Unity Government vs Unity Jemaah
Apabila menyentuh isu UG ni,saya sebenarnya tidak berkeinginan untuk merespon pun memandangkan isu ini pun sudah ditutup oleh PR itu sendiri..Akan tetapi, hati terpanggil untuk mengulas dan memberi pandangan dari sudut pandang seorang mahasiswi ketika mana saya terbaca respon dari mufti Perak tentang isu ini yang mana menjadi muka hadapan akhbar Utusan Meloya hari ini (25 Jun).
Secara dasarnya, gagasan ataupun idea yang di cetuskan oleh TGAH sememangnya sangat bernas dan cantik sekali untuk di laksanakan di Malaysia ini secara totalnya.Akan tetapi, idea atau gagasan ini terpaksa di lupakan atau di tangguh dahulu pelaksanaannya bilamana melihatkan factor masa yang sangat tidak sesuai disebabkan oleh factor pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri yang diketuai ole YAB Najib.
Jika di imbau kembali, gagasan ini mula di cetuskan ketika mana UMNO masih lagi di terajui oleh Pak Lah yang mana ketika itu beliau sangat lemah dan goyah kerana telah hilang kepercayaan serta telah ‘jatuh thiqah’oleh orang UMNO sendiri. Mungkin, jika Pak Lah masih lagi memegang tampuk pemerintahan pada hari ini, tidak mustahil idea UG ini telah pun berjaya direalisasikan.
Malangnya,UMNO serta Malaysia kini sedang di terajui oleh YAB Najib yang mana kita semua sedia maklum, PM kita ini seorang yang sangat licik dan bijak dalam percaturan politik. Kehebatannya terserlah bilamana sehingga hari ini, Najib masih lagi hidup bebas sebebasnya tanpa disabitkan langsung dengan kesalahan membunuh Altantuya..Isteri PM juga tidak kurang hebatnya. Saya amat terkejut bilamana melihat koleksi video di YOUTUBE yang membongkar siapa sebenarnya Rosmah Mansur ini yang mempunyai pelbagai agenda yang tersembunyi. Anda boleh melihatnya disini. Nak percaya atau tidak,itu perkara kedua.
Faktor kedua mengapa gagasan UG ini tidak dapat direalisasikan adalah kerana faktor rakyat itu sendiri.Rakyat sememangnya sudah muak dan jelek dengan UMNO ni. .Buktinya kita lihat peristiwa Tsunami Politik 8Mac yang lepas, menunjukkan kebencian rakyat terhadap BN begitu jelas. Jadi,Najib mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap PR dan PAS khususnya dengan menimbulkan pelbagai polemik politik berkenaan UG ini..
‘Ala kullihal, tentang isu UG ini, saya secara dasarnya sangat bersetuju dengan idea yang dicetuskan oleh Presiden PAS ini kerana ia sememangnya akan memberi impak positif dan keuntungan yang besar kepada rakyat Malaysia.Cuma, MASANYA belum lagi sesuai untuk dilaksanakan sekarang..
Diharap mufti Perak usahlah begitu kecewa dengan penolakan UG ini. Suka untuk saya memetik kata-katanya :
‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.”
Insyaallah, Melayu dan Islam akan bersatu tapi bukan dengan cara ini (UG) kerana jika dilaksanakan sekarang, saya kira banyak mafsadat dari maslahahnya.Harap Mufti dapat bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah menyatukan hati Umat Islam ini.Ameen.
Bilamana kita menyebut tentang UG ni, saya berpendapat, sememangnya sangat mustahil untuk dilaksanakan melihatkan situasi dan kondisi Malaysia sekarang lebih-lebih lagi untuk bekerjasama dengan UMNO..
Cadangan saya, PAS kuatkanlah hubungan dan jalinan perjuangan bersama NGO-NGO Islam yang berpengaruh di Malaysia seperti ABIM dan JIM. Dalam erti kata yang lain, Unity Jemaah (UJ) tanpa mengkesampingkan peranan PAS dalam PR. Rakyat Malaysia bukan sahaja perlu disedarkan dengan kesedaran politik, malah kesedaran kepentingan ilmu dan agama itu juga adalah sangat penting..
Saya tidak nafikan, PAS sememangnya menitik beratkan tentang kesedaran ilmu dan penyebaran dakwah yang meluas. Akan tetapi,alangkah indahnya jika dapat disatukan gerak kerja tersebut bersama sahabat-sahabat ABIM dan JIM.
Sebagai contoh, PAS menfokuskan peranannya mendidik rakyat Malaysia tentang kesedaran politik Islam.
ABIM pula memacakkan pelbagai aktiviti fokus kepada kepentingan ilmu-ilmu asas dalam tradisi Islam seperti Tafsir, Mustalah al-Hadis, Ilmu Kalam dan Mantiq. Ini kerana cabaran-cabaran baru terutama dalam bentuk pemikiran terhadap umat Islam amat berkait dengan disiplin-disiplin ini.
Secara generalnya, PAS sememangnya mampu untuk melaksanakan kesemuanya. Akan tetapi,jika dilihat secara reality yang ‘real’nya, susah untuk PAS memberikan sepenuh perhatian dalam pelbagai sudut seperti yang telah disebut di atas.
Jadi,cadangannya, harap PAS menghulurkan tangan ‘perpaduan’ kepada mana2 ‘jemaah’ yang berkaitan untuk merancang strategi dan pelaksanaan dalam usaha untuk membina kesedaran politik, agama juga kepentingan ilmu kepada seluruh rakyat khususnya umat melayu Islam seterusnya menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN..
Sememangnya,untuk membina khilafah Islam bukanlah mudah. Ia memerlukan tahap dan marhalahnya tersendiri. Bermula dari individu Muslim>Keluarga Muslim>Masyarakat Muslim>Negara Islam sehinggalah kepada Khilafah yang telah lama hilang dari ingatan kaum Muslimin di dunia ini..
Seperti kata Presiden CAP iaitu S.M Idris:
“ For you to create an Islamic State you must create an Islamic Society first”
Saya kira inilah masanya untuk jemaah Islam bersatu (UJ) bagi meruntuhkan kekufuran bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.
Kepada semua mahasiswa terutamanya yang bergelar aktivis, ayuh sama-sama kita perkasakan budaya ilmu..Cabaran-cabaran yang mendatang semakin hari semakin hebat terutamanya yang berbentuk pemikiran yang berjangkit masuk ke dalam kehidupan masyarakat Islam, yang mana menggegar dan menggoyahkan tiang aqidah kita. Hanya dengan pemerkasaan ilmu sahaja dapat menangkis dan mencegah virus ini daripada menular.
“Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek. “ (Barack Obama)
... our purpose in founding our state was not to promote the happiness of a single class, but, so far as possible, of the whole community. Our idea was that we were most likely to justice in such a community, and so be able to decide the question we are trying to answer. We are therefore at the moment trying to construct what we think is a happy community by securing the happiness not of a select minority, but of a whole. (Plato)Siiru 'ala barakatillah.
~Berjuang,Berjuang & Terus Berjuang~
Nur Shahidat Mohamed
Timb Exco,
Sekretariat Penerangan Maruf Club UIAM
MAHASISWA : Memahami Realiti Menjiwai Haraki
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Bilamana menyedari lebih kurang seminggu saya tidak mengupdate blog ni, jadi saya memaksa dan menggasak minda dan diri saya untuk menulis demi mencetus mahu dan tahu kita tentang sesuatu isu dan perkara.Saya sangat gembira dan rasa bertuah sebenarnya apabila dapat berjumpa dan mendengar perkongsian dari dua orang yang sangat hebat iaitu Cikgu Azmi dari TERAS dan saudara Wan faisal (rausyanfikir.com) yang mana saya dan beberapa orang sahabat yang lain berusrah dan berkongsi pendapat dengan anak muda ini.
Saya begitu tertarik dengan penyampaian dari saudara Wan Faisal yang mengupas mengenai The University and The Captive Mind.
Sememangnya jika di lihat keadaan di universiti sekarang khususnya di Malaysia, mahasiswa seolah-olah terkurung minda mereka untuk melihat realiti dunia sebenar dan sikon semasa yang berlaku. Keadaan dan masalah ini perlu dilihat dengan lebih serius dan mendalam kerana keadaan dunia sekarang semakin hari semakin maju dan sindrom ‘Minda terkurung dan terpenjara’ ini semakin hari dilihat seperti masalah dan perkara biasa saja.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Emeratus Prof Khoo Kay Kim yang di kongsi oleh saudara wan faisal di blognya :
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."
Punca masalah captive mind ini berlaku adalah kerana kurangnya ilmu dan intelek yang menyebabkan kita jadi confused and error in knowledge. Akibat daripada kekeliruan ilmu ini memberi kesan kepada hilangnya adab dan akhlak sesorang muslim khususnya mahasiswa dan sikon ini menjadi lebih teruk lagi bilamana dua masalah ini menyebabkan bangkitnya the false leader dalam masyarakat kita pada hari ini.
Keadaan dan masalah dalam kitaran ini akan sentiasa berterusan (recycle)sekiranya kita tidak mengubah dan memperbaiki salah satu daripada 3 punca berikut.
Sebagai contoh, kita ambil masalah ilmu (knowledge ). Sekiranya kita khususnya mahasiswa betul-betul eager dan bersungguh-sungguh dalam pencarian ilmu dan memahami disiplin ilmu sebetulnya, kita tidak perlu lagi risau dalam memikirkan future leader yang akan memimpin Malaysia pada masa akan datang.
Bak kata Jean Baudrillard :
“ We live in a world where there is more and more information but less & less in meaning”.
Fikir-fikirkan.
Saya memilih tajuk Mahasiswa : Memahami Realiti Menjiwai Haraki pada kali ini adalah kerana tertarik dengan cetusan yang di lontarkan oleh Cikgu Azmi dimana sebagai mahasiswa, kita seharusnya memahami keadaan reality semasa yang berlaku untuk kita menjiwai gerakan yang kita di bawa pada hari ini.
Sedar atau tidak, kita sering mempersoal dan membincangkan siapa yang kalah dan menang. Kurang sekali kira memikirkan siapa yang salah dan benar dalam sesuatu keadaan.
Sedar atau tidak, kita sering membenarkan yang kuat.Jarang sekali kita mengambil sikap menguatkan yang benar.
Inilah reality yang harus kita sedar pada hari ini. Dimana kita mahasiswa sekarang? Kemana halatuju kita? Apa tindakan yang harus kita lakukan?
Saya teringat akan ‘assignment’ yang diberikan oleh naqibat saya iaitu supaya membuat perancangan masa depan 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Insyaallah, ‘assignment’ dah siap,tinggal lagi nak submit dan di nilai oleh naqibat.(^_^).
Disini, suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat khususnya yang bergelar mahasiswa untuk sama-sama kita memahami situasi semasa berdasarkan realiti bukanlah berdasarkan fantasi dan khayalan minda yang syok sendiri.
1) Faham dan baca realiti
-Sebagai mahasiswa yang mana merupakan agen pengubah keadaan, kita perlucepat dan peka dengan realiti sekarang. Sebagai contoh, fahami keadaan ekonomi Negara sekarang, cuba memahami dan menjiwai reality kehidupan masyarakat sekarang dan sebagainya,key wordnya adalah cepat faham reality.
2) Realiti yang ‘real'.
-Baca dan faham reality sahaja tidak cukup tanpa kita rasai sendiri reality itu sendiri. Perlu di ingat, reality itu ada 2 jenis iaitu : a) masalah yang dirasai b) masalah yang tidak dirasai..sebagai contoh, isu ISA. Saya meletakkan isu ISA ini sebagai reality masalah yang tidak dirasai. Mungkin sesetengah masyarakat tidak begitu mengambil cakna akan isu ini kerana ia bukanlah masalah yang dirasai sendiri oleh mereka. Tugas kita mahasiswa adalah bagaimana untuk kita menukarkan masalah yang tidak dirasai ini kepada masalah yang dirasai oleh semua pihak supaya ia menjadi suatu reality yang ‘real’.
3) Merubah reality
-Selepas kita dapat genggami reality yang real ini, tugas kita seterusnya adalah cuba untuk merubah reality tersebut. Saya kira begitu banyak masalah masyarakat yang perlu di ambil perhatian oleh mahasiswa dalam kita membela masyarakat tanpa kita mengkesampingkan isu –isu mahasiswa dan isu semasa yang lain.Dalam usaha untuk merubah reality, kita haruslah berupaya untuk membentangkan sesuatu masalah kepada masyarakat agar isu yang kita bawa itu dapat juga dirasai oleh masyarakat lainnya. Disinilah peranan strategi dan pelaksanaan memainkan peranan yang penting. Kalau loghat klate disebut ‘jijok’. Makna kata, untuk melakukan sesuatu gerak kerja, kita dan penggerak yang lain haruslah ‘jijok’ dengan gerak kerja tersebut. ( boleh tanya sahabat-sahabat Kelantan yang lain kalau nak tahu maksud ‘jijok’ =).
1)Hadam konsep 4S
a) Sacrifice > perlu bersedia untuk berkorban masa,tenaga ,wang hatta nyawa sekalipun.
b) Self-denial (hidup berdikari)-> sebagai aktivis mahasiswa,cuba untuk tidak memanjakan diri dalam menghadapi apa jua keadaan. Bak kata seorang sahabat, cuba jadi 'hati kering '.
c) Simplicity > cuba jadi seorang yang sederhana dalam berbelanja tetapi tinggi dan besar hasilnya.Kalau bahasa kampung saya berbunyi 'simple living,high thinking'(^_^).
d) Steadfastness > Istiqamah.
2) Faham masa lalu ( faham sejarah), Bertindak masakini, Merancang masa depan.
Teringat satu kata-kata famous yang di ungkap oleh pak natsir :
"Pemimpin tidak boleh dicetak.Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah,menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh ummat.".wassalam.
~Berjuang,berjuang dan terus berjuang.~
Senario Dunia Islam & Strategi menghadapinya
Golongan Yahudi & Nasrani tidak sesekali akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut jejak langkah (anutan) mereka...( Al-Baqarah: 120 )Sejak kebelakangan ini saya begitu tertarik & teruja untuk mengkaji sejarah kebangkitan & kejatuhan Islam setelah mendengar satu siri ceramah dari ustaz Kazim berkenaan dengan Bagaimana Yahudi begitu licik menipu kita. Sebenarnya minat ini sudah mula membiak dalam diri ketika mana saya mengambil subjek Islam,Knowledge & Civilization yang telah di ajar oleh anak murid seorang tokoh yang hebat Syed Naqib Al-Attas iaitu Dr.Aliza.. Dalam masa yang sama juga pemikiran saya sekarang semacam digasak dan di asah untuk lebih banyak berfikir dan lebih kritikal dengan keadaan semasa umat Islam masa kini..
Dunia semasa hari ini memperlihatkan suatu sikon ( situasi dan kondisi ) yang amat-amat berbeza daripada perspektif dunia Islam pada era Rasulullah SAW. Semestinya beberapa cabaran dan bentuk-bentuk ancaman musuh Islam perlu disedari secara lebih kritis dan teliti agar perancangan untuk menghadapi bahaya musuh Islam ini lebih-lebih lagi di zaman teknologi dan globalisasi ini yang semestinya menjanjikan pelbagai risiko berbahaya untuk agama dan umat Islam seluruhnya.
Saya tertarik dengan rumusan Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan oleh Ustaz MiorIsfandy semalam di mana secara umumnya Ucapan Dasar Presiden banyak menyentuh berkenaan dengan permasalah dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang sememangnya menjadi core problem di Malaysia sekarang. Inilah dia implikasi negatif yang dirasai oleh hampir kesemua negara-negara Islam pada hari ini hasil daripada penguasaan secara monopoli kuasa Amerika Syarikat dan sekutu Liberal Kapitalisnya.
Secara ringkasnya, keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kesan daripada ideologi sekularisme dan aktiviti-aktiviti gerakan musuh yang tersusun seperti Kristianiti,Zionis dan Orientalis. Di samping itu, saya melihat permasalahan dunia Islam pada hari ini sebenarnya adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran.
Faktor Dalaman :
1) Prejudis dan hilang keyakinan dikalangan umat Islam sendiri terhadap sistem dan ajaran Islam itu sendiri.
2) Tiada kesatuan fikrah melaksanakan tindakan terhadap isu-isu yang berkaitan kepentingan ummah.
3) Kurangnya penguasaan umat Islam dalam perkembangan ilmu dan kepesatan teknologi bagi menyaingi kemajuan teknologi barat.
4) Ketiadaan kuasa penentu di kalangan negara-negara dunia Islam dalam menghadapi ancaman luar ( OIC hanya tinggal nama ).
Faktor Luaran :
1) Serangan ideologi dari Barat yang terpaksa dihadapi oleh negara-negara Islam.
2) Cengkaman daripada pertubuhan atau pergerakan antarabangsa yang menggunakan nama kebajikan,pendidikan seperti IMF yang menawarkan bantuan kewangan yang akhirnya menyebabkan negara-negara Isla terpaksa akur terhadap setiap keputusan Barat.
3) Tekanan dari PBB itu sendiri samada melalui piagamnya, sekatan-sekatan ekonomi, kuasa veto dan sebagainya.
4) Pengaruh media massa serta teknologi maklumat yang mana banyak digunakan untuk memudahkan penyampaian propaganda yang penajanya didalangi oleh Zionis laknatullah.
Saya gusar dan gundah melihat senario dunia Islam pada hari ini yang mengalami ketidak satuan samada dalam aspek politik,ekonomi juga sosialnya. Seorang tokoh Barat yang bernama Golam W.Choudhury, beliau mengklasifikasikan negara-negara Islam pada hari ini kepada 3 jenis iaitu :
1) Negara-negara yang membangunkan negaranya dengan acuan kenegaraan Islamnya sendiri seperti Afghanistan, Iran, Pakistan, Saudi Arabia dan Sudan. Bagaimanapun, sesetengah sarjana tidak menganggap negara-negara ini sebagai negara yang bertaraf Daulah Islamiyyah kerana masih terdapat beberapa aspek yang tidak selari dengan pemerintahan yang di asaskan oeh Islam pada zaman kerajaan Islam MAdinah.
2) Negara-negara yang majoriti penduduknya adalah Islam dan memberi perhatian terhadap aspek keislaman tetapi secara majoritinya, negara-negara tersebut tidak mengisytiharkan mereka sebagai negara Islam meskipun kadangkala lantang memeperkatakan isu-isu berkaitan dengan Islam. Mereka ini hanya menggunakan Islam sebagai agama rasmi sahaja dan ini termasuklah Malaysia yang kucintai:).
3) Negara-negara yang lebih memilih untuk diisytiharkan sebagai negara sekular seperti turki. Negara-Negara ini hanya mengambil Islam sebagai agama ritual semata-semata tanpa melibatkan aspek kehidupan yang lain. Saya kira inilah sistem negara Islam yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Attaturk laknatullah di Turki.
Inilah dia senario dunia islam sekarang. Suatu perkara yang harus kita ingat ialah tindakan ini sebenarnya amat merugikan umat Islam dan menyebabkan dunia Islam sentiasa tertinggal di belakang. Teringat dengan janji Allah dalam FirmanNya :
" Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang ( kepada kekufuran), maka jadilah kamu orang yang rugi." ( Ali-Imran : 149 )Saya ada membaca satu buku mengenai kesan Sekularisme ke atas dunia Islam. Jadi, suka untuk saya kongsikan disini beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam seperti aspek pemikiran,sosial,politik,ekonomi,pendidikan dan juga perundangan yang mana ia adalah hasil daripada penularan ideologi sekular.
Alan Richardson ada menyebut dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan :
"Dunia Islam yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka."
Aspek Pemikiran :
Kita lihat hari ini di Malaysia khususnya di mana pemikiran umat Islam semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja. Saya bagi contoh : Semasa sambutan Maulidur Rasul, kita dapati imej dan syiar Islam begitu di jaga, namun pada masa yang sama di luar aktiviti ini, Islam tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan atau kelas agama tamat. Contoh kedua dalam urusan perkahwinan. Rukun,syarat dan adab begitu dijaga kerana bimbang takut-takut perkahwinan tidak sah, sedangkan pergaulan bebas sebelum perkahwinan tidak pernah diambil kira mengikut syariat Islam. Inilah dia bentuk pemikiran masyarakat pada hari ini yang mana semakin sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal Islam dengan hal-hal ekonomi,sosial dan lain-lain.
Aspek Politik :
Aliran politik barat tertanam di dalam jiwa setiap umat Islam seperti fahaman kapitalisme,sosialisme,nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini begitu kuat dipengaruhi dan dihantui oleh sekularisme sedangkan agama islam telah meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politi,ekonomi,dan sosial. Malah di zaman Rasulullah dulu menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti yang mana menunjukkan integriti agama dengan kehidupan seluruhnya. Menyentuh tentang fungsi masjid ini,saya teringat akan cabaran yang telah dilontarkan oleh lecturer saya dalam subjek Quran, Sunnah & Built Environment, dimana beliau mencabar semua pelajar senibina bagaimana untuk mencorak atau membuat design masjid yang mana dapat attract muslim khususnya remaja agar tertarik untuk ke masjid dan menjadikan masjid itu berfungsi seperti mana zaman Rasulullah..huh! agak berat untuk menyahut cabaran tu prof tapi ia tak mustahil sebenarnya. Nothing is imposible!(^_^)
Aspek Pendidikan
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Jika kita lihat, sistem pendidikan negara disusun daripada pra-sekolah sehinggalah kepada peringkat tertinggi adalah mengambil dari dasar sekular. Ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan ; samada aliran agama ataupun bukan agama. Apa itu aliran bukan agama? Ia bermaksud pengajian subjek-subjek umum di sekolah digubal menggunakan idea-idea barat yang tidak disepadukan dengan pemikiran islam.Lebih meyedihkan lagi apabila aliran pendidikan Islam semakin d pandang sepi dan mendesak masyarakat mengutamakan disiplin-disiplin lain.
Saya mengambil contoh keadaan semasa sekarang dimana kita melihat Kementerian Pendidikan mewajibkan lulus bahasa Inggeris dalam SPM...Kenapa Bahasa Inggeris? Kenapa tidak kertas Pendidikan Agama untuk pelajar Muslim?
Kredit diberikan kepada GAMIS kerana akan menganjurkan Kongres Pendidikan pada bulan Julai akan datang.Maklumat lanjut mengenai kongres ini boleh dilihat disini
Inilah beberapa aspek yang telah berjaya memberikan implikasi negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia hasil daripada penjajahan ideologi sekularisme dari Barat ini.
Hasil daripada pembacaan beberapa buah buku, suka untuk saya lontarkan disini beberapa strategi untuk kita menghadapi ancaman dan cabaran ini :
1) Kita ( umat Islam ) haruslah cuba sedaya upaya untuk membebaskan diri dari belenggu ideologi penjajah dari segi politik,ekonomi,sosial,pendidikan, dan perundangan.Seharusnya semua aspek ini kita perlu berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah.
2) Pemantapan akidah Islam dan semangat jihad di dalam diri setiap muslim perlulah ditanam. Tidak hairanlah apabila Abu "ala Al Maududi meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam sebagai menggambarkan betapa jihad merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi dunia globalisasi masa kini.
3) Jadikan Al-Quran & hadis sebagai rujukan utama dalam pelaksanaan dan perjalanan hidup merangkumi semua urusan.
4) Para pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama.
5) Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dan pendidikan dari taman asuhan hinggalah ke peringkat universiti.
6) Dakwah Islam perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan dengan menggunakan cara yang mudah,praktikal dan logik.
7) Saingan teknologi dan perkembangan sains moden hari ini perlu di hadapi dengan usaha-usaha positif oleh umat islam bagi menyeimbangkan cabaran teknologi masa kini.
Secara konklusinya, dalam konteks dunia islam pada hari ini, kita perlulah berhati-hati dan berstrategi dalam menghadapi musuh agar satu hari nanti kita dapat melihat Islam Memimpin Perubahan.Insyaallah.
Siiru 'Ala Barakatillah...
~ Begin With The End Of Mind~
Jangan hanya membela SIS
Berikutan usul tentang pengharaman NGO Sister In Islam (SIS) oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada Muktamar ke 55 tempoh hari, pelbagai reaksi negatif juga positif yang telah di lontarkan oleh pelbagai pihak.
Ada pihak yang menawarkan untuk menjadi orang tengah bagi PAS dan Sister In Islam berdebat.
Ada juga yang mencadangkan SIS ini tidak diharamkan tetapi hanya di tukar perkataan Islam kepada yang lebih sesuai.
Dan ramai lagi yang mengkritik dengan pelbagai cadangan juga tohmahan.
Saya sedikit gusar apabila banyak respon negatif yang di lemparkan khususnya kepada parti PAS itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti membela NGO Sister In Islam ( SIS ) ini . Dalam keadaan ini, jika saya berada di situasi SIS sekarang,saya merasa begitu terharu dengan pembelaan dari pelbagai pihak khususnya dari orang agama.
Saya tak hairan jika Tun Mahathir yang mengkritik usul dari PAS ini kerana anaknya Marina sendiri yang terlibat dalam SIS. Tetapi saya cukup sedih kerana yang mengkritik itu adalah dari orang agama sehingga melabelkan PAS itu bersifat 'kuku besi' dan lebih teruk lagi mengkritik secara terbuka agar Dewan Ulama dibubarkan. Sesungguhnya kenyataan seperti itu akan memberi sedikit kesan buruk kepada Islam itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti mengangkat martabat SIS.
Apa yang saya faham, usul yang dicadangkan oleh PAS Shah Alam adalah supaya Sister In Islam yang membawa aliran Islam Liberal ini di siasat dan di selidik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sekiranya SIS terbukti bertentangan dengan Syariat Islam,maka Majlis Fatwa hendaklah mengharamkan pertubuhan tersebut.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan dari setiausaha GAMIS, Siti Nurul Munawirah Mohd Roslan yang menjelaskan bahawa :
"Kami (SIGMA) memahami tindakan Pas (Parti Islam SeMalaysia) itu adalah susulan kedegilan dan keangkuhan SIS (Sister In Islam) untuk membuka ruang penghujahan yang adil untuk mencari kefahaman Islam sebenar. Pandangan Pas amat kami sokong, namun begitu SIS masih ada peluang untuk tidak diharamkan iaitu apabila mereka bersedia berubah, Pas wajar membuka pintu kerjasama pula,” jelas beliau panjang lebar.
Saya bimbang dalam keghairahan kita mengkritik, di sana ada pihak yang sedang mentertawakan kita umat islam. Sesungguhnya Yahudi tidak pernah berhenti berusaha untuk menghancurkan Islam.
Teringat ucapan dari ), beliau ada mengatakan dalam ucapannya ketika pada tahun 1987 :
Sememangnya memberi kritikan itu tak salah tetapi cara dan medan yang digunakan untuk mengkritik itu mungkin salah.
Betulkan saya andai tersilap.
~ Berjuang,berjuang & terus berjuang ~
Al-Kisahnya....
“Salam.ustazah..tolong bagi pengisian untuk usrah malam ni boleh?” mesej seorang sahabat petang tadi.
“Maaf.ana tak dapat bagi pengisian dan juga tak dapat hadir usrah malam ni. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah 3 hari ana sakit gigi.asif jiddan.” Replyku kepada sahabat.
Sebenarnya, 2, 3 hari ini mood tak berapa baik. Pelbagai benda di fikirkan. Mungkin terasa sedikit sunyi dek kerana sahabat-sahabat terdekat semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang kerana ada kenduri yang perlu di uruskan, tak kurang juga yang pulang ke kampung mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga..Tinggal lagi aku yang masih tak berpeluang untuk pulang ke rumah di sebabkan ada beberapa urusan penting yang perlu di sempurnakan di kampus. Ingatkan minggu ini boleh balik, tetapi terhalang oleh exam pertengahan semester. Minggu depan juga mungkin tak dapat balik kerana ada group presentation. Umi di kampung telah beberapa kali mendesakku untuk pulang. Katanya tak puas bermanja dengan anak-anak dia ni yang pulang hanya seketika cuma..Insyaallah umi, ada masa dan peluang , anakmu akan pulang nanti.
Berbalik kepada mesej yang diberikan oleh sahabat tadi, hatiku ini sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi pelawaan sahabat. Ujian sakit gigi ini sedikit sebanyak telah membantutkan percakapan dan pergerakanku. Nikmat bercakap sedikit sebanyak telah di tarik oleh Allah. Tapi semua ini tidak menjadi masalah bagiku. Bak kata naqibat usrah “ cuba jadikan setiap masalah dan ujian ni sebagai suatu peluang untuk kita”.
Jadi ,aku cuba applykan nasihat naqibatku tersebut dengan harapan dapat mengembalikan semangat yang sedikit lesu.
Semalam, aku menggagahkan diri untuk hadir ke muktamar PAS kali ke-55 yang diadakan di Shah Alam, walaupun sebenarnya badan tak berapa sehat . Banyak yang dapat ku ambil pelajaran dan iktibar disana walaupun sekadar menjadi pemerhati sahaja..Kalau dulu aku hanya menyanyikan lagu tema PAS bersama rakan-rakan, tetapi di muktamar, aku mengalunkannya bersama-sama pemimpin-pemimpin PAS yang lain.Sangat teruja! Alhamdulillah.
Ok.setakat itu dulu cerita muktamar.
Disebabkan nikmat bercakap telah ditarik sedikit sebanyak oleh Allah, jadi aku cuba mencari semangat dicelah-celah kelesuan ini. Alhamdulillah, semangat mulai pulih setelah membaca kisah mengenai kehebatan seorang insan yang bernama Siti Rahmah.Siapa dia ini?
“Kematian seperti tempat jemuran kain.apa sahaja akan kering di atasnya. Begitu juga dengan kematian. Biar siapa pun kita,Apa pangkat kita, berapa usia kita!” Itulah antara isi ucapan ceramah Siti Rahmah.
Pandangannya tajam tertumpu pada setiap hadirin. Tidak kira berapa ribu orang dihadapannya, semuanya gembira dan tertarik dengan persembahan ceramahnya. Dia dapat mengajak semua orang istighfar, berselawat, bernasyid dan ada ketikanya sama-sama menangis.
Kemampuannya meminta semua hadirin dari semua perigkat golongan usia berdiri sambil berselawat dengan kuat adalah antara ciri-ciri berjayanya seseorang penceramah professional.Siapa sebenarnya Siti Rahmah ni?
Penceramah hebat ini sebenarnya baru berusia 10 tahun yang berasal dari Pulau Batam,Indonesia..Beliau adalah anak kepada Pak Kiyai Haji Mohd Sholehan dan ibunya bernama Ummu Nur Jannah Haji Sahlan. Bukan hanya Siti Rahmah, malah empat lagi saudaranya juga mampu menyampaikan ucapan dengan baik sekali.
Mereka telah berjaya mengisi banyak program yang telah di atur oleh pihak penganjur setempat.Pernah pada satu malam, ketika mengisi program di Kedah selama 5 hari, ada kalanya satu malam mereka berpecah pada tiga tempat berasingan ekoran permintaan masyarakat.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah sepanjang 5 hari tersebut, mereka telah berjaya menyampaikan ucapan di 13 tempat. Pernah suatu hari, Siti Rahmah terpaksa menyampaikan ceramahnya di dua tempat berasingan. Satu lepas maghrib dan satu lagi lepas isya’.
