Tugas lebih banyak dari waktu
Tugas lebih banyak daripada waktu!..Ada benarnya kalam Sheikh Hasan Al Banna itu bila menilai pada diriku sekarang ini..Seminggu dua ini amat sibuk dengan aktiviti persatuan ditambah lagi dengan assignment dan quiz yang bertimbun..tu sebab jarang online dan kalau online pun hanya jenguk-jenguk sekejap cari bahan. Bagaimana dengan diri anda?..Mungkin anda mempunyai banyak waktu yang terluang dan kemungkinan juga waktu anda lebih padat dari saya..namun, persoalannya, ke mana kita membawa dan mengisi haluan waktu kita..adakah ke arah positif atau sebaliknya..
Mungkin kadang-kadang kita terlupa yang waktu telah memotong kita..berlari laju sepantas kilat sehingga kita tidak menyedari hadirnya kilauan cahayanya..kita lupa yang diri kita terlupa untuk kita tidak lupa dalam merentasi cabaran kehidupan ini.. kadang-kadang kita lagha dengan keseronokan yang ada di sekeliling kita.. dapat makan sedap sehingga lupa kepada mereka yang sedang kelaparan.. dapat bergaya sehingga tidak menyedari sahabat kita yang terpaksa memakai pakaian yang sama kerana kemiskinan.. dapat ber'bluetooth', ber'infared', berhibur dan kemudian bergelak tawa dengan 'telefon canggih' kita sehingga tidak sedar kita telah menggunakannya untuk benda yang melalaikan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Kadang-kadang.. inilah kita!..
Adakah kita ingin terus lupa?..Ingatan untuk NurIslam sendiri sebenarnya di samping untuk sama-sama kita merenungnya...kerana..waktu itu tajam, bak pedang...andai kita tidak memotongnya.. ia akan memotong kita.. kuasailah waktu..!
Jangan kita terlalu sibuk berpersatuan dan kuliah sehingga kita lupa waktu kita dengan KEKASIH kita?Apa guna kita dipandang mulia walaupun hakikatnya kita hina dimataNYA?.. Jangan mengharapkan sanjungan manusia kerana redha Allah itu yang didamba..!
Moga kita semua mendapat keredhaan Allah tidak kira siapa pun kita.. Tingkatkan darjat taqwa dan iman kita.. kerana takutkan Allah itulah penyelesaian kepada semua masalah.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri..! Anda mahu negara kita aman?.. Sama- sama kita berubah!.. Beriman, Bertaqwa, Berilmu, Beramal,Berjuang, Beristiqamah barulah..Bersih, Cekap, Amanah(slogan PDRM)..! salam syifa' Ilahi..
Currently have 0 comments: