Terima Kasih KEKASIHKU
Terima kasih Tuhan
kerana menjadikan aku seperti aku sekarang
punya aqal untuk berfikir
punya hati untuk merasai
punya jiwa untuk hidup sebagai seorang manusia
punya anggota tubuh untuk melakukan segala
sesungguhnya
batang tubuh yang satu ini
punya sejuta bukti bagi yang mahu mencari
punya nikmat tak terperi bagi yang mahu mensyukuri
punya ilmu yang tersirat bagi yang mahu menghayati
punya tanda kekuasaanMu Ya Ilahi bagi hamba yang sedar diri
aku ini cuma manusia
kekadang aku alpa, leka, dan lupa
nikmat yang diberiMu ini
tidak disyukuri sebagaimana yang mesti
anugerah tubuh ini
tidak diguna buat memperhamba diri
pinjaman yang sementara cuma ini
tidak diganti dengan ketaatan kepadaMu Ilahi
lagak seperti tuanpunya tubuh sendiri
padahal...
andai mahu dibayar anugerah sebelah biji mata ini
ibadah seumur hidup pun
belum dapat menukar ganti
mati hidup balik walau seribu kali
ibadah setiap detik sekalipun
tak akan dapat melunasi
harga sebiji mata
nikmat tak terperi kurniaanMu ini duhai Ilahi
ayuh sahabat...
mari kita bersyukur
serta berterimakasih kepadaNya
dengan ketaatan seorang hamba
juga redha akan segala dugaan yang menimpa
sesungguhnya...
betapa bertuahnya kita ini
dijadikanNya sebagaimana kita
seorang makhluk bernama manusia
semoga kita diberiNya daya dan kekuatan
untuk sentiasa mensyukuri
nikmat tak terperi ini
aminnnnn...
Currently have 0 comments: