Aquasprite Theme Demo

lagi-lagi AGM!!

20 October 2008 , Posted by Syaheed at Monday, October 20, 2008

Salam optimis buat korang semua

Hmm,tiga empat hari nie,wireless xberfungsi dgn baik.so,NurIslam xdpt la nak posting 2 3 hari nie.alhamdulillah, tgh hari tadi dah ok.good job ITD!!

Hari ni Nurislam akan berkongsi mengenai AGM.hmm,seminggu dua nie, kat UIA sibuk dengan pelbagai Annual General Meeting ( AGM ).setiap society dan club masing-masing bertungkus lumus memastikan AGM diorang berjalan lancar..tahniah diucapkan kepada society yang telah berjaya mengadakan AGM dengan jayanya..setelah genap setahun pemimpin-pemimpin setiap society & club memegang jawatan, tibalah masa untuk mereka meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada adik-adik mereka untuk memimpin.dan kerana itulah fungsinya AGM.

Seingat NurIslam, society atau badan yang paling awal mengadakan AGM ialah majlis perwakilan pelajar atau di UIA dipanggil SRC ( students representative council ).tahniah NurIslam ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengadakan AGM dengan jayanya dan mengikut jadual yang ditetapkan. Apa yang menjadi kemusykilan dan ketidakpuashatian NurIslam ialah, pihak HEP meminta SRC untuk mebuat AGM mengikut waktunya, tetapi sehingga sekarang belum menetapkan tarikh untuk kami sebagai students memilih pemimpin pelajar yang baru ( senang kata Pilihan Raya Kampus ).adoii..hangpa ( HEP ) nie saja nak cari nahas dengan students..pastu kalau depa wat demo, hangpa maghah..ish3..tahniahlah kepada HEP di setiap university di sekitar lembah klang kerana kalian berjaya mencetuskan kemarahan MAHAsiswa. .mungkin kalian belum serik lagi dengan kejadian demo di UKM tempoh hari..tungguuu tindakan dari MAHAsiswa yang seterusnya..jangan sampai kejadian Dewan Naib Canselor terbakar buat kali kedua ( padahal tue pon tindakan depa gak nak provoke mahasiswa )..

Pihak KPT pon satu hal, sajer jer nak main api ngan MAHAsiswa..NurIslam sekali lagi nak ucap tahniah kepada menteri Pengajian Tinggi kita, Dato’ Seri Khaled Nordin kerana pemerintahan beliau sangat HEBAT..dengan isu AUKU yang berbelit-belit, isu PRK pon dia nak tagih glamour gak..hehe..tahniah3x!!kalau MAHAsiswa wat demo, mulalah nak persoalkan pointer tak tinggi la, badan pendek la ( gurau jer .heee )..bla..bla..bla..tergelak NurIslam dengar ada seorang kakitangan KPT nie yang marah kat seorang pelajar yang wat demo.dia marah la pelajar nie tak tepati janji la,pointer berapa nak lawan aku ( dia phD ),macam-macamlah..kepada pakcik KPT tue, maghi nak oyak, sy tak heran la pokcik nie pegang master ke,phD ke,tapi kalau akhlak n kesedaran tarak ada, nothing maa..bukan setakat tak respect, suspect adalah..hehe..anyway, memang respect la kat presiden SMM , akhi hafizuddin..pandai wat muka seposen time kena marah..hehe..

Apa2 hal pon ,kami tetap menunggu tarikh PRK untuk kami memilih pemimpin kami yang mampu membela kebajikan kami sebagai students..kepada sahabt-sahabat yang terpilih menjadi pimpinan baru society tahniah & takziah di ucapkan..jadikan amanah nie sebagai satu wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah..dan ingatlah hadis nabi "كل كم راع ؤ كل كم مسؤل عن راعيتهyang bermaksud “ setiap antara kita adalah pemimpin & akan di tanya tentang kepimpinan kita” .wasslam.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Currently have 0 comments: