Perjuangan Perlu Diperhebat!
Tips Menjadi Individu Berpengaruh
Bukan lagi rahsia! Setiap manusia mempunyai kuasa pengaruh tersendiri. Cetuskan kuasa pengaruh dalam diri anda melalui penerokaan dalam kursus ini . Ia diadakan khas untuk individu yang masih mencari dan ingin membina aura pengaruh di dalam diri sendiri. Pengaruh adalah sesuatu yang dinamik. Ia perlu dibentuk secara berterusan melibatkan setiap orang yang kita temui.Pelbagai teknik berkesan untuk memanipulasi dan mengembangkan potensi pengaruh di dalam diri individu yang akan dikongsi dengan lebih mendalam. Hasilnya anda bukan sahaja disukai malah cukup disenangi dan mudah pula didampingi. Melalui rangkuman kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan interpersonal, kursus ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan.
Membina empayar kerja ataupun perniagaan, memerlukan pengaruh dan juga nama. Begitu juga untuk menjadi agen menyebarkan dakwah Islam- juga perlu pada pengaruh dan personaliti yang cukup hebat, sehingga mampu menarik manusia kepada penghayatan Islam yang sebenar. Dunia pada hari ini begitu mencabar dengan lapangan sosial yang begitu mendesak supaya kemahiran bersosial dipelajari dengan lebih baik. “Kursus Membina Pengaruh Sebagai Usahawan & Mukmin Profesional@Facebook” ini buat julung-julung kalinya akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Kursus hebat ini dikendalikan oleh Tn Hj Syahrul Nizam Junaini, seorang penulis buku yang berpengaruh di pasaran iaitu Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat Dengan PowerPoint yang laris di pasaran. Berkelayakan akademik Ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom, beliau kini merupakan motivator dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Selepas menghadiri kursus ini para peserta akan dapat:
- Membina & menyebarluaskan pengaruh sebagai mukmin profesional dalam bidang masing-masing.
- Mengetahui konsep dan teknik asas komunikasi berpengaruh..
- Mempraktikkan tips-tips untuk memantapkan pengaruh sebagai usahawan terutamanya di laman sosial paling laris di masa kini- Facebook.
KENAPA PENGARUH PENTING DALAM MENCAPAI KEJAYAAN??
Ada orang mengatakan kejayaan itu adalah kerana individu itu sememangnya sudah berpotensi berjaya. Hakikatnya, fakta itu tidak tepat dengan fitrah dan psikologi kejayaan. Jika potensi semata-mata sudah memadai untuk berjaya, mengapa masih ada ramai orang yang berpotensi tetapi akhirnya terpaksa menempuh kegagalan dalam hidup?
Jika potensi sahaja sudah memadai, maka orang yang paling berpengaruh sudah pasti mereka yang berpotensi. Tetapi hakikatnya kita semua berpotensi sebagai manusia hebat, namun bukan semua daripada kita berpengaruh. Satu kajian di Amerika mendapati;
- Lebih 50% CEO kepada 500 anak Syarikat Fortune seringkali mendapat C semasa di kolej.
- 65% dari seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat tempat pertengahan dan ke bawah di dalam kelas semasa di sekolah.
- 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.
- Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian universiti.
Jelas, potensi semata-mata tidak mencukupi dan ia perlu disertai dengan PENGARUH!
Satu lagi Fakta kajian yang perlu kita ketahui :
1) 15% sumber pengaruh adalah daripada JAWATAN
2) 35% sumber pengaruh adalah daripada ILMU
3) 50% sumber pengaruh adalah daripada PERSONALITI
Di dalam kursus ini, antara perkara yang bakal dikongsi oleh Tn Hj Syahrul Nizam adalah:
Seminar I - Membina Personaliti Mukmin Berpengaruh
Tujuh Senjata Memujuk
Empat Corak Rundingan Berpengaruh
Teknik Komunikasi Persuasif
Bahasa Tubuh Berpengaruh
Ayat-ayat Cinta Yang Power!
Hadiah Sebagai Umpan Pengaruh
Strategi Kepimpinan Berpengaruh
Menjadi Pekerja Berpengaruh
Enam Kualiti Personaliti Berpengaruh Zaman Rasullullah SAW (Terhangat!!)
PRAKTIKAL: 10 minit yang Berpengaruh!
Seminar I I - Strategi Pemasaran Berpengaruh dengan Facebook
Notes, Photo, Video dan Events
Adab Berziarah ke Rumah Orang
Tips Gambar dan Profil Berpengaruh
Teknik Branding dan Membina Jenama
Fadhilat Tijarah
Kaedah Pemasaran MLM (Mutual and Loving Marketing)
Tips Mempengaruhi Pelanggan
Tujuh Silap Faham dalam Pemasaran
PRAKTIKAL: Mewujudkan Fan Page dan Group 'Bermagnet'
Siapa yang perlu hadir ke kursus ini??
*ANDA pemimpin yang ingin berpengaruh dalam sesebuah organisasi
*ANDA mahasiswa yang dalam proses membina nama dan pengaruh dalam persatuan
*ANDA usahawan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes
*ANDA pekerja biasa yang ingin mencipta pengaruh luar biasa
*ANDA yang sememangnya ingin menjadi mukmin professional berpengaruh
Kursus ini bersifat hands-on. Tips-tips praktikal yang disampaikan akan terus dipraktikkan semasa kursus. Para peserta digalakkan membawa komputer riba (laptop) masing-masing. Penganjur akan menyediakan sambungan Internet.
Detail program adalah seperti berikut :
Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Lokasi: Bangunan Kulliyyah Kejuruteraan ,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Yuran: RM 130.00
Yuran berkumpulan (5 orang): RM 600.00
Yuran untuk Pelajar UIAM : RM 110
Yuran early bird (sebelum 13 Februari 2010): RM 100.00
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank di atas nama Nur Shahidat Mohamed, nombor akaun 153010526774.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 013-3005476 atau emelkan kepada nurjannah87@gmail.com.
Tarikh tutup pendaftaran ialah 25 Februari 2010.
Tempat adalah amat terhad.Terbuka hanya untuk 100 penyertaan. Pastikan tuan/puan mendaftar segera untuk mendapatkan ilmu pengaruh ini lebih dahulu daripada orang lain! (^_^)
Apabila Membaca Menjadi Budaya....
“Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.” (Petikan: Buku Bidadari Dari Timur )
“Dan demikian pula manusia, binatang-binatang melata, dan binatang ternak berbagai-bagai macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."( Surah Faathir : ayat 28 )
“Keldai hanya pandai memikul al-Quran dan kitab (buku) di atas belakangnya tetapi sedikit pun tidak tahu, tidak berminat mengambil tahu maksudnya.” (Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat)
Quotation-quotation di atas sengaja saya letakkan bagi menggambarkan kepada kita semua akan peri pentingnya mempunyai ilmu pengetahuan.Bagaimana??Semestinya dengan MEMBACA...
Jika kita tinjau pada hari ini, statistik pembacaan dikalangan rakyat Malaysia masih lagi ditahap yang kurang memuaskan walaupun peningkatannya mencecah 60% setiap tahun.
Bercakap mengenai budaya membaca, suka untuk saya berkongsi beberapa keping gambar daripada program yang diberi nama BACA@LRT yang berlangsung semalam (16hb Jan ).Tahniah saya ucapkan kepada penganjur di atas modus operandi yang sangat kreatif dan menarik ini.Semoga dengan penganjuran program ini untuk masa hadapan dapat membuka mata semua pihak akan peri pentingnya membaca.


Agak-agak, apa perasaan anda bilamana melihat situasi seperti ini dalam LRT?? Saya secara peribadi, frankly speaking, saya sangat teruja dan gembira!! Semoga budaya membaca ini dapat diperluaskan bukan sahaja dalam LRT, malah dimana-mana sahaja tempat.Isi masa kosong kita dengan membaca.Insyaallah, jika budaya ini dapat dijayakan dan dilaksanakan oleh semua orang khususnya dikalangan muslim, insyaallah dunia dapat ditakluk dengan mudah;)
Wallahu'alam.
~Thank You ALLAH~

Bismillah..
Alhamdulillah, setelah hampir 10 hari berperang di medan final exam (tahun 3 ,semester 1), akhirnya hari ni saya telah 'bebas' dari belenggu akademik ciptaan Barat yang mana ia telah memenjarakan pemikiran saya buat beberapa hari kebelakangan ini. Setelah segala kesungguhan dan usaha yang telah dicurahkan, hanya tawakkal dan doa sahaja yang tinggal sebagai senjata akhir untuk mencapai kejayaan..Semoga kejayaan menjadi milik saya dan kita bersama.Insyaallah.
Ringkas dan santai saja entri pada kali ni. Sekadar ingin merehatkan minda dengan berkongsi satu lirik lagu dari penyanyi baru bernama Maher Zain yang bertajuk Thank You Allah..Terima kasih Allah atas segala pemberianMU kepadaku..terima kasih atas segala kemudahan yang Kau kurniakan sepanjang fatrah exam ni.Hanya Engkau tempat ku berlindung..
Hayati lirik dan lagu ini. Moga-moga di sana nnt akan terbit satu keinsafan dan kekesalan dari dalam diri kita yang bernama Hamba. ( link dowload ada dibawah).
~THANK YOU ALLAH~
I was so far from You, yet to me You were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes to all the signs You put in my way
I walked everyday further and further away from You
O Allah, You brought me home
I thank You with every breath I take
[Chorus]:
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All Praise is to Allah, All Praise is to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All Praise is to Allah, All Praise is to Allah
I never thought about all the things You have given to me
I never thank you once
I was too proud to see the truth and prostrate to You
Until I took the first step
That's where You open the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing by being far from You
Repeat [Chorus]
Allah, I want to thank You
I want to thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You've guided me from all the ways that were wrong
Indeed You gave me hope
O Allah, I want to thank You
I want to thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You've guided me from all the ways that were wrong
I want to thank You for bringing me home
( Download Di sini )
siiru 'Ala Barakatillah
~Erti Hidup Pada Memberi~
KeUNIKan Matematik!!

Salam Optimis
Anda peminat matematik??Jika ya, kita berkongsi minat yang sama=)
Ketika melakukan lawatan sambil belajar ke pelbagai web-web yang menarik, saya terjumpa satu artikel berkenaan dengan matematik yana mana amat menarik minat saya dan suka untuk saya berkongsi bersama-sama dengan pembaca semua:) selamat berfikir!!(^_^)
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebat kan??
Tengok lagi bentuk simetri di bawah ini:
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Lagi satu perkara..mungkin ada sesetengah dari anda pernah mengetahui perkara ini..iaitu berkenaan 100%..agak-agak kalau dalam exam anda mendapat markah 100%, semestinya andalah orang paling top dalam kelas anda..dan andalah orang yang paling di sayangi oleh guru anda..betul tak?
Bercakap tentang 100% ini, pernahkah anda terbayang bahawa anda akan mendapat pencapaian lebih dari 100%?
kita samakan dengan:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Tapi ada lagi hebat!! iaitu perkataan LOVE OF GOD :
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%
Saya teringat perbincangan dengan seorang lecturer berkenaan mentaliti kelas pertama (1st class mentality) yang mana katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada orang yang bermentaliti 1st class ni ialah :> 1) ILMU 2) AMAL 3) AKHLAK.
Dan itulah sebenarnya ajaran islam..hebatnya Islam ini kerana adanya penerapan nilai akhlak yang mana dengan akhlak lah yang membezakan kita dengan orang bukan islam..cuma zaman sekarang semuanya sudah terbalik..Muslim sekarang sudah tidak berakhlak malah orang bukan islam lebih berakhlak dari orang islam ( perlu di bezakan antara muslim dan mukmin ).
Betapa Allah amat menitik beratkan akhlak yang mulia sehingga mengutuskan pesuruhNYA semata-mata untuk menyempurnakan akhlak..sama-sama kita renungkan..
siiru 'ala barakatillah
p/s : cuba anda bayangkan apa akan jadi kepada dunia bilamana semua orang mempunyai akhlak yang mulia (^_^)
Boleh ke Jadi GENIUS??

Bismillahi Walhamdulillah
Apa yang anda terfikir bilamana terdengar atau terbaca saja perkataan genius?? Pastinya kita tergambar di dalam benak fikiran kita bahawa orang genius ni adalah orang yang bijak dan hebat. Bagaimana sebenarnya genius terhasil??
Baru-baru ini saya ada membeli satu ebook berkenaan sistem genius.Satu kajian dan perkongsian yang agak menarik dari penulis ebook berkenaan yang menggelarkan dirinya BudakJahatPandai.
MAKSUD GENIUS ??
Mengikut beberapa kamus yang saya rujuk, genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika mindset kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih.Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.
Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!
SEL NEURON
Sel ini adalah sangat penting peranannya dalam membantu sistem pembelajaran kita.Semakin banyak sambungan di antara sel neuron, semakin kuat dan laju sistem pembelajaran kita.
Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat lebih 10 billion sel neuron dalam otak kita..masyaallah..dan setiap satu sel boleh menyambung kepada lebih dari satu sel. Ini bermakna bahawa satu sel menyambung kepada 10 billion sel yang lain. .Potensinya sangat tidak terhingga..Mengikut kajian juga mengatakan bahawa setiap kali kita mempelajari perkara baru, sel neuron akan berhubung. Akan tetapi, sel ini tidak akan berhubung jika kita tidak faham apa yang kita pelajari. Makna kata kita hanya menggunakan sel beuron yang sudah sedia berhubung. Yang sedihnya, maklumat dalam sel neuron kita tersebut mungkin hilang. Dahla kita tak faham, maklumat dalam sel pula hilang. Jadi, penyelasaiannya, saya cadangkan kepada diri saya juga kepada anda beberapa langkah untuk merancakkan sel neuron kita.
1) Pelajari atau berfikir perkara baru
Setiap hari,cuba baca surat khabar untuk mendapatkan berita dan mengemaskini maklumat baru dalam minda kita kerana dengan mempelajari perkara baru akan merancakkan sambungan sel neuron dalam otak kita. Jadi ,dalam sehari tu, cubalah untuk berfikir pro dan contra sesuatu perkara kerana dengan berfikirlah boleh membantu kita merancakkan sambungan sel neuron.
Apabila bercakap tentang berfikir ini, saya teringat cetusan seorang sahabat tentang menjadi brainstormer yang baik.. Ya! dengan latihan berfikirlah , idea-idea gila dapat di keluarkan. Kalau kita tak latih diri sendiri atau diri seseorang untuk menjadi brainstormer yang baik, sampai bila pun kita atau seseorang itu tak dapat jadi brainstormer yang baik lagi hebat..jadi,cubalah ajak seseorang untuk menjadi teman berfikir dan brainstorm anda bagi sama-sama merancakkan sel neuron.berlatihlah!!
2) Makan makanan seimbang
3) Senaman untuk dapatkan oksigen yang maksimum. ( bab ni saya byk ponteng (^_
^)
Apabila kita bercakap berkenaan genius ini, tidak dapat tidak kita tak dapat lari dari memperkatakan tentang manusia yang paling genius atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Baginda seorang genius yang pakar dalam pelbagai bidang. Beliau pakar strategi perang, undang-undang negara, pandai berdiplomasi,pakar dalam ilmu politik dan lain-lain.Untuk lebih lanjut, anda boleh cuba membelek buku yang bertajuk "Genius Muhammad bin Abdullah" terbitan PTS.
Penting ke jadi genius ni?? Ya! Tiadalah yang lebih penting lagi selain dari untuk kepentingan ISLAM.
Saya akhiri entri pada kali ini dengan meninggalkan kata-kata dari beberapa orang pemikir-pemikir barat berkenaan genius .
Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~
Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~
Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~
Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~
Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~
Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~
Wassalam
p/s : sering terlintas di benak fikiranku " apalah yang aku dah sumbang untuk Islam setakat hari ini..apakah yang sudahku buat untukNYA"..huhu
~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
Pecutan Terakhir !!
Bismillahi Walhamdulillah..
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 20 kita berpuasa..masyaallah..kejap sungguh masa berlalu..sedih rasanya..apa pun,masa yang berbaki ni gunakan sehabis baik untuk kita tingkatkan amalan kita kepadaNYA..di sini, saya sertakan wallpaper sempena 10 malam terakhir ramadhan..Ayuh! sama-sama kita tingkatkan amalan dan kita buru lailatul qadar..insyaallah..
Di bawah ini adalah versi kad digital..sesiapa yang berminat untuki mendapatkan atau membuat sendiri kad raya digital seperti di bawah, sila tinggalkan emel anda di ruangkan komen entri ini. Insyaallah saya akan berkongsi cara-cara untuk membuatnya(^_^)..
Siiru 'Ala Barakatillah
~Nikmat Yang Jarang Kita Syukuri~
Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mau berhenti
Kenangan-kenangan itu terasa tiap kali kita pergi
Pergi meninggalkan semua kegembiraan yang melenakan
Satu persatu kenangan itu diputar kembali
Ada sederet senyum saat terlintas filem-filem yang lalu
Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Kenapa tak selalu mengikutiku kemana pergi?
Kapan ini semua akan terulang?
Akankah kita tetap seperti ini?
Sahabat...
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tatkala kita lalui semuanya bersama
Banyak hal yang pernah terjadi
Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang
Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri
Ya, Allah.. Lindungilah mereka yang ku-cinta
Ini Langkahku Tercipta
Bismillahi Walhamdulillah..
Selepas 5 hari penulis berehat setelah diberi cuti oleh doktor, alhamdulillah penulis bagaikan mati hidup semula..Semangat dan tenaga kembali terisi setelah bermuhasabah dan koreksi diri selama menjadi hambaNYA di dunia ini..buat para pejuang di luar sana, penulis tujukan lagu dibawah ini sebagai pembangkit semangat kita semua dengan harapan agar kita terus mencipta langkah maju ke hadapan seiring dengan situasi dan keadaan semasa kerana inilah langkah kita....
| Powered by eSnips.com |
*Sila klik untuk mendengar
Ini Langkahku - Shoutul Harakah
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad
Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku
Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan
Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman
Langkah Tercipta - UNIC
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Filem : 1 Medan Dakwah Terbaik Masakini
Salam juang buat semua,
Terasa malu dengan diri sendiri dan pembaca semua kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru..Benarlah kata beberapa sahabat,kalau kita sentiasa menulis, kita akan bersemangat untuk sentiasa mengekalkan momentum tersebut. Begitulah juga kalau kita jarang menulis, kemalasan tersebut akan terus melekat dan menjalar dalam diri..Simpton& virus ini sedikit sebanyak telah berjangkit kepada diri saya. Dalam proses mencari antibiotik yang sesuai untuk membuang virus ini.(^_^)
Pada kali ini, suka untuk saya memperkatakan mengenai filem apabila terbaca satu artikel dari Utusan Meloya mengenai penerbitan sebuah filem oleh HAMAS yang bertajuk 'EMAD AKEL'..saya copy paste artikel tersebut di bawah ini :
Tahniah buat HAMAS atas keberjayaan menghasilkan filem aksi ini yang membangkitkan semangat juang dalam menentang ISRAEL LAKNATULLAH..GAZA CITY 19 Julai - Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.
Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .
''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.
"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.
Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.
Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.
Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.
Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.
Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.
Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel. -
Apabila bercakap mengenai filem, takziah penulis ucapkan kepada semua keluarga YASMIN AHMAD atas pemergian allahyarhamah YASMIN pada jam 11malam 25hb Julai..Semoga arwah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman..Sama-sama kita ambil iktibar apa yang berlaku.
wassalam.
p/s : tahniah di ucapkan kepada rijal82 production kerana berjaya hasilkan satu kompilasi video hebat yang bertajuk "Muslim Warriors Hidden by the Human History "..harap dapat tunjuk ajar dari sifu(^_^)
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Untukmu Huda (^_~)

Alhamdulillah, poster organisasi Ma'ruf Club baru sahaja di siapkan.Entri ini sekadar untuk perkongsian dan tajuk entri ini tiada kaitan dengan sesiapa.Poster ini special untuk di review oleh k.huda :).wassalam.
Suka juga untuk saya berkongsi di sini beberapa projek design yang telah siap yang berada dalam simpanan saya.Jika anda berminat untuk membuat tempahan, boleh emel kepada saya seperti yang tertera di sebelah.Sekadar suka-suka sambil penulis sedang mencari idea untuk menulis entri tentang beberapa isu nasional juga antarabangsa. wassalam.

p/s : tak larat nak tunggu upload banyak-banyak jenis design..ni sahaja yang mampu di tunggu untuk upload..nanti rajin-rajin saya review lagi (^_^)Al-Kisahnya....
“Salam.ustazah..tolong bagi pengisian untuk usrah malam ni boleh?” mesej seorang sahabat petang tadi.
“Maaf.ana tak dapat bagi pengisian dan juga tak dapat hadir usrah malam ni. Kesihatan tak berapa mengizinkan. Dah 3 hari ana sakit gigi.asif jiddan.” Replyku kepada sahabat.
Sebenarnya, 2, 3 hari ini mood tak berapa baik. Pelbagai benda di fikirkan. Mungkin terasa sedikit sunyi dek kerana sahabat-sahabat terdekat semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang kerana ada kenduri yang perlu di uruskan, tak kurang juga yang pulang ke kampung mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga..Tinggal lagi aku yang masih tak berpeluang untuk pulang ke rumah di sebabkan ada beberapa urusan penting yang perlu di sempurnakan di kampus. Ingatkan minggu ini boleh balik, tetapi terhalang oleh exam pertengahan semester. Minggu depan juga mungkin tak dapat balik kerana ada group presentation. Umi di kampung telah beberapa kali mendesakku untuk pulang. Katanya tak puas bermanja dengan anak-anak dia ni yang pulang hanya seketika cuma..Insyaallah umi, ada masa dan peluang , anakmu akan pulang nanti.
Berbalik kepada mesej yang diberikan oleh sahabat tadi, hatiku ini sedikit terkilan kerana tidak dapat memenuhi pelawaan sahabat. Ujian sakit gigi ini sedikit sebanyak telah membantutkan percakapan dan pergerakanku. Nikmat bercakap sedikit sebanyak telah di tarik oleh Allah. Tapi semua ini tidak menjadi masalah bagiku. Bak kata naqibat usrah “ cuba jadikan setiap masalah dan ujian ni sebagai suatu peluang untuk kita”.
Jadi ,aku cuba applykan nasihat naqibatku tersebut dengan harapan dapat mengembalikan semangat yang sedikit lesu.
Semalam, aku menggagahkan diri untuk hadir ke muktamar PAS kali ke-55 yang diadakan di Shah Alam, walaupun sebenarnya badan tak berapa sehat . Banyak yang dapat ku ambil pelajaran dan iktibar disana walaupun sekadar menjadi pemerhati sahaja..Kalau dulu aku hanya menyanyikan lagu tema PAS bersama rakan-rakan, tetapi di muktamar, aku mengalunkannya bersama-sama pemimpin-pemimpin PAS yang lain.Sangat teruja! Alhamdulillah.
Ok.setakat itu dulu cerita muktamar.
Disebabkan nikmat bercakap telah ditarik sedikit sebanyak oleh Allah, jadi aku cuba mencari semangat dicelah-celah kelesuan ini. Alhamdulillah, semangat mulai pulih setelah membaca kisah mengenai kehebatan seorang insan yang bernama Siti Rahmah.Siapa dia ini?
“Kematian seperti tempat jemuran kain.apa sahaja akan kering di atasnya. Begitu juga dengan kematian. Biar siapa pun kita,Apa pangkat kita, berapa usia kita!” Itulah antara isi ucapan ceramah Siti Rahmah.
Pandangannya tajam tertumpu pada setiap hadirin. Tidak kira berapa ribu orang dihadapannya, semuanya gembira dan tertarik dengan persembahan ceramahnya. Dia dapat mengajak semua orang istighfar, berselawat, bernasyid dan ada ketikanya sama-sama menangis.
Kemampuannya meminta semua hadirin dari semua perigkat golongan usia berdiri sambil berselawat dengan kuat adalah antara ciri-ciri berjayanya seseorang penceramah professional.Siapa sebenarnya Siti Rahmah ni?
Penceramah hebat ini sebenarnya baru berusia 10 tahun yang berasal dari Pulau Batam,Indonesia..Beliau adalah anak kepada Pak Kiyai Haji Mohd Sholehan dan ibunya bernama Ummu Nur Jannah Haji Sahlan. Bukan hanya Siti Rahmah, malah empat lagi saudaranya juga mampu menyampaikan ucapan dengan baik sekali.
Mereka telah berjaya mengisi banyak program yang telah di atur oleh pihak penganjur setempat.Pernah pada satu malam, ketika mengisi program di Kedah selama 5 hari, ada kalanya satu malam mereka berpecah pada tiga tempat berasingan ekoran permintaan masyarakat.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah sepanjang 5 hari tersebut, mereka telah berjaya menyampaikan ucapan di 13 tempat. Pernah suatu hari, Siti Rahmah terpaksa menyampaikan ceramahnya di dua tempat berasingan. Satu lepas maghrib dan satu lagi lepas isya’.
Masyaallah. Memang sangat teruja membaca kisah mereka. Betapa hebatnya mereka dalam public speaking ini sehingga dalam usia yang muda sudah mampu menarik perhatian pendengar untuk terus setia mendengar ceramah mereka..Kita pula bagaimana?
“ Wahai kaumku demi Allah. Sesungguhnya keadaan kita sekarang seolah-olah kita bencikan apa yang kita impikan selama ini iaitu mati syahid. Kita menentang mereka bukan dengan mengandaikan berapa jumlah mereka dan apa kekuatan kita. Sebaliknya kita berjuang kerana Islam yang dengannya kita dimuliakan Allah.Maka ayuhlah kita bergerak, dihadapan kita terbentang dua jalan. Sama ada mati syahid atau mencapai kemenangan.”
– Abdullah bin Rawahah RA-
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Ukhuwah Itu Pada Berlapang Dada
“Assalamualaikum, boleh tumpang duduk di sebelah?” sapa saya pada seorang adik usrah ni.
“Eh kak, duduklah,” dia terkejut kedatangan saya di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.
“Redupkan petang ni kan?” dia memulakan bualnya. Saya lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari saya.
“A'ah! Redup-redup. Tapi wajah adik tak seredup petang ni akak tengok,” saya memancing. Zira gugup.
Dia diam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, saya ok je kak,”
“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Zira sembunyikan daripada akak?”
Selepas memancing dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Zira membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Zira ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Imah.
“Apa Dik kata pada Imah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal saya. Dia diam lagi, mungkin dia cuba ingat-ingat semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.
“Adik dah minta maaf pada Imah?” saya menambah, cuba mahu meredakan hati kusut Zira.
Dia menggeleng. Diam Zira petang itu terus digamit perasaan.
“Akak rasa Zira yang salah ke kak?” soal Zira ingin kepastian. Saya gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Zira tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.
“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”
“Kalau Adik tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau adik yang dahulukan untuk memohon maaf,” lembut saya menyatakan pada Zira. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.
“Tapi kak....”
“Hmmm?”
“Tak akan teguran macam itu pun Imah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat bekerja bersama, kena fahamlah,” Zira menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.
“Faham yang macam mana adik maksudkan?”
“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai abaikan tanggungjawab?”
“Zira rasa macam itu?”
“Hmm.. maksud adik, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah saya. Zira cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang saya menunggu jawapan.
“Kalau Zira duduk di tempat Imah, agak-agak apa Zira rasa?” saya menduga seketika. Zira diam lagi.
“Masakan adik tidak tahu perasaan Imah, 2 tahun akak tengok Zira rapat dengan dia,”
Saya pula diam, membiarkan Zira berfikir. Dia kelihatan sedih.
“Adik tak setuju dengan pendapat akak? Marah dengan akak?” soal saya. Perlahan-lahan dia menggeleng. Saya merapatkan duduk saya disebelahnya.
“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Zira, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”
“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan putus asa,” saya memecahkan kebuntuan agar Zira dapat mencari jawapan yang sudah ada pada saya.
“Merajuk?” jawab Zira.
“Lagi?” saya mengorek. Zira terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.
“Kalau akak kata Baginda berkecil hati adik setuju?” soal saya.
“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.
“Sekarang adik sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”
“Sudah tentu bukan kak!” Zira sudah mulai faham topik yang saya cuba sampaikan.
“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Zira juga, macam Imah juga,” pantas saja jawapan saya.
“Dalam persahabatan juga begitu, Imah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Adik dalam gerak kerja ni, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Zira ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah saya.
“Adik tak rasa macam tu?” tanya saya menduga.
PADA BERLAPANGNYA DADA...
“Hmm..saya kurang jelas dengan perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana yang perlu didahulukan ye kak?” saya nampak dia mulai faham konsep yang saya mahu sampaikan.
“Dua-dua penting dik!”
“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu baru kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang,justeru senang nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah saya lagi.
“Habis tu saya kena minta maaf pada Imah?”
“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau adik rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah adik dengan Imah. Teruskan,” cadang saya.
“Adik kenalah berlapang dada,”
“Berlapang pada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.
“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar. Yakni, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas saya. Zira nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.
Petang yang damai itu, saya puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.
“Nak ke mana tu dik?” tiba-tiba saja Zira bangkit mahu meninggalkan saya.
“Nak cari Imah lah kak,”
“Tinggalkan akak sorang-sorang?” saya bergurau.
“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang saya hulur.
Berderai hela tawa. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.
p/s : tulisan asal adalah dari Afiq Saleh.Syukran sahabat
~Begin With The End of Mind~
Cara Menukar Template Blogspot

"Shahidat, ajar akak macam mana nak tukar layout blog akak"
"Dik,tolong buatkan blog untuk akak leh?Nanti akak bayar"
"Shahidat free tak?Nak minta tolong ajar macam mana nak cantikkan blog"
Inilah antara permintaan dari kakak-kakak dan juga sahabat-sahabat untuk saya mengajar mereka cara-cara untuk menukar layout sekaligus mencantikkan blog..Disebabkan kekangan masa,saya terpaksa menolak dan menangguh permintaan sahabat-sahabat saya.Minta maaf semua.
Bagi tidak mengecewakan mereka, disini,suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu tentang cara-cara untuk menukar template blogspot dengan harapan dapat menunaikan permintaan sahabat-sahabat juga sebagai ilmu untuk pembaca sekalian.
Seperti yang kita sedia maklum,blog adalah ibarat rumah kita.Apabila dikatakan rumah,tentunya kita ingin melihat rumah kita cantik dan kemas.Sebenarnya,banyak cara yang dilakukan untuk membuat blog menjadi lebih cantik, diantaranya dengan menambah elimen-elimen dan juga dengan mengganti template blog. Jika kita mengganti template dengan template yang sudah disediakan blogger maka itu adalah cara yang paling mudah, kita pilih dan disimpan terus jadi. Namun template yang disediakan sangat sedikit dan penampilanya juga standard, sehingga kita seringkali mencari template lain yang lebih cantik, kerana sekarang banyak web2 dan blog2 yang menyediakan template yang cantik.
Menukar template bukanlah semudah yang di sangkakan kerana kesannya,kita akan kehilangan beberapa elemen dan widget-widget yang menarik dalam layout yang sebelumnya.Di sini, ingin saya jelaskan beberapa langkah yang perlu di ambil sebelum menukar layout baru.
Pertama anda harus membackup dulu template anda yang lama.Caranya, anda masuk ke menu "Layout --> Edit HTML", terus klik link bertuliskan "Download Full Template" terus simpan file yang diberikan.
Kedua ,anda perlu backup elemen-elemen atau widget-widget yang dah pernah anda pasang sebelum ni, caranya >>masuk ke menu "Page Element", disitu kan banyak element-element yang sudah anda pasang, dibawahnya ada link bertuliskan "edit" klik link-link tersebut satu persatu, copy isi dari element itu dan simpan dalam notepad. Kalau anda dah ganti template dan ingin memasang element-element tersebut tinggal copy dari notepad dan letakkan di "add page element".
Ketiga, jika template dan element-element sudah di backup, langkah seterusnya ialah mengupload template yang sudah anda download. Biasanya file template yang di download berbentuk "XML" tapi kadang-kadang ada juga yang berbentuk "zip atau rar".Jika begitu, anda harus mengekstraknya terlebih dahulu sehingga dapat file berbentuk "xml". Kemudian cara menguploadnya, Kembali ke menu "Edit HTML", disitu ada button "browse" .Klik button tersebut dan cari file template yg anda download tadi dan pastikan yang berformat XML, setelah itu terus klik button "upload".
Keempat, biasanya kita akan mendapat pengesahan bahawa segala widget-widget kita akan dihapuskan.Abaikan sahaja. Klik button "Confirm & Save".Selesai.Anda akan melihat blog anda berwajah baru:)
Di sini, suka untuk saya kongsikan beberapa web yang menyediakan template-template yang menarik. Pilihlah mengikut citarasa anda.
1) http://btemplates.com/
2) http://www.pyzam.com/
3) http://www.blogspottemplate.com/
4) http://blogspottemplates.blogspot.com/
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates/
dan banyak lagi..nak senang, tanya sahaja pakcik google, nanti dia akan keluarkan list web-web yang sangat banyak. Haa..Lu pilihlah sendiri.hehe..Selamat mencuba (^_^)
wassalam
p/s : sebarang pertanyaan,leh tinggalkan kat komen atau pun kat shoutbox.
pp/s : Blog yang cantik dan kemas memang bagus, akan tetapi lagi bagus kalau sentiasa update bagi mengelakkan blog kita bersawang . Seperti juga rumah, cat baru pun tak guna juga kalau kita tinggalkan rumah buat sekian lama tanpa penghuni.(^_^)
~Begin with the End of Mind~
Banner Ma'ruf Club

Salam optimis buat semua,
Sekadar ingin berkongsi design ringkas banner pimpinan Ma'ruf Club 08/09 UIAM yang akhirnya dapat di siapkan jua.Alhamdulillah.
Insyaallah, selepas ini penulis akan memberikan sedikit tumpuan kepada blog MC yang sedikit berhabuk dan bersarang dek kerana dah lama tak ter'update'.Di samping itu,penulis juga akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog ini walaupun terpaksa mencuri masa.huhu..bak kata Kang Abik ( Habiburrahman ), nak jadi penulis yang berjaya,kena ada disiplin.huhu..disiplin yang macam mana?haa, itu yang kita tak tahu..(^_^)
p/s : diri semakin teruja dgn situasi politik malaysia yang semakin bercelaru ni.huhu
~Begin With the End of Mind~
FILEM : Children of Heaven

Salam Optimis,
Alhamdulillah, pagi tadi allah memberi sedikit kelapangan buat saya untuk melihat satu filem dari Iran yang bertajuk 'Children of Heaven'.Filem ini menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.
Kisahnya bermula apabila seorang budak bernama Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adik perempuannya Zahra. Mereka ini adalah dari keluarga miskin yang mana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya bekerja sebagai pembancuh teh di masjid.Zahra sangat sedih akan kehilangan kasut dan menyalahkan Ali,abangnya. Lalu Ali memberi idea untuk berkongsi menggunakan kasutnya sahaja oleh kerana Zahra sekolah sesi pagi manakala Ali sekolah sesi petang. Zahra berkeras untuk memberitahu ayah mereka tentang kehilangan kasutnya tetapi dilarang oleh Ali kerana mengetahui ayahnya tidak mempunyai wang di samping banyak h
utang yang tertunggak.
Setiap pagi,Zahra memakai kasut abangnya ke sekolah. Selesai sahaja sesi persekolahan, Zahra bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberi giliran kepada abangnya pula menggunakan kasut yang semakin lusuh itu.Sejak dari itu, Ali sering lewat ke sekolah dek kerana kasut itu. Begitulah kehidupan yang penuh pengorbanan dari seorang abang juga pengertian seorang adik yang begitu menyayat hati setiap penonton.
Filem arahan Majid Majidi ini telah menerima anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival.
Tok Guru yang telah menonton filem ini juga berkata, "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”
Tok guru juga berharap agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.
“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.
Tok guru berharap Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat perjanjian bersama Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem agar dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem..
Semoga satu hari nanti Malaysia mampu menerbitkan filem-filem berunsur kemanusiaan dan juga filem yang dapat menangkis fitnah Barat,Insyaallah. Bak kata sahabat saya , sama-sama kita kibar panji Allah supaya Malaysia bangun penuh berkah..
wassalam.
Chidren Of Heaven Part 1
Chidren Of Heaven Part 2
~Begin with the End of Mind~









