Aquasprite Theme Demo

Berbloglah !

Posted by Syaheed on 18 May 2010 , under | comments (5)




Kenapa tidak berblog? Cukupkah dengan facebook? Bolehkah anda melihat mesej rakan anda untuk 20 hari yang lalu di facebook? Tidak.

Saya dan beberapa rakan saya ada berbincang tentang kelesuan blogger masakini untuk meng
update blog masing-masing dek kerana addicted dengan facebook.

Jika anda mempunyai blog, gabungkan kuasa RSS dan Facebook, untuk mendapatkan jumlah trafik yang maksima.

Jika anda mengalami kelesuan idea untuk mengupdate blog, rakan saya, Raja Kamil ada menyediakan tips kepada anda disini.

Blog merupakan laporan umum bagi seseorang, perniagaan bahkan medan penyampai mesej.
Dengan blog, satu-satu negara, digegarkan dengan gelombang politik era baru. Dengan blog juga, seseorang itu dapat mempertahankan dirinya.

Sebagai contoh, Anwar Ibrahim mempunyai blog. Apabila dikutuk, dijelaskannya di dalam blog penjelasan satu-satu tindakan beliau. Mahathir Mohammad, berblog. Berkongsikan pemikiran-pemikiran beliau, dikala, rakyat muda-mudi mula melupakannya.

Najib juga berblog. Dalam blog beliau, perancangan dan stratergi membangungkan negara diperjelaskan. Biar apa pun tujuan anda, politik atau tidak politik, agama atau bukan agama, perniagaan atau bukan perniagaan, blogging, merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu.

Oleh itu, jom kita berblog! Activate Now !

Aku Seorang Blogger,

Mindasyaheed,
http://tinyurl.com/2bmvo2k

Forum 2012 : Will The World Shut Down?

Posted by Syaheed on , under , , | comments (0)




Tajuk Forum : “2012: Will The World Shut Down?”

Tarikh : 26 Mei 2010 (Rabu)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Auditorium Utama, UIAM Gombak.

Anjuran : Ma’aruf Club UIAM


Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
  1. Mendedahkan kepada masyarakat (khususnya mahasiswa) tentang konspirasi-konspirasi zionis dan sekutunya.
  2. Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa peka dengan hiburan-hiburan dan filem-filem dari barat yang penuh dengan unsur konspirasi.
  3. Menyuntik semangat kepada mahasiswa agar bangkit berjuang mempertahankan Islam dari tipu daya agen Dajjal.

Forum ini akan dipanelkan oleh dua individu terkenal :

  1. Mohd Khalid Yahya (penulis buku, “Membongkar Misteri Dajjal”)
  2. Ustaz Shaari Abd Rahman (IP Minda Consultant)


Semua dijemput hadir.


~Begin With The End Of Mind~

Maruf Club UIAM Membantah Sekerasnya Kerajaan Lulus Lesen Judi

Posted by Syaheed on 16 May 2010 , under , , | comments (2)




Berita berkenaan kerajaan secara rasminya memberi lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA amat mengecewakan banyak pihak terutamanya umat Islam di Malaysia keseluruhannya. Keputusan ini menimbulkan persoalan di manakah letaknya slogan Negara Islam yang sering dilaungkan-laungkan oleh kerajaan? Adakah dengan meluluskan lesen judi membuktikan Malaysia sebuah Negara Islam tulen atau sekadar menjadi slogan semata-mata?

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Menurutnya lagi, ia adalah salah satu tindakan yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,” katanya.

Sebagai salah sebuah entiti yang berpegang kepada sumber Al-Quran dan Al-Hadith,Ma’ruf Club UIAM bertegas menolak tanpa kompromi sebarang usaha tidak bermoral ini yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam ayat-Nya :

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan” : AL-Maidah ayat 90.


Maka, Ma’ruf Club akan menentang sekeras-kerasnya keputusan tersebut malah tidak akan teragak-agak untuk turun ke jalanan bersama rakyat sebagai alternatif terakhir bagi menyokong bantahan pengeluaran lesen judi ini. Sewajarnya kerajaan perlu lebih tegas dalam soal ini kerana ia melibatkan soal agama dan sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Kewangan itu turut dipetik sebagai berkata, “jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.”

Kenyataan tersebut seolah-olah cuba menjustifikasikan keputusan mereka dan mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan. Ma’ruf Club melahirkan rasa dukacita yang teramat di atas kedangkalan idea seorang yang bertaraf menteri ini. Umum maklum bahawa judi menimbulkan banyak penyakit sosial dan ia adalah warisan daripada peninggalan jahiliah yang kini menjadi candu kepada Barat. Sepatutnya kerajaan perlu lebih serius menangani gejala sosial yang semakin meruncing dan membarah dalam masyarakat. Peranan kerajaan sepatutnya mengubati dengan menggalakkan kebaikan bukannya mempromosikan keburukan.

Ma’ruf Club juga berpendirian bahawa sekalipun judi telah dihalalkan oleh undang-undang Malaysia, namun ia adalah perbuatan yang sangat jelas dinyatakan pengharamannya dalam Al-Quran tanpa apa-apa kompromi dan memihak kepada mana-mana kepentingan. Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas.

Oleh itu,Ma’ruf Club berharap, kerajaan dapat membatalkan pengeluaran lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA dan mengharamkan terus aktiviti ini daripada terus berleluasa. Agamawan pula perlu menyuarakan pandangan masing-masing supaya rakyat tidak terkeliru dengan keadaan yang tidak normal ini. Jika tidak,rakyat khususnya golongan muda tidak akan teragak-agak untuk menukar kerajaan pada PRU-13 yang akan datang.


Nur Shahidat Mohamed,
Timb. Pengerusi 2,
Ma’ruf Club UIAM 2009/2010


Apabila Harta Mengatasi Segalanya

Posted by Syaheed on 08 May 2010 , under | comments (1)



Bismillahi Walhamdulillah

Akhirnya, blog ini kembali bernafas setelah sekian lama sunyi dari artikel dan berita terkini. Alhamdulillah, setelah 4 bulan melalui dunia praktikal, saya sekarang kembali ke alam universiti untuk kembali menuntut ilmu seperti sediakala.Insyaallah, blog ini akan kembali aktif seperti biasa.Doakan.

Walaupun ramai sahabat-sahabat saya mengatakan bahawa ramai blogger yang hebat suatu ketika dahulu, kini telah menyepikan diri dek kerana gelombang facebook yang semakin mengganas.Saya harap saya tidak tergolong dalam kelompok tersebut.Allahumma amin.

Kembali kepada tajuk posting pada kali ini,dunia hari ini semakin hari semakin menunjukkan kepelikannya..pelik dengan perangai manusia..Isu terbaru, saya sedikit pelik dengan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia berhubung isu memberi lesen judi sempena Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi..Pelik dengan sikap berani mereka menghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah..Semoga Datuk Awang Adek Hussin diberkan pencerahan olehNYA.amen..


KISAH SYAITAN DAN SI TUKANG KAYU API.

Apabila menyebut tentang kehidupan dunia,saya teringat akan sebuah kisah yang saya baca dalam sebuah buku berkenaan dengan kisah syaitan dan si tukang kayu.

Suatu ketika dahulu,tinggal seorang tukang kayu api yang sangat taat menyembah Allah S.A.W.Namun, penduduk kampungnya mempunyai kebiasaan yang tidak baik iaitu mengagungkan sebuah pokok besar yang berada di dalam kampung tersebut.

Penduduk kampung tersebut semakin hari semakin mempercayai khurafat yang tersebar di kalangan mereka dan mula bertindak melampaui batas.Melihat keadaan itu, si tukang kayu api perlu bertindak demi menyelamatkan akidah penduduk kampung.

Situkang kayu api itu bertekad untuk menebang pokok besar yang merupakan punca kekeliruan dan bidaah itu. Maka berangkatlah si tukang kayu api memikul kapak besarnya di bahu.

Tiba di tengah jalan,si tukang kayu dihalang oleh iblis yang menyamar sebagai seorang pemuda.
"Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok ini.Jika engkau mahu menebangnya,maka,kalahkan aku terlebih dahulu!" Pemuda itu mengancam.

Si tukang kayu api yang hadir dengan penuh keyakinan dan tawakal kepada Allah tidak gentar dengan ancaman itu . Segera dia bersetuju lalu pertarungan antara mereka berdua pun terjadi.

Seharian mereka bertarung dan akhirnya si tukang kayu api itu berjaya mengalahkan pemuda itu.Hari semakin senja dan si tukang kayu api kehabisan tenaga kerana bertarung dengan pemuda tadi.Maka, tukang kayu itu menundakan hajat untuk menebang pokok itu pada keesokan harinya.

Pada hari berikutnya, si tukang kayu api itu menuju ke pokok tersebut untuk menebangnya. Ternyata pemuda semalam sudah menunggunya.Kali ini pemuda itu tidak mengajak si tukang kayu api untuk bertarung tetapi telah membuat tawaran.
"Aku akan memberimu beberapa keping emas pada setiap pagi di bawah bantalmu jika kamu membatalkan hajatmu menebang pokok ini." Pemuda itu melihat peluang menipu untuk melemahkan iman si tukang kayu api itu.

Tukang kayu api tidak terus membuat keputusan, sedang hatinya terbelah bahagi.Kehidupan sebagai tukang kayu api tentunya tidak mewah bahkan sangat meletihkan.
"Apakah benar engkau akan membayarku emas setiap pagi?" Tukang kayu api meminta kepastian setelah lama mempertimbangkan tawaran itu.

Sambil tersenyum pemuda itu dengan yakin berkata, "Ya! Kamu pasti mendapat kepingan-kepingan emas dibawah bantalmu pada setiap pagi mulai esok." Pulanglah tukang kayu api setelah membuat persetujuan dengan pemuda itu.

Keesokan harinya, tukang kayu tersebut segera memeriksa habuan yang dijanjikan untuknya.Benar, dia mendapatkan beberapa keping emas! Tukang kayu api itu sangat gembira kerana tidak perlu lagi penat bekerja.Perkara ini berterusan sehingga beberapa hari.

Pada hari kesebelas, si tukang kayu api mendapati tiada kepingan emas di bawah bantalnya. Dia segera membawa kapak menuju ke pokok tersebut. Pemuda itu sudah pun menunggu untuk menghalang tukang kayu api daripada menebangnya.
"Hari ini aku akan menebang pokok ini kerana engkau mengingkari janjimu."
Teriak tukang kayu api dengan penuh kemarahan. Pemuda itu hanya tersenyum sambil bersedia untuk bertarung dengannya.

"Mari bertarung denganku.Aku tidak akan membiarkanmu menebang pokok itu."

Bermulalah pertarungan antara mereka. Walau bagaimanapun, pertarungan hari ini tidak sengit.Setelah beberapa ketika pemuda itu berjaya mengalahkan si tukang kayu api.

Si tukang kayu api itu sangat terkejut dengan kekuatan yang dimiliki pemuda itu. Dia masih tidak percaya bahawa dia telah kalah.
"Tidakkah engkau terkejut akan kekuatanku? Dahulu engkau melawanku kerana Allah S.W.T.Maka engkau berjaya mengalahkanku. Akan tetapi hari ini kehadiranmu disini bukan lagi kerana Allah melainkan kerana kepingan emas. Oleh itu, aku berjaya mengalahkanmu!"

Pemuda itu meninggalkan tukang kayu api yang menyesali keadaannya kerana lebih mementingkan harta berbanding PERJUANGAN KERANA ALLAH S.W.T

Akhirul kalam, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Pagi tadi,ketika saya membaca kalam tuhan dari surah Al-Waqiah, hati begitu takut dengan peringatan Allah yang mengatakan bahawa orang-orang yang beriman sedikit sahaja dari kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W..Ya Allah...semoga aku tergolong dalam hambaMU yang beriman..ameen



~Berjuang,berjuang dan terus berjuang..~