Aquasprite Theme Demo

Apabila Harta Mengatasi Segalanya

08 May 2010 , Posted by Syaheed at Saturday, May 08, 2010

Bismillahi Walhamdulillah

Akhirnya, blog ini kembali bernafas setelah sekian lama sunyi dari artikel dan berita terkini. Alhamdulillah, setelah 4 bulan melalui dunia praktikal, saya sekarang kembali ke alam universiti untuk kembali menuntut ilmu seperti sediakala.Insyaallah, blog ini akan kembali aktif seperti biasa.Doakan.

Walaupun ramai sahabat-sahabat saya mengatakan bahawa ramai blogger yang hebat suatu ketika dahulu, kini telah menyepikan diri dek kerana gelombang facebook yang semakin mengganas.Saya harap saya tidak tergolong dalam kelompok tersebut.Allahumma amin.

Kembali kepada tajuk posting pada kali ini,dunia hari ini semakin hari semakin menunjukkan kepelikannya..pelik dengan perangai manusia..Isu terbaru, saya sedikit pelik dengan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia berhubung isu memberi lesen judi sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi..Pelik dengan sikap berani mereka menghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah..Semoga Datuk Awang Adek Hussin diberkan pencerahan olehNYA.amen..


KISAH SYAITAN DAN SI TUKANG KAYU API.

Apabila menyebut tentang kehidupan dunia,saya teringat akan sebuah kisah yang saya baca dalam sebuah buku berkenaan dengan kisah syaitan dan si tukang kayu.

Suatu ketika dahulu,tinggal seorang tukang kayu api yang sangat taat menyembah Allah S.A.W.Namun, penduduk kampungnya mempunyai kebiasaan yang tidak baik iaitu mengagungkan sebuah pokok besar yang berada di dalam kampung tersebut.

Penduduk kampung tersebut semakin hari semakin mempercayai khurafat yang tersebar di kalangan mereka dan mula bertindak melampaui batas.Melihat keadaan itu, si tukang kayu api perlu bertindak demi menyelamatkan akidah penduduk kampung.

Situkang kayu api itu bertekad untuk menebang pokok besar yang merupakan punca kekeliruan dan bidaah itu. Maka berangkatlah si tukang kayu api memikul kapak besarnya di bahu.

Tiba di tengah jalan,si tukang kayu dihalang oleh iblis yang menyamar sebagai seorang pemuda.
"Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok ini.Jika engkau mahu menebangnya,maka,kalahkan aku terlebih dahulu!" Pemuda itu mengancam.

Si tukang kayu api yang hadir dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah tidak gentar dengan ancaman itu . Segera dia bersetuju lalu pertarungan antara mereka berdua pun terjadi.

Seharian mereka bertarung dan akhirnya si tukang kayu api itu berjaya mengalahkan pemuda itu.Hari semakin senja dan si tukang kayu api kehabisan tenaga kerana bertarung dengan pemuda tadi.Maka, tukang kayu itu menundakan hajat untuk menebang pokok itu pada keesokan harinya.

Pada hari berikutnya, si tukang kayu api itu menuju ke pokok tersebut untuk menebangnya. Ternyata pemuda semalam sudah menunggunya.Kali ini pemuda itu tidak mengajak si tukang kayu api untuk bertarung tetapi telah membuat tawaran.
"Aku akan memberimu beberapa keping emas pada setiap pagi di bawah bantalmu jika kamu membatalkan hajatmu menebang pokok ini." Pemuda itu melihat peluang menipu untuk melemahkan iman si tukang kayu api itu.

Tukang kayu api tidak terus membuat keputusan, sedang hatinya terbelah bahagi.Kehidupan sebagai tukang kayu api tentunya tidak mewah bahkan sangat meletihkan.
"Apakah benar engkau akan membayarku emas setiap pagi?" Tukang kayu api meminta kepastian setelah lama mempertimbangkan tawaran itu.

Sambil tersenyum pemuda itu dengan yakin berkata, "Ya! Kamu pasti mendapat kepingan-kepingan emas dibawah bantalmu pada setiap pagi mulai esok." Pulanglah tukang kayu api setelah membuat persetujuan dengan pemuda itu.

Keesokan harinya, tukang kayu tersebut segera memeriksa habuan yang dijanjikan untuknya.Benar, dia mendapatkan beberapa keping emas! Tukang kayu api itu sangat gembira kerana tidak perlu lagi penat bekerja.Perkara ini berterusan sehingga beberapa hari.

Pada hari kesebelas, si tukang kayu api mendapati tiada kepingan emas di bawah bantalnya. Dia segera membawa kapak menuju ke pokok tersebut. Pemuda itu sudah pun menunggu untuk menghalang tukang kayu api daripada menebangnya.
"Hari ini aku akan menebang pokok ini kerana engkau mengingkari janjimu."
Teriak tukang kayu api dengan penuh kemarahan. Pemuda itu hanya tersenyum sambil bersedia untuk bertarung dengannya.

"Mari bertarung denganku.Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok itu."

Bermulalah pertarungan antara mereka. Walau bagaimanapun, pertarungan hari ini tidak sengit.Setelah beberapa ketika pemuda itu berjaya mengalahkan si tukang kayu api.

Si tukang kayu api itu sangat terkejut dengan kekuatan yang dimiliki pemuda itu. Dia masih tidak percaya bahawa dia telah kalah.
"Tidakkah engkau terkejut akan kekuatanku? Dahulu engkau melawanku kerana Allah S.W.T.Maka engkau berjaya mengalahkanku. Akan tetapi hari ini kehadiranmu disini bukan lagi kerana Allah melainkan kerana kepingan emas. Oleh itu, aku berjaya mengalahkanmu!"

Pemuda itu meninggalkan tukang kayu api yang menyesali keadaannya kerana lebih mementingkan harta berbanding PERJUANGAN KERANA ALLAH S.W.T

Akhirul kalam, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Pagi tadi,ketika saya membaca kalam tuhan dari surah Al-Waqiah, hati begitu takut dengan peringatan Allah yang mengatakan bahawa orang-orang yang beriman sedikit sahaja dari kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W..Ya Allah...semoga aku tergolong dalam hambaMU yang beriman..ameen



~Berjuang,berjuang dan terus berjuang..~

Currently have 1 comments:

  1. Abang Long says:

    Alhamdulillah. Bertemu lagi sebuah blog yang berinformatif dan menggunakan BMT. Mohon kebenaran untuk dipautkan ke blog Abang Long.