Aquasprite Theme Demo

Kehidupan Seorang Jurukur Bahan (siri 1)

14 January 2010 , Posted by Syaheed at Thursday, January 14, 2010


Bismillahi Walhamdulillah.

Mungkin ini pertama kali saya menulis entri berkenaan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu Quantity Surveying a.k.a Quran Sunnah =) Saya terpanggil untuk menulis entri pada kali ini atas permintaan beberapa orang sahabat dan adik-adik junior di kulliyah saya.

Untuk semester ini, saya sebenarnya sedang menjalani practical training selama 4 bulan di sebuah consultant QS bertempat di Taman Melawati.

Jika sebelum ini, ramai kenalan yang bertanya kepada saya apa skop kerja sebagai Jurukur Bahan. Jadi, disini suka untuk saya berkongsi beberapa peranan sebenar QS dalam industri pembinaan.

Juruukur Bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Dalam menentukan sesuatu projek yang dirancangkan sesuai atau tidak dengan lokasinya maka pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontraktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

[ sedang memikirkan masa depan sbg QS ]

6. Penilaian kerja.


Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Inilah beberapa peranan yang perlu di mainkan oleh seseorang yang bergelar QS.

Untuk siri ke 2 nanti, insyaallah saya akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang practical trainer QS.


sumber rujukan :

1) http://www.scribd.com/doc/17774694/Peranan-Jurukur-Tanah
2) http://ukurbahan-qs.blogspot.com
3) http://arkrab.wordpress.com/category/peranan-arkitek-dalam-masyarakat/


wallahu 'alam.

Currently have 17 comments:

  1. mieza says:

    sy pun bakal qs jgk...baru sem 1..sy arap...akak leh update lagi mengenai ape tu qs sbnrnye...salam perkenalan

  1. MEMEN says:

    APAKAH POTENSI SBG SEORANG QS...?
    SEJAUH MANAKAH PROFESSION INI DI ERA DUNIA KINI?

    QS STUDENT

  1. Safar Nija says:

    saya sekrang sedang membuat kajian tentang cabaran qs perempuan..leh x saya nak tnye..ape cabaran yng shadidat dah hadapi n mgkin bakal hadapi sebagai qs..ples emailkan kepda sy..i.niza@yahoo.com...hope dapt bantu saya..t.q

  1. slm..hmm..alhamdlh dpt ilmu yg dikongsikan bersama..dpt tmbh lagi pemahaman ttg QS ni...

  1. slm..nak tanya ttg QS ni..apa undang2 yg perlu diketahui..beri examples..nak tahu..

  1. AMQZ says:

    slm,

    MEMEN: saya pernah berkerja sbg qs di middle east & uk. selain dari itu pelbagai idustry mula perlukan qs. e.g. oil & gas & ship(perkapalan) etc

    NIJA: sbg qs wanita sektor swasta, slps khwn akan sdkt sukar krn qs akan outstation & OT. Pembahagian masa famili & kerjya kritikal!

    FF: contract law amat penting utk dikuasai.

    Sekian, AM

  1. jajadiba says:

    x lame ag sy akan menempuhi alam praktikal utk kos ni...byk bnda yg bermain dlm fikiran skarng ni...perasaan tkt utk brhdpn situasi br sbb ni 1st time sy keje...kalu bleh sy nk tau pe preparation yg perlu ad sblm nk g prktikal???

  1. Anonymous says:

    salam..
    apekah pointer yg perlu dicapai oleh seorang pelajar matrikulasi jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang ini?
    terima kasih. :)

  1. Anonymous says:

    sebagai seorang qs yg telah berpengalaman selama 20thn di dlm & luar negara...pelbagaikan kecenderungan anda kalu boleh anda fasih berbahasa inggeris, bole take off M&E items/infra & earthworks/steelworks & gas piping(oil&gas) & faham microsoft project/primavera/autocad/QS software billing/project management tools....insyaaallah anda akan berjaya di mana saja anda berada...wassalam

  1. Anonymous says:

    salam, min gaji sbg qs adalah???

  1. Anonymous says:

    buzy tak? :|

  1. Anonymous says:

    qs bukan macam kerja pejabat...bla ada tender...past berkampung kat opis..mean busy sangat2x...tp it depend pada scope of work gak...... tp lg sonok if masuk oil n gas...qs ada position jgak lam 2..gaji qs utk fresh biasa lam 1.7k-2.5k...depend company lah

  1. Anonymous says:

    saye skrg tgah amek coure civil kat sekolah teknik...sye hrap dpt pai cite2 saye jd QS

  1. aimie says:

    Tumpang sebentar..Boleh tak tolong jawab atau edarkan questionnaire saya ni..Saya sedang buat survey untuk QS di Malaysia..
    https://docs.google.com/forms/d/1fVF-O2AXi3awjGrDv6Eskz9jSDJe1SoiqDJxXvRrYnA/viewform#start=invite

    terima kasih atas kerjasama dan pertolongan daripd anda semua.

  1. sri riza says:

    Salam..fresh diploma QS diperlukan diPort Dickson N.S..
    emailresume..eastmabina@gmail.com

  1. maksih gan buat infonya,,
    sangat bermanfaat,,,
    saya suka dengan postinganya,,

  1. Anonymous says:

    nak tnyaa....apa cabaran jadi qs?