Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label Quantity Surveyor. Show all posts
Showing posts with label Quantity Surveyor. Show all posts

Perjuangan Perlu Diperhebat!

Posted by Syaheed on 05 March 2010 , under , , | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah,


Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat kasih sayangNYA,Insyaallah. Ketika ini, saya terasa sedikit janggal untuk mengemaskini blog setelah sekian lama saya membiarkan ia bersawang dan ber'karat'.Saya mohon maaf kerana telah membunuh dan menzalimi anda semua dengan tidak menunaikan hak anda sebagai pembaca dan pelawat blog nurjannah ini.

Sekadar perkongsian,sepanjang saya berada dalam semester ini, banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya yang mana disana saya banyak belajar perkara baru yang agak mencabar zon selesa saya.Alhamdulillah.

Tinggal kurang lebih 4 minggu lagi untuk saya berada di alam 'practical training' sebagai Quantity Surveyor. Dengan komitmen yang perlu diberikan untuk praktikal, ditambah lagi dengan amanah baru sebagai Timbalan Pengerusi 2 Maaruf Club, saya cuba seimbangkan masa dan komitmen antara kedua-duanya. Insyaallah.

Alhamdulillah, poster terbaru Maaruf Club sesi 2009/10 telah pun siap dan berjaya dikeluarkan dan sekarang dalam proses edaran kepada semua kelab di UIA.Kredit untuk Akh Rauf atas usaha beliau mencetak dan mengeluarkan poster ini.Insyaallah, Maaruf Club sedang merangka program besar untuk semester depan. Saya mohon kerjasama semua pihak terutamanya ahli Maaruf Club yang berdaftar untuk kita sama-sama melajukan gerak kerja dakwah demi mencapai misi biah solehah yang diimpikan. Walaupun Maaruf Club menghadapi beberapa sekatan,cemuhan dan birokrasi dari pihak atasan, kami akan tetap utuh dan teguh dengan gerak kerja dakwah kami disertakan pertolongan dari Allah yang Maha Mengetahui & Berkuasa atas segalanya. Ameen Ya Rabb.

Insyaallah, segala perkongsian dan berita terkini tentang Maaruf Club akan dikongsikan di web kami iaitu http://marufclub.com/v1 . Kami di Maaruf Club amat terbuka untuk menerima segala pandangan,kritikan dan cadangan demi pembaikan gerak kerja dakwah.Insyaallah.

Akhirul kalam, ayuh sama-sama kita lajukan gear dakwah kita agar dapat bersaing dengan dakyah yahudi dan musuh Islam yang semakin liar dan mengganas di luar sana. Kepada yang ingin mengetahui aktiviti semasa saya, dijemput untuk add facebook saya di http://facebook.com/nurshahidat. Insyaallah, segala aktiviti terkini dan semasa akan saya update di page FB. Saya akan tetap menjadi blogger , cuma kekerapan update mungkin akan sedikit kurang berbanding sebelum ini memandangkan saya lebih banyak berfacebook berbanding berblog.=)

Siiru 'ala barakatillah. Semoga bertemu lagi. Insyaallah.



" BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA"

Kehidupan Seorang Jurukur Bahan (siri 1)

Posted by Syaheed on 14 January 2010 , under | comments (18)




Bismillahi Walhamdulillah.

Mungkin ini pertama kali saya menulis entri berkenaan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu Quantity Surveying a.k.a Quran Sunnah =) Saya terpanggil untuk menulis entri pada kali ini atas permintaan beberapa orang sahabat dan adik-adik junior di kulliyah saya.

Untuk semester ini, saya sebenarnya sedang menjalani practical training selama 4 bulan di sebuah consultant QS bertempat di Taman Melawati.

Jika sebelum ini, ramai kenalan yang bertanya kepada saya apa skop kerja sebagai Jurukur Bahan. Jadi, disini suka untuk saya berkongsi beberapa peranan sebenar QS dalam industri pembinaan.

Juruukur Bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Dalam menentukan sesuatu projek yang dirancangkan sesuai atau tidak dengan lokasinya maka pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemungkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontraktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan
hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

[ sedang memikirkan masa depan sbg QS ]

6. Penilaian kerja.


Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Inilah beberapa peranan yang perlu di mainkan oleh seseorang yang bergelar QS.

Untuk siri ke 2 nanti, insyaallah saya akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang practical trainer QS.


sumber rujukan :

1) http://www.scribd.com/doc/17774694/Peranan-Jurukur-Tanah
2) http://ukurbahan-qs.blogspot.com
3) http://arkrab.wordpress.com/category/peranan-arkitek-dalam-masyarakat/


wallahu 'alam.

Bank ke-3 di UIA

Posted by Syaheed on 09 August 2009 , under , | comments (0)



[ My classmates in Quantity Surveying course ]

Bismillahi walhamdulillah..

For the 1st time, me and all my classmates in quantity surveying course telah mengadakan site visit ke tapak pembinaan yang di namakan Tan Sri Azman Hashim Building ( In front of CAC building )..

Projek ini supposely siap 31 Julai yang lepas tetapi terpaksa dilanjutkan kontraknya ( Extension of Time ) atas beberapa sebab-sebab tertentu..Sekadar perkongsian untuk semua, projek ini bernilai lebih kurang 6.28 juta yang telah dilaburkan oleh Tan Sri Azman Hashim ( The owner of Ambank ).

Bangunan ini insyaallah akan beroperasi sepenuhnya selepas hari raya Puasa..

Kalau sebelum ini, bank yang ada di UIA hanyalah dua jenis bank sahaja iaitu Bank Islam & Bank Muamalat, dengan siapnya bangunan Tan Sri Azman ni, akan wujud bank ke-3 di UIA ni iaitu Ambank..

Selain itu, didalam bangunan ini juga akan ada eksklusif kafetaria, multipurpose hall dan beberapa pejabat awam..

akhir kalam,semoga projek ini dapat siap seperti yang telah dirancang.Insyaallah..sekadar perkongsian buat kali ini..wassalam

p/s : Tahniah buat PKPIM atas penganjuran kongres pelajar semalam.

pp/s: Jutaan terima kasih buat kak muakhahku, k.nurul juga sifuku,ust. syaari kerana sudi tumpangkan naik al-fateh semalam..teruja mendengar perkongsian kalian dalam kereta bersama rausyanfikir..(^_^)


[ kos untuk cermin dan frame sahaja bernilai lebih kurang 2 juta ]

[ kerja-kerja akhir iaitu pemasangan longkang ]

[ sesi memasang finishes kat tandas ]

[ cuba teka apa ni??]
jawapannya 'bilik termenung' untuk pekerja :)

~Begin With The End Of Mind ~