Aquasprite Theme Demo

Dapatkan segera!!PERCUMA!!

Posted by Syaheed on 30 October 2008 , under , | comments (0)



Salam optimis ,

kali ni nurislam xada nak berkongsi apa-apa..mood tak berapa baik hari..dan disebabkan mood tak berapa baik, nurislam nak berkongsi ngan anda semua file-file yang nurislam rasa ingin bagi secara percuma jer.moga-moga dengan perkongsian yang sedikit ini akan membuatkan nurislam berasa gembira.bak kata Saifulislam " Erti Hidup Pada Memberi".Ok,boleh download di bawah ini : sebarkan yer yang mana anda rasa bermanfaat..sama-sama kita buat amal jariah:)

1) REMOVE WGA
* kalau anda perasan, time kita tgh update microsoft, File Guinuine jugak akan terdownload. dan saper2 yang menggunakan microsoft yang x ori, akan ada Guinuine nie..so, kalau nak buang "menatang" nie, gunalah software nie :p

2) IQ
* file nie format pdf...menceritakan pasal bagaimana membina IQ yang hebat..selamat membaca:)

3) Time Management
* format pdf. juga..file ni menceritakan dan berkongsi tips-tips bagaimana untuk menguruskan masa kita dengan teratur dan tersusun secara sistematik..apa lagi,download la kalau berminat:)

4) Rich Dad Poor Dad
* haa,penah dengar nama robert kiyosaki tak? dialah penulis buku nie..best woo..rugi tak baca:)

5) Panduan Blog Adsense
* anda nak jana duit poket?tapi x tahu cara?ok,file nie mengajar anda beberapa tips bagaimana untuk kita meletakkan google adsense kita di blog..:)

setakat nie jer dulu yang nurislam dapat kongsikan..insyaallah, di lain masa Nurislam akan cuba berongsi file-file yang lebih hebat dan bermanfaat untuk kita semua..ye,semestinya free..yang berbayar tue ada jugak..tapi belum tiba lagi masanya..hehe..k,wassalam

p/s : pastikan anda klik pada file yang ingin di download. selamat mencuba.(^-^)

Arrgghhh..tak nakk..dia datang lagiii!!

Posted by Syaheed on 24 October 2008 , under , | comments (0)



Hehe..suspen tak tajuk entri nie?saje je wat provoke..kui3..jom baca entri NurIslam tentang ilmu.Para sahabatku yang dikasihi, di saat ujian kepada kita sebagai seorang penuntut ilmu iaitu peperiksaan yang hampir tiba. NurIslam ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk meneliti satu hadis akhir zaman ini. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini dengan sebab kelalaian dan penipuan yang kita reka cipta sendiri.

Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Oleh itu sahabat-sahabat pembaca sekalian, suka untuk saya menyeru diri saya dan juga sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama guna dan paraktikkan semampu yang boleh ilmu yang telah kita pelajari..jangan disebabkan ilmu kita masuk neraka..NurIslam baru beli buku terbaru Faisal Tehrani bertajuk “ SAASATUL IBAAD” (political player)..insyaallah entri akan datang NurIslam akan b’kongsi apa yg NurIslam peroleh manfaat dari pembacaan ini. Salah satu yang menariknya ialah Faisal mengupas dengan baik kaitan antara ILMU & IMAN..ia ibarat seperti Islam dan Siasah..dimana kalau dipisah Islam dan Siasah,seperti pisahkan jantung dengan jasad.matilah ia..Ye!ilmu sangat penting di zaman ini.tetapi kalau kita hanya banyak ilmu,tapi iman xder..tak guna..seperti orang alim ( berilmu) tapi tak beriman,dia takder beza sedikit pon dengan orang bodoh..Sahabat-sahabat, dengan ilmulah ia mengajak kita kepada iman dan dengan imanlah manusia mencari ilmu..sama-sama kita renungkan. Moga-moga kita tidak tergolong dalam manusia yang hanya banyak ilmu,tetapi rohani kosong tanpa iman..wallahu’alamubissowab.

p/s : NurIslam ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN TAHUN AKHIR kepada anda semua yang mengambil peperiksaan. Moga kita semua beroleh kejayaan!!Amenn..:)

Andakah itu?

Posted by Syaheed on 23 October 2008 , under , | comments (0)



Salam Optimis...

Hmm..berat rasanya Nurislam nak tulis pasal tajuk nie.pasal apa??hehe..teruskan membaca...saya sebenarnya baru habis baca buku THE WAY TO WIN tulisan oleh Solikhin Abu Izzuddin5 bintang untuk beliau..tulisan yang sangat hebat & memberansangkan…tahniah!! Saya menggalakkan anda untuk mendapatkan bku nie..tapi AWAS!!buku tue hanya sesuai untuk orang yang benar2 mahu BERJAYA sahaja..yang xnak berjaya, jangan baca kerana nanti anda akan menyesal..

Setiap helai dari buku nie memberi kesan kpd saya, tapi apa yang paling menarik adalah berkenaan bab KETIKA CINTA HARUS MEMILIH…jika anda pernah terbaca cerpen CINTA ANA ANTI tulisan ust mazlee, berkenaan cinta sesama ahli gerakan dakwah..dan masalah nie makin hari makin menular di kalangan pendakwah kampus..anda berhak marah dan tak setuju dengan keyataan saya kerana mungkin anda adalah salah seorang yang telah terjebak dalam masalah nie.
Saya sebenarnya sangat sedih bila mana memikirkan masalah nie kerana saya takut jika masalah nie yang menjauhkan keberkatan ALLAH dlm perjuangan dakwah ini..pernah sy utarakan masalah ni kepada seorang senior, tetapi masalah nie di pandang enteng oleh beliau..sungguh sedih.
Sahabat, tak salah untuk mencari pasangan di alam kampus, tetapi terjaminkah kita bilamana kita sudah ada pasangan, muamalat kita terjamin?? Kebanyakan sahabat yang saya kenali yang mana sudah pun mempunyai pasangan ( ore kelate panggil gewe ), tak kira hebat mana pon org tue, memang tak dapat jaga muamalat sesame mereka (masalah hati )..dan saya memang sangat respect sahabat yang dah ada tapi memang sangat menjaga /syadid dlm perhubungan mereka..saya malas nak hurai panjang2 bab2 nie coz saya kira anda bleh memahami sendiri situasi sekarang..apa maksud yang pandai jaga & apa maksud tak pandai jaga anda cari sendiri jawapannya..:)


Sahabat-sahabat,
Ayuh sama-sama kita memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada dakwah dan perjuangan kita.. saya terkesan dengan kisah ulama’ulama’ dulu yang kebanyakannya tak berkahwin kerana sudah berkahwin dengan ILMU dan PERJUANGAN..sebagai contoh,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, hidupnya penuh dengan kesibukan mencari ilmu dan jihad, memerangi kesyirikan dan kekufuran yang bermaharajalela pada saat itu. Beliau tidak berkahwin sehingga umur tujuh puluhan.Bidadari syurga telah dipinangnya..
Sayyid Qutb juga tetap membujang hingga maut datang menjemput. Beliau sangatt gemilang dengan hasil tak pernah hilang. Ma’alim Thariq, Fi Zhilaalil Qur’an, dll lagi karya yang terbilang yang menjadi penerang bagi para pejuang…Mengapa mereka nie bahagia? Padahal mereka tak berkahwin pon malah membujang sampai akhir hayat. Mereka sungguh luar biasa.YA!mereke begitu disibukkan dengan ILMU & JIHAD. Hari-hari mereka adalah hari-hari ilmiah dan jihad fi sabilillah..
Mana mungkin kita mendapat keberkatan dari Allah dlm perjuangan nie andai masalah hati ini pon kita tak dapat nak jaga..nasihat nie juga saya tujukan untuk diri saya sendiri..moga Allah tidak mendugaiku dengan masalah ini..ayuh sahabat, marilah sama-sama kita mencari redha & keberkatan dariNYA dalam perjuangan dakwah ni..jangan risau,andai si dia telah ditakdirkan untuk kita, insyaallah tak ke mana..mohonlah dengan Allah banyak2..
Ingatlah saudaraku! Perjuangan ini dirintis oleh orang-orang yang alim, diperjuangkan oleh orang-orang yang ikhlas, dan dimenangkan oleh orang-orang yang berani..Ayuh!beranikan diri untuk berubah..berubah ke arah yang lebih baik ..sama-sama kita cari redha Allah..semoga hidup kita nanti Happy ending full barakah ( bak kata penulis Solikhin ).


~berjuang, berjuang & terus berjuang ~

No Topic..

Posted by Syaheed on 22 October 2008 , under , | comments (0)



Salam Optimis

Alhamdulillah,hari nie, NurIslam rasa sangat bahagia..bangun dari tidur rasa kosong jer hati & minda.tenang..dah malas dah nak pikir mende2 yang boleh melemahkan diri aku sendiri..let it gone..firman Allah dalam surah ath-Thalaq : 7 yang bermaksud: “ ..Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.”. Saya amik sedikit kata-kata dari Dr.’Aidh Abdullah AlQarni yang mengatakan bahawa orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan. Macam mana tue??..kalau dah rugi,rugila kan.mana dapat untung plak..no3x..ada caranya..

Ok.Sebagai contoh, kalau kita tengok, di zaman rasullullah SAW di mana waktu baginda di usir dari mekah, baginda membuat keputusan untuk tinggal di madinah dan di sana baginda berjaya membangunkan madinah menjadi sebuah Negara yang sangat hebat dan menjadi sebutan sejarah sehingga hari ini..ok,contoh lain, seperti Ibnu Taimiyah yang pernah dipenjara, tetapi hasil dari berada di penjara itulah Ibnu Taimiyah berjaya menghasilkan banyak karya-karya agung..hebat kan?

Begitulah hidup kita seharian, once kita ditimpa musibah atau masalah, pandanglah dari sudut positif.Jika orang memberi kita air yang masam, kita perlu menambah sedikit gula agar rasanya bertukar manis. “ ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu..”-AlBaqarah: 216 . dan aku?moga peristiwa yang menimpa aku nie menjadikan aku insan yang lebih tabah,lebih berdikari dan menjadi insan yang hebat.insyaAllah.Syukur padaMU.tq

Ya!semoga segala kejadian yang terjadi ni hasilnya nanti adalah yang terbaik untuk diriku..Ya Allah,lapangkanlah & tenangkanlah hatiku setenang air di laut..Jadikanlah aku lupa tentang peristiwa pahit yang menimpaku dan semoga ia menjadi iktibar untuku di masa hadapan..Jika aku yang bersalah,KAU ampunilah aku.dan KAU limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU terhadap orang-orang yang hebat disekelilingku..dan KAU lembutkanlah hatiku,hati sahabat-sahabatku juga hati lawanku..Shahidat,banyakkan bersabar.biar orang tak pandang kita.tapi yang penting, kita kena yakin yang Allah sentiasa melihat dan mengetahui apa amalan yang kita buat..pedulikan orang lain.be yourself..be strong!!

~Berkorban,Berjuang & terus Berjuang~

aahhh...syukur bangat!!

Posted by Syaheed on 21 October 2008 , under , , | comments (0)



Salam Optimis.

Alhamdulillah,syukur padaMU ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada kita semua untuk mengecapi nikmat iman dan islam..nikmat yang paling agung anugerahMU ya Allah.terima kasih Allah..suka untuk NurIslam mengajak diri sendiri dan kengkawan semua untuk kita sama-sama mensyukuri segala nikmat dan dugaan yang Allah anugerahkan kepada kita..kerana di sebalik nikmat dan dugaan tue tersembunyi pelbagai hikmat yang kita semua tak ketahuinya..boleh jadi sahabat-sahabat, nikmat itu satu dugaan dan dugaan itu satu nikmat untuk kita..jadi, walau apa pun yang mendatang, kita patut mensyukurinya kerana kita adalah insan yang terpilih untuk mendapat nikmat dan dugaan ini..kerana apa?kerana Allah menyayangi kita..inilah kata-kata yang NurIslam pegang di kala ditimpa dugaan jua cabaran dlm hidup ni..apabila susah,tiupkan semangat kat diri ni yang ALLAH masih sayang kat kita nie..terus jadi kuat,insyaallah..حسبي الله ونعما الوكيل , “ cukuplah Allah bagiku & Dia adalah sebaik-baik penjaga”..biarlah orang nak benci ker,nak mengata apa-apa pon kat kita,xder hal lah ( tagline pak din,hehe ).yang penting Allah sayang kat kita.itu dah sangat memadai.

Sahabat-sahabat,


Hidup ni tak lama.bak kata kump.hijjaz dlm lagunya “ hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari, apabila minyak sudah kering,ia kan pasti padam sendiri”. Yer!!once dah tiba waktu ajal kita, kita dah tak leh lari dah..even raja pecut dunia pon memang tak dapat pecut dah..peringatan ini juga adalah untuk diri sendiri jua sahabat-sahabat..marilah kita ambil kesempatan selagi kudrat larat, tenaga ada, mental stabil ni, untuk kita sama-sama berjuang sehabis baik, tingkatkan amalan jua sedekah,moga ia dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti..teringat tagline seorang sahabat yang menggunakan nick andika puteri, katanya, “jangan disangka kita berjuang nie boleh jamin masuk syurga,bahkan boleh menyebabkan masuk neraka”( lebih kurang camtue la ayat dia,jgn marah ek klu salah..hehe), na’uzubillah..sama-sama kita ikhlaskan niat untuk mencari redha Allah semata..salam optimis.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

lagi-lagi AGM!!

Posted by Syaheed on 20 October 2008 , under , | comments (0)



Salam optimis buat korang semua

Hmm,tiga empat hari nie,wireless xberfungsi dgn baik.so,NurIslam xdpt la nak posting 2 3 hari nie.alhamdulillah, tgh hari tadi dah ok.good job ITD!!

Hari ni Nurislam akan berkongsi mengenai AGM.hmm,seminggu dua nie, kat UIA sibuk dengan pelbagai Annual General Meeting ( AGM ).setiap society dan club masing-masing bertungkus lumus memastikan AGM diorang berjalan lancar..tahniah diucapkan kepada society yang telah berjaya mengadakan AGM dengan jayanya..setelah genap setahun pemimpin-pemimpin setiap society & club memegang jawatan, tibalah masa untuk mereka meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada adik-adik mereka untuk memimpin.dan kerana itulah fungsinya AGM.

Seingat NurIslam, society atau badan yang paling awal mengadakan AGM ialah majlis perwakilan pelajar atau di UIA dipanggil SRC ( students representative council ).tahniah NurIslam ucapkan kepada mereka kerana berjaya mengadakan AGM dengan jayanya dan mengikut jadual yang ditetapkan. Apa yang menjadi kemusykilan dan ketidakpuashatian NurIslam ialah, pihak HEP meminta SRC untuk mebuat AGM mengikut waktunya, tetapi sehingga sekarang belum menetapkan tarikh untuk kami sebagai students memilih pemimpin pelajar yang baru ( senang kata Pilihan Raya Kampus ).adoii..hangpa ( HEP ) nie saja nak cari nahas dengan students..pastu kalau depa wat demo, hangpa maghah..ish3..tahniahlah kepada HEP di setiap university di sekitar lembah klang kerana kalian berjaya mencetuskan kemarahan MAHAsiswa. .mungkin kalian belum serik lagi dengan kejadian demo di UKM tempoh hari..tungguuu tindakan dari MAHAsiswa yang seterusnya..jangan sampai kejadian Dewan Naib Canselor terbakar buat kali kedua ( padahal tue pon tindakan depa gak nak provoke mahasiswa )..

Pihak KPT pon satu hal, sajer jer nak main api ngan MAHAsiswa..NurIslam sekali lagi nak ucap tahniah kepada menteri Pengajian Tinggi kita, Dato’ Seri Khaled Nordin kerana pemerintahan beliau sangat HEBAT..dengan isu AUKU yang berbelit-belit, isu PRK pon dia nak tagih glamour gak..hehe..tahniah3x!!kalau MAHAsiswa wat demo, mulalah nak persoalkan pointer tak tinggi la, badan pendek la ( gurau jer .heee )..bla..bla..bla..tergelak NurIslam dengar ada seorang kakitangan KPT nie yang marah kat seorang pelajar yang wat demo.dia marah la pelajar nie tak tepati janji la,pointer berapa nak lawan aku ( dia phD ),macam-macamlah..kepada pakcik KPT tue, maghi nak oyak, sy tak heran la pokcik nie pegang master ke,phD ke,tapi kalau akhlak n kesedaran tarak ada, nothing maa..bukan setakat tak respect, suspect adalah..hehe..anyway, memang respect la kat presiden SMM , akhi hafizuddin..pandai wat muka seposen time kena marah..hehe..

Apa2 hal pon ,kami tetap menunggu tarikh PRK untuk kami memilih pemimpin kami yang mampu membela kebajikan kami sebagai students..kepada sahabt-sahabat yang terpilih menjadi pimpinan baru society tahniah & takziah di ucapkan..jadikan amanah nie sebagai satu wasilah untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah..dan ingatlah hadis nabi "كل كم راع ؤ كل كم مسؤل عن راعيتهyang bermaksud “ setiap antara kita adalah pemimpin & akan di tanya tentang kepimpinan kita” .wasslam.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Terima Kasih KEKASIHKU

Posted by Syaheed on 16 October 2008 , under , | comments (0)





Terima kasih Tuhan
kerana menjadikan aku seperti aku sekarang
punya aqal untuk berfikir
punya hati untuk merasai

punya jiwa untuk hidup sebagai seorang manusia
punya anggota tubuh untuk melakukan segala

sesungguhnya
batang tubuh yang satu ini
punya sejuta bukti bagi yang mahu mencari
punya nikmat tak terperi bagi yang mahu mensyukuri
punya ilmu yang tersirat bagi yang mahu menghayati
punya tanda kekuasaanMu Ya Ilahi bagi hamba yang sedar diri

aku ini cuma manusia
kekadang aku alpa, leka, dan lupa
nikmat yang diberiMu ini
tidak disyukuri sebagaimana yang mesti
anugerah tubuh ini
tidak diguna buat memperhamba diri
pinjaman yang sementara cuma ini
tidak diganti dengan ketaatan kepadaMu Ilahi

lagak seperti tuanpunya tubuh sendiri
padahal...
andai mahu dibayar anugerah sebelah biji mata ini
ibadah seumur hidup pun
belum dapat menukar ganti
mati hidup balik walau seribu kali
ibadah setiap detik sekalipun
tak akan dapat melunasi
harga sebiji mata
nikmat tak terperi kurniaanMu ini duhai Ilahi

ayuh sahabat...
mari kita bersyukur
serta berterimakasih kepadaNya
dengan ketaatan seorang hamba
juga redha akan segala dugaan yang menimpa
sesungguhnya...
betapa bertuahnya kita ini
dijadikanNya sebagaimana kita
seorang makhluk bernama manusia


semoga kita diberiNya daya dan kekuatan
untuk sentiasa mensyukuri
nikmat tak terperi ini
aminnnnn...

Aku Pengemis Cinta

Posted by Syaheed on 14 October 2008 , under , | comments (0)



Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan. Aku merayu,
Nyah kau cinta fatamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan dekati hati nurani ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.

Tugas lebih banyak dari waktu

Posted by Syaheed on 13 October 2008 , under , | comments (0)



Tugas lebih banyak daripada waktu!..Ada benarnya kalam Sheikh Hasan Al Banna itu bila menilai pada diriku sekarang ini..Seminggu dua ini amat sibuk dengan aktiviti persatuan ditambah lagi dengan assignment dan quiz yang bertimbun..tu sebab jarang online dan kalau online pun hanya jenguk-jenguk sekejap cari bahan. Bagaimana dengan diri anda?..Mungkin anda mempunyai banyak waktu yang terluang dan kemungkinan juga waktu anda lebih padat dari saya..namun, persoalannya, ke mana kita membawa dan mengisi haluan waktu kita..adakah ke arah positif atau sebaliknya..

