Aquasprite Theme Demo

Jemputan ke Brotherhood Night

Posted by Syaheed on 29 December 2009 , under , , | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah

Dengan segala hormatnya saya berbesar hati menjemput kepada semua student UIA gombak ke program BROTHERHOOD NIGHT..Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh : 6hb Januari 2010 ( Rabu )
Tempat : Experimental Hall, UIA
Masa : 9.00pm - 11.30pm

Special event :
Tayangan Hebat mengenai Konspirasi Dajjal terbitan rijal82 production

Semua dijemput hadir.

p/s : kepada semua ahli Ma'ruf Club yang berdaftar, mohon hadir kerana kami dalam proses mengemas kini database ahli demi kelancaran gerak kerja dakwah yang telah dirancang.

pp/s : kepada yang berminat untuk menjadi ahli ma'ruf club, anda sememangnya di alu-alukan hadir untuk mengisi membership form di kaunter yang akan disediakan. Kami sememangnya amat-amat memerlukan ahli baru yang ramai dan komited demi memastikan kelancaran gerak kerja dakwah ini.Insyaallah.

Siiru 'Ala Barakatillah

Ramalan Tsunami..Bersediakah kita??

Posted by Syaheed on 24 December 2009 , under , , | comments (0)




Bismillahi Walhamdulillah.

Memetik berita dari akhbar Kosmo hari ini, suka untuk saya berkongsi satu berita mengenai ramalan gempa bumi dan tsunami. Berita penuh boleh baca di bawah ini.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.


Bersediakah kita??
Sudah cukupkah amalan ibadah kita untuk bertemu dengan Yang Maha Esa??
Sama-sama kita renung dan muhasabah diri.....

p/s : Sering bermain di benak fikiranku persoalan tentang Apa telah aku buat untuk Allah pada hari ini??

Wahai Da'ie, Keluarlah dari Zon Selesa

Posted by Syaheed on 23 December 2009 , under , , | comments (1)




ZAMAN KANAK-KANAK

Teringat 12 tahun yang lampau, zaman kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni dan keceriaan. Setiap petang, saya bersama jiran-jiran terdekat akan meluangkan masa bersama. Kami bermain galah panjang, bola kaki tiga, lawan guli ( mcm upin ipin dalam filem geng ) dan sesekali rumahku menjadi pusat tempat bermain badminton..Setiap petang, suasana kejiranan akan bising dengan suara-suara kami bermain.Kemesraan antara kami anak-anak kecil ketika itu begitu terserlah. Sesuailah dengan nama taman tempat tinggalku yang dipanggil Taman Mesra. Begitulah zaman kanak-kanak. Penuh dengan kegembiraan.

Hari ini, suasana itu sudah tidak wujud lagi. Zaman sekarang sudah berubah.Masing-masing sudah meningkat dewasa. Jika adapun anak-anak kecil, mereka tidak lagi semesra seperti zaman lalu. Zaman sekarang sudah canggih..permainan galah panjang dan bola kaki tiga sudah diganti dengan PSP..konsep yang sama..bermain beramai-ramai tapi secara online.Menjadikan persekitaran sedikit sunyi dan kaku. Masing-masing dengan gaya hidup masing-masing. Tiada lagi interaksi. Bilamana interaksi telah kaku, maka pengembangan otak, keaktifan pemikiran tidak berlaku lagi. Jadilah sindrom yang famous di sebut oleh ust hasrizal iaitu sindrom 'Aku tidak Pedulisme'

Seperti firman Allah dalam surah Al-Jaastiyah ayat 24 yang bermaksud :

"Dan mereka berkata : "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan didunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja."

Jarang sekali kita lihat dai'e pada hari ini yang sanggup 'menyusahkan diri' untuk ambil kesah tentang hidup orang lain kerana takut-takut nanti di label dengan 'suka menjaga tepi kain orang'..

"Engkau jangan sibuk-sibuklah nak tahu hal aku..aku dengan hidup akulah..engkau jagalah hidup kau sendiri..Jangan dok suka sangat jaga tepi kain orang lah! " herdik s polan kepada si polan.

" Aku bukan nak jaga sangat tepi kain engkau pun, tapi kain engkau tu memang jenis tak cukup kain..Menyakitkan mata orang melihatnya..Kalau engkau dah tutup elok-elok kain engkau tu, aku takkan sibuk-sibuk nak ambil tahu dah pun." jawapan spontan si polan yang diherdik tadi.

BERUBAHLAH

Ayuh semua pejuang kampus, sama-sama kita keluar dari zon selesa kita..bersama-samalah kita 'menyusahkan diri' demi melihat dakwah kembali subur..Cukup-cukuplah sekadar menunggu bulan jatuh ke riba tanpa usaha sekelumit pun..Walk the Talk..Belajarlah berkorban apa sahaja yang kita ada bersama TAHU,MAHU & MAMPU meskipun ia pahit,namun dihujungnya pasti akan merasai kemanisan.Insyaallah

Sempena tahun baru Hijrah yang bakal tiba , sama-samalah kita bina azam dan tekad baru ke arah melahirkan diri kita yang baru..diri yang sedia berubah bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri, tapi demi gerakan yang kita intima'kan juga demi islam yang kita anuti..Moga-moga kita tidak termasuk dari golongan yang membawa fitnah kepada islam.

Nak berubah memang susah..itu saya tak nafikan..hatta diri saya sendiri pun susah untuk berubah..tapi alhamdulillah,ada booster yang mendesak, saya akan cuba berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini..Bak kata Hitler :

Never design your character like a garden where anyone can walk .But,design your character like the sky where everyone desire to reach.


Semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tapi tiada seorang pun yang berfikir untuk mengubah diri sendiri..Manusia sememangnya tidak ada yang sempurna.Sebab itulah pensil itu bersamanya ada pemadam=)

Begitu juga dengan dakwah .Bak kata ustaz Hasrizal :

Dakwah bukan semata-mata kewajipan. Ia adalah wasilah
memberi yang menghadiahkan makna hidup. Kepuasan.

Dakwah bukan semata-mata akibat tekanan persekitaran dan segala faktor luaran. Tetapi ia adalah dakwah yang inside-out.

Dakwah bukan stress, kerut dahi, bermuram durja, tetapi ia boleh ceria, mendamaikan juga menenangkan.

Dakwah itu sangat menyeronokkan. Lebih seronok daripada mendengar IPOD dan bermain PSP.

Kita mampu menikmatinya.

Mulakan dengan mekanisma Solat Berjemaah! ( nasihat ini ditujukan khusus untuk diri sendiri )

Wallahu'alam.

p/s : Salam Hijrah untuk semua..Semoga penghijrahan kita ini mendapat berkat dariNYA.

~Islam Memimpin Perubahan~

Mohon Maaf

Posted by Syaheed on 16 December 2009 , under , , | comments (0)



Bismillahi Walhamdulillah..

1) Pertamanya,saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menaruh harapan dan memberi kepercayaan kepada saya.

2) Saya akan cuba melakukan yang terbaik.Pintaku agar janganlah terlalu mengharap kerana takut-takut harapan anda tidak dapat ditunaikan.Harapan saya moga-moga kita sama-sama melakukan yang terbaik. Cubalah jadi orang yang memberi daripada menjadi orang yang selalu menerima.Hari ini, saya mencari-cari erti hidup pada apa yang saya beri dan tidak henti-henti memohon pada Allah agar saya kekal menjiwai erti diri sebagai seorang hamba.

2) Mohon seinfiniti kemaafan andai tak mampu menunaikan segala harapan semua.Saya bukanlah seorang yang maksum yang suci dari melakukan dosa. Sesungguhnya sifat maksum itu hanya layak disandarkan kepada Nabi SAW.Sesungguhnya saya tidaklah sehebat seperti yang disangkakan.Saya hanyalah insan biasa yang penuh kelemahan sebagai hamba Allah yang sedang sedaya upaya untuk memperbaiki diri.Janganlah merasakan diri kita hebat sehingga tidak menerima segala pandangan orang lain.Tentu sahaja saya bukan orang paling layak untuk bercakap soal dosa, kerana sayalah manusia yang paling banyak melakukan dosa. Namun, kita sebagai manusia, seumpama tangan kotor yang tidak mampu dibersihkan sendirian. Tangan kanan harus digosok bersama tangan kiri, dengan air bersih yang menyucikan. Mudah-mudahan dengan limpahan rahmat Allah, aliran ilmu dan hidayah-Nya dapat membantu saya dan anda untuk saling membersihkan diri dari DOSA yang membinasakan hidup ini.

3) Mohon maaf andai ada kata yang terlanjur. Saya sedang belajar untuk hanya berkata apabila perlu.Moga-moga DIA menjaga saya daripada berkata yang bukan-bukan.Jadilah kita seorang yang berakhlak mulia sepertimana didikan Nabi kita SAW. Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda.Jagalah tutur kata kita agar tidak ada insan yang berkecil hati. Lebih baik diam daripada berkata-kata kerana takut-takut dengan kata-kata kita akan membawa dosa.Nauzubillah..

Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


4) Mohon maaf pada semua andai tidak mampu meluangkan waktu bersama-sama.Saya akan cuba sedaya mampu untuk hadiri semua program yang ada. Mohon kesyukuran padaNYA kerana meletakkan saya dalam keadaan yang sibuk kerana saya kira dengan keadaan inilah hidup saya lebih teratur dan tersusun.Sibukkanlah diri kita dengan perkara yang memberi faedah bukannya yang memberi padah kerana hidup ini ibarat meter teksi, sentiasa berdetik samada kita bergerak atau statik.

5) Untuk akhirnya, mohon dimaafkan atas segala kekhilafan dan kesilapan, hak yang tak tertunai, janji yang tak ditepati juga amanah yang tak dipenuhi.Sama-sama kita buat sehabis baik dalam setiap pekerjaan kita demi masa depan Islam.Bekerjalah hanya kerana Allah bukan kerana manusia.Moga-moga segala usaha dan sumbangan kita diterima sebagai ibadah yang akan membawa kita ke syurga nanti.Ameen ya rabbal 'Alameen..

Allah tidak menciptakan manusia yang pandai dan yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

wassalam.

p/s : buat ustazah Khadijah, kami akan sentiasa bersama anda..Anda memang yang terbaik!! Sama-sama kita bawa Islam dimana-mana..Insyaallah('',)

Gilakah aku??

Posted by Syaheed on 13 December 2009 , under | comments (0)




Keadaan sekarang memaksa untuk..

Aku kena gila MEMBACA..
Aku kena gila BERFIKIR..
Aku kena gila BELAJAR
Aku kena gila MENULIS
Aku kena gila MENGANALISIS
Aku kena gila CARI ILMU
Aku kena gila MERANCANG
Aku kena gila BEKERJA
Aku kena gila BERDAKWAH
Aku kena gila RUHIYYAH
Aku kena gila SELIDIK

GILAKAH AKU??

SUDIKAH ANDA UNTUK BANTU SAYA MENJADI 'GILA'??

ATAU SUDIKAH ANDA MENJADI 'GILA' BERSAMA SAYA DEMI KEPENTINGAN ISLAM??

Firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya) sedang kamu tidak mengetahuinya."
Surah al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana Kami (Allah), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang melakukan kebaikan."

p/s : dunia sekarang sememangnya sudah naik gila.

~Berjuang..berjuang & terus berjuang~

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani

Posted by Syaheed on 09 December 2009 , under | comments (0)




Marilah sama2 kita memeriahkan konsert nasyid NAZREY JOHANI TOUR DE TAHFIZ ... pada 16 disember ini...bertempat di main hall CAC universiti islam antarabangsa malaysia (UIA) dr pukul 8mlm - 12mlm...harge tiket rm 5 utk student & rm 7 untuk yg yg lain...

Konsert ini bertujuan utk mengutip dana bagi sekolah tahfiz yg akan dibina di Sabah dibawah pengurusan NAZREY JOHANI sendiri...jadi jika anda berminat, anda boleh menderma pd malm konsert tersebut..dan sebahagian jualan tiket konsert ini juga akan disalurkan kepada dana sekolah tahfiz itu..


wassalam