Maruf Club Semakin 'Hot'
Bismillahi Walhamdulillah..
Bilamana membuka facebook dan Yahoo Group, saya sangat teruja dengan berita tentang salah satu banting dari Maruf Club yang begitu mendapat perhatian sehingga di masukkan ke dalam web dailychilli.com..
THE International Islamic University Malaysia (IIUM) has become the first “no dating place” in the country.A banner has been put up at its Gombak campus to warn the students from dating in the university compound.The banner reads: “IIUM is an Islamic territory. No dating. Allah is watching us.”
It is placed at a square near some shops and a bank.A visitor to the campus came across the banner and took a photograph of it.According to a IIUM undergraduate, the banner was not an initiative by the university authorities.
“It was put up by Maaruf Club in conjunction with the Campus Dakwah Project during Ramadhan,” he said.The club’s aims, among others, are to encourage students to perform the good, avoid the bad and to monitor the students’ moral conduct.
Apa yang lagi menarik ialah ia mendapat komen yang agak tinggi dari pembaca iaitu lebih kurang 35 orang sejak berita itu di keluarkan semalam (1 Nov '09). Pelbagai komen yang di berikan oleh pembaca..ada yang mengutuk..tak kurang juga yang membela. Kita tak salahkan mereka, tapi kita harus kerja lebih kuat lagi untuk bimbing & fahamkan mereka tentang Islam ni kerana kita lahir dari persekitaran Islam, mungkin tidak bagi mereka. Apa yang penting, hikmah berdakwah itu sememangnya perlu.
Membuat kebaikan dan benda baik sememangnya akan selalu mendapat tentangan dari orang yang tidak memahami juga orang yang tak pernah senang dengan kebaikan orang lain.
Lumrah berjuang sememangnya tak pernah senang. Kutukan dan hinaan adalah perkara biasa dalam medan ini.Tinggal lagi macam mana kita nak jadikan setiap kutukan dan teguran itu sebagai salah satu booster untuk bergerak lebih laju dan maju dalam medan dakwah ini.
Seperti yang difirmankan Allah dalam ayatNYA yang bermaksud :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan sedang Allah belum mengetahui orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tidak mengambil - selain daripada Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin - sebagai sahabat karib? Allah menyedari apa yang kamu buat.(At-Taubah:16)Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada web dailychilli.com atas keprihatinan pihak anda menyiarkan berita ini. Sesuai dengan tagline web tersebut, "something hot everday". Cuma saya tak nampak apa yang 'hot' nya tentang banting tersebut.Mungkin yang terkena atas batang hidung akan terasa 'hot' dengan ayat pada banting tersebut.Tak mengapa. Lain orang lain pandangan dan pemikirannya. Apa yang pasti, ia memberi satu spirit dan suntikan yang positif kepada Maruf Club untuk lebih membugarkan lagi gerak kerja dakwah di masa hadapan.Insyaallah.
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan atau berat! Berjuanglah di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(At-Taubah:41)
Wallahu 'Alam.
~Inspiring Dakwah, Leading The Ummah~
Currently have 0 comments: