Aquasprite Theme Demo

TAHNIAH MA'RUF CLUB

26 February 2009 , Posted by Syaheed at Thursday, February 26, 2009


GOMBAK, 25 Feb - Forum Intelek Anjuran Maruf Club telah diadakan dengan jayanya semalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang begitu syahdu dari Sdr. Mohd Zahin & seterusnya disambung dengan bacaan Khutbah Wada' Nabi yang disampaikan oleh Timb. Presiden 1 Ma'ruf Club, Sdr. Muhammad Zaki Sukery.

Seterusnya, majlis diserahkan kepada moderator bagi memulakan forum yang dibarisi oleh ahli panel yang hebat-hebat belaka. Cikgu Azmi membuka tirai forum dengan lontaran hujah yang mantap lagi berfakta. Setelah selesai satu pusingan forum, moderator membuka sesi soal jawab kepada semua audience untuk bertanyakan soalan. Banyak soalan yang ditujukan kepada ahli panel terutamanya kepada YB Datuk Fuad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Ikhlas saya katakan bahawa tak semua dalam UMNO tu betul. Contohnya tentang PPSMI, saya juga membantah pelaksanaan sistem tersebut. Kami Umno Batu Pahat juga menentang pelaksanaan PPSMI ni. ISA pun saya tak berapa setuju. Apa yang saya nak katakan di sini, orang boleh kutuk Umno tu tak betul, Umno ni salah, tapi saya tetap memilih Umno sebagai wadah perjuangan saya” terang YB Fuad bagi menjawab salah satu soalan dari audience.

"Soalan terakhir yang ingin saya tanyakan kepada semua ahli panel, antara ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat, yang mana lebih utama?"tanya salah seorang audience, Sdr. Hafiz Badiuzzaman, mantan Timb. Presiden Ma'ruf Club.

Pelbagai jawapan diberikan." ..sudah tentulah saya menjawab ketuanan Melayu yang lebih utama kerana orang Melayulah yang pertama sampai di Tanah Melayu...."jawab Assoc Prof Abu Hasan Hasbullah dari Pensyarah Pengajian Media (UM).

"Saya sedikit tak sependapat dengan Mahaguru kita ni (merujuk kepada Prof Abu Hasan) kerana ketuanan Melayu tak penting, ketuanan rakyat juga tak penting, yang lebih utama adalah KETUANAN ISLAM" jawab pula YB Dr.Hassan Ali. Suasana semakin hangat.

Cikgu Azmi dari TERAS pula tak kurang juga hebatnya dimana setiap baris katanya disampaikan dengan begitu semangat dan sangat terhibur.

Forum berakhir dengan setiap ahli panel memberikan konklusi masing-masing.

YB Fuad mengatakan kita sebagai rakyat jangan mengamalkan mentaliti monoriti iaitu kita jangan melihat Nasionalis Melayu dalam konteks yang sempit.

"Bagi saya ketuanan Melayu itu adalah juga ketuanan Islam kerana Melayu sangat dominan dengan agama Islam di Malaysia ini." kata YB Fuad mengakhiri hujahnya.

Ahli panel kedua pula, Cikgu Azmi memberitahu kita supaya kita berpegang kepada 4K > keagamaan, kenegaraan, ke'umat'an dan kebangsaan." All struggle that do not related with islam is nothing.." begitulah kata beliau.

Seterusnya, Prof Abu Hasan membuat konklusi dengan mengatakan bahawa Malaysia satu hari nanti akan mencapai kejayaan. " Kalau dulu orang asyik mengamalkan politik ketakutan sehinggalah berlaku tsunami 8 Mac dimana ia telah bertukar kepada politik pengharapan ( politic hope ). Ia akan wujud 3 elemen didalam politic hope ni iaitu > 1) raikan kebijakan 2) makmurkan kesaksamaan 3) merayakan kebebasan.."akhiri Prof Abu Hasan dengan semangatnya.

Terakhir, kata-kata penutup dari YB Dr Hassan Ali.." Kita jangan bergerak 1 step forward but we should move billion step beyond. Jangan kamu sebagai mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik sahaja, nak tunggu bila lagi untuk majukan umat? Mulalah dari sekarang. Yang penting, jaga perkara wajib yang disuruh Allah. Jangan hanya berhenti setakat ini sahaja, sampaikan kepada sahabat-sahabat yang lain. Cuba hadiri forum intelek yang sebegini baik untuk mengasah minda kamu sebagai mahasiswa." itulah kata-kata YB yang penuh dengan nasihat kepada semua mahasiswa.

Secara kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa haruslah berdaya saing serta mempunyai daya intelektual sebagai seorang ahli akademik. Pekalah kepada isu semasa yang terjadi baik dalam negara mahupun luar negara. Akhir kalam, kami dari pihak Ma'ruf Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua komiti yang terlibat dan terima kasih juga kepada yang hadir dan tahniah atas kehadiran anda semua. Ingatlah, kita adalah generasi penentu masa depan negara. - marufclub







Currently have 0 comments: