Aquasprite Theme Demo

Era Perang Informasi : Apa Tindakan Kita??

Posted by Syaheed on 31 October 2009 , under , | comments (3)



[ Peta Dunia yang berjaya di beli 3hari yang lepas ]

Bismillahi Walhamdulillah

Pada hari khamis yang lepas, saya ke MPH Wangsa Maju untuk membeli peta dunia. Alhamdulillah, pencarian selama lebih kurang sebulan akhirnya tercapai.Seketika, kawan yang menemaniku bertanya :

"Shahidat, nak buat apa dengan peta dunia ni?"

"Nak takluk dunia" jawabku spontan..hehe

Ya! nak takluk dunia. Anda bagaimana??

Seorang adik usrah pernah bertanya kepadaku " kak, apa yang dimaksudkan dengan perang maklumat?"

Jawabku " perang yang mana tak memerlukan senjata, tetapi memerlukan pengayaan & penguasaan dari segi ilmu & maklumat beserta strategi untuk menyebarkan maklumat tersebut."

Sebagaimana Sun Tzu telah menulis dalam karya popularnya, Art of War
"..attaining one hundred victories in one hundred battles is not the pinnacle of excellence. Subjugating the enemy's army without fighting is the true pinnacle of excellence." Kalau dalam bahasa Melayu bermaksud " Tiada yang istimewanya mencapai kemenangan dalam ratusan pertempuran di ratusan medan perang, tetapi, mengalahkan musuh tanpa melepaskan peluru dan bersimbah darah, itulah kejayaan sebenar yang istimewa."

Situasi sekarang, pihak barat amat menguasai media dan maklumat.
Teknik counter-will dalam perang informasi sekarang banyak dimainkan secara cantik oleh pihak barat melalui berbagai media massa (CNN dll), termasuk berbagai mailing list Internet yang tersebar secara sangat effisien ke semua orang yang boleh mengekses internet.Strategi barat di medan perang informasi ini sangat hebat sehinggakan kita umat Islam pun terikut-ikut rentak & melodi yang dimainkan oleh mereka.

Jatuh bangun sesebuah negara atau individu juga banyak dimainkan oleh teknik information imperialism ini. Lihat saja isu EGM yang telah dicetuskan oleh TGNA hanya di blog beliau.Selepas itu, satu negara heboh dan kecoh tentang isu ini. Tak kurang juga dengan isu-isu lain yang dimainkan oleh media massa baik di dalam ataupun luar negara. Contoh yang sederhana, kanak-kanak atau remaja sekarang mungkin lebih berbangga jika makan KFC, mendengar muzik antarabangsa, atau melihat filem2 Barat. Kerana apa?? kerana iklan yang dimainkan media telah menjajah minda kita secara
psychology).

APA PATUT KITA BUAT?

1)
Mengkaji punca kejatuhan tamadun Islam. Apabila sudah dikenal pasti, sama-sama kita bina dan bangkitkan kembali punca yang menyebabkan kejatuhan tersebut.Saya ambil salah satu faktor antaranya keruntuhan akhlak. Jadi,bagi atasi masalah ini, semua pihak perlu kembali kepada agama. Bagaimana caranya??Kita bincang topik lain khusus tentang akhlak (^_~).>bacaan lanjut tentang tamadun disini

2)
Dalami ilmu strategi. Saya ambil contoh perang Khandak. Bagaimana hebatnya pemikiran Salman AlFarisi ketika itu yang mencadangkan supaya parit dibina yang mana dengan strategi itu islam menang dalam peperangan tersebut.Kesimpulannya,untuk memenangi sesuatu peperangan, tidak semestinya dengan pedang dan mempertaruhkan nyawa? Tapi satu perkara yang perlu untuk kita fahami ialah STRATEGI untuk menang iaitu melalui penelitian yang rapi, merangka dengan sistematik, mengatasi kelemahan, handal menggunakan peluang , dan bijak menjangka masa depan.

3)
Cuba kuasai isu dan update teknologi terkini.
Saya pun masih lemah dalam bab ni. Teknologi makin hari makin canggih sehinggakan tak sempat untuk update teknologi terkini. Kadang-kadang rasa dah terupdate dah teknologi terkini, tapi rupa-rupanya muncul pula teknologi yang lagi latest.Bab isu pula satu hal, kadang-kadang kalau tak baca akhbar dan iternet dalam sehari, dah tertinggal 2 3 isu penting.huhu..Jadi,sama-samalah kita tingkatkan tahap pembacaan kita dari semasa ke semasa agar kita tidak ketinggalan dalam pelbagai sudut.

Kesimpulannya, kunci kejayaan dalam perang informasi ini sebenarnya tak banyak. Penghasilan
manusia atau mukmin berkualiti yang berpengetahuan & keupayaannya menyebarkan kepada masyarakat melalui pelbagai sudut yang mampu ditembusi adalah kunci kejayaan yang utama.

Saya teringat dalam buku yang bertajuk
."Seni Perang Sun Tzu dan 36 Strategi", salah satu strateginya ialah "Kecepatan & Persiapan".Dalam strategi ini,Sun Tzu menyatakan bahwa kita harus mampu bertindak dengan kecepatan yang tinggi. “Bersandar apa adanya tanpa persiapan merupakan kejahatan terbesar, manakala persiapan terhadap kemungkinan yang muncul adalah kebijakan terbesar”. Bergerak dengan cepat bukan bererti mengerjakan secara tergesa-gesa. Sun Tzu juga mengatakan bahawa pasukan yang datang terlebih dahulu akan memperoleh kemenangan yang lebih besar dibanding dengan pasukan yang datang tergesa-gesa”.

Every change in human attitude must come through internal understanding and acceptance. Man is the only known creature who can reshape and remold himself by altering his attitude." -John C.Maxwell-

Wallahu 'Alam.

~Begin With The End of Mind~

Indahnya Syurga~ Azabnya Neraka

Posted by Syaheed on 28 October 2009 , under | comments (1)



Bismillahi Walhamdulillah

Seketika mentadabbur al-Quran terasa betapa nikmatnya segala pemberian dariNYA. Seusai solat maghrib tadi, seperti biasa amalan wajib sebagai seorang hamba untuk membaca surat cinta dariNYA. Perasaan takut meneyelubungi apabila membaca surah At-Tur ketika mana sampai ayat ke-14 hingga ayat ke-16 yang bermaksud :


"Dikatakan kepada mereka 'inilah neraka yang dahulu kamu mendustakannya."-14
"Maka apakah ini sihir?Ataukah kamu tidak melihat?"
-15
"Masuklah kedalamnya (
rasakanlah panas apinya); samada kamu bersabar atau tidak, sama saja bagi kamu.Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan."-16

[ Seksanya neraka-gambar hiasan ]

Dan betapa indahnya terasa nikmat syurga apabila tiba ayat yang ke-17 hingga ayat yang ke-20 surah yang sama yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syurga dan kenikmatan"-17 "Mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan Tuhan kepada mereka;dan Tuhan memelihara mereka dari azab neraka"-18 "(dikatakan kepada mereka), makan dan minumlah dengan rasa nikmat sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan."-19 "Mereka bersandar di atas hamparan yang tersusun dan Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah." -20 "Dan Kami berikan kepada mereka (didalam syurga) tambahan berupa buah bahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini."-22

[ Ini baru syurga dunia, bagaimana agaknya syurga disana nanti?]

Bagaimana keadaan kita nanti??adakah kita dapat merasai nikmat dan indahnya syurga??ataupun kita sebenarnya menempah tiket ke neraka??nauzubillah..
Hati sangat resah dan takut apabila memikirkan tentang perit dan seksanya azab neraka dan bertambah takut lagi apabila bergelar pemimpin yang mana perlu memikul amanah,sebenarnya sebelah kaki ini sebenarnya telah pun berada di neraka.Nauzubillah!

Seketika terfikir...
Hari ini, apa yang telah aku buat untuk Allah??

Siiru 'Ala Barakatillah

~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Bajet 2010: Dari Sudut Pandang Mahasiswa

Posted by Syaheed on 27 October 2009 , under , | comments (2)





Bismillahi Walhamdulillah

Pada 23hb yang lepas, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan 1 telah membentangkan bajet 2010 yang bertemakan “1Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Bajet 2010 ini merupakan bajet yang terakhir untuk tempoh RMK-9 sebelum kita melangkah masuk ke RMK-10. Walaupun buku ucapan bajet 2010 ini tebalnya sebanyak 55muka surat, namun saya cuba mencabar diri untuk membaca dan meneliti setiap butir –butir maklumat yang tertera walaupun banyak istilah-istilah ekonomi yang kurang difahami. Sekalung tahniah di ucapan kepada YAB PM atas pembentangan yang saya kira sedap mata memandang. Moga-moga pembentangan ini bukanlah seperti ‘cirit birit dalam berkata, sembelit dalam perbuatan’.

Bajet pada kali ini tidaklah segempak yang di sangka.Ia hanyalah sekadar pembentangan bajet tahunan yang biasa dibentangkan setiap tahun oleh mana-mana Menteri Kewangan 1 . Dan untuk bajet 2010 ini PM membahagikannya kepada 3 strategi iaitu :

1) Memacu Negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

2) Memastikan Pembangunan Holistik & Mapan

3) Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang 2 strategi yang awal. Akan tetapi, yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan strategi untuk “Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat”.

Antara perkara-perkara yang pada saya memberi ‘imbuhan’? kepada rakyat dan ‘penyedap hati’ YAB PM ialah:


1) Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

2) Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

3) Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

4) Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

5) Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni?? bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

6) Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

7) Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

8) Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

9) Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

10) Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

11) Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

12) Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

13) Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

14) Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

15) Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Setelah di analisis dan di kaji, adakah benar bajet 2010 ini betul-betul menjamin KEMAKMURAN BERSAMA?? Adakah kerajaan betul-betul telus untuk menjaga KEBAJIKAN RAKYAT?? Jika benar..

1) Kenapa perbelanjaan mengurus menurun sebanyak 13.7% dari tahun lalu? .

2) Kenapa perbelanjaan untuk pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.??

3) Kenapa kerajaan memberi pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta tetapi dalam masa yang sama juga mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan yang mana memberikan keuntungan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.??

4) Kenapa cukai hartanah dan yuran kad lebih tinggi daripada kebajikan yang di agihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai??

5) Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau pemegang syarikat konsesi seperti PETRONAS, syarikat told an sebagainya?? – Subsidi utk petronas meningkat dari 20 billioan untuk tahun 2008 ke 22 billion pada tahun 2009.

6) Bagaimana hutang Negara boleh meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.??

7) Kenapa tiada peruntukan bajet untuk pertahanan dan keselamatan Negara??-sedangkan kes-kes jenayah semakin meningkat hari demi hari.

Dan yang paling saya terkesan ialah dengan pembentangan strategi untuk memperkasakan IPTA di mana kerajaan akan memberikan autonomi yang lebih kepada pengurusan kewangan melalui penubuhan anak syarikat. Saya sebenarnya sedikit ragu-ragu dengan strategi ini memandangkan di UIA telah pun lama menggunakan kaedah ini yang mana jika dilihat dan di perhati, kebanyakan kebajikan student & staff di abaikan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Saya tidak nampak bagaimana dengan memberikan kuasa autonomi yg lebih kepada IPTA melalui penubuhan anak syarikat, akan lebih memperkasakan IPTA lagi malah mungkin akan memperkosakan lagi IPTA berkenaan.

Saya berpendapat bajet kali ini banyak yang menutup kegoyahan ekonomi Malaysia dari pandangan rakyat Malaysia. Ya!..setiap bajet mesti ada imbuhan & pelbagai keistimewaan namun rakyat telah sedar kepincangan ekonomi itu yang tidak mampu lagi di tutup oleh pemerintah.

Jika beginilah keadaan ekonomi dan urus tadbir kewangan yang di uruskan oleh pemerintah, nampaknya generasi akan datang ( kitalah mahasiswa ) terpaksa menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta ketamakan membolot khazanah negara.

Wallahu'alam

~Begin With The End of Mind~

Sumber Rujukan :

1) http://www.bloganwaribrahim.com/

2) Ucapan Bajet 2010

p/s : tadi kakak bagi mesej bagitahu jiran sebelah rumahnya ada kejadian sejadah solat.Allahuakbar!!

pp/s : Penulis sedang mencari peta dunia.Jika ada sesiapa yang dapat membantu pencarian ini amatlah saya alu-alukan.(^_^)

KeUNIKan Matematik!!

Posted by Syaheed on 07 October 2009 , under , , | comments (1)




Salam Optimis

Anda peminat matematik??Jika ya, kita berkongsi minat yang sama=)
Ketika melakukan lawatan sambil belajar ke pelbagai web-web yang menarik, saya terjumpa satu artikel berkenaan dengan matematik yana mana amat menarik minat saya dan suka untuk saya berkongsi bersama-sama dengan pembaca semua:) selamat berfikir!!(^_^)

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebat kan??

Tengok lagi bentuk simetri di bawah ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Lagi satu perkara..mungkin ada sesetengah dari anda pernah mengetahui perkara ini..iaitu berkenaan 100%..agak-agak kalau dalam exam anda mendapat markah 100%, semestinya andalah orang paling top dalam kelas anda..dan andalah orang yang paling di sayangi oleh guru anda..betul tak?

Bercakap tentang 100% ini, pernahkah anda terbayang bahawa anda akan mendapat pencapaian lebih dari 100%?

Kalau..

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

kita samakan dengan:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jadi, cuba kita kira perkataan HARDWORK, KNOWLEDGE & ATTITUDE :

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Jika anda perasan, hardwork dan knowledge membawa peratusan yang agak tinggi..tapi yang lagi tinggi adalah attitude yang kalau kita translate bahasa melayu bermaksud AKHLAK..masyaallah, nak kata betapa pentingnya mempunyai akhlak..

Tapi ada lagi hebat!! iaitu perkataan LOVE OF GOD :

L-O-V-E-O-F-G-O-D
12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Apa yang boleh saya simpulkan disini ialah : Jika 'hardwork' & ' knowledge' membuatkan kita dekat untuk mencapai sesuatu perkara..dan 'attitude' membawa kita kepada kejayaan itu, maka, hanya dengan kasih sayang ALLAH akan membuatkan kita berada pada ranking paling top ..sama-sama kita fikirkan.

Saya teringat perbincangan dengan seorang lecturer berkenaan mentaliti kelas pertama (1st class mentality) yang mana katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada orang yang bermentaliti 1st class ni ialah :> 1) ILMU 2) AMAL 3) AKHLAK.

Dan itulah sebenarnya ajaran islam..hebatnya Islam ini kerana adanya penerapan nilai akhlak yang mana dengan akhlak lah yang membezakan kita dengan orang bukan islam..cuma zaman sekarang semuanya sudah terbalik..Muslim sekarang sudah tidak berakhlak malah orang bukan islam lebih berakhlak dari orang islam ( perlu di bezakan antara muslim dan mukmin ).

Betapa Allah amat menitik beratkan akhlak yang mulia sehingga mengutuskan pesuruhNYA semata-mata untuk menyempurnakan akhlak..sama-sama kita renungkan..

siiru 'ala barakatillah

p/s : cuba anda bayangkan apa akan jadi kepada dunia bilamana semua orang mempunyai akhlak yang mulia (^_^)

~HIDUPLAH UNTUK MEMBERI~

Boleh ke Jadi GENIUS??

Posted by Syaheed on 06 October 2009 , under , , | comments (0)





Bismillahi Walhamdulillah

Apa yang anda terfikir bilamana terdengar atau terbaca saja perkataan genius?? Pastinya kita tergambar di dalam benak fikiran kita bahawa orang genius ni adalah orang yang bijak dan hebat. Bagaimana sebenarnya genius terhasil??

Baru-baru ini saya ada membeli satu ebook berkenaan sistem genius.Satu kajian dan perkongsian yang agak menarik dari penulis ebook berkenaan yang menggelarkan dirinya BudakJahatPandai.

MAKSUD GENIUS ??

Mengikut beberapa kamus yang saya rujuk, genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika mindset kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih.Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.

Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!

SEL NEURON

Sel ini adalah sangat penting peranannya dalam membantu sistem pembelajaran kita.Semakin banyak sambungan di antara sel neuron, semakin kuat dan laju sistem pembelajaran kita.

Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat lebih 10 billion sel neuron dalam otak kita..masyaallah..dan setiap satu sel boleh menyambung kepada lebih dari satu sel. Ini bermakna bahawa satu sel menyambung kepada 10 billion sel yang lain. .Potensinya sangat tidak terhingga..Mengikut kajian juga mengatakan bahawa setiap kali kita mempelajari perkara baru, sel neuron akan berhubung. Akan tetapi, sel ini tidak akan berhubung jika kita tidak faham apa yang kita pelajari. Makna kata kita hanya menggunakan sel beuron yang sudah sedia berhubung. Yang sedihnya, maklumat dalam sel neuron kita tersebut mungkin hilang. Dahla kita tak faham, maklumat dalam sel pula hilang. Jadi, penyelasaiannya, saya cadangkan kepada diri saya juga kepada anda beberapa langkah untuk merancakkan sel neuron kita.

1) Pelajari atau berfikir perkara baru

Setiap hari,cuba baca surat khabar untuk mendapatkan berita dan mengemaskini maklumat baru dalam minda kita kerana dengan mempelajari perkara baru akan merancakkan sambungan sel neuron dalam otak kita. Jadi ,dalam sehari tu, cubalah untuk berfikir pro dan contra sesuatu perkara kerana dengan berfikirlah boleh membantu kita merancakkan sambungan sel neuron.

Apabila bercakap tentang berfikir ini, saya teringat cetusan seorang sahabat tentang menjadi brainstormer yang baik.. Ya! dengan latihan berfikirlah , idea-idea gila dapat di keluarkan. Kalau kita tak latih diri sendiri atau diri seseorang untuk menjadi brainstormer yang baik, sampai bila pun kita atau seseorang itu tak dapat jadi brainstormer yang baik lagi hebat..jadi,cubalah ajak seseorang untuk menjadi teman berfikir dan brainstorm anda bagi sama-sama merancakkan sel neuron.berlatihlah!!

2) Makan makanan seimbang
3) Senaman untuk dapatkan oksigen yang maksimum. ( bab ni saya byk ponteng (^_
^)

Apabila kita bercakap berkenaan genius ini, tidak dapat tidak kita tak dapat lari dari memperkatakan tentang manusia yang paling genius atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W..Baginda seorang genius yang pakar dalam pelbagai bidang. Beliau pakar strategi perang, undang-undang negara, pandai berdiplomasi,pakar dalam ilmu politik dan lain-lain.Untuk lebih lanjut, anda boleh cuba membelek buku yang bertajuk "Genius Muhammad bin Abdullah" terbitan PTS.

Penting ke jadi genius ni?? Ya! Tiadalah yang lebih penting lagi selain dari untuk kepentingan ISLAM.

Saya akhiri entri pada kali ini dengan meninggalkan kata-kata dari beberapa orang pemikir-pemikir barat berkenaan genius .

Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~

Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~

Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~

Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~

Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~

Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~

Wassalam

p/s : sering terlintas di benak fikiranku " apalah yang aku dah sumbang untuk Islam setakat hari ini..apakah yang sudahku buat untukNYA"..huhu

~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~