Aquasprite Theme Demo

Bonus Terhebat Kembali Lagi (^_^)

28 September 2009 , Posted by Syaheed at Monday, September 28, 2009


Bismillahi Walhamdulillah


Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri buat semua pembaca dan pengunjung blog yang tak seberapa ini..Semestinyanya anda dan saya mempunyai pengalaman tersendiri dalam menyambut lebaran yang mulia pada tahun ini..Mungkin ada yang menyambutnya dengan meriah dan penuh ceria..tak kurang juga yang menyambut dalam kesedihan dan kedukaan.. 'Ala kullihal, kegembiraan atau kedukaan itu semuanya kita sandarkan kepadaNYA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

BERAYA BERSAMA AMAL

[ Pengerusi AMAL - Pak Uda ]


Alhamdulillah, pada tahun ini, saya julung-julung kali dapat menghadiri Perjumpaan Aidilfitri pada 4 Syawal yang lepas yang di anjurkan oleh Alumni Maahad ( AMAL )bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada organizer pada tahun ini ( AMAL cawangan kampus-kampus Utara ) atas usaha dan titik peluh kalian menganjurkan Ijtima' pada kali ini.

Walaupun kebanyakan yang hadir adalah junior-junior , namun ikatan ukhuwah dapat kembali bertaut setelah sekian lama tidak bertemu. Saya teringat satu lirik nasyid dari kumpulan nasyid lama ( tak ingat namanya ) yang berbunyi :

Pertemuan..
Menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Sudah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya
Cinta kasih ILLAHI...

anda sambung sendiri lirik seterusnya..
( jangan lupa lirik ) (^_^)

Firman Allah yang bermaksud :

"Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk."
-Al-Imran: 103-
Presiden AMAL dalam ucapannya berkata " kito budok-budok AMAL ni kalu buleh keno aktifkan diri kito ni dale persatuan kat kampus (dalam bahasa arab panggil jemaah), sebabnyo kalu kito dok sore, nnt sene serigalo nok make kito.."

Kata Saidina Umar R.a :
" Kebenaran yang tidak berorganisasi akan di kalahkan oleh kebatilan yang berorganisasi "
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Aku tidak memiliki apa-apa tujuan melainkan melakukan pembaikan (untuk agama dan manusia) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. [Hud 11:88]
Sebelum ijtima berakhir, Presiden AMAL membentangkan future plan yang akan di laksanakan oleh AMAL iaitu pembinaan kompleks AMAL ( dalam proses untuk dibentangkan kepada MB kelantan untuk di luluskan ). Semoga planning dan projek ini akan berjalan lancar, insyaallah.

PESANAN UNTUK MAHASISWA

Pada 5 Syawal baru-baru ni juga , saya dan beberapa sahabat ada membuat perjumpaan raya dengan seorang exco kelantan merangkap 'sifu' kami dulu,kini dan selamanya..Sedikit nasihat beliau yang dapat saya kongsikan di sini khusus untuk kita sebagai mahasiswa :

" Kuasailah bidang dan minat masing-masing demi untuk kebangkitan dan kemenangan Islam.. Kenalilah potensi diri mulai sekarang dan improvelah potensi yang ada. Moga-moga dengan kepakaran yang kita ada di bidang masing-masing sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan kepada Islam..Letakkan kepentingan peribadi di tepi..Fikir dan utamakanlah kepentingan islam dalam setiap perkara..setiap daripada kita mempunyai peranan dan tugas masing-masing di jalan yang panjang dan penuh berduri ini demi untuk melihat islam kembali tertegak."

Pesanan Rasulullah s.a.w.,

“Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu”.
Akhir kalam, sempena Syawal yang masih berbaki ini, marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal. Jadikan ia sebagai penerus kepada ibadat puasa yang telah kita tunaikan sepanjang Ramadhan yang telah berlalu bersama kelebihannya.

Seperti di sebut dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia ikutinya enam hari pada bulan Syawal, adalah dia seperti berpuasa setahun.

Rebutlah peluang dan bonus terhebat yang ada ini sebelum ianya hilang.Puasa enam hari pada bulan Syawal ini hukumnya sunat dan ia boleh dilakukan secara tidak berturut-turut tetapi mestilah dilakukan pada bulan Syawal.


Siiru 'ala barakatillah

~HIDUPLAH UNTUK MEMBERI~

Currently have 0 comments: