepada nurjannah87@gmail.com.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 25 Februari 2010.

Tempat adalah amat terhad.Terbuka hanya untuk 100 penyertaan. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain! (^_^)

Apabila Membaca Menjadi Budaya....

Posted by Syaheed on 17 January 2010 , under , , | comments (0)



[ Apa perasaan anda melihat gambar ini? ]

“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Petikan: Buku Bidadari Dari Timur )

“Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."( Surah Faathir : ayat 28 )

“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)

Quotation-quotation di atas sengaja saya letakkan bagi menggambarkan kepada kita semua akan peri pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan.Bagaimana??Semestinya dengan MEMBACA...

Jika kita tinjau pada hari ini, statistik pembacaan dikalangan rakyat Malaysia masih lagi ditahap yang kurang memuaskan walaupun peningkatannya mencecah 60% setiap tahun.

Bercakap mengenai budaya membaca, suka untuk saya berkongsi beberapa keping gambar daripada program yang diberi nama BACA@LRT yang berlangsung semalam (16hb Jan ).Tahniah saya ucapkan kepada penganjur di atas modus operandi yang sangat kreatif dan menarik ini.Semoga dengan penganjuran program ini untuk masa hadapan dapat membuka mata semua pihak akan peri pentingnya membaca.

[semua tengah khusyuk membaca]

[ adik ni akan conquer dunia satu hari nanti:)]





Agak-agak, apa perasaan anda bilamana melihat situasi seperti ini dalam LRT?? Saya secara peribadi, frankly speaking, saya sangat teruja dan gembira!! Semoga budaya membaca ini dapat diperluaskan bukan sahaja dalam LRT, malah dimana-mana sahaja tempat.Isi masa kosong kita dengan membaca.Insyaallah, jika budaya ini dapat dijayakan dan dilaksanakan oleh semua orang khususnya dikalangan muslim, insyaallah dunia dapat ditakluk dengan mudah;)

Wallahu'alam.



~Begin With The End Of Mind~

Gerakan IPT : Bakal Kepimpinan Sentiasa Diperhatikan Oleh Illuminati

Posted by Syaheed on 15 January 2010 , under , , | comments (1)





Bismillahi Walhamdulillah

Setelah beberapa lama tidak melakukan solat subuh berjemaah di masjid pada hari jumaat, hari ini, alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah untuk melakukan sujud sajadah di masjid bersama 2 orang lagi sahabat. Nyaman dan tenangnya suasana hari jumaat ini. Sayyidul Ayyam yang sentiasa di tunggu-tunggu kemunculannya.

Ketika nak balik dari masjid pagi tadi, saja ambil jalan jauh semata-mata nak tengok suasana pilihanraya kampus yang dilihat masih suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mahasiswa seolah-olah mengambil sikap
'aku tidak pedulisma' terhadap pilihanraya kampus (PRK) pada kali ini. Mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang political education dari pihak pentadbiran sendiri.Oleh itu,usaha yang berlipat kali ganda perlu dilakukan oleh pihak berwajib agar kemeriahan PRK dirasai kehadirannya.

Ayuh mahasiswa! Masih belum terlambat untuk kita membuktikan bahawa demokrasi kampus masih hidup dan tidak tenggelam dek anasir-anasir luar yang semakin liar dan mengganas.Pilihlah pemimpin yang dirasakan layak untuk memimpin dan membawa agenda dakwah islam kepada semua masyarakat kampus.

Berkaitan tajuk entri pada kali ini, suka untuk saya mengajak semua gerakan islam yang wujud di IPT ( GAMIS, PKPIM, JIM ) untuk sama-sama berganding bahu dan berpegangan tangan bersama-sama dalam mempergiat dan menjayakan aktiviti dakwah islam kepada masyarakat diluar amnya dan kampus khususnya kerana sesungguhnya pihak musuh khususnya zionis dan agen dajjal sentiasa memerhatikan gerak geri kita.

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .

Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuangan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?

Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian ilmu-ilmu islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)

Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

  1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
  2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Koleh dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
  3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Perancis.

Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”(al-Mujadalah: 11)

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya penjuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.

Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.


sumber rujukan : ibnuyaacob.com

wallahu'alam.


~BErjuang..berjuang..& terus berjuang~

Kehidupan Seorang Jurukur Bahan (siri 1)

Posted by Syaheed on 14 January 2010 , under | comments (17)




Bismillahi Walhamdulillah.

Mungkin ini pertama kali saya menulis entri berkenaan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu Quantity Surveying a.k.a Quran Sunnah =) Saya terpanggil untuk menulis entri pada kali ini atas permintaan beberapa orang sahabat dan adik-adik junior di kulliyah saya.

Untuk semester ini, saya sebenarnya sedang menjalani practical training selama 4 bulan di sebuah consultant QS bertempat di Taman Melawati.

Jika sebelum ini, ramai kenalan yang bertanya kepada saya apa skop kerja sebagai Jurukur Bahan. Jadi, disini suka untuk saya berkongsi beberapa peranan sebenar QS dalam industri pembinaan.

Juruukur Bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Dalam menentukan sesuatu projek yang dirancangkan sesuai atau tidak dengan lokasinya maka pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontraktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

[ sedang memikirkan masa depan sbg QS ]

6. Penilaian kerja.


Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Inilah beberapa peranan yang perlu di mainkan oleh seseorang yang bergelar QS.

Untuk siri ke 2 nanti, insyaallah saya akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang practical trainer QS.


sumber rujukan :

1) http://www.scribd.com/doc/17774694/Peranan-Jurukur-Tanah
2) http://ukurbahan-qs.blogspot.com
3) http://arkrab.wordpress.com/category/peranan-arkitek-dalam-masyarakat/


wallahu 'alam.

Isu Kartika : Apabila Keinsafan Mengatasi Segalanya

Posted by Syaheed on 05 January 2010 , under , , | comments (1)



Bismillahi Walhamdulillah,

Isu tentang pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarno terus hangat diperkatakan sehingga kini. Kes yang tertangguh begitu lama iaitu pada bulan Julai 2009 masih belum lagi diselesaikan dengan sempurna.

Maruf Club melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa saudari Kartika di atas penagguhan hukuman sebat terhadap beliau dan menggesa kepada pihak Mahkamah Syariah Pahang agar menyegerakan hukuman tersebut. Ini bagi memberi peluang kepada beliau untuk memulakan kehidupan yang baru dengan lebih tenang seperti yang telah dikatakan oleh beliau, “Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan. Setakat ini mahkamah belum memberitahu bila hukuman itu akan dijalankan, dan saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu."

Diatas rasa tanggungjawab dan sebagai sokongan terhadap beliau, Ma’ruf Club dalam perancangan untuk melawat dan bertemu mata dengan saudari Kartika yang ketika ini juga sedang dalam proses untuk memfailkan pengesahan lafaz talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.

Ma’ruf Club mengucapkan setinggi tahniah atas sikap yang ditunjukkan oleh saudari Kartika yang begitu tegas berpegang kepada prinsip walaupun beliau sebenarnya boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan enam bulan lalu. Namun keinsafan dan kesedaran mengatasi segalanya sehingga beliau mahu hukuman itu dilaksanakan segera.

Pun begitu, Ma’ruf Club berharap agar perkara ini bukan hanya menjadi sekadar suatu isu biasa, malah menggesa masyarakat sekeliling khususnya mahasiswa mengambil berat soal hukum hakam dalam Islam dan dalam masa yang sama juga perlu berhati-hati dengan pelbagai dakyah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mempersendakan agama.

Sedikit persoalan yang perlu kita renung bersama,

Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela di adili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam, tetapi tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi?

Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?

Sesungguhnya segala kesilapan dan dosa yang lalu, biarlah kekal menjadi sempadan dan peringatan. Semoga kemelut isu Kartika ini menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.

Nur Shahidat Mohamed,
Ma'ruf Club UIAM.