Aquasprite Theme Demo

Era Perang Informasi : Apa Tindakan Kita??

31 October 2009 , Posted by Syaheed at Saturday, October 31, 2009

[ Peta Dunia yang berjaya di beli 3hari yang lepas ]

Bismillahi Walhamdulillah

Pada hari khamis yang lepas, saya ke MPH Wangsa Maju untuk membeli peta dunia. Alhamdulillah, pencarian selama lebih kurang sebulan akhirnya tercapai.Seketika, kawan yang menemaniku bertanya :

"Shahidat, nak buat apa dengan peta dunia ni?"

"Nak takluk dunia" jawabku spontan..hehe

Ya! nak takluk dunia. Anda bagaimana??

Seorang adik usrah pernah bertanya kepadaku " kak, apa yang dimaksudkan dengan perang maklumat?"

Jawabku " perang yang mana tak memerlukan senjata, tetapi memerlukan pengayaan & penguasaan dari segi ilmu & maklumat beserta strategi untuk menyebarkan maklumat tersebut."

Sebagaimana Sun Tzu telah menulis dalam karya popularnya, Art of War
"..attaining one hundred victories in one hundred battles is not the pinnacle of excellence. Subjugating the enemy's army without fighting is the true pinnacle of excellence." Kalau dalam bahasa Melayu bermaksud " Tiada yang istimewanya mencapai kemenangan dalam ratusan pertempuran di ratusan medan perang, tetapi, mengalahkan musuh tanpa melepaskan peluru dan bersimbah darah, itulah kejayaan sebenar yang istimewa."

Situasi sekarang, pihak barat amat menguasai media dan maklumat.
Teknik counter-will dalam perang informasi sekarang banyak dimainkan secara cantik oleh pihak barat melalui berbagai media massa (CNN dll), termasuk berbagai mailing list Internet yang tersebar secara sangat effisien ke semua orang yang boleh mengekses internet.Strategi barat di medan perang informasi ini sangat hebat sehinggakan kita umat Islam pun terikut-ikut rentak & melodi yang dimainkan oleh mereka.

Jatuh bangun sesebuah negara atau individu juga banyak dimainkan oleh teknik information imperialism ini. Lihat saja isu EGM yang telah dicetuskan oleh TGNA hanya di blog beliau.Selepas itu, satu negara heboh dan kecoh tentang isu ini. Tak kurang juga dengan isu-isu lain yang dimainkan oleh media massa baik di dalam ataupun luar negara. Contoh yang sederhana, kanak-kanak atau remaja sekarang mungkin lebih berbangga jika makan KFC, mendengar muzik antarabangsa, atau melihat filem2 Barat. Kerana apa?? kerana iklan yang dimainkan media telah menjajah minda kita secara
psychology).

APA PATUT KITA BUAT?

1)
Mengkaji punca kejatuhan tamadun Islam. Apabila sudah dikenal pasti, sama-sama kita bina dan bangkitkan kembali punca yang menyebabkan kejatuhan tersebut.Saya ambil salah satu faktor antaranya keruntuhan akhlak. Jadi,bagi atasi masalah ini, semua pihak perlu kembali kepada agama. Bagaimana caranya??Kita bincang topik lain khusus tentang akhlak (^_~).>bacaan lanjut tentang tamadun disini

2)
Dalami ilmu strategi. Saya ambil contoh perang Khandak. Bagaimana hebatnya pemikiran Salman AlFarisi ketika itu yang mencadangkan supaya parit dibina yang mana dengan strategi itu islam menang dalam peperangan tersebut.Kesimpulannya,untuk memenangi sesuatu peperangan, tidak semestinya dengan pedang dan mempertaruhkan nyawa? Tapi satu perkara yang perlu untuk kita fahami ialah STRATEGI untuk menang iaitu melalui penelitian yang rapi, merangka dengan sistematik, mengatasi kelemahan, handal menggunakan peluang , dan bijak menjangka masa depan.

3)
Cuba kuasai isu dan update teknologi terkini.
Saya pun masih lemah dalam bab ni. Teknologi makin hari makin canggih sehinggakan tak sempat untuk update teknologi terkini. Kadang-kadang rasa dah terupdate dah teknologi terkini, tapi rupa-rupanya muncul pula teknologi yang lagi latest.Bab isu pula satu hal, kadang-kadang kalau tak baca akhbar dan iternet dalam sehari, dah tertinggal 2 3 isu penting.huhu..Jadi,sama-samalah kita tingkatkan tahap pembacaan kita dari semasa ke semasa agar kita tidak ketinggalan dalam pelbagai sudut.

Kesimpulannya, kunci kejayaan dalam perang informasi ini sebenarnya tak banyak. Penghasilan
manusia atau mukmin berkualiti yang berpengetahuan & keupayaannya menyebarkan kepada masyarakat melalui pelbagai sudut yang mampu ditembusi adalah kunci kejayaan yang utama.

Saya teringat dalam buku yang bertajuk
."Seni Perang Sun Tzu dan 36 Strategi", salah satu strateginya ialah "Kecepatan & Persiapan".Dalam strategi ini,Sun Tzu menyatakan bahwa kita harus mampu bertindak dengan kecepatan yang tinggi. “Bersandar apa adanya tanpa persiapan merupakan kejahatan terbesar, manakala persiapan terhadap kemungkinan yang muncul adalah kebijakan terbesar”. Bergerak dengan cepat bukan bererti mengerjakan secara tergesa-gesa. Sun Tzu juga mengatakan bahawa pasukan yang datang terlebih dahulu akan memperoleh kemenangan yang lebih besar dibanding dengan pasukan yang datang tergesa-gesa”.

Every change in human attitude must come through internal understanding and acceptance. Man is the only known creature who can reshape and remold himself by altering his attitude." -John C.Maxwell-

Wallahu 'Alam.

~Begin With The End of Mind~

Currently have 3 comments:

  1. newlight says:

    subhanallah..wah.memang bercita-cita besar adik kita ni.ada harapan jadi ketua dewan muslimat. :p naam! marilah kita sama-sama takluk dunia. impian yang besar hanya untuk mereka yang berjiwa besar. Erm..jika dikaji buku al-rahiq al makhtum karya Saifurahman Mubarakfuri menunjukan hampir semua peperangan dan tindakan politik Nabi SAW bermula dengan agen infromasi / perisik yang melaporkan informasi perisikan kpd baginda. Persoalan, kenapa Allah tak turunkan wahyu sahaja pada bginda u mulakan kempen peperangannya? ibrahnya mugkin u menunjukkan sedangkan Nabi SAW sendiri perlukan maklumat dan informasi yang maknawi fitrahnya u membuat keputusan yang besar, apatah lagi kita insan biasa ni. As economists always say, " the rational man with perfect information will make decision economically efficient and relatively fully satisfied which is the basis for the Perfect Competition Market to achieve equilibrium "

  1. Thanx to newlight atas komentar dan pandangan anda(^_^)

    Menarik kata-kata economist tu.Ya!Tanpa maklumat yang cukup,kita takkan mampu untuk mencapai satu kejayaan yang sempurna.

    Seperti kata James Madison tentang penguasaan informasi ni "A popular Government, without popular information or the means of acquiring it, is but a Prologue to a Farce or a Tragedy; or perhaps both. Knowledge will forever govern ignorance; And a people who mean to be their own Governors, must arm themselves with the power which knowledge gives."

    siiru 'ala barakatillah

  1. Anonymous says:

    boleh tak nak tau harga peta ni?