Mungkin kadang-kadang kita terlupa yang waktu telah memotong kita..berlari laju sepantas kilat sehingga kita tidak menyedari hadirnya kilauan cahayanya..kita lupa yang diri kita terlupa untuk kita tidak lupa dalam merentasi cabaran kehidupan ini.. kadang-kadang kita lagha dengan keseronokan yang ada di sekeliling kita.. dapat makan sedap sehingga lupa kepada mereka yang sedang kelaparan.. dapat bergaya sehingga tidak menyedari sahabat kita yang terpaksa memakai pakaian yang sama kerana kemiskinan.. dapat ber'bluetooth', ber'infared', berhibur dan kemudian bergelak tawa dengan 'telefon canggih' kita sehingga tidak sedar kita telah menggunakannya untuk benda yang melalaikan sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Kadang-kadang.. inilah kita!..

Adakah kita ingin terus lupa?..Ingatan untuk NurIslam sendiri sebenarnya di samping untuk sama-sama kita merenungnya...kerana..waktu itu tajam, bak pedang...andai kita tidak memotongnya.. ia akan memotong kita.. kuasailah waktu..!

Jangan kita terlalu sibuk berpersatuan dan kuliah sehingga kita lupa waktu kita dengan KEKASIH kita?Apa guna kita dipandang mulia walaupun hakikatnya kita hina dimataNYA?.. Jangan mengharapkan sanjungan manusia kerana redha Allah itu yang didamba..!

Moga kita semua mendapat keredhaan Allah tidak kira siapa pun kita.. Tingkatkan darjat taqwa dan iman kita.. kerana takutkan Allah itulah penyelesaian kepada semua masalah.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri..! Anda mahu negara kita aman?.. Sama- sama kita berubah!.. Beriman, Bertaqwa, Berilmu, Beramal,Berjuang, Beristiqamah barulah..Bersih, Cekap, Amanah(slogan PDRM)..! salam syifa' Ilahi..

Energi Sebuah Maaf

Posted by Syaheed on 11 October 2008 , under , | comments (0)




Dalam fasa perjalanan hidup seorang insan di dunia rasanya tiada yang tak pernah merasakan sesuatu yang bernama perselisihan. Entah bagaimana akhir kisah dari perselisihan tersebut pastinya akan sempat menorehkan sebuah luka di hati. Ada dua pilihan pelaksanaan dari luka tersebut ; pertama tetap membiarkan luka tersebut ada di dalam hati, dan kedua menutup serta merawat luka tersebut dengan kata ajaib bertitel maaf.

Sejatinya luka yang apabila tetap dibiarkan, mungkin dapat menyembuh tetapi sungguh penyembuhannya tidak akan sesempurna bila dibandingkan dengan luka yang dirawat. Hasil akhirnya sungguh memiliki perbedaan yang signifikan. Luka di kulit yang dibiarkan terbuka biasanya akan meninggalkan noktah atau hingga yang paling parah adalah berupa parut. Namun, luka di kulit yang dirawat dengan baik dapat menyembuh hingga strukturnya kembali seperti semula. Memang, untuk merawat luka tentunya perlukan tenaga juga waktu, tetapi apalah erti dari kesemuanya itu bila hasil akhir yang didapatkan akan lebih baik bila dibandingkan dengan hanya membiarkan luka yang ada?

Maaf. Terlihat sebagai sebuah kata yang simple, tapi sungguh memiliki energi yang luar biasa dalam mengubah segalanya. Saya sangat meyakini bahwa sebilah dendam yang menelisik di dalam hati bisa menyebabkan aura seseorang menjadi kurang baik. Artinya, gelombang energi yang dipancarkan dari orang tersebut merupakan energi negatif. Jika sudah demikian, maka sebagaimana halnya kejadian-kejadian lain yang ada di dunia ini, akan terjadi satu hukum sebab akibat demi tercapainya suatu kesetimbangan. Karena setiap detik hal yang terjadi adalah berupa energi dengan frekuensi tertentu, maka segala yang kita pikirkan, emosikan, tuturkan, dan persepsikan ada dalam bentuk energi yang akan menyebar ke semesta. Mudahnya begini, setiap satu frekuensi energi negatif yang kita sebarkan pada semesta, maka kita akan mendapatkannya kembali dalam jumlah yang sama. Jadi, bisa dibayangkan bila dendam yang ada dalam jiwa bertumpuk-tumpuk, maka sebanyak itu pulalah energi negatif akibat dendam yang kita dapatkan.

Bukan hanya menyebabkan cahaya hati menjadi padam, dendam yang terbenam dalam jiwa dapat juga memiliki implikasi pada orang yang dikenai bara tersebut. Mengapa? Karena sejatinya, energi negatif dari orang yang memiliki dendam padanya akan tetap terpancar dan tanpa disadari dapat membawa efek yang buruk. Tak jarang ada orang yang bercerita mengenai perjalanan hidupnya yang kerap menghadapi kerikil-kerikil tajam meski telah banyak ibadah yang ia lakukan. Puasa Isnin-Khamis, solat tahajjud, berdoa, amal sedekah, dan lain-lain telah dilakukan, tetapi tetap saja nasib enggan berpaling dari dirinya. Disedari atau tidak, hukum alam pasti berlaku : karena jumlah energi positifnya belum sebanding dengan jumlah energi negatif yang dihasilkannya pada waktu yang sama, maka hasilnya akan tetap negatif. Pada intinya, banyak orang yang kerap mengalami kesusahan untuk melangkah ke depan adalah karena mereka mempertahankan energi negatif dalam jiwa dalam bentuk marah dan dendam pada orang lainnya.

Meski dirasakan amat berat, ketulusan hati dalam memaafkan adalah kunci dari segalanya. Bentuk memaafkan bukan bererti menerima begitu saja ketidakadilan perlakuan yang telah dilakukan terhadap diri atau pula sebanding dengan kewajiban untuk menghubungi orang yang pernah menyakiti. Stigma yang umum adalah bahwa memaafkan merupakan sesuatu yang dilakukan untuk orang lain. Memaafkan, sejatinya adalah tindakan yang dilakukan demi kepentingan diri sendiri dan hanya untuk mendapatkan keuntungan pribadi. Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain, tapi sungguh lebih diarahkan untuk diri sendiri. Memohon ampunan pada Allah dan bertaubat atas kealpaan yang pernah terjadi serta menganggapnya sebagai satu pelajaran penting kehidupan dari Allah, merupakan bentuk penting dari memaafkan diri sendiri. Hanya orang-orang kuatlah yang mampu memaafkan orang lain maupun diri sendiri. Lantas, siapa sajakah orang-orang yang harus mendapatkan kemaafan? Cobalah ingat kembali wajah seseorang dan tentukan perasaan diri terhadapnya. Apabila ada emosi negatif yang seketika membuncah dalam hati, maka orang inilah yang harus dimaafkan.

Saya percaya, ketika hati telah lapang untuk memaafkan, maka seketika itu pula keajaiban di sekeliling dapat terjadi. Saat kemaafan telah diberikan, maka pada saat itu pulalah energi negatif yang selama ini menjadi tabir antara diri kita dengan orang tersebut akan terbuka. Implikasinya, orang itu pun akan merasakan sesuatu yang sangat positif dalam dirinya. Bukan merupakan hal yang aneh apabila di suatu hari kemudian, setelah kita memberikan maaf pada orang tersebut, secara tiba-tiba sikapnya berubah meskipun kita tak pernah memberitahunya bahwa ia telah mendapatkan sertifikasi kemaafan dari kita.

Sebilah keikhlasan hati untuk memaafkan orang-orang yang pernah menyakiti atau menzalimi diri, sejatinya dapat mengurus energi negatif yang selama ini telah dihasilkan tanpa disadari. Pada saat itulah, energi positif dalam diri akan semakin terpancar dan masa depan yang cerah makin mudah untuk diraih. Kemaafan, dapat menerbangkan noktah-noktah hitam dalam jiwa , dan pada saat jiwa dalam keadaan bersih itulah ribuan harap yang disanjungkan akan lebih mudah diijabah oleh Allah, Insya Allah. Wallahu’alam bishshawab.

Perbualan lembu & anjing yang menginsafkan

Posted by Syaheed on 10 October 2008 , under | comments (0)




LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada

yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je

aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia

lelaki dan perempuan yang sedang

berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat

dan terus melompat dan berkata "Hoi

anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis

tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,

kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.

Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia

tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg

bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,

lebih dahsyat kenajisannya daripada

memegang ko anjing, malah tak boleh suci

sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...

manusia kena ubah pepatah "Pandai macam

LEMBU"(^_^)

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan

daripada ibnu majah menyatakan bahawa

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu

adalah lebih baik berbanding dengan

bersentuhan (secara sengaja) dengan

wanita yang bukan mahram". Bersentuhan

(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan

syahwat)adalah berdosa dan wajib

bertaubat (bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah

berdosa dan hanya perlu disuci (bukan

bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah

satu kesalahan (dosa) atau maksiat.

Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram

adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain

yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih baik

daripada menyentuh kaum yang bukan

sejenis yang tidak halal baginya'.

(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah

sama orang-orang yang mengetahui dengan

orang-orang yang tidak mengetahui?

Sesungguhnya orang-orang yang dapat

mengambil pelajaran dan peringatan

hanyalah orang-orang yang berakal

sempurna". (Surah Zumar: 9)

Puasa enam ibarat kerja lebih masa

Posted by Syaheed on , under | comments (0)




PADA Syawal ini, Allah melebarkan lagi keupayaan berpuasa ke atas orang
Islam dengan puasa sunat enam. Ia boleh dilakukan pada mana-mana hari pada
Syawal sama ada secara berterusan atau berselang seli. Namun, afdalnya ialah
pada hari raya kedua dan dilakukan secara berterusan.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadis
daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang sesiapa berpuasa Ramadan kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa." (Riwayat Muslim).
Hadis itu menjelaskan sekiranya kita berpuasa pada Ramadan dan diikuti dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa (setahun). Oleh itu, kita perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan untuk menampal mana-mana amalan yang berkurangan dalam amalan fardu. Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadan berkurangan, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan itu. Khususnya kepada kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan, maka puasa enam memberi peluang baik untuk mereka menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat.
Ia juga dapat mengelakkan budaya sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadan hampir menjelang, terutama pada Syaaban tahun depan. Apakah kita pasti akan bertemu dengan Syaaban? Justeru, elok kita menyegerakan qada puasa dengan melakukannya pada bulan Syawal yang dijanjikan limpahan ganjaran oleh Allah SWT. Kita tidak mengetahui bila maut menjemput. Perbuatan melambatkan qada puasa wajib menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita fikirkan.

Justeru, marilah kita berlumba-lumba mengerjakan ibadat puasa sunat enam
pada Syawal kerana besar rahmat dan pahala yang Allah limpahkan kepada kita
seandainya dapat melakukan ibadat ini.
Secara bandingan, jika kita mampu bekerja lebih masa demi wang, apakah kita
tidak mahu melakukan lebih masa dalam ibadat demi mendapat ganjaran pahala
berlipat ganda. Ganjaran orang yang melakukan ibadat puasa enam Syawal dapat menambahkan pahala dan menjamin kita masuk ke syurga. Memang tidak dinafikan manusia cenderung melakukan kerja apabila ada ganjaran tetapi sebenarnya dengan melakukan ibadat kepada Allah, rahmat dan rezeki akan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka sama cepat atau lambat atau daripada sumber tertentu. Itu tanda kebesaran Allah. Ibadat ini perlu direbut kerana ia menguji sejauh mana kita beriman dan beramal
dengan-Nya. Marilah melakukannya sempena kedatangan Syawal. Mudah-mudahan, kita dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menampal kekurangan ibadat yang selama ini dilakukan ketika hayat. Sebagai orang beriman, kita perlu berjanji tidak akan melepaskan peluang ini tidak kira sesibuk mana sekalipun. Janganlah leka mengejar kemewahan dan kesenangan kerana kehidupan dunia sementara, manakala kehidupan akhirat kekal buat selama-lamanya.

Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya dalam Surah al-An'am ayat 32
bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada permainan dan
senda gurau. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik bagi orang bertakwa.
Adakah kamu tidak memahami"

jemputan

Posted by Syaheed on 01 October 2008 , under , | comments (0)



terbaru!!sila kunjungi blog ke-2 nurislam d http://kitakongsibersama.blogspot.com..
insyaallah,masih dalam pembikinan dan akan siap dlm masa seminggu lagi..lawatilah dan anda akan mendapat pelbagai bonus menarik dari nurislam di blog tersebut kerana kita akan kongsi bersama. Jangan lepaskan peluang!!take da chance,do da best to achieve da success:)wassalam