Aquasprite Theme Demo

Bajet 2010: Dari Sudut Pandang Mahasiswa

27 October 2009 , Posted by Syaheed at Tuesday, October 27, 2009



Bismillahi Walhamdulillah

Pada 23hb yang lepas, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan 1 telah membentangkan bajet 2010 yang bertemakan “1Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Bajet 2010 ini merupakan bajet yang terakhir untuk tempoh RMK-9 sebelum kita melangkah masuk ke RMK-10. Walaupun buku ucapan bajet 2010 ini tebalnya sebanyak 55muka surat, namun saya cuba mencabar diri untuk membaca dan meneliti setiap butir –butir maklumat yang tertera walaupun banyak istilah-istilah ekonomi yang kurang difahami. Sekalung tahniah di ucapan kepada YAB PM atas pembentangan yang saya kira sedap mata memandang. Moga-moga pembentangan ini bukanlah seperti ‘cirit birit dalam berkata, sembelit dalam perbuatan’.

Bajet pada kali ini tidaklah segempak yang di sangka.Ia hanyalah sekadar pembentangan bajet tahunan yang biasa dibentangkan setiap tahun oleh mana-mana Menteri Kewangan 1 . Dan untuk bajet 2010 ini PM membahagikannya kepada 3 strategi iaitu :

1) Memacu Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

2) Memastikan Pembangunan Holistik & Mapan

3) Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang 2 strategi yang awal. Akan tetapi, yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan strategi untuk “Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat”.

Antara perkara-perkara yang pada saya memberi ‘imbuhan’? kepada rakyat dan ‘penyedap hati’ YAB PM ialah:


1) Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

2) Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

3) Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

4) Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

5) Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni?? bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

6) Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

7) Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

8) Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

9) Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

10) Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

11) Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

12) Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

13) Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

14) Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

15) Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Setelah di analisis dan di kaji, adakah benar bajet 2010 ini betul-betul menjamin KEMAKMURAN BERSAMA?? Adakah kerajaan betul-betul telus untuk menjaga KEBAJIKAN RAKYAT?? Jika benar..

1) Kenapa perbelanjaan mengurus menurun sebanyak 13.7% dari tahun lalu? .

2) Kenapa perbelanjaan untuk pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.??

3) Kenapa kerajaan memberi pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta tetapi dalam masa yang sama juga mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan yang mana memberikan keuntungan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.??

4) Kenapa cukai hartanah dan yuran kad lebih tinggi daripada kebajikan yang di agihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai??

5) Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau pemegang syarikat konsesi seperti PETRONAS, syarikat told an sebagainya?? – Subsidi utk petronas meningkat dari 20 billioan untuk tahun 2008 ke 22 billion pada tahun 2009.

6) Bagaimana hutang Negara boleh meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.??

7) Kenapa tiada peruntukan bajet untuk pertahanan dan keselamatan Negara??-sedangkan kes-kes jenayah semakin meningkat hari demi hari.

Dan yang paling saya terkesan ialah dengan pembentangan strategi untuk memperkasakan IPTA di mana kerajaan akan memberikan autonomi yang lebih kepada pengurusan kewangan melalui penubuhan anak syarikat. Saya sebenarnya sedikit ragu-ragu dengan strategi ini memandangkan di UIA telah pun lama menggunakan kaedah ini yang mana jika dilihat dan di perhati, kebanyakan kebajikan student & staff di abaikan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Saya tidak nampak bagaimana dengan memberikan kuasa autonomi yg lebih kepada IPTA melalui penubuhan anak syarikat, akan lebih memperkasakan IPTA lagi malah mungkin akan memperkosakan lagi IPTA berkenaan.

Saya berpendapat bajet kali ini banyak yang menutup kegoyahan ekonomi Malaysia dari pandangan rakyat Malaysia. Ya!..setiap bajet mesti ada imbuhan & pelbagai keistimewaan namun rakyat telah sedar kepincangan ekonomi itu yang tidak mampu lagi di tutup oleh pemerintah.

Jika beginilah keadaan ekonomi dan urus tadbir kewangan yang di uruskan oleh pemerintah, nampaknya generasi akan datang ( kitalah mahasiswa ) terpaksa menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta ketamakan membolot khazanah negara.

Wallahu'alam

~Begin With The End of Mind~

Sumber Rujukan :

1) http://www.bloganwaribrahim.com/

2) Ucapan Bajet 2010

p/s : tadi kakak bagi mesej bagitahu jiran sebelah rumahnya ada kejadian sejadah solat.Allahuakbar!!

pp/s : Penulis sedang mencari peta dunia.Jika ada sesiapa yang dapat membantu pencarian ini amatlah saya alu-alukan.(^_^)

Currently have 2 comments:

  1. hisyamahmad says:

    salam alaik,satu sikap perihatin telah diterjemahkan dalam penulisan ini,blh nk tny,dari mana kak dptkan buku perbentangan bajet 2010,kalau blh nak baca jgk,n last skali,insyaALLAH ngan ana ada peta dunia tu,blh la msg or YM ana tuk dapatkannya,tp x sure la dapat memenuhi kehendak kak ko dop tu,

    1aqidah
    Pelajaran di dahulukan,Perjuangan di utamakan

  1. Syaheed says:

    Syukran hisyam atas komen.

    Buku bajet 2010 boleh di download di internet.kak xigt dah address web tuh tp hisyam leh tny pakcik google, nnt dia bgtau.

    peta?nak3x (^_^)