Luahan Hati Seorang SAHABAT
Sahabatku seorang yang sangat hebat,
Berjenaka,
Memberi nasihat..
Memikir strategi,
Berkorban,
Pemurah,
dan Berjiwa Besar.
Orang kata,
Sahabat yang baik adalah
Yang sentiasa bersama
Suka dan duka
Tapi sahabatku ini
Bersamaku hanya ketika kesusahannya
Ketika gembira,aku ditinggalkan.
Orang kata,
Sahabat yang baik adalah
yang sentiasa menjadi tempat luahan masalah
dan sering bertukar cerita bersama.
Tapi sahabatku ini,
Kehadiranku bagaikan tidak wujud,
Aku bagaikan orang asing baginya,
Kehadiranku menjadi beban hidupnya.
Layakkah aku bergelar sahabat untuknya?
Ataupun layakkah dia bergelar sahabat untukku?Sahabat,
Ketahuilah,
Biarpun kau membenciku,
Biarpun banyak rahsia yang kau sembunyikan dariku,
Biarpun jarang kau bersamaku,
Biarpun kau sering tinggalkanku,
Biarpun kau sering membohongiku dengan pelbagai ceritamu,
Biarpun kau bermasam muka denganku,
Namun,
Kerana Ukhwah Fillah,
Kerana rahmat Allah yang kudambakan,
Kerana Perjuangan ini,
Kerana Kasih Sayang,
Aku redha diperlakukan sebegini,
Asalkan kehidupanmu bahagia,
Dan doaku sentiasa untukmu,
Moga kau peroleh kejayaan yang cemerlang,
Moga kau jadi orang yang hebat,
Moga kau jadi muslimah sejati,
Untuk agama dan bangsa.
Akan tetapi,
Aku juga sering berdoa dan meminta dari Allah,
Moga kau berubah,
Menjadi seorang sahabat yang sangat mengambil berat,
Yang sering bertanya khabar sahabat yang lain,
Yang dapat menceriakanku dikala kesusahanku,
Yang dapat sentiasa berkongsi suka dan duka bersamaku,
Menjadi seorang pendengar yang baik,
Dan yang paling penting,
Kau dapat menegurku jika aku melakukan kesilapan,
Dan menziarahi kuburku jika aku telah tiada.
Jika kau membaca coretanku ini,
Bacalah dengan hati,
Agar kau lebih memahami diriku,
Dan izinkan aku memahami dirimu.
Maafkanku sahabat.
*Tulisan ini tiada kaitan dengan mana2 individu.Hanya luahan hati dari seorang sahabat kepada sahabatnya. Hargai dan sayangilah sahabat disekeliling anda. Kehilangannya akan membuatkan anda menyesal selama-lamanya.wassalam.
~Berjuang..Berkorban..& Berjihad~
Currently have 0 comments: