Aquasprite Theme Demo

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Filem : 1 Medan Dakwah Terbaik Masakini

Posted by Syaheed on 26 July 2009 , under , | comments (0)



Salam juang buat semua,

Terasa malu dengan diri sendiri dan pembaca semua kerana membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru..Benarlah kata beberapa sahabat,kalau kita sentiasa menulis, kita akan bersemangat untuk sentiasa mengekalkan momentum tersebut. Begitulah juga kalau kita jarang menulis, kemalasan tersebut akan terus melekat dan menjalar dalam diri..Simpton& virus ini sedikit sebanyak telah berjangkit kepada diri saya. Dalam proses mencari antibiotik yang sesuai untuk membuang virus ini.(^_^)

Pada kali ini, suka untuk saya memperkatakan mengenai filem apabila terbaca satu artikel dari Utusan Meloya mengenai penerbitan sebuah filem oleh HAMAS yang bertajuk 'EMAD AKEL'..saya copy paste artikel tersebut di bawah ini :

GAZA CITY 19 Julai - Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.

Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .

''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.

"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.

Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.

Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.

Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.

Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.

Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.

Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel. -
Tahniah buat HAMAS atas keberjayaan menghasilkan filem aksi ini yang membangkitkan semangat juang dalam menentang ISRAEL LAKNATULLAH..

Apabila bercakap mengenai filem, takziah penulis ucapkan kepada semua keluarga YASMIN AHMAD atas pemergian allahyarhamah YASMIN pada jam 11malam 25hb Julai..Semoga arwah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman..Sama-sama kita ambil iktibar apa yang berlaku.

wassalam.

p/s : tahniah di ucapkan kepada rijal82 production kerana berjaya hasilkan satu kompilasi video hebat yang bertajuk "Muslim Warriors Hidden by the Human History "..harap dapat tunjuk ajar dari sifu(^_^)

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

FILEM : Children of Heaven

Posted by Syaheed on 06 May 2009 , under , | comments (1)




Salam Optimis,

Alhamdulillah, pagi tadi allah memberi sedikit kelapangan buat saya untuk melihat satu filem dari Iran yang bertajuk 'Children of Heaven'.Filem ini menonjolkan isu bagaimana kemiskinan tidak menghalang dua beradik untuk menuntut ilmu walaupun terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Kisahnya bermula apabila seorang budak bernama Ali yang telah menghilangkan kasut sekolah adik perempuannya Zahra. Mereka ini adalah dari keluarga miskin yang mana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya bekerja sebagai pembancuh teh di masjid.Zahra sangat sedih akan kehilangan kasut dan menyalahkan Ali,abangnya. Lalu Ali memberi idea untuk berkongsi menggunakan kasutnya sahaja oleh kerana Zahra sekolah sesi pagi manakala Ali sekolah sesi petang. Zahra berkeras untuk memberitahu ayah mereka tentang kehilangan kasutnya tetapi dilarang oleh Ali kerana mengetahui ayahnya tidak mempunyai wang di samping banyak hutang yang tertunggak.


Setiap pagi,Zahra memakai kasut abangnya ke sekolah. Selesai sahaja sesi persekolahan, Zahra bergegas pulang ke rumah kerana ingin memberi giliran kepada abangnya pula menggunakan kasut yang semakin lusuh itu.Sejak dari itu, Ali sering lewat ke sekolah dek kerana kasut itu. Begitulah kehidupan yang penuh pengorbanan dari seorang abang juga pengertian seorang adik yang begitu menyayat hati setiap penonton.

Filem arahan Majid Majidi ini telah menerima anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival.

Tok Guru yang telah menonton filem ini juga berkata, "Saya bukan orang yang suka menonton filem. Tapi malam ini saya menonton ‘Children of Heaven’ daripada awal hingga akhir, ekoran penulis skrip filem ini berjaya mengheret masyarakat menyelami nilai moral dan kemanusian. Filem ini boleh membuatkan sesiapa menontonnya menitis air mata,”


Tok guru juga berharap agar pembikin filem di Malaysia dapat menghasilkan filem-filem seperti Majid sebagai salah satu cara untuk menangkis salah anggap masyarakat Barat terhadap Islam.

“Majid Majidi ada meluahkan kepada saya bahawa beliau dukacita peluang-peluang tersebut tidak digunakan oleh umat Islam serta pembikin filem untuk menangkis serangan Barat. Majid Majidi menyatakan untuk kempen Nabi Isa berpuluh-puluh buah filem dibuat untuk memperburukkan agama Islam. Bagaimanapun orang Islam hanya mempunyai sebuah filem yang memperihalkan Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.

Tok guru berharap Darul Digital Multimedia Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah menandatangani surat perjanjian bersama Majid Majidi untuk bekerjasama dalam penerbitan filem agar dapat memanfaat sebaik mungkin dalam kerja-kerja animasi dan penerbitan filem..

Semoga satu hari nanti Malaysia mampu menerbitkan filem-filem berunsur kemanusiaan dan juga filem yang dapat menangkis fitnah Barat,Insyaallah. Bak kata sahabat saya , sama-sama kita kibar panji Allah supaya Malaysia bangun penuh berkah..

wassalam.


Chidren Of Heaven Part 1



Chidren Of Heaven Part 2




~Begin with the End of Mind~