Aquasprite Theme Demo

Mohon Maaf

16 December 2009 , Posted by Syaheed at Wednesday, December 16, 2009

Bismillahi Walhamdulillah..

1) Pertamanya,saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menaruh harapan dan memberi kepercayaan kepada saya.

2) Saya akan cuba melakukan yang terbaik.Pintaku agar janganlah terlalu mengharap kerana takut-takut harapan anda tidak dapat ditunaikan.Harapan saya moga-moga kita sama-sama melakukan yang terbaik. Cubalah jadi orang yang memberi daripada menjadi orang yang selalu menerima.Hari ini, saya mencari-cari erti hidup pada apa yang saya beri dan tidak henti-henti memohon pada Allah agar saya kekal menjiwai erti diri sebagai seorang hamba.

2) Mohon seinfiniti kemaafan andai tak mampu menunaikan segala harapan semua.Saya bukanlah seorang yang maksum yang suci dari melakukan dosa. Sesungguhnya sifat maksum itu hanya layak disandarkan kepada Nabi SAW.Sesungguhnya saya tidaklah sehebat seperti yang disangkakan.Saya hanyalah insan biasa yang penuh kelemahan sebagai hamba Allah yang sedang sedaya upaya untuk memperbaiki diri.Janganlah merasakan diri kita hebat sehingga tidak menerima segala pandangan orang lain.Tentu sahaja saya bukan orang paling layak untuk bercakap soal dosa, kerana sayalah manusia yang paling banyak melakukan dosa. Namun, kita sebagai manusia, seumpama tangan kotor yang tidak mampu dibersihkan sendirian. Tangan kanan harus digosok bersama tangan kiri, dengan air bersih yang menyucikan. Mudah-mudahan dengan limpahan rahmat Allah, aliran ilmu dan hidayah-Nya dapat membantu saya dan anda untuk saling membersihkan diri dari DOSA yang membinasakan hidup ini.

3) Mohon maaf andai ada kata yang terlanjur. Saya sedang belajar untuk hanya berkata apabila perlu.Moga-moga DIA menjaga saya daripada berkata yang bukan-bukan.Jadilah kita seorang yang berakhlak mulia sepertimana didikan Nabi kita SAW. Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda.Jagalah tutur kata kita agar tidak ada insan yang berkecil hati. Lebih baik diam daripada berkata-kata kerana takut-takut dengan kata-kata kita akan membawa dosa.Nauzubillah..

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


4) Mohon maaf pada semua andai tidak mampu meluangkan waktu bersama-sama.Saya akan cuba sedaya mampu untuk hadiri semua program yang ada. Mohon kesyukuran padaNYA kerana meletakkan saya dalam keadaan yang sibuk kerana saya kira dengan keadaan inilah hidup saya lebih teratur dan tersusun.Sibukkanlah diri kita dengan perkara yang memberi faedah bukannya yang memberi padah kerana hidup ini ibarat meter teksi, sentiasa berdetik samada kita bergerak atau statik.

5) Untuk akhirnya, mohon dimaafkan atas segala kekhilafan dan kesilapan, hak yang tak tertunai, janji yang tak ditepati juga amanah yang tak dipenuhi.Sama-sama kita buat sehabis baik dalam setiap pekerjaan kita demi masa depan Islam.Bekerjalah hanya kerana Allah bukan kerana manusia.Moga-moga segala usaha dan sumbangan kita diterima sebagai ibadah yang akan membawa kita ke syurga nanti.Ameen ya rabbal 'Alameen..

Allah tidak menciptakan manusia yang pandai dan yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

wassalam.

p/s : buat ustazah Khadijah, kami akan sentiasa bersama anda..Anda memang yang terbaik!! Sama-sama kita bawa Islam dimana-mana..Insyaallah('',)

Currently have 0 comments: