Andakah itu?
Salam Optimis...
Hmm..berat rasanya Nurislam nak tulis pasal tajuk nie.pasal apa??hehe..teruskan membaca...saya sebenarnya baru habis baca buku THE WAY TO WIN tulisan oleh Solikhin Abu Izzuddin…5 bintang untuk beliau..tulisan yang sangat hebat & memberansangkan…tahniah!! Saya menggalakkan anda untuk mendapatkan bku nie..tapi AWAS!!buku tue hanya sesuai untuk orang yang benar2 mahu BERJAYA sahaja..yang xnak berjaya, jangan baca kerana nanti anda akan menyesal..
Setiap helai dari buku nie memberi kesan kpd saya, tapi apa yang paling menarik adalah berkenaan bab KETIKA CINTA HARUS MEMILIH…jika anda pernah terbaca cerpen CINTA ANA ANTI tulisan ust mazlee, berkenaan cinta sesama ahli gerakan dakwah..dan masalah nie makin hari makin menular di kalangan pendakwah kampus..anda berhak marah dan tak setuju dengan keyataan saya kerana mungkin anda adalah salah seorang yang telah terjebak dalam masalah nie.
Saya sebenarnya sangat sedih bila mana memikirkan masalah nie kerana saya takut jika masalah nie yang menjauhkan keberkatan ALLAH dlm perjuangan dakwah ini..pernah sy utarakan masalah ni kepada seorang senior, tetapi masalah nie di pandang enteng oleh beliau..sungguh sedih.
Sahabat, tak salah untuk mencari pasangan di alam kampus, tetapi terjaminkah kita bilamana kita sudah ada pasangan, muamalat kita terjamin?? Kebanyakan sahabat yang saya kenali yang mana sudah pun mempunyai pasangan ( ore kelate panggil gewe ), tak kira hebat mana pon org tue, memang tak dapat jaga muamalat sesame mereka (masalah hati )..dan saya memang sangat respect sahabat yang dah ada tapi memang sangat menjaga /syadid dlm perhubungan mereka..saya malas nak hurai panjang2 bab2 nie coz saya kira anda bleh memahami sendiri situasi sekarang..apa maksud yang pandai jaga & apa maksud tak pandai jaga anda cari sendiri jawapannya..:)
Sahabat-sahabat,
Ayuh sama-sama kita memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada dakwah dan perjuangan kita.. saya terkesan dengan kisah ulama’ulama’ dulu yang kebanyakannya tak berkahwin kerana sudah berkahwin dengan ILMU dan PERJUANGAN..sebagai contoh, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, hidupnya penuh dengan kesibukan mencari ilmu dan jihad, memerangi kesyirikan dan kekufuran yang bermaharajalela pada saat itu. Beliau tidak berkahwin sehingga umur tujuh puluhan.Bidadari syurga telah dipinangnya..
Sayyid Qutb juga tetap membujang hingga maut datang menjemput. Beliau sangatt gemilang dengan hasil tak pernah hilang. Ma’alim Thariq, Fi Zhilaalil Qur’an, dll lagi karya yang terbilang yang menjadi penerang bagi para pejuang…Mengapa mereka nie bahagia? Padahal mereka tak berkahwin pon malah membujang sampai akhir hayat. Mereka sungguh luar biasa.YA!mereke begitu disibukkan dengan ILMU & JIHAD. Hari-hari mereka adalah hari-hari ilmiah dan jihad fi sabilillah..
Mana mungkin kita mendapat keberkatan dari Allah dlm perjuangan nie andai masalah hati ini pon kita tak dapat nak jaga..nasihat nie juga saya tujukan untuk diri saya sendiri..moga Allah tidak mendugaiku dengan masalah ini..ayuh sahabat, marilah sama-sama kita mencari redha & keberkatan dariNYA dalam perjuangan dakwah ni..jangan risau,andai si dia telah ditakdirkan untuk kita, insyaallah tak ke mana..mohonlah dengan Allah banyak2..
Ingatlah saudaraku! Perjuangan ini dirintis oleh orang-orang yang alim, diperjuangkan oleh orang-orang yang ikhlas, dan dimenangkan oleh orang-orang yang berani..Ayuh!beranikan diri untuk berubah..berubah ke arah yang lebih baik ..sama-sama kita cari redha Allah..semoga hidup kita nanti Happy ending full barakah ( bak kata penulis Solikhin ).
~berjuang, berjuang & terus berjuang ~
Currently have 0 comments: