Ukhuwah Itu Pada Berlapang Dada
“Assalamualaikum, boleh tumpang duduk di sebelah?” sapa saya pada seorang adik usrah ni.
“Eh kak, duduklah,” dia terkejut kedatangan saya di taman itu. Tempat selalu kami ‘lepak-lepak’ raih ketenangan di hujung minggu.
“Redupkan petang ni kan?” dia memulakan bualnya. Saya lirik-lirikkan mata melihat wajahnya. Semacam ada masalah yang sengaja disembunyi dari saya.
“A'ah! Redup-redup. Tapi wajah adik tak seredup petang ni akak tengok,” saya memancing. Zira gugup.
Dia diam. Tersipu-sipu memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Eh akak ni, ke situ pula. Ada-ada aja, saya ok je kak,”
“OK yang buat-buat atau ada apa-apa yang Zira sembunyikan daripada akak?”
Selepas memancing dengan pelbagai selok-belok, akhirnya Zira membuka cerita sebenar. Oh! Rupanya Zira ada salah faham dengan seorang sahabat karibnya, Imah.
“Apa Dik kata pada Imah, sampai dia merajuk macam tu sekali?” soal saya. Dia diam lagi, mungkin dia cuba ingat-ingat semula peristiwa yang terjadi semalam. Pudar saja matanya. Barangkali menggamit sedikit sesalan.
“Adik dah minta maaf pada Imah?” saya menambah, cuba mahu meredakan hati kusut Zira.
Dia menggeleng. Diam Zira petang itu terus digamit perasaan.
“Akak rasa Zira yang salah ke kak?” soal Zira ingin kepastian. Saya gembira, kerana dalam kata-kata yang terlontar oleh Zira tadi sudah nampak ada sedikit keterbukaan.
“Dalam hal ini, bukan soal siapa yang bersalah, tapi siapa yang dahulu mahu meminta maaf, dia yang dikira teman terbaik dalam persahabatan,”
“Kalau Adik tak bersalah sekalipun, apa kurangnya kalau adik yang dahulukan untuk memohon maaf,” lembut saya menyatakan pada Zira. Agar dirinya tidak tersinggung dan supaya hatinya terus terbuka untuk merapatkan jurang.
“Tapi kak....”
“Hmmm?”
“Tak akan teguran macam itu pun Imah nak ambil hati. Lagipun saya dan dia dah lama sangat bekerja bersama, kena fahamlah,” Zira menyambung kata-katanya yang terputus tadi. Nampak berangnya.
“Faham yang macam mana adik maksudkan?”
“Iyalah, takkanlah kerana teguran yang sikit tadi, menyebabkan dia merajuk sampai abaikan tanggungjawab?”
“Zira rasa macam itu?”
“Hmm.. maksud adik, tanggungjawab lebih utama daripada melayan perasaan sendiri atau merajuk, begitu?” tambah saya. Zira cepat-cepat mengangguk, wajahnya serius memandang saya menunggu jawapan.
“Kalau Zira duduk di tempat Imah, agak-agak apa Zira rasa?” saya menduga seketika. Zira diam lagi.
“Masakan adik tidak tahu perasaan Imah, 2 tahun akak tengok Zira rapat dengan dia,”
Saya pula diam, membiarkan Zira berfikir. Dia kelihatan sedih.
“Adik tak setuju dengan pendapat akak? Marah dengan akak?” soal saya. Perlahan-lahan dia menggeleng. Saya merapatkan duduk saya disebelahnya.
“Ingat lagi kisah Nabi Yunus a.s.? Masa mula-mula berdakwah dia sangat konsisten dalam kerja dakwahnya. Lama-kelamaan bila umatnya tak mahu terima dakwahnya. Nabi Yunus a.s. meninggalkan kampung tersebut. Agak-agak Zira, kenapa Nabi Yunus buat begitu?”
“Tak akan seorang Nabi bersifat dengan putus asa,” saya memecahkan kebuntuan agar Zira dapat mencari jawapan yang sudah ada pada saya.
“Merajuk?” jawab Zira.
“Lagi?” saya mengorek. Zira terkedu tak menemui jawapan yang sebenar.
“Kalau akak kata Baginda berkecil hati adik setuju?” soal saya.
“Sebab kaumnya tak menerima Nabi Yunus, lalu baginda pun berkecil hati. Macam itu ke maksud akak?” jawapan tepat yang saya cari sudah jumpa.
“Sekarang adik sudah akui bukan? Yang Nabi pun ada perasaan, kadangkala gembira, adakalanya pula bersedih dan berkecil hati. Dalam kisah tadi adakah Nabi Yunus tak sedar akan tanggungjawab dia sebagai rasul? Sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang rasul lebih besar daripada melayan rajuknya tadi?”
“Sudah tentu bukan kak!” Zira sudah mulai faham topik yang saya cuba sampaikan.
“Dia cuma berkecil hati dengan kaumnya yang tidak mahu menerima dakwahnya. Sebab apa nabi merajuk? Kerana dia pun ada perasaan macam Zira juga, macam Imah juga,” pantas saja jawapan saya.
“Dalam persahabatan juga begitu, Imah bukan tidak tahu tanggungjawab dia pada Adik dalam gerak kerja ni, tetapi cuma berkecil hati sedikit. Manalah tahu kalau-kalau Zira ada berkasar bahasa yang menyebabkan dia tersentuh dan merajuk,” tambah saya.
“Adik tak rasa macam tu?” tanya saya menduga.
PADA BERLAPANGNYA DADA...
“Hmm..saya kurang jelas dengan perasaan dan tanggungjawab tadi. Mana yang perlu didahulukan ye kak?” saya nampak dia mulai faham konsep yang saya mahu sampaikan.
“Dua-dua penting dik!”
“Ibarat seperti makan dan minum. Kedua-duanya perlu ada beriringan, kadangkala bila dahaga kita minum dulu baru kita menjamah makanan. Adakala bila terlalu lapar kita terus makan dan kemudiannya baru menguk air. Dan kalau dah stabil, mana-mana sahaja boleh didahulukan. Kalau perasaan dan hati lapang, kerja dan tanggungjawab jadi mudah dan senang,justeru senang nak perolehi Ikhlas. Baru persahabatan berpanjangan,” tambah saya lagi.
“Habis tu saya kena minta maaf pada Imah?”
“Siapa-siapa pun tak apa. Kalau adik rasa ini jalan terbaik untuk ukhwah adik dengan Imah. Teruskan,” cadang saya.
“Adik kenalah berlapang dada,”
“Berlapang pada?” Dia terkejut. Mungkin pertama kali mendengar perkataan itu.
“Maksudnya, lupakan saja apa yang berlaku untuk menjaga maslahat yang lebih besar. Yakni, PERSAHABATAN dan UKHWAH,” jelas saya. Zira nampak sedikit ceria. Mungkin sudah mulai faham.
Petang yang damai itu, saya puas dapat mengikat semula dua hati. Juga dapat memahamkan yang ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.
“Nak ke mana tu dik?” tiba-tiba saja Zira bangkit mahu meninggalkan saya.
“Nak cari Imah lah kak,”
“Tinggalkan akak sorang-sorang?” saya bergurau.
“Aduh. Manja sangatlah akak ni. Dah kahwin nanti susahlah suami akak nak kena angkat macam ni,” dia mencapai tangan yang saya hulur.
Berderai hela tawa. Petang itu menjadi saksi usia persahabatan kami.
p/s : tulisan asal adalah dari Afiq Saleh.Syukran sahabat
~Begin With The End of Mind~
Bagaimana Hidup Bersahabat?

“ Salam kak. Saya nak tanya sikit boleh? Saya perasan di blog akak ni banyak di tulis tentang sahabat.Saya agak tertarik bila di sebut pasal sahabat dan ukhuwah ini. Jadi, nak tanyalah, macam mana akak kekalkan persahabatan & bagaimana nak jaga ukhuwah ni sebenarnya?” tanya seorang adik kepadaku melalui emel. Terima kasih adik zahidah ( bukan nama sebenar) atas persoalan ini.
Hmm,saya pun sebenarnya tak perasan yang kat blog saya ni banyak di tulis tentang sahabat. Tapi bila di tengok pada label post di tepi ini, rupa-rupanya dah hampir 13 entri mengenai sahabat. Huh!satu pencapaian yang tak berapa baik lagi.hehe.kena keep it up(^_^)
Maksudnya : Dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Anfal : 46
Ayat di atas saya jadikan sebagai ayat teras saya dalam hidup bersahabat ni. Jelas di dalam quran allah nyatakan bahawa kita janganlah berselisih kerana dengan berselisih akan menyebabkan kita berasa takut dan gentar serta menyebabkan kekuatan kita hilang..Kalau sakit hati sangat-sangat dengan karenah sahabat kita,bersabarlah.kerana allah akan bersama orang-orang yang bersabar. Itulah manisnya ukhuwah.
Untuk jawapan macam mana nak kekalkan persahabatan ini, saya kira ada bermacam-macam cara. Semuanya bergantung kepada diri kita samada nak guna atau tak.Didalam entri saya sebelum ini,ada saya sebutkan apa hak-hak sahabat yang perlu kita penuhi, apa ciri-ciri sahabat yang baik dan sebagainya.
Kata kak aiman athirah, bila sebut tentang ukhuwah ini, ia ada dua cabang iaitu hak dan tanggungjawab. Once kita dah bersahabat dengan seseorang, kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan kita juga ada hak yang perlu ditunaikan.Kalau hanya ada satu elemen sahaja, ukhuwah takkan kekal lama. We should give and take.Jangan hanya pandai menerima tetapi tak pandai nak memberi.Dan ingatlah, kita akan dituntut oleh seseorang di akhirat kelak jika kita tidak laksanakan hak-hak kita kepada dia yang sepatutnya.
Saya teringat kuliah tok guru Nik Aziz yang bertajuk ‘Ikat Setia dalam Islam’. Dalam bersahabat ni, ada tiga kategori. Yang pertama, kita menganggap sahabat ni macam hamba. Bila kita perlukan dia, kita gunakan dia sebaiknya, tapi bila dia dah tak penting, kita abaikan.
Kategori kedua, bila sahabat ada masalah kewangan, kita hulurkan duit.Maksudnya seperti kita saling tolong menolong.
Kategori ketiga adalah tahap yang paling tinggi dan tak ramai yang capai tahap ni dalam bersahabat..Kategori ini bermaksud kita sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat. Kalau dalam bahasa arab disebut ITHAR (dahulukan sahabat ).Contohnya, kalau kita nak makan, kita akan teringat sahabat kita, adakah dia dah makan atau mungkin sebenarnya dia dalam kelaparan.
Tertariknya saya dengan kategori ketiga ini kerana tok guru mengulasnya dengan panjang lebar. Beliau banyak bagi contoh dalam kategori ini. Antaranya, anda bayangkan anda punyai duit dlm poket hanya Rm3 cukup-cukup untuk anda makan tengahari.Tetapi kerana mengetahui sahabat anda ini masih belum makan dan dia mempunyai masalah kewangan, anda sanggup korbankan duit makan tengahari anda untuk dia supaya dia kenyang.Alangkah indahnya konsep ithar ni.
Satu lagi kisah yang diberitahu oleh tok guru ialah tentang si polan ni mempunyai seorang hamba. Ketika dia keluar rumah, sahabat si polan ni datang ke rumah dan meminjam barang kepunyaannya.Sahabat si polan ini meninggalkan pesan kepada hamba si polan ni supaya memberitahu tentang barang yang dipinjamnya. Ketika si polan ini pulang, maka berceritalah si hamba ini tentang peristiwa yang berlaku tadi. Si polan ni sangat gembira dan bagi menunjukkan betapa gembiranya si polan ni, dia telah membebaskan hambanya ketika dan saat itu juga.Kenapa dia gembira? Kerana sahabat dia sanggup meminjam barang darinya.Allahuakbar!
Pernah saya cerita dalam entri sebelum ni, tentang kisah Saidina Abu Bakar r.a, seorang sahabat Nabi yang begitu setia bersama nabi. Bagaimana indahnya pengorbanan beliau untuk baginda nabi sehingga sanggup dipatuk ular demi melindungi nabi yang ketika itu sedang lena di pangkuan Abu Bakar. Nabi terjaga dari tidur dek kerana air mata Abu Bakar yang jatuh ke pipi baginda kerana menahan sakit. Dengan keadaan segera, nabi bangun dan membuang bisa ular itu dengan menghisap keluar dari tempat patukan di badan Abu bakar.Alangkah indahnya kisah persahabatan ini dan bagaimana nabi mengajar umatnya dalam bersahabat.
Sebagaimana hadis nabi SAW :
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)
Kepada adik zahidah, berhikmahlah dalam persahabatan. Bak kata seseorang ni, bersahabatlah kamu selagi kamu mampu bersahabat. Biarlah orang tak anggap kamu sahabat, asalkan kamu tahu siapa kamu untuk diri dia. Hiduplah pada memberi kerana memberi itu membahagiakan. Berilah sebanyak mana khidmat kamu untuk sahabat kamu. Jangan diminta balasan darinya kerana ia hanya akan mengecewakanmu.nantikanlah ganjaran dariNYA yang mana akan menggembirakanmu.Apa yang penting??KERJASAMA.(^_~)
wassalam
~Begin with the End of Mind~
Rentak perjuangan
“ Irah dah ok demam?” Tanya aku pada sahabat yang amat ku sayangi ini. Sudah lama aku tak bertanya khabar, makan dan beraktiviti secara berjemaah dengannya dek kerana begitu sibuk dengan exam dan kerja gerakan..Rasa sedikit kekesalan di jiwa kerana sikapku yang kurang mengambil berat terhadap sahabat.
“ Ana dah ok Ya,terima kasih datang melawat.” Jawabnya dengan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.Aku begitu kagum dengan sahabatku yang bernama Munirah ni.Dia punya semangat yang luar biasa sekali..
“ Zah, 10 tahun akan datang agak-agak anti ada kat mana?” tanyaku pada Irah semasa kami makan bersama di café mahalah sebulan yang lepas.
“ Wallahu’alam..Perancangan ana lepas grad ni memang nak terus sambung Master dalam bidang yang ana amik ni. Ana nak betul-betul pakar dalam bidang Quran Sunnah ni demi dakwah Islam kita ni Ya.” jawabnya ringkas dan penuh semangat.
Aku begitu teruja dengan semangat sahabatku ni. Beliau punya cita-cita yang tinggi demi melihat Islam kembali gemilang. Semangatnya tak pernah luntur dan beliau tak pernah mengalah dalam setiap ujian yang menimpaNYA kerana dia yakin semua itu adalah tanda kasih sayang Allah padanya.Irah hanyalah insan biasa tetapi punya keyakinan dan semangat yang luar biasa.
“ InsyaAllah Irah,ana doakan moga segala perancangan anti di permudahkanNYA. Kita punya cita-cita yang sama untuk kembalikan kegemilngan Islam walaupun bidang kita berbeza.” Balasku menyokong jawapan Irah.
Aku dan Irah punya minat yang sama dalam segenap segi. Aku mula mengenalinya 2 tahun yang lalu.Kami di ikat oleh satu ikatan aqidah yang mana pertalian ini adalah lebih hebat dan utuh dari pertalian darah. Kami sama-sama menerima manhaj tarbiyah yang sama. Walaupun bidang dia Quran Sunnah dan aku Quantity Surveying, tetapi kami sama-sama dalam bidang QS.Aku bertuah dapat mengenali dan berjuang bersamanya.
“ Zah, apa pendapat anti dengan keadaan gerakan kita sekarang?” tanyaku lagi semasa kami tengah berehat sementara menantikan murabbi kami datang untuk bagi pengisian rohani kepada kami.
“ Gerakan kita ni ana tengok dah sangat hebat dan konkrit dah dari segi system. Cuma penggerak gerakan itu yang bermasalah.Ana nampak masih ramai lagi yang bergerak dengan pemikiran yang lama. Semua benda hanya tunggu pimpinan suap je. Takut untuk menerima pembawaan asing ke dalam gerakan.Takut untuk berubah. Sedangkan situasi & keadaan dunia sekarang bergerak dengan laju. Kalau kita lambat bergerak, kita akan ketinggalan, dan gerakan kita akan terkebelakang. Syarikat-syarikat di luar sana dah banyak kali menukar strategi pengurusan untuk inline dengan situasi semasa. Tetapi kebanyakan gerakan masih lagi lemah dari segi pengurusannya.” Irah menjawab dengan seriusnya.
“ Hmm,ana setuju dengan anti. Lemah takpe.tapi kita jangan biarkan kelemahan tu menghancurkan gerakan. Kita perlukan usaha dan perancangan yang betul-betul serius dan berstrategi dan kita kena pastikan setiap perancangan tu terlaksana dengan baik. Kita kena ingat, setiap kerja ada yang important but not urgent, ada yang urgent but not important,dan kadang-kadang not urgent but important.” Aku pula semakin bersemangat berbicara selepas membaca buku ‘First Things First” tulisan Stephen R.Covey.
Aku dan Irah semakin membudayakan aktiviti brainstorming bersama kerana dengan brainstorming lah dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis kami..Setiap minggu, kami berjanji untuk menghabiskan sebuah buku seorang. Dan selepas itu, kami akan berkongsi hasil bacaan kami melalui aktiviti bedah buku. Hobi ini kami mula praktikkan setahun yang lalu selepas menerima suntikan semangat dari Murobbi kami yang begitu menekankan budaya membaca.
Ustaz Hasrizal meninggalkan seketika kuliah-kuliah kerana ingin menambahkan ilmu dengan membaca.
Umar al-Khattab menyebut, “Tafaqquhlah sebelum kamu memimpin”.
Kebanyakan ahli gerakan, apabila sudah terlibat dengan gerakan, nilai fundamental kurang di tekankan.Bacaan quran tidak dijaga. Soal tajwid entah ke mana.Thaqafah tak ditambah.Isu semasa tak ambil tahu.Tak mampu untuk mengimamkan solat jenazah.Apa bezanya kita dengan orang lain?Betulkan kalau saya salah.Ini merupakan satu tamparan maut buat kita sebagai ahli gerakan terutamanya buat diri aku yang masih banyak kurangnya dan perlu di polish dan di servis lagi setiap masa.
“ Zah, ana tengok ramai ahli gerakan yang masih mempunyai inferiority complex. Tak mempunyai keyakinan untuk bangunkan diri menjadi pendakwah dan pemimpin masyarakat.” Provoke ku kepada Irah.
“ Ana pun rasa macam tu. Mereka begitu merendah diri sehingga mengabaikan kualiti yang perlu ada pada diri seorang dai’e. Ana respek kepada orang hebat tetapi merendah diri dengan kelebihan yang ada. Tetapi ana sangat suspek dengan orang yang merendah diri ini tetapi takde usaha untuk majukan diri dan mencipta sejarah untuk diri sendiri..” Jawab Irah menyokong provokasiku.
“ Jom! kita ciptakan satu sejarah untuk kita tinggalkan dalam gerakan ni,nak?.” Cadangku.
“ hmm, best gak tu. Ana cadang kita berdua cuba wujudkan suasana membaca di kalangan sahabat-sahabat. Kita membudayakan suasana membaca..Nanti kita kongsi la bersama-sama ilmu yang kita dan mereka dapat dari bacaan.Alaa..kita wat aktiviti bedah buku macam yang selalu kita wat bersama tu.ok tak?”Irah bagi cadangannya.
“Haa,terbaik sangat tu! Kita sama-sama bangkitkan semangat sahabat-sahabat lain untuk banyakkan membaca.Kan tagline ustaz Syaari, “READ, YOU’LL CONQUER THE WORLD”..Bila dah banyak ilmu, barulah kita boleh bawa dakwah Islam ni dengan efektif,Insyaallah.”Sokongku lagi dengan begitu bersemangat.
“ZAH!ZAH!” panggil Irah.
“ Eh!” aku terkejut. Rupa-rupanya aku tengah mengelamun teringat memori dan janji-janjiku bersama Irah.
“Haha,sori Irah.datang nak lawat Irah,tapi datang mengelamun pulak.haha”aku tergelak.
“ Irah rehat la.. Jangan lupa makan nasi yang Ya beli ni ye.Ya mintak maaf ye Irah coz Ya lambat datang jenguk Irah.Ya sibuk sikit dengan aktiviti gerakan sejak kebelakangan ni. Pasal perancangan kita tu, kita start nanti buka short sem ye.”Terangku sambil memicit kepala Irah yang sedikit pening.
“ Takpe la Ya. Irah paham kondisi Ya sekarang. Irah selalu doakan moga Allah mudahkan segala gerak kerja Ya. Kita buat kerja kerana Allah. Penat lelah kita DIA bayar kat sana nanti. Yang penting kita ikhlas.Irah sakit ni pun hasil sentuhan kasih sayang DIA..” terang Irah dengan tenangnya.
“ hmm, betul tu Irah.Yang pasti, kita hanya memohon tanpa putus agar Allah memberkati usaha dakwah kita dan menjadikan ini sebahagian daripada amal yang soleh dan diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran dalam perjuangan ni.InsyaaAllah….Ya nak kena balik dulu ni.Ada meeting petang ni.Insyaallah,ada masa Ya datang lagi. Kalau ada apa-apa, jangan lupa mesej Ya ye.”aku berkata-kata sebelum pulang.
Dalam gerakan ni, ukhuwahfillah sangat bererti. Tanpa kosa kata ini, hidup dalam gerakan tidak mempunyai nilai, umpama pokok tanpa buah,irama tanpa lagu. Nilai Ukhuwahfillah inilah memberikan kita kemanisan dalam jerit perih berdakwah serta membenamkan keyakinan terhadap citra perjuangan.
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Indahnya persahabatan

Kadang-kadang kita merasakan hidup ini seolah-olah mimpi. Sesuatu yang ada kita sayangi, kemudian hilang tiba-tiba tanpa izin dari kita. Tapi hidup ini realiti. Setiap waktu berlalu tidak akan datang semula. Janganlah bimbang kerana Rasulullah s.a.w. memberi keyakinan kepada kita bahawa kita akan dapat balik apa yang kita lakukan di dunia. Semuanya di ganjari sewajarnya oleh Allah. Bagi kita yg masih tinggal, lakukan amalan yang terbaik di sini (DO THE BEST here) supaya di kurniakan yang terbaik (to get THE BEST there) iaitu syurga Allah di akhirat. Sementara masih sihat atau tak uzur sangat, sumbangkan masa dan tenaga untuk membantu agama Allah. Bila dah tak boleh, ia hanya tinggal kenangan.
Biarlah kita bersusah sedikit asalkan Islam menang. Jangan bimbang kerana setiap kesusahan kita akan di ganjarkan sewajarnya oleh Allah, Tuhan yang Maha Adil. Apalah hidup ini kalau tidak mahu menjadi penolong agama Allah? Kita semua sama-sama akan balik mempersembahkan amalannya kepada Allah. Supaya berterusan pertautan hati sesama saudara se-Agama, kita perlu istiqamah ikut program usrah, rancakkan hidupmu dengan Tarbiyah dan semarakkannya dengan kerja Dakwah. Untuk itu, kita perlu redha di didik (ditarbiyah) dan kemudiannya mendidik orang lain supaya cinta dan utamakan agama. Itulah gaya hidup kita zaman berzaman. Dengan agama terbukti kita boleh hebat dunia akhirat. Kalau tidak, terbukti manusia hanya jadi mainan nafsu dan syaitan yang penuh tipu daya. Pesanku buat para sahabat dan teman yang aku kasihi.
1. Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting sekarang, si dia jujur dan amanah pada persahabatannya.
2. Saling menahan rasa cemburu
Kita tidak akan kalah apabila menyayangi seseorang, tetapi kita akan kalah apabila kita gagal berterus terang. Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ˜thrill" nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu rasa bersalah dan tidak selesa. Yang dibimbangi, dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan. Sebaiknya janganlah bertindak menghukum tetapi selesaikan secara berhikmah.
3. Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu seringkali membalas sms, melayanimu dengan baik, bertanya khabar dan sebagainya, tapi adakala ia tidak boleh berbuat demikian, maka kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari kerja sendiri yang lebih bermanfaat dari sekadar memendam prasangka dan berfikir yang bukan-bukan, lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dan bersua muka serta bertanya khabar dia. Malah antara adab yang paling baik adalah mendoakannya dan senantiasa bersangka baik padanya. Ingatlah, bahawa kasih saying tidak bergantung pada kerapnya dia membalas sms, selalunya ia berdamping dengan kita, senantiasa melayani kita dan sebagainya, tetapi sebagai orang yang memahami Islam mengajar kita menunaikan hak serta kewajipan kepada orang lain dan pada Agama-Nya dan usah bersedih dan merungut jika hak kita tidak ditunaikan serta dipenuhi.
4. Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Kadangkala ada sesuatu keputusan yang dibuat seakan dia tampak melebihkan diri sendiri dan hanya menyebelahi dirinya, tapi adakala tidak rugi kita menjadi orang yang memahami, kerana dengan cuba menyelami barulah kita boleh berikan yang terbaik, kerana ‘Erti hidup pada memberi’. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
5. Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.
Moga jadi renungan kita bersama, ingatlah bahawa semua itu bukan milik mutlak abadi untuk kita, tapi segalanya milik ALLAH Yang Maha Esa. Selagi ada masa dan ruang berbaktilah, insya Allah kita akan jadi hamba yang sentiasa redha dengan ketentuanNya. Indahnya persahabatan jika didasari dengan dasar dan kefahaman Islam.
oleh : Azlan Zainal
Rindunya pada bumi Maahad
.jpg)
Salam Optimis,
Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada juniorku, Nik Nur Madiha atas kejayaan besar beliau dalam SPM 2008. Sumber pertama tentang khabar berita tentang kejayaan Madiha ni telah saya ketahui melalui mesej dari seorang sahab
at. Terima kasih sahabat.Hanya ucapan Alhamdulillah mampu ku ungkap pada waktu itu..Berita mengenai adik madiha ni hampir setiap hari ku dengar dan baca melalui berita & akhbar. Keadaan ni menyebabkan saya begitu sayu kerana terkenangkan sekolah yang meninggalkan banyak pengalaman yang tak akan di peroleh di tempat yang lain.
Kalau kak muakhahku bangga dgn bumi waqafannya, maka saya juga berbangga dengan bumi Maahad tempat lahirnya ulama2 hebat pada hari ini..Apa yang lebih penting , hebatnya Maahad ini adalah kerana keikhlasan guru-gurunya yang tak pernah jemu mendidik dan mentarbiyah kami menjadi pelajar yang berguna kepada agama.
Antara nama-nama pelajar yang telah mengharumkan nama Maahad ialah Kak Hafilah Musa ( isteri ust.Hasnizol),pelajar terbaik kebangsaan SPM 1996 yang kini melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di Australia.Adik Fatimah Mokhtar,pelajar terbaik kebangsaan SPM 2007 dan terbaru adik madiha.Tahniah untuk semua!
Secara peribadi, saya begitu terhutang budi kepada cikgu BM form 2 saya, Cikgu Nik Abdul Rahman. Beliau bukan hanya sekadar guru BM, tapi beliau juga adalah seperti ustaz dan guru IT kepada saya. Masa form 2, dialah orang pertama yang mengajar saya guna Microsoft Publisher untuk kami terbitkan Buletin Tarbiyah ( bulletin mingguan Maahad ). Bermula dari situlah saya mula meminati dan celik computer. Dan sehingga hari ini, saya sering mendapat tugas dalam bidang penerbitan risalah. Mungkin kalau bukan kerana usaha dan tunjuk ajar beliau, saya tak tahu be
rmain dengan teknologi yang ada sekarang.TERIMA KASIH CIKGU NIK!
Rindunya pada Maahad! Suka untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca, maahad ni terkenal dengan buminya yang hijau. Hijaunya bukan kerana kuat PAS, tapi kerana tanah dan persekitarannya dikelilingi pokok2 yang rendang. Kalau tengok padang Maahad sangat menenangkan. Saya masa kat sekolah dulu, time petang2 pukul 6 tu, saya suka pergi ke padang sekolah dan baring di situ untuk tenangkan fikiran ( berani buat kerana sekolah kami semua perempuan .hehe).arghh,rindunya..huhu
Kepada cikgu, ustaz & ustazah MMP : cikgu Razali ( Papa Li ),cikgu Azimah ( warden asrama), Ust Harun ( Guru Penasihat Badan Dakwah), Ustazah Syamsiah,CIkgu Haliza ( Ketua guru Disiplin),ust Matnor, Ust Hamzah, Ust Baha, Ustz Sakinah, Cikgu Murni, Teacher Aziah, Ustz Khadijah ( ustazah paling di takuti kerana kegarangan & ketegasannya),dan semua guru-guru ( dah tak ingat semua nama-nama dek kerana usiaku makin bertambah..hehe ), terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.Tanpa kalian, mungkin saya tak mampu berdiri seperti pada hari ini.Minta maaf kerana tak mampu untuk sentiasa menziarahi bumi maahad.InsyaAllah,jika berkesempatan akan saya dan sahabat-sahabat yang lain menjejakkan kaki kami ke bumi Maahad yang sentiasa dirindui.
Anda nak kenal dan tahu lebih lanjut tentang maahad? Layarilah laman web rasmi MMP di SINI.
[ Bangunan Asrama]
[ Bangunan Aliran Sains dan kawasan perhimpunan]
[ YB Nik Amar bersama guru, Ibubapa dan Pelajar Cemerlang]
p/s : Rindu pada semua rakan-rakan batch SPM 2004. Dimanakah kalian semua?
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Bersahabat hingga ke Syurga
Salam Optimis,
Tiba-tiba saya teringat kisah sahabat-sahabat Nabi, ukhuwah mereka begitu hebat.Betapa sayangnya Abu Bakar terhadap sahabatnya,Rasulullah sehingga sanggup menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.Allahuakbar.
Merekalah yang boleh kita jadikan contoh yang baik dalam kita dan sahabat kita mengharungi persahabatan yang kita selalu sebutkan ukhuwah fillah.Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengharungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat terlepas dari ancaman fitnah dengan hanya mengharapkan kemampuan sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. "Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah." (An-Nisa : 28)
Sahabat-sahabat,
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. "Teman-teman rapat pada hari itu (hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir mengatakan, "Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan." Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.
Renungilah. Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Suka untuk saya kongsi di sini tentang kisah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.
"Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman rapat. Salah seorang dari keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari syurga. Ketika itu ia teringat sahabatnya yang masih hidup di dunia lalu ia berdo'a : "Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah sahabatku, dia yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha kepadaku."
p/s : Kepada sahabatku Nazirah, semoga cepat sembuh:)
~Berjuang,berjuang & Terus Berjuang~
Persahabatan & Kasih Sayang

1-Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Sesetengah gerakan juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.
2- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik,setelah mendapat hidayah
3- Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:
4- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syariat dan akhlak.
Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.
5- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta ukhwah Islamiah.
(Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah – Ali
Imran (3):103).
- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang sebenar.
i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:
a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: “Jika aku boleh mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya aku mengambil Abu Bakar menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha Tingg” (Hadith).
b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah, Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.
c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain – Dalam peperangan Yarmuk, beliau mengutamakan dua sahabat lain yang gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.
sumber : Buletin Tarbiyah MMP
P/s : Sayangilah sahabat anda
~Berjuang,berjuang & terus berjuang~
Innalillah
[ syafie bhgn tepi sekali belah kiri ]
p/s : kullu nafsin zaa iqotul maut...
berjuang.berjuang & terus berjuang.....!!
SAHABAT
Salam optimis,
ukhwah yg dibina
antara kita,
biarlah seperti
seutas tasbih,
ada awal,
tiada penghujungnya...
dicipta utk mengingatiNYA,
dibahagi utk cintaNYA,
diratib demi redhaNYA...
Sahabat...
Jika hari ini
daku terlalu gembira,
Sedarkanlah daku
dgn amaran2 Allah...
Jika daku
bersedih tanpa kata,
Pujuklah daku
dgn tarbiyah Pencipta...
Jika daku
lemah tiada berdaya,
Ingatkanlah daku
dgn kehebatan Syurga...
Jika antara kita
ada tembok
yg memisahkan,
Ajaklah daku
utk meruntuhkannya segera...
Jika pernah
hati mu terluka,
Luahkanlah
agar daku berubah...
Dan jika esok
daku terlena
tanpa terjaga,
Iringilah daku
dgn kalungan doa...
p/s: selamat Pengantin baru saya ucapkan kepada sahabat saya Siti Nadiah Mohd Suhane yg akan melangsungkan perkahwinan pada 22 nov 2008..moga dirimu bahagia bersama suami tercinta..dan moga rumah tangga dirahmati olehNYA..amenn:)
~~...berjuang,berjuang & terus berjuang.....~~
Sedih
Hmm..hari nie hari paling sedih bagi NurIslam..posting NurIslam pada Ogos lepas telah menyebabkan beberapa ‘orang’ tersinggung. Ya, NurIslam terpaksa menanggung akibatnya..dan di sini NurIslam ingin memohon maaf atas kesilapan NurIslam. Sesungguhnya artikel berkenaan bukanlah bermaksud untuk menyindir atau mengata mana-mana pihak. Cuma ingin menjernihkan keadaan. Hmm..mungkin cara NurIslam silap..NurIslam akan perbaiki.harap individu tersebut tidak makan hati dan memaafkan NurIslam..sama-sama kita perbanyakkan doa robitoh. NurIslam teringat kata-kata seorang sahabat “Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan tercatit ketenangan, kita tak sendirian kerana Allah sentiasa bersama..”..sahabat yang lain juga pernah berkata “ ukhuwah kita lebih dari yang lain..kita kena banyakkan doa rabitah, agar hati-hatu kita di ikat dgn iktan aqidah yang kukuh. Doa sahabat uyk sahabatnya yg lain tanpa pengetauannya itu ada keberkatan “..sekali lagi mohon maaf. wasalam
HATI KERING
Keringnya hati
sahabat sendiri sakit pon tak amik tahu
sahabat lapar buat-buat tak tahu
sahabat sedih kita gembira
sahabat dlm susah pun tak tolong
Keringnya hati
Masalah sahabat tak amik kesah
Keringnya hati
sahabat tegur semua tak betul
Ya!!hati kering memang perlu
Tapi perlunya bertempat
Jangan sampai sahabat tiada atau meninggal dunia
Baru nak berubah..
Kerana ia sudah terlambat.
Berubahlah dari sekarang..!!
Sayangilah sahabat-sahabat anda.
EGO biar bertempat!
*p/s : NurIslam TAK PELIK kalau NurIslam ada kenal orang seperti watak di atas coz NurIslam rasa orang macam nielah yang menyebabkan NurIslam selalu ingat Allah. Terima kasih kepada mana-mana individu yang berkelakuan seperti dia di atas terhadap NurIslam. Moga Allah berkati hidup DIA.:)
PELIK??
Aku diam
Dia diam..
Aku cakap sepatah
Dia jawab sepatah..
Aku masuk
Dia keluar..
Aku pergi
Dia datang…
Aku bangun
Dia tidur..
Aku senyum
Dia masam..
Aku tertawa
Dia hanya diam..
Aku bercerita
Dia buat-buat tak dengar..
Aku tanya
Dia tak jawab..
TAPI
Kalau dengan awak,mereka dan kalian
Aksi dan respon DIA bertentangan sekali
Sangat berlainan dengan responnya terhadapku
KENAPA MACAM INI?
YA Allah..sampai bile aku di uji?
Mungkin aku ‘istimewa’ bagi dia
Sampai layanan terhadapku juga ‘istimewa’
Nak jadi ‘istimewa’ juga sepertiku?
RAPATI dan FAHAMILAH dIa
Sebagaimana rapatnya aku dengan insan ni.
Rapat ke??<>haha…
*p/s: NurIslam sayang semua sahabat2 NurIslam kerana tanpa sahabat, bagaikan nasi tak berlauk.KOSONG!.terima kasih kepada semua sahabat2 NurIslam kerana kalian telah menjadi pelangi kepada kehidupanku:)
Luahan Hati Seorang SAHABAT
Sahabatku seorang yang sangat hebat,
Berjenaka,
Memberi nasihat..
Memikir strategi,
Berkorban,
Pemurah,
dan Berjiwa Besar.
Orang kata,
Sahabat yang baik adalah
Yang sentiasa bersama
Suka dan duka
Tapi sahabatku ini
Bersamaku hanya ketika kesusahannya
Ketika gembira,aku ditinggalkan.
Orang kata,
Sahabat yang baik adalah
yang sentiasa menjadi tempat luahan masalah
dan sering bertukar cerita bersama.
Tapi sahabatku ini,
Kehadiranku bagaikan tidak wujud,
Aku bagaikan orang asing baginya,
Kehadiranku menjadi beban hidupnya.
Layakkah aku bergelar sahabat untuknya?
Ataupun layakkah dia bergelar sahabat untukku?Sahabat,
Ketahuilah,
Biarpun kau membenciku,
Biarpun banyak rahsia yang kau sembunyikan dariku,
Biarpun jarang kau bersamaku,
Biarpun kau sering tinggalkanku,
Biarpun kau sering membohongiku dengan pelbagai ceritamu,
Biarpun kau bermasam muka denganku,
Namun,
Kerana Ukhwah Fillah,
Kerana rahmat Allah yang kudambakan,
Kerana Perjuangan ini,
Kerana Kasih Sayang,
Aku redha diperlakukan sebegini,
Asalkan kehidupanmu bahagia,
Dan doaku sentiasa untukmu,
Moga kau peroleh kejayaan yang cemerlang,
Moga kau jadi orang yang hebat,
Moga kau jadi muslimah sejati,
Untuk agama dan bangsa.
Akan tetapi,
Aku juga sering berdoa dan meminta dari Allah,
Moga kau berubah,
Menjadi seorang sahabat yang sangat mengambil berat,
Yang sering bertanya khabar sahabat yang lain,
Yang dapat menceriakanku dikala kesusahanku,
Yang dapat sentiasa berkongsi suka dan duka bersamaku,
Menjadi seorang pendengar yang baik,
Dan yang paling penting,
Kau dapat menegurku jika aku melakukan kesilapan,
Dan menziarahi kuburku jika aku telah tiada.
Jika kau membaca coretanku ini,
Bacalah dengan hati,
Agar kau lebih memahami diriku,
Dan izinkan aku memahami dirimu.
Maafkanku sahabat.
*Tulisan ini tiada kaitan dengan mana2 individu.Hanya luahan hati dari seorang sahabat kepada sahabatnya. Hargai dan sayangilah sahabat disekeliling anda. Kehilangannya akan membuatkan anda menyesal selama-lamanya.wassalam.
~Berjuang..Berkorban..& Berjihad~
SAHABAT..PERJUANGAN & PENGORBANAN
SAHABAT..
Insan yg sangat bermakna
Bila tiada
Rasa sunyi
Bila sedih
Rasa pun pedih
Bila jauh
Rasa rindu
Jika kamu ada sahabat
Jagalah sebaiknya
Kerana
Sahabat yg baik
1 dalam 1000
PERJUANGAN..
Perkataan keramat
Yang sukar diterjemah
Oleh diri yang hina
Lagi berdosa
Perjuangan..
Bukan hamparan
Kain merah
Mewah
Senang lenang
Tetapi..
Perjuangan
Penuh onak duri
Cabaran
Dugaan
& ujian
Adalah makanan ruji
PENGORBANAN..
Susah dilakukan
Pahit ditelan
Perlukan kekuatan
Ibadah & amalan
Jadi sandaran
SAHABAT,PERJUANGAN & PENGORBANAN,
Perlu seiringan
Kerana,
Tanpa sahabat
Hidup tak kuat
Tanpa perjuangan
Hidup tak bermatlamat
Tanpa pengorbanan
Hidup tak ada nikmat
JADI,
Aku,kamu dan kita
Perlu seiring bersama
Menuju redhaNYA
Kerana
Erti Hidup pada MEMBERI..
Nukilan,
NurIslam
28/07/08
1.03ptg
Ukhuwah
kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu... tapi tak leh ramai sgt..nanti habih airmata aku...
kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat lari tak larat aku nak kejar..
kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun pada sesiapa..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...
kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala ketentuan Allah... dan belajar untuk cintai mereka..
kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...
Tetapi kawan...jika suatu hari aku berdiam diri..aku tidak membalas message mu..aku tidak angkat panggilan darimu...hubungilah aku segera...sebab waktu itu aku..aku mungkin perlukan kau...atau aku sudah tiada lagi didunia ini...............
jadi andai ini suratan buatku kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi kerana mungkin doa kalian mampu menemani aku di alam yg berbeza itu..
Apapun kawan..segalanya ketentuan Illahi buat kita yg bernama manusia..carilah, kecapilah manisnya mahabbah fillah yg Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..dekat dalam munajatku padaNya..winking
"Hanya Seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya".








