Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Bonus Terhebat Kembali Lagi (^_^)

Posted by Syaheed on 28 September 2009 , under , , | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah


Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri buat semua pembaca dan pengunjung blog yang tak seberapa ini..Semestinyanya anda dan saya mempunyai pengalaman tersendiri dalam menyambut lebaran yang mulia pada tahun ini..Mungkin ada yang menyambutnya dengan meriah dan penuh ceria..tak kurang juga yang menyambut dalam kesedihan dan kedukaan.. 'Ala kullihal, kegembiraan atau kedukaan itu semuanya kita sandarkan kepadaNYA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

BERAYA BERSAMA AMAL

[ Pengerusi AMAL - Pak Uda ]


Alhamdulillah, pada tahun ini, saya julung-julung kali dapat menghadiri Perjumpaan Aidilfitri pada 4 Syawal yang lepas yang di anjurkan oleh Alumni Maahad ( AMAL )bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada organizer pada tahun ini ( AMAL cawangan kampus-kampus Utara ) atas usaha dan titik peluh kalian menganjurkan Ijtima' pada kali ini.

Walaupun kebanyakan yang hadir adalah junior-junior , namun ikatan ukhuwah dapat kembali bertaut setelah sekian lama tidak bertemu. Saya teringat satu lirik nasyid dari kumpulan nasyid lama ( tak ingat namanya ) yang berbunyi :

Pertemuan..
Menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Sudah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya
Cinta kasih ILLAHI...

anda sambung sendiri lirik seterusnya..
( jangan lupa lirik ) (^_^)

Firman Allah yang bermaksud :

"Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk."
-Al-Imran: 103-
Presiden AMAL dalam ucapannya berkata " kito budok-budok AMAL ni kalu buleh keno aktifkan diri kito ni dale persatuan kat kampus (dalam bahasa arab panggil jemaah), sebabnyo kalu kito dok sore, nnt sene serigalo nok make kito.."

Kata Saidina Umar R.a :
" Kebenaran yang tidak berorganisasi akan di kalahkan oleh kebatilan yang berorganisasi "
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Aku tidak memiliki apa-apa tujuan melainkan melakukan pembaikan (untuk agama dan manusia) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. [Hud 11:88]
Sebelum ijtima berakhir, Presiden AMAL membentangkan future plan yang akan di laksanakan oleh AMAL iaitu pembinaan kompleks AMAL ( dalam proses untuk dibentangkan kepada MB kelantan untuk di luluskan ). Semoga planning dan projek ini akan berjalan lancar, insyaallah.

PESANAN UNTUK MAHASISWA

Pada 5 Syawal baru-baru ni juga , saya dan beberapa sahabat ada membuat perjumpaan raya dengan seorang exco kelantan merangkap 'sifu' kami dulu,kini dan selamanya..Sedikit nasihat beliau yang dapat saya kongsikan di sini khusus untuk kita sebagai mahasiswa :

" Kuasailah bidang dan minat masing-masing demi untuk kebangkitan dan kemenangan Islam.. Kenalilah potensi diri mulai sekarang dan improvelah potensi yang ada. Moga-moga dengan kepakaran yang kita ada di bidang masing-masing sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada Islam..Letakkan kepentingan peribadi di tepi..Fikir dan utamakanlah kepentingan islam dalam setiap perkara..setiap daripada kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing di jalan yang panjang dan penuh berduri ini demi untuk melihat islam kembali tertegak."

Pesanan Rasulullah s.a.w.,

“Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu”.
Akhir kalam, sempena Syawal yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal. Jadikan ia sebagai penerus kepada ibadat puasa yang telah kita tunaikan sepanjang Ramadhan yang telah berlalu bersama kelebihannya.

Seperti di sebut dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia ikutinya enam hari pada bulan Syawal, adalah dia seperti berpuasa setahun.

Rebutlah peluang dan bonus terhebat yang ada ini sebelum ianya hilang.Puasa enam hari pada bulan Syawal ini hukumnya sunat dan ia boleh dilakukan secara tidak berturut-turut tetapi mestilah dilakukan pada bulan Syawal.


Siiru 'ala barakatillah

~HIDUPLAH UNTUK MEMBERI~

~Nikmat Yang Jarang Kita Syukuri~

Posted by Syaheed on 20 August 2009 , under , | comments (0)



Disaat kita nikmati kebersamaan
Banyak hal kita terlewatkan begitu saja
Keceriaan, gelak-tawa serta canda
Semuanya mengalir begitu saja

Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mau berhenti

Kenangan-kenangan itu terasa tiap kali kita pergi
Pergi meninggalkan semua kegembiraan yang melenakan
Satu persatu kenangan itu diputar kembali
Ada sederet senyum saat terlintas filem-filem yang lalu

Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Kenapa tak selalu mengikutiku kemana pergi?
Kapan ini semua akan terulang?
Akankah kita tetap seperti ini?

Sahabat...
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tatkala kita lalui semuanya bersama

Banyak hal yang pernah terjadi
Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang

Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri

Ya, Allah.. Lindungilah mereka yang ku-cinta
*Sajak ini di ambil dari blog saudara hazwan

Rentak perjuangan

Posted by Syaheed on 12 April 2009 , under , , | comments (0)




“ Irah dah ok demam?” Tanya aku pada sahabat yang amat ku sayangi ini. Sudah lama aku tak bertanya khabar, makan dan beraktiviti secara berjemaah dengannya dek kerana begitu sibuk dengan exam dan kerja gerakan..Rasa sedikit kekesalan di jiwa kerana sikapku yang kurang mengambil berat terhadap sahabat.

“ Ana dah ok Ya,terima kasih datang melawat.” Jawabnya dengan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.Aku begitu kagum dengan sahabatku yang bernama Munirah ni.Dia punya semangat yang luar biasa sekali..

“ Zah, 10 tahun akan datang agak-agak anti ada kat mana?” tanyaku pada Irah semasa kami makan bersama di café mahalah sebulan yang lepas.

“ Wallahu’alam..Perancangan ana lepas grad ni memang nak terus sambung Master dalam bidang yang ana amik ni. Ana nak betul-betul pakar dalam bidang Quran Sunnah ni demi dakwah Islam kita ni Ya.” jawabnya ringkas dan penuh semangat.

Aku begitu teruja dengan semangat sahabatku ni. Beliau punya cita-cita yang tinggi demi melihat Islam kembali gemilang. Semangatnya tak pernah luntur dan beliau tak pernah mengalah dalam setiap ujian yang menimpaNYA kerana dia yakin semua itu adalah tanda kasih sayang Allah padanya.Irah hanyalah insan biasa tetapi punya keyakinan dan semangat yang luar biasa.

“ InsyaAllah Irah,ana doakan moga segala perancangan anti di permudahkanNYA. Kita punya cita-cita yang sama untuk kembalikan kegemilngan Islam walaupun bidang kita berbeza.” Balasku menyokong jawapan Irah.

Aku dan Irah punya minat yang sama dalam segenap segi. Aku mula mengenalinya 2 tahun yang lalu.Kami di ikat oleh satu ikatan aqidah yang mana pertalian ini adalah lebih hebat dan utuh dari pertalian darah. Kami sama-sama menerima manhaj tarbiyah yang sama. Walaupun bidang dia Quran Sunnah dan aku Quantity Surveying, tetapi kami sama-sama dalam bidang QS.Aku bertuah dapat mengenali dan berjuang bersamanya.

“ Zah, apa pendapat anti dengan keadaan gerakan kita sekarang?” tanyaku lagi semasa kami tengah berehat sementara menantikan murabbi kami datang untuk bagi pengisian rohani kepada kami.

“ Gerakan kita ni ana tengok dah sangat hebat dan konkrit dah dari segi system. Cuma penggerak gerakan itu yang bermasalah.Ana nampak masih ramai lagi yang bergerak dengan pemikiran yang lama. Semua benda hanya tunggu pimpinan suap je. Takut untuk menerima pembawaan asing ke dalam gerakan.Takut untuk berubah. Sedangkan situasi & keadaan dunia sekarang bergerak dengan laju. Kalau kita lambat bergerak, kita akan ketinggalan, dan gerakan kita akan terkebelakang. Syarikat-syarikat di luar sana dah banyak kali menukar strategi pengurusan untuk inline dengan situasi semasa. Tetapi kebanyakan gerakan masih lagi lemah dari segi pengurusannya.” Irah menjawab dengan seriusnya.

“ Hmm,ana setuju dengan anti. Lemah takpe.tapi kita jangan biarkan kelemahan tu menghancurkan gerakan. Kita perlukan usaha dan perancangan yang betul-betul serius dan berstrategi dan kita kena pastikan setiap perancangan tu terlaksana dengan baik. Kita kena ingat, setiap kerja ada yang important but not urgent, ada yang urgent but not important,dan kadang-kadang not urgent but important.” Aku pula semakin bersemangat berbicara selepas membaca buku ‘First Things First” tulisan Stephen R.Covey.

Aku dan Irah semakin membudayakan aktiviti brainstorming bersama kerana dengan brainstorming lah dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis kami..Setiap minggu, kami berjanji untuk menghabiskan sebuah buku seorang. Dan selepas itu, kami akan berkongsi hasil bacaan kami melalui aktiviti bedah buku. Hobi ini kami mula praktikkan setahun yang lalu selepas menerima suntikan semangat dari Murobbi kami yang begitu menekankan budaya membaca.

Ustaz Hasrizal meninggalkan seketika kuliah-kuliah kerana ingin menambahkan ilmu dengan membaca.

Umar al-Khattab menyebut, “Tafaqquhlah sebelum kamu memimpin”.

Kebanyakan ahli gerakan, apabila sudah terlibat dengan gerakan, nilai fundamental kurang di tekankan.Bacaan quran tidak dijaga. Soal tajwid entah ke mana.Thaqafah tak ditambah.Isu semasa tak ambil tahu.Tak mampu untuk mengimamkan solat jenazah.Apa bezanya kita dengan orang lain?Betulkan kalau saya salah.Ini merupakan satu tamparan maut buat kita sebagai ahli gerakan terutamanya buat diri aku yang masih banyak kurangnya dan perlu di polish dan di servis lagi setiap masa.

“ Zah, ana tengok ramai ahli gerakan yang masih mempunyai inferiority complex. Tak mempunyai keyakinan untuk bangunkan diri menjadi pendakwah dan pemimpin masyarakat.” Provoke ku kepada Irah.

“ Ana pun rasa macam tu. Mereka begitu merendah diri sehingga mengabaikan kualiti yang perlu ada pada diri seorang dai’e. Ana respek kepada orang hebat tetapi merendah diri dengan kelebihan yang ada. Tetapi ana sangat suspek dengan orang yang merendah diri ini tetapi takde usaha untuk majukan diri dan mencipta sejarah untuk diri sendiri..” Jawab Irah menyokong provokasiku.

“ Jom! kita ciptakan satu sejarah untuk kita tinggalkan dalam gerakan ni,nak?.” Cadangku.

“ hmm, best gak tu. Ana cadang kita berdua cuba wujudkan suasana membaca di kalangan sahabat-sahabat. Kita membudayakan suasana membaca..Nanti kita kongsi la bersama-sama ilmu yang kita dan mereka dapat dari bacaan.Alaa..kita wat aktiviti bedah buku macam yang selalu kita wat bersama tu.ok tak?”Irah bagi cadangannya.

“Haa,terbaik sangat tu! Kita sama-sama bangkitkan semangat sahabat-sahabat lain untuk banyakkan membaca.Kan tagline ustaz Syaari, “READ, YOU’LL CONQUER THE WORLD”..Bila dah banyak ilmu, barulah kita boleh bawa dakwah Islam ni dengan efektif,Insyaallah.”Sokongku lagi dengan begitu bersemangat.

“ZAH!ZAH!” panggil Irah.

“ Eh!” aku terkejut. Rupa-rupanya aku tengah mengelamun teringat memori dan janji-janjiku bersama Irah.

“Haha,sori Irah.datang nak lawat Irah,tapi datang mengelamun pulak.haha”aku tergelak.

“ Irah rehat la.. Jangan lupa makan nasi yang Ya beli ni ye.Ya mintak maaf ye Irah coz Ya lambat datang jenguk Irah.Ya sibuk sikit dengan aktiviti gerakan sejak kebelakangan ni. Pasal perancangan kita tu, kita start nanti buka short sem ye.”Terangku sambil memicit kepala Irah yang sedikit pening.

“ Takpe la Ya. Irah paham kondisi Ya sekarang. Irah selalu doakan moga Allah mudahkan segala gerak kerja Ya. Kita buat kerja kerana Allah. Penat lelah kita DIA bayar kat sana nanti. Yang penting kita ikhlas.Irah sakit ni pun hasil sentuhan kasih sayang DIA..” terang Irah dengan tenangnya.

“ hmm, betul tu Irah.Yang pasti, kita hanya memohon tanpa putus agar Allah memberkati usaha dakwah kita dan menjadikan ini sebahagian daripada amal yang soleh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran dalam perjuangan ni.InsyaaAllah….Ya nak kena balik dulu ni.Ada meeting petang ni.Insyaallah,ada masa Ya datang lagi. Kalau ada apa-apa, jangan lupa mesej Ya ye.”aku berkata-kata sebelum pulang.

Dalam gerakan ni, ukhuwahfillah sangat bererti. Tanpa kosa kata ini, hidup dalam gerakan tidak mempunyai nilai, umpama pokok tanpa buah,irama tanpa lagu. Nilai Ukhuwahfillah inilah memberikan kita kemanisan dalam jerit perih berdakwah serta membenamkan keyakinan terhadap citra perjuangan.


~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Rindunya pada bumi Maahad

Posted by Syaheed on 21 March 2009 , under , | comments (2)




Salam Optimis,

Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada juniorku, Nik Nur Madiha atas kejayaan besar beliau dalam SPM 2008. Sumber pertama tentang khabar berita tentang kejayaan Madiha ni telah saya ketahui melalui mesej dari seorang sahabat. Terima kasih sahabat.Hanya ucapan Alhamdulillah mampu ku ungkap pada waktu itu..Berita mengenai adik madiha ni hampir setiap hari ku dengar dan baca melalui berita & akhbar. Keadaan ni menyebabkan saya begitu sayu kerana terkenangkan sekolah yang meninggalkan banyak pengalaman yang tak akan di peroleh di tempat yang lain.

Kalau kak muakhahku bangga dgn bumi waqafannya, maka saya juga berbangga dengan bumi Maahad tempat lahirnya ulama2 hebat pada hari ini..Apa yang lebih penting , hebatnya Maahad ini adalah kerana keikhlasan guru-gurunya yang tak pernah jemu mendidik dan mentarbiyah kami menjadi pelajar yang berguna kepada agama.

Antara nama-nama pelajar yang telah mengharumkan nama Maahad ialah Kak Hafilah Musa ( isteri ust.Hasnizol),pelajar terbaik kebangsaan SPM 1996 yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di Australia.Adik Fatimah Mokhtar,pelajar terbaik kebangsaan SPM 2007 dan terbaru adik madiha.Tahniah untuk semua!

Secara peribadi, saya begitu terhutang budi kepada cikgu BM form 2 saya, Cikgu Nik Abdul Rahman. Beliau bukan hanya sekadar guru BM, tapi beliau juga adalah seperti ustaz dan guru IT kepada saya. Masa form 2, dialah orang pertama yang mengajar saya guna Microsoft Publisher untuk kami terbitkan Buletin Tarbiyah ( bulletin mingguan Maahad ). Bermula dari situlah saya mula meminati dan celik computer. Dan sehingga hari ini, saya sering mendapat tugas dalam bidang penerbitan risalah. Mungkin kalau bukan kerana usaha dan tunjuk ajar beliau, saya tak tahu bermain dengan teknologi yang ada sekarang.TERIMA KASIH CIKGU NIK!

Rindunya pada Maahad! Suka untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca, maahad ni terkenal dengan buminya yang hijau. Hijaunya bukan kerana kuat PAS, tapi kerana tanah dan persekitarannya dikelilingi pokok2 yang rendang. Kalau tengok padang Maahad sangat menenangkan. Saya masa kat sekolah dulu, time petang2 pukul 6 tu, saya suka pergi ke padang sekolah dan baring di situ untuk tenangkan fikiran ( berani buat kerana sekolah kami semua perempuan .hehe).arghh,rindunya..huhu

Kepada cikgu, ustaz & ustazah MMP : cikgu Razali ( Papa Li ),cikgu Azimah ( warden asrama), Ust Harun ( Guru Penasihat Badan Dakwah), Ustazah Syamsiah,CIkgu Haliza ( Ketua guru Disiplin),ust Matnor, Ust Hamzah, Ust Baha, Ustz Sakinah, Cikgu Murni, Teacher Aziah, Ustz Khadijah ( ustazah paling di takuti kerana kegarangan & ketegasannya),dan semua guru-guru ( dah tak ingat semua nama-nama dek kerana usiaku makin bertambah..hehe ), terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.Tanpa kalian, mungkin saya tak mampu berdiri seperti pada hari ini.Minta maaf kerana tak mampu untuk sentiasa menziarahi bumi maahad.InsyaAllah,jika berkesempatan akan saya dan sahabat-sahabat yang lain menjejakkan kaki kami ke bumi Maahad yang sentiasa dirindui.

Anda nak kenal dan tahu lebih lanjut tentang maahad? Layarilah laman web rasmi MMP di SINI.

[ Bangunan Asrama]

[ Bangunan Aliran Sains dan kawasan perhimpunan]

[ YB Nik Amar bersama guru, Ibubapa dan Pelajar Cemerlang]

p/s : Rindu pada semua rakan-rakan batch SPM 2004. Dimanakah kalian semua?

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~