Forum 2012 : Will The World Shut Down?
Tajuk Forum : “2012: Will The World Shut Down?”
Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Auditorium Utama, UIAM Gombak.
Anjuran : Ma’aruf Club UIAM
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
- Mendedahkan kepada masyarakat (khususnya mahasiswa) tentang konspirasi-konspirasi zionis dan sekutunya.
- Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dengan hiburan-hiburan dan filem-filem dari barat yang penuh dengan unsur konspirasi.
- Menyuntik semangat kepada mahasiswa agar bangkit berjuang mempertahankan Islam dari tipu daya agen Dajjal.
Forum ini akan dipanelkan oleh dua individu terkenal :
- Mohd Khalid Yahya (penulis buku, “Membongkar Misteri Dajjal”)
- Ustaz Shaari Abd Rahman (IP Minda Consultant)
Semua dijemput hadir.
~Begin With The End Of Mind~
Maruf Club UIAM Membantah Sekerasnya Kerajaan Lulus Lesen Judi

Berita berkenaan kerajaan secara rasminya memberi lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA amat mengecewakan banyak pihak terutamanya umat Islam di Malaysia keseluruhannya. Keputusan ini menimbulkan persoalan di manakah letaknya slogan Negara Islam yang sering dilaungkan-laungkan oleh kerajaan? Adakah dengan meluluskan lesen judi membuktikan Malaysia sebuah Negara Islam tulen atau sekadar menjadi slogan semata-mata?
Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Menurutnya lagi, ia adalah salah satu tindakan yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,” katanya.
Sebagai salah sebuah entiti yang berpegang kepada sumber Al-Quran dan Al-Hadith,Ma’ruf Club UIAM bertegas menolak tanpa kompromi sebarang usaha tidak bermoral ini yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam ayat-Nya :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” : AL-Maidah ayat 90.
Maka, Ma’ruf Club akan menentang sekeras-kerasnya keputusan tersebut malah tidak akan teragak-agak untuk turun ke jalanan bersama rakyat sebagai alternatif terakhir bagi menyokong bantahan pengeluaran lesen judi ini. Sewajarnya kerajaan perlu lebih tegas dalam soal ini kerana ia melibatkan soal agama dan sensitiviti umat Islam.
Timbalan Menteri Kewangan itu turut dipetik sebagai berkata, “jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.”
Kenyataan tersebut seolah-olah cuba menjustifikasikan keputusan mereka dan mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan. Ma’ruf Club melahirkan rasa dukacita yang teramat di atas kedangkalan idea seorang yang bertaraf menteri ini. Umum maklum bahawa judi menimbulkan banyak penyakit sosial dan ia adalah warisan daripada peninggalan jahiliah yang kini menjadi candu kepada Barat. Sepatutnya kerajaan perlu lebih serius menangani gejala sosial yang semakin meruncing dan membarah dalam masyarakat. Peranan kerajaan sepatutnya mengubati dengan menggalakkan kebaikan bukannya mempromosikan keburukan.
Ma’ruf Club juga berpendirian bahawa sekalipun judi telah dihalalkan oleh undang-undang Malaysia, namun ia adalah perbuatan yang sangat jelas dinyatakan pengharamannya dalam Al-Quran tanpa apa-apa kompromi dan memihak kepada mana-mana kepentingan. Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.
Oleh itu,Ma’ruf Club berharap, kerajaan dapat membatalkan pengeluaran lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA dan mengharamkan terus aktiviti ini daripada terus berleluasa. Agamawan pula perlu menyuarakan pandangan masing-masing supaya rakyat tidak terkeliru dengan keadaan yang tidak normal ini. Jika tidak,rakyat khususnya golongan muda tidak akan teragak-agak untuk menukar kerajaan pada PRU-13 yang akan datang.
Nur Shahidat Mohamed,
Timb. Pengerusi 2,
Ma’ruf Club UIAM 2009/2010
Perjuangan Perlu Diperhebat!
Isu Kartika : Apabila Keinsafan Mengatasi Segalanya
Bismillahi Walhamdulillah,
Isu tentang pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarno terus hangat diperkatakan sehingga kini. Kes yang tertangguh begitu lama iaitu pada bulan Julai 2009 masih belum lagi diselesaikan dengan sempurna.
Maruf Club melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa saudari Kartika di atas penagguhan hukuman sebat terhadap beliau dan menggesa kepada pihak Mahkamah Syariah Pahang agar menyegerakan hukuman tersebut. Ini bagi memberi peluang kepada beliau untuk memulakan kehidupan yang baru dengan lebih tenang seperti yang telah dikatakan oleh beliau, “Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan. Setakat ini mahkamah belum memberitahu bila hukuman itu akan dijalankan, dan saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu."
Diatas rasa tanggungjawab dan sebagai sokongan terhadap beliau, Ma’ruf Club dalam perancangan untuk melawat dan bertemu mata dengan saudari Kartika yang ketika ini juga sedang dalam proses untuk memfailkan pengesahan lafaz talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar.
Ma’ruf Club mengucapkan setinggi tahniah atas sikap yang ditunjukkan oleh saudari Kartika yang begitu tegas berpegang kepada prinsip walaupun beliau sebenarnya boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan enam bulan lalu. Namun keinsafan dan kesedaran mengatasi segalanya sehingga beliau mahu hukuman itu dilaksanakan segera.
Pun begitu, Ma’ruf Club berharap agar perkara ini bukan hanya menjadi sekadar suatu isu biasa, malah menggesa masyarakat sekeliling khususnya mahasiswa mengambil berat soal hukum hakam dalam Islam dan dalam masa yang sama juga perlu berhati-hati dengan pelbagai dakyah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mempersendakan agama.
Sedikit persoalan yang perlu kita renung bersama,
Berapa ramai lagi orang Islam yang ikhlas dan insaf serta rela di adili dan menerima hukuman yang ditetapkan oleh kehakiman Islam, tetapi tidak terbela dan dihalang dari melaksanakan ajaran agama mereka, sebagaimana juga Kartika Sari Dewi?
Bagaimana pula dengan golongan yang menggelar diri mereka Muslim, namun terang-terangan tidak langsung menghormati ketetapan agama, malahan sentiasa pula mencemuh, memperlekeh dan mempersendakan Islam itu sendiri?
Nur Shahidat Mohamed,
Ma'ruf Club UIAM.
Jemputan ke Brotherhood Night

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan segala hormatnya saya berbesar hati menjemput kepada semua student UIA gombak ke program BROTHERHOOD NIGHT..Maklumat program adalah seperti berikut :
Tempat : Experimental Hall, UIA
Masa : 9.00pm - 11.30pm
Special event :
Tayangan Hebat mengenai Konspirasi Dajjal terbitan rijal82 production
Semua dijemput hadir.
p/s : kepada semua ahli Ma'ruf Club yang berdaftar, mohon hadir kerana kami dalam proses mengemas kini database ahli demi kelancaran gerak kerja dakwah yang telah dirancang.
pp/s : kepada yang berminat untuk menjadi ahli ma'ruf club, anda sememangnya di alu-alukan hadir untuk mengisi membership form di kaunter yang akan disediakan. Kami sememangnya amat-amat memerlukan ahli baru yang ramai dan komited demi memastikan kelancaran gerak kerja dakwah ini.Insyaallah.
Siiru 'Ala Barakatillah