Masyaallah. Memang sangat teruja membaca kisah mereka. Betapa hebatnya mereka dalam public speaking ini sehingga dalam usia yang muda sudah mampu menarik perhatian pendengar untuk terus setia mendengar ceramah mereka..Kita pula bagaimana?
“ Wahai kaumku demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang seolah-olah kita bencikan apa yang kita impikan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang dengannya kita dimuliakan Allah.Maka ayuhlah kita bergerak, dihadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”
– Abdullah bin Rawahah RA-
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Ukhuwah Itu Pada Berlapang Dada
“Assalamualaikum, boleh tumpang duduk di sebelah?” sapa saya pada seorang adik usrah ni.
“Eh kak, duduklah,” dia terkejut kedatangan saya di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.
“Redupkan petang ni kan?” dia memulakan bualnya. Saya lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari saya.
“A'ah! Redup-redup. Tapi wajah adik tak seredup petang ni akak tengok,” saya memancing. Zira gugup.
Dia diam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, saya ok je kak,”
“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Zira sembunyikan daripada akak?”
Selepas memancing dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Zira membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Zira ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Imah.
“Apa Dik kata pada Imah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal saya. Dia diam lagi, mungkin dia cuba ingat-ingat semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.
“Adik dah minta maaf pada Imah?” saya menambah, cuba mahu meredakan hati kusut Zira.
Dia menggeleng. Diam Zira petang itu terus digamit perasaan.
“Akak rasa Zira yang salah ke kak?” soal Zira ingin kepastian. Saya gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Zira tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.
“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”
“Kalau Adik tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau adik yang dahulukan untuk memohon maaf,” lembut saya menyatakan pada Zira. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.
“Tapi kak....”
“Hmmm?”
“Tak akan teguran macam itu pun Imah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat bekerja bersama, kena fahamlah,” Zira menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.
“Faham yang macam mana adik maksudkan?”
“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai abaikan tanggungjawab?”
“Zira rasa macam itu?”
“Hmm.. maksud adik, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah saya. Zira cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang saya menunggu jawapan.
“Kalau Zira duduk di tempat Imah, agak-agak apa Zira rasa?” saya menduga seketika. Zira diam lagi.
“Masakan adik tidak tahu perasaan Imah, 2 tahun akak tengok Zira rapat dengan dia,”
Saya pula diam, membiarkan Zira berfikir. Dia kelihatan sedih.
“Adik tak setuju dengan pendapat akak? Marah dengan akak?” soal saya. Perlahan-lahan dia menggeleng. Saya merapatkan duduk saya disebelahnya.
“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Zira, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”
“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan putus asa,” saya memecahkan kebuntuan agar Zira dapat mencari jawapan yang sudah ada pada saya.
“Merajuk?” jawab Zira.
“Lagi?” saya mengorek. Zira terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.
“Kalau akak kata Baginda berkecil hati adik setuju?” soal saya.
“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.
“Sekarang adik sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”
“Sudah tentu bukan kak!” Zira sudah mulai faham topik yang saya cuba sampaikan.
“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Zira juga, macam Imah juga,” pantas saja jawapan saya.
“Dalam persahabatan juga begitu, Imah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Adik dalam gerak kerja ni, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Zira ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah saya.
“Adik tak rasa macam tu?” tanya saya menduga.
PADA BERLAPANGNYA DADA...
“Hmm..saya kurang jelas dengan perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana yang perlu didahulukan ye kak?” saya nampak dia mulai faham konsep yang saya mahu sampaikan.
“Dua-dua penting dik!”
“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu baru kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang,justeru senang nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah saya lagi.
“Habis tu saya kena minta maaf pada Imah?”
“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau adik rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah adik dengan Imah. Teruskan,” cadang saya.
“Adik kenalah berlapang dada,”
“Berlapang pada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.
“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar. Yakni, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas saya. Zira nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.
Petang yang damai itu, saya puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.
“Nak ke mana tu dik?” tiba-tiba saja Zira bangkit mahu meninggalkan saya.
“Nak cari Imah lah kak,”
“Tinggalkan akak sorang-sorang?” saya bergurau.
“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang saya hulur.
Berderai hela tawa. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.
p/s : tulisan asal adalah dari Afiq Saleh.Syukran sahabat
~Begin With The End of Mind~