Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Maruf Club Semakin 'Hot'

Posted by Syaheed on 02 November 2009 , under , , | comments (0)



Bismillahi Walhamdulillah..

Bilamana membuka facebook dan Yahoo Group, saya sangat teruja dengan berita tentang salah satu banting dari Maruf Club yang begitu mendapat perhatian sehingga di masukkan ke dalam web dailychilli.com..


[ Screen Shot dari web dailychlli.com ]

Ia mendapat perhatian web dailychilli.com kerana isu 'no dating' territory, iaitu salah satu kempen 'Biah Solehah' yang di buat oleh Maruf Club yang mana banting itu telah di gantung di sekitar bisnes center IIUM. Gambar tersebut telah di capture oleh krew dailychilli sendiri yang mungkin datang melawat UIA ketika itu.Izinkan saya copy paste berita tersebut dari web berkenaan :

THE International Islamic University Malaysia (IIUM) has become the first “no dating place” in the country.A banner has been put up at its Gombak campus to warn the students from dating in the university compound.

The banner reads: “IIUM is an Islamic territory. No dating. Allah is watching us.”

It is placed at a square near some shops and a bank.A visitor to the campus came across the banner and took a photograph of it.According to a IIUM undergraduate, the banner was not an initiative by the university authorities.

“It was put up by Maaruf Club in conjunction with the Campus Dakwah Project during Ramadhan,” he said.The club’s aims, among others, are to encourage students to perform the good, avoid the bad and to monitor the students’ moral conduct.


Apa yang lagi menarik ialah ia mendapat komen yang agak tinggi dari pembaca iaitu lebih kurang 35 orang sejak berita itu di keluarkan semalam (1 Nov '09). Pelbagai komen yang di berikan oleh pembaca..ada yang mengutuk..tak kurang juga yang membela. Kita tak salahkan mereka, tapi kita harus kerja lebih kuat lagi untuk bimbing & fahamkan mereka tentang Islam ni kerana kita lahir dari persekitaran Islam, mungkin tidak bagi mereka. Apa yang penting, hikmah berdakwah itu sememangnya perlu.

Membuat kebaikan dan benda baik sememangnya akan selalu mendapat tentangan dari orang yang tidak memahami juga orang yang tak pernah senang dengan kebaikan orang lain.

Lumrah berjuang sememangnya tak pernah senang. Kutukan dan hinaan adalah perkara biasa dalam medan ini.Tinggal lagi macam mana kita nak jadikan setiap kutukan dan teguran itu sebagai salah satu booster untuk bergerak lebih laju dan maju dalam medan dakwah ini.
Seperti yang difirmankan Allah dalam ayatNYA yang bermaksud :

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan sedang Allah belum mengetahui orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak mengambil - selain daripada Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin - sebagai sahabat karib? Allah menyedari apa yang kamu buat.(At-Taubah:16)

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(At-Taubah:41)
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada web dailychilli.com atas keprihatinan pihak anda menyiarkan berita ini. Sesuai dengan tagline web tersebut, "something hot everday". Cuma saya tak nampak apa yang 'hot' nya tentang banting tersebut.Mungkin yang terkena atas batang hidung akan terasa 'hot' dengan ayat pada banting tersebut.Tak mengapa. Lain orang lain pandangan dan pemikirannya. Apa yang pasti, ia memberi satu spirit dan suntikan yang positif kepada Maruf Club untuk lebih membugarkan lagi gerak kerja dakwah di masa hadapan.Insyaallah.

Wallahu 'Alam.

~Inspiring Dakwah, Leading The Ummah~

Jangan hanya membela SIS

Posted by Syaheed on 13 June 2009 , under , | comments (1)



Berikutan usul tentang pengharaman NGO Sister In Islam (SIS) oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada Muktamar ke 55 tempoh hari, pelbagai reaksi negatif juga positif yang telah di lontarkan oleh pelbagai pihak.

Ada pihak yang menawarkan untuk menjadi orang tengah bagi PAS dan Sister In Islam berdebat.

Ada juga yang mencadangkan SIS ini tidak diharamkan tetapi hanya di tukar perkataan Islam kepada yang lebih sesuai.

Dan ramai lagi yang mengkritik dengan pelbagai cadangan juga tohmahan.

Saya sedikit gusar apabila banyak respon negatif yang di lemparkan khususnya kepada parti PAS itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti membela NGO Sister In Islam ( SIS ) ini . Dalam keadaan ini, jika saya berada di situasi SIS sekarang,saya merasa begitu terharu dengan pembelaan dari pelbagai pihak khususnya dari orang agama.

Saya tak hairan jika Tun Mahathir yang mengkritik usul dari PAS ini kerana anaknya Marina sendiri yang terlibat dalam SIS. Tetapi saya cukup sedih kerana yang mengkritik itu adalah dari orang agama sehingga melabelkan PAS itu bersifat 'kuku besi' dan lebih teruk lagi mengkritik secara terbuka agar Dewan Ulama dibubarkan. Sesungguhnya kenyataan seperti itu akan memberi sedikit kesan buruk kepada Islam itu sendiri dan dalam masa yang sama seperti mengangkat martabat SIS.

Apa yang saya faham, usul yang dicadangkan oleh PAS Shah Alam adalah supaya Sister In Islam yang membawa aliran Islam Liberal ini di siasat dan di selidik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sekiranya SIS terbukti bertentangan dengan Syariat Islam,maka Majlis Fatwa hendaklah mengharamkan pertubuhan tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan dari setiausaha GAMIS, Siti Nurul Munawirah Mohd Roslan yang menjelaskan bahawa :

"Kami (SIGMA) memahami tindakan Pas (Parti Islam SeMalaysia) itu adalah susulan
kedegilan dan keangkuhan SIS (Sister In Islam) untuk membuka ruang penghujahan yang adil untuk mencari kefahaman Islam sebenar. Pandangan Pas amat kami sokong, namun begitu SIS masih ada peluang untuk tidak diharamkan iaitu apabila mereka bersedia berubah, Pas wajar membuka pintu kerjasama pula,” jelas beliau panjang lebar.

Saya bimbang dalam keghairahan kita mengkritik, di sana ada pihak yang sedang mentertawakan kita umat islam. Sesungguhnya Yahudi tidak pernah berhenti berusaha untuk menghancurkan Islam.

Teringat ucapan dari
Theodore Hertzel ( pencetus idea penubuhan negara Yahudi ), beliau ada mengatakan dalam ucapannya ketika Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland pada tahun 1987 :

"misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran"


Sememangnya memberi kritikan itu tak salah tetapi cara dan medan yang digunakan untuk mengkritik itu mungkin salah.

Betulkan saya andai tersilap.


~ Berjuang,berjuang & terus berjuang ~

Filem Melayu sudah NAZAK!

Posted by Syaheed on 30 April 2009 , under | comments (7)




“ish,teruk betul cerita BOHSIA ni. Tahulah nak tunjuk keadaan remaja sekarang ,tapi tak perlulah nak dedah sana,gedik sini..mana letaknya nilai agama?” seorang penonton melepaskan geramnya.

Inilah dia realiti dunia perfileman Malaysia pada masa sekarang. Filem yang langsung tak mencabar minda malah lebih memandulkan otak penonton. Kebanyakan filem-filem Malaysia terutama filem melayu hanya tahu mengetengahkan cerita berunsurkan lawak, hantu, gejala social, cinta monyet dan sebagainya. Apa sumbangan filem-filem ini? Saya begitu malu dengan masyarakat islam di negara lain jika mereka menonton filem-filem Melayu. Kita lihat bagaimana pengarah dan penulis skrip menggambarkan bangsa Malaysia khususnya Melayu di kaca mata penonton. Bandingkanlah filem-filem seperti “Anak Halal”, “Remp-it”, “Kami”, “Impak Maksima” dan seumpama dengannya. Tontonlah filem ini dan rasakan sendiri betapa bangsa Melayu khususnya yang masih rendah harga diri dan maruahnya.

Setujukah anda jika saya mengatakan inilah gambaran sebenar bangsa Melayu?

Kenapa perlu di angkat martabat MAT REMPIT? Apa baiknya men julangnya nama BOHSIA? Saya begitu takut bilamana mat rempit ini di filemkan, takut-takut mat-mat rempit ni rasa lebih di hargai yang menyebabkan mereka makin berkuasa di jalan raya. Gerunnya saya bilamana perkataan dan gejala BOHSIA sudah sebati dengan masyarakat, menyebabkan bilangan mereka bertambah ramai dan tidak mustahil masyarakat akan terbiasa dengan geng2 ini malah mungkin lebih dipandang mulia dari pendakwah..Nauzubillah

Saya cukup teruja dengan filem-filem Indonesia yang begitu banyak dihasilkan sekarang yang mana didalamnya banyak nilai-nilai Islam yang diterapkan untuk tatapan penonton. Ada unsur dakwah di dalamnya! Sudahkah anda melihat filem “Ayat-ayat Cinta” yang mendapat sambutan menggalakkan itu? Tidak teruja & tersentuhkah anda menonton filem “Sang Murobbi”? Melalui filem-filem mereka ini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana bangsa Indonesia ini di angkat tinggi, bermaruah dan di hormati. Filem kita bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman.

Kalaupun kita tak mampu untuk menghasilkan filem-filem yang berunsurkan dakwah islam, sekurang-kurangnya cubalah hasilkan filem yang dapat membuka minda penonton.Tolong jangan lambakkan industri perfileman kita hanya dengan filem-filem hantu,tahyul,lawak bodoh dan seumpama dengannya. Kita ada agama, jadi cubalah hasilkan filem seperti kita ni beragama.Jaga sikit sensitiviti orang Islam.Walaupun kita cuba mem’barat’kan filem melayu, agama kita tetap kena jaga.(ayat ini untuk filem seperti BOHSIA & Anak Halal ).Cubalah hasilkan filem,apabila orang menonton , rasa lebih bersemangat dan berfikir.Jangan jumudkan pemikiran dalam menghasilkan filem. Nasihat ini khusus untuk pembuat filem.

Saya tertanya-tanya, adakah kita di Malaysia ini tidak ada penulis skrip atau pengarah yang mampu hasilkan filem yang mana dapat membentuk bangsa kita menjadi lebih baik, juga mengangkat maruah kita di mata orang lain?

Saya begitu gembira dengan penghasilan cerita seperti “Cinta Madinah” & filem “Syukur 21” suatu masa dahulu. Penulis novel islamik seperti Abu Hassan Morad, Zaid Akhtar & lain-lain perlu diramaikan lagi agar karya seperti mereka boleh di filemkan sebagai satu method dakwah kepada masyarakat.

Teringat kata-kata sifu saya yang mana kata-katanya ada di tepi blog ini yang berbunyi “Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…."-Sifuku, Ustaz Syaari Abd Rahman.

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud yang bermaksud : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.

Ayat ini diletak bagi mengingatkan kita bahawa proses berlakunya kemusnahan, kehancuran dan keruntuhan negara memang diperakui oleh Allah melalui kalamNya. Allah mengingatkan kita bahawa sesebuah Negara dan tamadun itu akan hancur jika mereka sendiri tidak membaiki keadaan mereka.

Saya membuat entri ini bukanlah bertujuan untuk meng ’condem’ filem -filem melayu apatah lagi menghina bangsa sendiri tetapi saya lebih kepada untuk menegur agar kita sama-sama dapat memperbaiki dan mempertingkatkan keadaan kita menjadi lebih baik..

wassalam

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Makanan untuk semua

Posted by Syaheed on 12 April 2009 , under | comments (0)



Salam optimis,

Minta maaf kerana dah 3 hari tak update blog dek kerana exam yang 3 hari berturut-turut ditambah lagi demam yang melanda tanda sentuhan kasih sayangNYA. Kali ini suka untuk saya kongsikan sedikit untaian hikmah yang di ambil dari buku untaian hikmah tulisan Ibn Hajar Al-Asqalani sebagai makanan rohani buat kita.

Umar Ibn Khattab r.a berkata :

* Kehormatan dunia didukung oleh harta, sedang kehormatan akhirat didukung oleh amal soleh.

Ali Ibn Abi Talib karramallahu wajhah berkata :

* Barangsiapa mencari ilmu, maka syurga akan mencarinya, dan barangsiapa mengejar doa, maka neraka akan mengejarnya.

* Jadilah orang yang terbaik dalam pandangan Allah, jadilah orang yang paling rendah dalam pandangan diri sendiri, dan jadilah tokoh dalam pandangan orang lain.

*Barangsiapa merindukan syurga, maka ia akan terburu-buru berbuat kebaikan, barangsiapa enggan masuk neraka,maka ia akan segera menghentikan dorongan syahwatnya, barangsiapa yakin akan datangnya maut, maka hilanglah baginya kesenangan dunia, dan barangsiapa mengenal dunia, maka ringanlah baginya beban dunia.

* Ada empat hal yang sulit dikerjakan:
> memberi maaf ketika sedang marah
> memberi sesuatu di kala kita sendiri memerlukan & menginginkannya
> menahan diri di kala 'kesempatan'
> berkata benar terhadap orang yang ditakuti atau diperlukan.

Abu Bakar R.A berkata :

* Barangsiapa masuk ke kubur tanpa membawa bekal, tak ubah seperti menyeberang laut tanpa perahu.

* Ada 8 hal yang merupakan hiasan bagi hal yang lain :
1) Pantang minta-minta merupakan hisan bagi orang miskin
2) bersyukur merupakan hiasan bagi anugerah
3) Sabar merupakan hiasan bagi musibah
4) Sifat santun hiasan bagi ilmu
5) Banyak menangis merupakan hiasan bagi orang yang takut kepada allah
6) rendah hati merupakan hiasan bagi pencari ilmu
7) menyembunyikan kebaikan dri sendiri merupakan hiasan kebajikan
8) Khusyu; merupakan hiasan bagi solat.


Dikatakan bahawa orang yang mengaku dirinya kurang, selamanya akan terpuji, dan orang yang selalu merasakan dirinya krang, itu salah satu tanda amalnya diterima.

Hassan al-Basri berkata : Barangsiapa tak punya sopan santun, bererti dia tak berilmu, barangsiapa tidak memiliki kesabaran, bererti dia tidak beragama, dan barangsiapa tidak mempunyai sifat wara' bererti dia tak pernah dekat dengan allah.

Ibrahim an-Nukha'i berkata :
> Hancurnya bangsa-bangasa sebelum kalian disebabkan tiga hal iaitu, kerana terlalu banyak bicara, terlalu banyak makan dan trlalu banyak tidur.

Seorang bijak pandai berkata :
> ada empat hal yang merupakan kebaikan. Namun empat hal lagi lebih baik.
1) Sifat malu pada laki-laki itu baik, tetapi sifat pemalu pada perempuan itu lebih baik.
2) Sifat adil pada setiap orang itu baik, tapi sifat adil dari seorang pemimpin itu lebih baik.
3) Taubatnya seorang yang sudah lanjut usia itu baik, tapi taubat yang dilakukan oleh orang muda itu lebih baik.
4) Sifat pemurah seorang kaya itu baik, tapi sifat pemurah seorang miskin adalah lebih baik.

Dalam kesempatan lain Nabi SAW berkata : nanti akan datang suatu masa di mana umatku mencintai lima hal dan melupakan lima hal yang lain :

1) Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat
2) Mereka mencintai emas permata dan melupakan kubur
3) Mereka mencintai harta dan lupa akan perhitungan amal
4) Mereka mencintai keluarga dan melupakan kebenaran.
5) Mereka mencintai diri sendiri dan lupa kepada Allah...

* dan ada banyak lagi untaian hikmah di dalam buku tersebut.Insyaallah penulis akan berkongsi lagi dalam siri untaian hikmah yang akan datang.

~berjuang,berjuang & terus berjuang~

Lemahnya Imanku

Posted by Syaheed on 31 March 2009 , under | comments (1)




"Sesungguhnya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, apakah iman itu. Baginda menjawab, 'Apabila kebaikanmu menggembirakanmu dan keburukanmu menyusahkanmu, maka engkau dalam keadaan mukmin.' Dia bertanya lagi, 'Ya Rasulullah, lalu apakah dosa itu?' Beliau menjawab, 'Apabila sesuatu berserabut dalam hatimu, maka tinggalkanlah ia.'" (HR. Thabrani, Ahmad, dan Nasa'i).

Rasulullah adalah guru dan pendidik kepada semua manusia. Pertanyaan dari siapapun pasti dijawab dengan sungguh-sungguh. Hebatnya, setiap jawabannya selalu menepati dengan keinginan orang yang bertanya.

Pada hadits di atas Rasulullah memberikan jawaban yang tepat sekali. Iman yang merupakan pekerjaan hati diungkapkan Rasulullah dengan sederhana sekali, yaitu bila suatu kebaikan menjadikan seseorang gembira dan keburukan menjadikannya susah, maka orang tersebut dapat digolongkan beriman.

Dengan jawaban ini semua orang mampu mengukur dirinya sendiri. Setiap muslim dapat mengetahui, apakah sekarang keadaan imannya sedang naik atau turun. Jika berkali-kali melakukan kesalahan tetap merasa aman-aman saja, itu adalah ukuran iman berada di ambang bahaya. Orang yang melakukan kesalahan akan segera beristighfar, bertaubat, kemudian memperbaiki diri. Suatu hari mungkin saja ada perasaan berat untuk melaksanakan kebaikan. Ibadah terasa berat, membaca al- Qur'an menjadi mudah ngantuk, sementara jika kita tengok TV tahan berjam-jam. Ketika datang waktu solat, disambutnya dengan malas-malas. Waktunya kita tangguh-tangguh hingga waktu solat hamper tamat. Bila keaadaan macam tu,mulalah konsentrasi jadi berkurang, persiapan seadanya, dan waktu solat dipersingkat. Selesai solat terus pergi, tanpa berzikir dan solat sunat. Jujur saya katakan bahawa kita semua pasti pernah mengalaminya.

Itulah IMAN. Ada saatnya pasang, ada waktunya turun. Ketika iman sedang naik,semua kebaikan menjadi mudah dan ringan. Sebaliknya, ketika iman sedang surut dan menurun, semua ibadah menjadi susah.ALLAHUAKBAR .Setiap muslim diwajibkan untuk selalu mengoreksi dan muhasabah dirinya sendiri (self correcting). Menghisab segala amal yang dikerjakan dalam seharian merupakan keharusan yang tak boleh diabaikan. Rasulullah berpesan, "Periksalah dirimu sebelum diperiksa (Allah di hari qiamat)."

Rasulullah memberikan ukuran yang sangat sederhana, 'anda tetap tercatat sebagai mukmin jika kebaikan menjadikan anda senang dan keburukan menjadikan anda susah.'Ciri mukmin adalah mencintai kebaikan dan membenci keburukan, apapun jenisnya, berat atau ringan. Seorang muslim tentu berusaha sekuat tenaga untuk menghindari yang haram, juga yang makruh, termasuk yang syubhat. Bila belum nyata kehalalannya, ia tak gelabah melakukannya, sebab ada perasaan dosa yang selalu menghantuinya. Bila tidak demikian, boleh dipertanyakan keimanannya. Mungkin sedang turun atau sedang menghilang. Ada dialog menarik antara murid dan ustaznya. Seorang murid bertanya, kenapa ustaz merokok.Sang ustaz dengan tenang menjawab, rokok itu tidak haram, hanya makruh saja. Kembali si murid bertanya, 'bukankah makruh itu ertinya dibenci?' Untuk pertanyaan yang satu ini sang ustaz tidak memberikan jawaban. Si murid yang pintar ini sungguh benar. Semestinya semua pekerjaan yang mengundang

kebencian Tuhan harus dihindari, sekecil apapun perbuatan itu. Merokok adalah contoh sederhananya. Jika jelas-jelas makruh, kenapa tetap digemari? Rasulullah bersabda:"Jangan memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai." (HR. Ath-Thusi).

Seorang muslim yang jujur dan beriman punya keistimewaan, iaitu memiliki perasaansuka bila diberi kekuatan melaksanakan kebaikan, tapi sebaliknya merasa bersalah dan sempit dadanya bila melakukan pelanggaran. Ia memandang pelanggaran sebagai suatu kedurhakaan dan pengkhianatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerananya bila telanjur melakukannya, ia segera bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya. Allah berfirman:"Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan, mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (QS. Ali Imraan: 135).

Ada perbezaan antara orang beriman dan orang yang ahli berbuat dosa. Orang beriman memandang dosa sebagai sesuatu yang besar, sedang fajir (tukang dosa) memandang kecil saja. Rasulullah bersabda, "Seorang mukmin melihat dosa-dosanya seperti gunung yang ditakutkan akan menimpanya, dan seorang yang berbuat dosa (fajir) melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang menghinggap di hidungnya, lalu ia berkata, 'Biarkanlah,' sambil mengibaskan tangan (untuk mengusirnya) lalu lalat itupun terbang." (HR. Bukhari).

Di mana posisi kita?

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Hahahaha

Posted by Syaheed on 20 March 2009 , under | comments (0)




Salam Optimis,

Sekadar perkongsian peribadi,

Kita sering menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (Raja Lawak ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh pelawak-pelawak. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Kita sering melihat mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang-orang yang berziarah duduk-duduk bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang-orang boleh ketawa. Bercakap-cakap di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak.

Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah Kuat-kuat dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud:

"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepadaAllah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..".

sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya.

Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain. Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan pon akan ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

JADI?Ketawalah banyak2..hahaha (lu pikir la sendiri:)

~Berjuang, berjuang & terus Berjuang~

Aku Cinta Padamu

Posted by Syaheed on 09 March 2009 , under | comments (0)



Ya!aku tak malu untuk menyatakan cintaku padamu.biarlah apa kata orang, cinta dan sayangku akan sentiasa padamu.Kalau selalunya pasangan kekasih berani mengatakan 'lautan api sanggup ku redahi demimu' ,maka aku juga berani untuk mengatakan 'lautan kepayahan dan kesusahan sanggup ku redahi demi meneruskan perjuanganmu,Ya Rasulullah'

Kita senang mengatakan kita sangat sayang seseorang itu, tapi kita jarang membuktikan dan menzahirkan sayang itu..kita mudah mengatakan 'saya sayang mak & ayah' saya, betul ke?buktikan!kalau betul anda sayang, tahukah anda berapa helai semuanya uban di kepala mak anda sekarang??

Sahabat-sahabat,
Tahukah anda bahawa sahabat Nabi ni, betapa sayangnya mereka kepada baginda,semua jenis benda dan perkara yang ada dan berlaku pada Nabi, mereka amik tahu hatta jumlah helaian uban sekalipun.Sahabt-sahabat Nabi ni akan berebut untuk mengetahui semua perkara tentang nabi..Allahuakbar,cintanya mereka pada Nabi.Kita bagaimana?Saya nak bawa satu kisah di zaman Rasulullah dimana ada seorang perempuan ni, suami dan sedara-sedara dia baru pulang dari medan perang, perkara pertama yang disoal oleh perempuan ni ialah bagaimana dgn keselamatan Nabi.Kalau kita,mesti kita tanya dan tgk keadaan suami kita dulu kan?Nak kata sayangnya perempuan ni terhadap Nabi,hati dia tak tenang dan tenteram memikirkan keselamatan Nabi di medan perang.Kita bagaimana?

Bercerita juga tentang kisah Nabi ni,saya juga ingin berkongsi tentang satu kisah yang memang dekat dengan saya.Ada seorang senior saya ni,satu Universiti dengan saya,akak ni dalam seminggu tu mesti dia akan nangis.Sahabat-sahabat sekeliling ni pelik.Kalau tanya kenapa menangis,akak ni cakap tak ada apa-apa.Sampailah satu masa tu,sahabat karib akak ni bertanya kepada dia, akak ni jawab, dia menangis setiap minggu kerana teringat dan rindu sangat kepada Rasulullah..Allahuakbar..Saya begitu terkesan mendengar jawapan akak tu..dan sememangnya Cinta akak tu tak bertepuk sebelah tangan.Pada satu malam, akak tu bermimpi bertemu dengan Rasulullah..indahnya ya Allah..bertuahnya kakak tu.Tak inginkah kita jadi macam akak tu?Tepuk dada tanya iman..

Ya Rasulullah kekasih Allah,rindunya aku kepadamu.rindunya untuk bertemu denganmu.moga-moga aku termasuk dalam kalangan umatmu yang mendapat syafaat di akhirat nanti.amen

p/s : Salam Maulidul Rasul dari nurjannah untuk semua pembaca.Disini disertakan lirik lagu PEmergianmu dari INTEAM.sama-sama kita menghayatinya.

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Nikmatnya Cinta

Posted by Syaheed on 03 March 2009 , under | comments (0)



“Abang! Kenapa tak reply mesej ayang? ” Tanya si perempuan kepada pasangannya dengan nada merajuk.

“ Awak ni selalu buat endah tak endah je bila kita panggil awak tau.Awak dah tak sayang saya ker?” rajuk si kekasih kepada pasangannya.

Macam-macam lagi la kerenah orang bercinta ni.Bak kata sape ntah “ cinta ni memang buta”..bukan setakat buta, tuli lagi..ore klate kato “ buto tuli”.hehe..yerla, kalau dah bercinta tu, bukan setakat dah tak nampak orang lain, nasihat orang pun dah tak nak dengar..yang betul dan dipuja masa tu hanyalah pasangannya..

Berbalik kepada cinta, memang nikmat bila kita dah kecapi rasa cinta ni.Agak-agak la apa perasaan anda bilamana kekasih anda tak jawab panggilan anda?Apa anda rasa kalau tak jumpa pasangan anda dalam sehari?..hmm,mesti sedih kan..kalau kekasih kita tak reply satu mesej pun kita mesti merajuk kan?

Agak2 kalau kita sayang kat seseorang tu, mesti kita hafal semua dia punya biodata kan. Mesti kita nak ambil tahu semua perkara yang dia buat..Ya! itulah kuasa kasih sayang.

Sahabat-sahabat,

Pernahkah kita terfikir betapa merajuknya Allah bilamana panggilanNya ( azan ) kita tak jawab??rindunya Allah kepada hambaNYa sehingga dalam sehari Allah nak jumpa kita 5kali.Kita??betapa angkuh dan sombongnya kita kerana menangguh panggilanNya.bukan setakat tangguh, kadang-kadang kita tak jawab langsung panggilanNYA..sayu rasa hati ketika menulis artikel ni.rasa kerdilnya diri kepada pencipta.rasa malu yang teramat sangat. Apa hebatnya kita sampai panggilan KEKASIH pun kita buat-buat tak tahu.sedangkan KEKASIH ni begitu menyayangi kita. Sayangnya Allah kepada kita dengan memberi nikmat IMAN & ISLAM.sayangnya Allah kepada kita dengan memberi bekalan oksigen yang tak pernah henti walau sesaat sekalipun.sayangnya Allah kepada kita dengan menjadi Pendengar setia bila-bila masa sahaja kita ingin luahkan masalah & bebanan kita.Tinggi & hebatnya sayang Allah kepada kita..apa balasan terhadap semua pemberian KEKASIH kita??

Sahabat-sahabat,

Hati hanya satu. Pilihlah cinta yang sejati. Cintailah Allah, insyaAllah cinta manusia yang mencintai Allah akan datang bila tiba masanya nanti.Janganlah menagih cinta manusia sehingga kita terlupa cinta kita kepada yang TErAGUNG.sama-sama kita muhasabah diri.moga-moga kita tergolong dalam golongan kekasih Allah di SANA nanti.amen..suka untuk saya kongsikan lirik lagu TAUBAT SEORANG HAMBA..hayatilah lagu ini yang begitu menusuk kalbu.moga-moga dengan lagu ini hati kita dapat menghadirkan rasa CINTA kepadaNYA kerana betapa NIKMATNYA CINTA.barakallahu fikunna:)

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Anak solehkah kita?

Posted by Syaheed on , under | comments (0)




Salam Optimis,

Sekadar perkongsian.Petang semalam,Alhamdulillah setelah selesai program bengkel Photoshop anjuran Ma’ruf Club UIAM, saya ke masjid untuk berehat. Alang-alang bawa laptop, saya cubalah explore sikit-sikit UBUNTU ( salah satu operating system selain dari window XP atau VISTA ). Dekat-dekat nak maghrib tu, adalah seorang mak dan anak lelakinya (melayu ) yang saya kira umur lebih kurang darjah 1 masuk ke masjid. Ya Allah, bukan main ‘buas’nya budak tu lompat sana lompat sini.ok,takpe lagi.Dia main baling-baling rehal sampai bunyi memang bising. Nasib baik hari ahad tak ramai orang.Kalau tak,saya kira memang akan mengganggu orang lain.

Selesai sahaja mak dia solat, dia pergi kacau mak dia pula. Dengan main angkat kerusi depan muka mak dia sampai kena muka mak sampai terkeluar dari mulut mak budak tu “ish,sakitla..”bukan sekali, tapi berkali-kali budak tu buat..Aduh,dalam hati saya ni,rasa macam nak pergi rotan je budak tu.tak hormat langsung mak.ok.saya masa tu memang tak dapat fokus dah nak buat kerja lain.saja nak perhati gelagat budak ni..Dalam masjid tu tinggal saya,budak dan mak dia je. Sayup-sayup masa tu saya dengar budak tu cakap kat mak dia, “Babi..mak babi..”..masa tu mak dia tengah balas mesej hp kot..aduh,hati saya sakit buat kali kedua.sabar lagi..kalau budak tu adik saya,memang dah lama kena ajar ngan saya tuJ.

Beberapa minit kemudian, sambil mak dia tgh berbual-bual ngan budak tu, ada satu ayat mak dia tak dengar apa dia cakap,terus dia balas… “ ish,mak ni pekak la..PEKAK!mak tau pekak tu apa??..nih,P E K A K (sambil dia tunjuk2 telinga dia )”..arghh,time tu memang rasa nak bagi penampar je dekat budak laki ni.huhu..memang sedih rasa masa tu.agak-agak salah siapa dalam hal ni?salah budak laki tu berperangai macam tu atau salah mak dia tak pandai mendidik anak??

Ibu bapa sekalian,andalah yang mencorakkan anak-anak anda..kalau cantik corakan anda,maka akan cantiklah hasilnya nanti dan kalau buruk lukisan anda terhadap anak-anak,maka akan binasalah hasilnya nanti.na’uzubillah..orang kata, nak lentur buluh biarlah dari rebungnya.maksudnya, nak didik anak-anak ni tuan-tuan, masa anak-anak masih kecil la.Kalau masa besar baru mula nak didik anak-anak, susah syeikh.Jangan takut nak tegur ,nak rotan anak-anak. Kalau sebab sayang anda takut nak tegur dan rotan anak-anak masa kecil, sayang anda itu akan memakan diri anda sendiri kerana bila anak-anak anda besar dewasa, mereka akan banyak memberi masalah kepada anda. Janganlah terlalu manjakan anak-anak kerana kelak mereka akan lupa diri..

Anak-anak sekalian, hormatilah ibubapa kita. Kalau dalam Quran Allah melarang kita dari berkata “Aah” kepada ibu bapa, apatah lagi “nantilah mak”, “ malaslah mak”, “ish,buang masa la mak ni”, “ Ish, sibuklah mak ni nak amik tahu semua hal kakak”..semua tu akan membawa kita ke neraka.Na’uzubillah..selalulah berdoa akan kesejahteraan ibubapa kita. Jangan kita lupa segala pengorbanan dan kasih sayang mereka. Kepada yang masih mempunyai mak & ayah, hargailah sepenuhnya mereka selagi mereka masih ada. Kepada yang telah tiada mak ayah, banyak2kanlah sedekahkan al-fatihah dan selalu doakan kebahgiaan mereka disana kerana doa anak yang soleh akan diterima oleh allah.

Kepada umi & abahku, terima kasih atas segala titik peluh, keringat dan tenaga yang telah kalian korbankan demi membesarkanku dan menjadi orang yang berguna.moga-moga Allah panjangkan umur umi&abah dan semoga umi&abah sentiasa bahagia bersama..hehe..( bestnye, nanti umi&abah nak pergi honeymoon di bandung,Indonesia) ..huhu..nak ikut..end.



[ gambar abah & umi ]

~Berjuang..berjuang & terus berjuang~

'TAHNIAH' ISRAEL LAKNATULLAH

Posted by Syaheed on 10 January 2009 , under , | comments (0)




Allahuakbar..setakat ni nyawa saudara-saudara kita di Palestin yang terkorban telah mencecah 821 orang manakala seramai 3350 yang cedera..terkilan rasa di hati ni kerana tidak dapat membantu saudara-saudara di sana..hanya doa mampu dipanjatkan memohon pertolongan dariNYA..hanya jeritan laungan dalam demonstrasi sahaja mampu dilakukan untuk menunjukkan bahawa kami bersama kamu..hanya sekelumit tenaga dan peluh sahaja mampu kubuktikan bahawa aku sayang padamu disana..tetapi, apalah sangat semua usahaku ini jika nak dibandingkan dengan jeritan & launganmu menahan sakit & kehilangan orang tersayang..apalah sangat usahaku ni nak dibandingkan denganmu di sana yang mengerah tenaga dan peluh melawan Israel laknatullah..Ya Allah,aku mohon moga saudaraku di Palestin diberikan bantuan dariMU untuk melawan kekejaman ISRAEL laknatullah..Pecah belahkanlah hati-hati mereka Ya Allah..

Di sini, saya ingin ucapkan ‘tahniah’ kepada ISRAEL Laknatullah kerana disebabkan kekejaman mereka, umat ISLAM di seluruh dunia tersedar dari mimpi-mimpi indah..’terima kasih’ tak terhingga juga saya ucapkan kepada ISRAEL laknatullah atas pemberian ‘hadiah istimewa’sempena tahun baru ni kepada kami umat islam di seluruh dunia..kami akan ingat ‘pemberian’ ini sampai mati dan tunggulah balasan ‘hadiah’ dari kami..orang kata, kalau seseorang bagi hadiah, kita kena membalas pemberiannya dengan hadiah yang lagi istimewa..tunggulah ‘hadiah istimewa’ dari ALLAH untuk kamu wahai ISRAEL LAKNATULLAH..

Pembaca sekalian, Israel bagi ‘hadiah’ kat kita..takkan kita tak nak balas pemberian mereka??nnt orang kata kita ni tak mengenang budi plak..hmm,agak-agak apa hadiah yang sesuai yang mampu kita bagi kat mereka?kat bawah ni saya senarai beberapa jenis ‘hadiah’ yang sangat simple tapi menarik yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada mereka :

1)1) DOA –sangat penting..!!doalah hadiah paling istimewa kita untuk ISRAEL LAKNATULLAH ni..doa paling bagus di waktu genting ni ialah qunut nazilah

2)2) BOIKOT BARANGAN ISRAEL – yang ni memang di wajibkan dari dulu lagi..tapi sejauh manakah usaha kita??tepuk dada tanya iman..kalau rasa kita tak mampu untuk boikot semua, cukuplah boikot barangan yang selalu kita guna seperti jenama NESTLE ,COCA-COLA,MC’DONALD dll..tahanlah nafsu kita dari guna produk2 ni..didiklah diri kita demi memberi sokongan kepada saudara kita di palestin.

3)3) BAGI KESEDARAN KEPADA SAHABAT2 – sampaikan & sebarkanlah berita tentang kekejaman ISRAEL ni kepada semua sahabat-sahabat kita yang masih terlena.

Dunia semakin tua sahabat-sahabat..tanda-tanda kiamat juga semakin banyak terbukti..ayuh!sama2 kita tingkatkan amal kita..moga-moga kita juga dapat menikmati syahid sepertimana saudara-saudara kita di PALESTIN..amenn,,TAKBIR!!


~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Jom kita sama2 buat baik

Posted by Syaheed on 03 January 2009 , under , | comments (0)



Salam Optimis

Allahuakbar3x..mungkin belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru hijrah juga masihi untuk semua pengunjung blog ini..sebelum tu, mohon kemaafan buat semua kerana membiarkan blog ni sepi untuk sekian lama..sebenarnya, mood untuk menulis dalam blog ni semakin berkurang dalam diri saya..tapi apabila berfikir balik,apa tujuan aku menjadi blogger ni,kenapa aku berblog, dan kenapa blog ni di wujudkan, maka aku rasa kembali terpanggil untuk terus berjuang dalam dunia blogger ni..insyaallah..

Sebenarnya, saya kurang berkemahiran dalam bidang penulisan ni..tapi kalau membaca sangat suka..nak menulis ni,aduh,memang memerlukan daya penolak yang kuat..kata seorang teman ni, untuk hasilkan penulisan yang baik ni, kita kena menulis dengan penuh perasaan iaitu yang terlintas dalam hati kita..bukan hanya pandai copy paste tanpa kita pun tak menghayati isi penulisan tu..ok,setakat tu bab penulisan ni..hehe

Apabila bercakap pasal tahun baru ni, kita bermain dengan MASA..apa itu MASA? Masa itu adalah kehidupan..hidup kita di dunia ni makin berkurang apabila bertambahnya masa..so,hargailah masa yang ada dengan melakukan perkara kebaikan selagi termampu dan terdaya..

Sahabat-sahabat, dalam hidup kita ni hanya 4 perkara yang kita perlu lakukan untuk memastikan kita mendapat redha allah dan mendapat jaminan syurga..apa dia 4 perkara tu??Kalau kita tgk firman Allah dalam surah Al-Asr iaitu dalam ayat last skali..” kecuali orang yang beriman & beramal soleh, saling menasihati kepada kebenaran & nasihat kepada kesabaran..”.

Dalam surah al-Asr ni, allah dah cakap terang2 kat kita, kalau tak nak jadi orang yang rugi, buatlah 4 perkara di atas tu..ulama menafsirkan 4 perkara tu, 2 daripadanya adalah untuk diri sendiri iaitu beriman & beramal soleh, 2 lagi dari kita untuk orang lain iaitu ita saling nasihat menasihati..apa yang saya nak kongsi disini ialah, di dunia ni, kita tak leh hidup pentingkan diri sendiri ,kita kena bergaul dengan orang lain & masyarakat ..fastabiqul khairat..kalau semua 4 perkara ni di amalkan oleh setiap orang,insyaallah dunia & akhirat kita akan bahagia..takkan kita nak jadi orang rugi??dalam bisnes pun semua tak nak rugi kan?sebab tak nak rugi dlm bisnes lah, pelbagai strategi perniagaan di buat agar mandapat keuntungan yang banyak..haa,apa kata kita belajar berbisnes dalam berbuat amal ni..tanamkan dalam diri,aku nak dapatkan untung yang banyak bukan saja dalam perniagaan dunia, tapi untuk perniagaan akhirat juga..

Oklah, setakat ni dulu perkongsian saya buat kali ni,moga2 kita dapat gunakan masa sebaiknya.rancang hidup anda sebaiknya..sesungguhnya Dunia sudah semakin tua..kita??masih rasa diri tu muda ke sampai masih menangguh-nangguh untuk berlumba-lumba buat kebaikan??lu pikirlah sendiri..

akhir kalam, saya sayang kamu semua kerana kamu adalah saudaraku seaqidah..ayuh,sama2 kita doakan saudara kita di palestin..dan doakan juga perpecahan di pihak musuh iaitu ISRAEL laknatullah..aminnJ


~berjuang,berjuang & terus berjuang~

GEram!GEram!Geram!!

Posted by Syaheed on 11 November 2008 , under , , | comments (0)



Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar

Pagi-pagi lagi saya on internet..saja nak baca isu-isu dan lawat blog-blog sahabat yg lain..hmm..antara tajuk yang menarik perhatian saya adalah mengenai isu tomboy yang mana majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan hukum HARAM bg perempuan menyerupai lelaki ( penkid @ tomboy )..dan saya memang sangat2 bersetuju dengan fatwa ini kerana Allah telah berfirman didalam kalamNYA : " Dan Tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila ALLAH dan RasulNYA telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada pilihan yang bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNYA, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata." - alAhzab : 36. Ya!Allah telah menetapkan bahawa penciptaan laki-laki dan perempuan ni adalah sejak azali lagi..haram bagi sesiapa yang mengubah ciptaan Allah nie.

Sebenarnya penkid dan tomboy telah lama menjangkiti dan bernanah dalam masyarakat malaysia terutama dikalangan remaja.dan disebabkan terlalu banyak kes dan gejala tidak elok berlaku sejak akhir-akhir ni,Majlis Fatwa Kebangsaan telah berbincang lalu mengeluarkan fatwa ini walaupun sebenarnya telah lama keputusan ini "DIPUTUSKAN" oleh ALLAH...

apa itu fatwa?
dari segi bahasa ia bermaksud memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama dan dari segi istilah pula bermaksud penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan..

apa yang kurang memuaskan hati saya adalah mengenai demonstrasi yang dibuat membantah pengeluaran fatwa ni..Allahuakbar!yang lagi memanaskan hati saya adalah yang membantah adalah kebanyakannya adalah non-muslim..eii..geram!!100x..ok,jangan emo ye! kita guna emotional quotion..kepada sahabat-sahabat non-muslim, for your info, this fatwa is not for YOU but only for MUSLIM because it is about my religion (ISLAM)..Islam forbit us to be like man or man be like woman..so, please, dont interrupt our religion and dont make us HATE and ANGRY with YOU..you can be penkid,pencake,tomboy,or tom & jerry,BUT please dont influence other MUSLIM to be like YOU..1 more thing, please respect our ULAMA'..if you want us to respect your religion, please respect us first..dont play-play with me hah!!



Kepada sahabat-sahabat penkid & tomboy yang beragama ISLAM..terima & patuhilah fatwa ni..ini bukanlah arahan atau hukum dari MAJLIS FATWA, tapi yang penting, ini adalah ARAHAN dari ALLAH..yea!mmg bukan mudah untuk berubah ,tapi berubahlah untuk menjadi MUDAH dengan ALLAH..

kepada ibu bapa di luar sana..janganlah menggalakkan anak-anak anda menjadi seperti lelaki atau lelaki menjadi perempuan, cubalah didik anak-anak menjadi insan yang sempurna..jangan disebabkan terlalu sayang,sampai takut untuk menegur anak-anak..xper,jgn takut dengan anak,tapi takutlah dgn ALLAH kerana anak-anak adalah amanah dari ALLAH..

kepada yang terasa dengan artikel nie,padan muka!!memang artikel nie untuk membuat anda terasa..ya!Biar TERASA untuk berubah..ok sahabat-sahabat, saya akan sokong perubahan anda..tapi dengan syarat berubahlah ke arah yang lebih baik!!salam optimis..(^-^)

.......~~Berjuang..berjuang..& terus berjuang!!~~...........


Terima Kasih KEKASIHKU

Posted by Syaheed on 16 October 2008 , under , | comments (0)





Terima kasih Tuhan
kerana menjadikan aku seperti aku sekarang
punya aqal untuk berfikir
punya hati untuk merasai

punya jiwa untuk hidup sebagai seorang manusia
punya anggota tubuh untuk melakukan segala

sesungguhnya
batang tubuh yang satu ini
punya sejuta bukti bagi yang mahu mencari
punya nikmat tak terperi bagi yang mahu mensyukuri
punya ilmu yang tersirat bagi yang mahu menghayati
punya tanda kekuasaanMu Ya Ilahi bagi hamba yang sedar diri

aku ini cuma manusia
kekadang aku alpa, leka, dan lupa
nikmat yang diberiMu ini
tidak disyukuri sebagaimana yang mesti
anugerah tubuh ini
tidak diguna buat memperhamba diri
pinjaman yang sementara cuma ini
tidak diganti dengan ketaatan kepadaMu Ilahi

lagak seperti tuanpunya tubuh sendiri
padahal...
andai mahu dibayar anugerah sebelah biji mata ini
ibadah seumur hidup pun
belum dapat menukar ganti
mati hidup balik walau seribu kali
ibadah setiap detik sekalipun
tak akan dapat melunasi
harga sebiji mata
nikmat tak terperi kurniaanMu ini duhai Ilahi

ayuh sahabat...
mari kita bersyukur
serta berterimakasih kepadaNya
dengan ketaatan seorang hamba
juga redha akan segala dugaan yang menimpa
sesungguhnya...
betapa bertuahnya kita ini
dijadikanNya sebagaimana kita
seorang makhluk bernama manusia


semoga kita diberiNya daya dan kekuatan
untuk sentiasa mensyukuri
nikmat tak terperi ini
aminnnnn...

Puasa enam ibarat kerja lebih masa

Posted by Syaheed on 10 October 2008 , under | comments (0)




PADA Syawal ini, Allah melebarkan lagi keupayaan berpuasa ke atas orang
Islam dengan puasa sunat enam. Ia boleh dilakukan pada mana-mana hari pada
Syawal sama ada secara berterusan atau berselang seli. Namun, afdalnya ialah
pada hari raya kedua dan dilakukan secara berterusan.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadis
daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang sesiapa berpuasa Ramadan kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa." (Riwayat Muslim).
Hadis itu menjelaskan sekiranya kita berpuasa pada Ramadan dan diikuti dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa (setahun). Oleh itu, kita perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan untuk menampal mana-mana amalan yang berkurangan dalam amalan fardu. Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadan berkurangan, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan itu. Khususnya kepada kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan, maka puasa enam memberi peluang baik untuk mereka menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat.
Ia juga dapat mengelakkan budaya sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadan hampir menjelang, terutama pada Syaaban tahun depan. Apakah kita pasti akan bertemu dengan Syaaban? Justeru, elok kita menyegerakan qada puasa dengan melakukannya pada bulan Syawal yang dijanjikan limpahan ganjaran oleh Allah SWT. Kita tidak mengetahui bila maut menjemput. Perbuatan melambatkan qada puasa wajib menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita fikirkan.

Justeru, marilah kita berlumba-lumba mengerjakan ibadat puasa sunat enam
pada Syawal kerana besar rahmat dan pahala yang Allah limpahkan kepada kita
seandainya dapat melakukan ibadat ini.
Secara bandingan, jika kita mampu bekerja lebih masa demi wang, apakah kita
tidak mahu melakukan lebih masa dalam ibadat demi mendapat ganjaran pahala
berlipat ganda. Ganjaran orang yang melakukan ibadat puasa enam Syawal dapat menambahkan pahala dan menjamin kita masuk ke syurga. Memang tidak dinafikan manusia cenderung melakukan kerja apabila ada ganjaran tetapi sebenarnya dengan melakukan ibadat kepada Allah, rahmat dan rezeki akan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka sama cepat atau lambat atau daripada sumber tertentu. Itu tanda kebesaran Allah. Ibadat ini perlu direbut kerana ia menguji sejauh mana kita beriman dan beramal
dengan-Nya. Marilah melakukannya sempena kedatangan Syawal. Mudah-mudahan, kita dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menampal kekurangan ibadat yang selama ini dilakukan ketika hayat. Sebagai orang beriman, kita perlu berjanji tidak akan melepaskan peluang ini tidak kira sesibuk mana sekalipun. Janganlah leka mengejar kemewahan dan kesenangan kerana kehidupan dunia sementara, manakala kehidupan akhirat kekal buat selama-lamanya.

Ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya dalam Surah al-An'am ayat 32
bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada permainan dan
senda gurau. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik bagi orang bertakwa.
Adakah kamu tidak memahami"

Detik Kematian

Posted by Syaheed on 10 September 2008 , under , | comments (0)



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam

Kematian

Posted by Syaheed on 09 September 2008 , under , | comments (1)



Salam..

Allahuakbar..setelah lama NurIslam menyepi..malam nie tergerak hati,tergatal tangan untuk posting mala nie..hmm..kebelakangan nie NurIslam selalu mendengar tentang kematian..bermula dengan pemergian ayahanda tercinta Ust.Ridhuan Bakar, selepas itu pula di susuri pula dengan pemergian ayah kepada seorang sahabat Nurislam,NorAfizan Che Omar yang telah kembali ke rahmatullah 2mgu lepas..seminggu kemudian, datang plak berita kematian tentang nenek kepada sahabatku mashitah..3 hari lepas tue, dugaan ini datang kepadaku iaitu dengan pemergian nenek kesayanganku ke rahmatullah di sebabkan sakit lelahnya yang telah lama dihidap..setelah ayah kepada seorang sahabat, kemudian nenek ku..dan semalam,pergi pula seorang mujahidah bernama HAJAR IZHAM..perginya buat selama-lamanya menghadap Illahi..Al-FATIHAH buat semua..Semoga kalian semua berada bersama-sama para solihin..

Semasa pergi menziarahi arwah kak hajar, hatiku terdetik sedih dah gentar, mati tidak mengenal usia..aku pun belum tentu hidup hingga umur 60 – 70 tahun.belum tentu juga hidup untuk esok hari..ya allah..takutnya aku berbicara pasal mati..aku takut untuk mengadapMU ya Allah..kerana ku tahu amalanku belum mencukupi untuk ku kecapi syurgaMU..Ya allah..aku tak layak masuk syurgaMU..tetapi,aku juga tidak sanngup untuk berhadapan dengan api nerakaMU YA ALLAH..hapuskanlah segala dosaku yang lalu, hari ini dan yang akan dating..Moga2 aku istiqomah dlm jalan perjuangan ku ini..Istiqomahkan juga sahabat-sahabatku Ya Allah..Semoga apabila aku pergi MengadapMU,aku mati dalam keadaan bahagia dan tersenyum..aminn..sahabat-sahabat,maafkanku andai aku ada buat silap..kerana ku takut andai aku tak sempat untuk meminta maaf lagi kerana mati dating tanpa di jemput..Semoga kita semua hidup dalam IMAN,Mati juga dalam keadaan Islam dan BERIMAN..amenn..

Pantun Bertudung Vs Berfesyen

Posted by Syaheed on 12 August 2008 , under | comments (0)



Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

Koleksi Agama

Posted by Syaheed on 11 August 2008 , under | comments (0)



Ruangan ini di sediakan untuk anda men'download' apa sahaja koleksi ceramah,artikel atau gambar yang saya sediakan khas untuk anda.Semoga ruangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana Erti Hidup adalah Pada Memberi.

*Harap maaf. Ruangan ini masih dalam proses pembinaan.Sila datang lagi:)

Muhasabah Diri

Posted by Syaheed on 10 August 2008 , under | comments (0)



Hari demi hari ,
Langkah disusun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai

Wahai diri yang selalu sepi,
Kerna tiada usaha mahu mengisi,
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi
Basuhlah hati dengan tangisan di pip
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi

Wahai pemilik mulut ini,
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri
Menegur mereka seolah diri bersih suci
Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli
Persoalkan lah diri dan hati
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi
Dalam tindak tanduk sehari-hari

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri
Yang akan menutup mata sebentar lagi
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali