Hebatnya "TARBIYAH" FRU
Salam anti-ISA,
Pertama-tamanya tahniah di ucapkan buat semua pejuang Islam yang berani,lantang dan tegar turun berdemo semalam..Tanggal 1 Ogos 2009 telah mencatat sejarahnya yang tersendiri..Yang turun berdemo semalam mungkin ada pengalaman dan coretan peribadi masing-masing untuk diceritakan kepada anak cucu generasi akan datang..
Ada sahabat yang merasai peritnya terkena gas pemedih mata..tak kurang juga yang basah kuyup kerana terkena semburan water cannon..ada juga sahabat yang merasai nikmatnya naik trak polis..semua peristiwa dan pengalaman tersebut bukanlah titik noktah untuk lari dari perjuangan, bahkan ia sebagai semangat dan suntikan untuk terus bangkit berjuang membela rakyat dan Islam khususnya..Allahuakbar!!
Melihatkan suasana demo semalam yang penuh dengan keganasan FRU, terdetik di hati tentang bagaimanakah 'pentarbiyahan' yang diterima oleh FRU sehingga begitu hebat menyerang rakyat tanpa perasaan belas dan berhati perut..
Bilamana melihat keganasan pihak FRU ni, terlintas di fikiran akan tentera-tentera Israel yang menindas dan membunuh rakyat Palestin..saya tidak hairanlah kenapa tentera Israel ni tidak ada hati perut kerana 'pentarbiyahan' yang diterima oleh mereka sememangnya dasyat..Mereka ini terdiri daripada anak luar nikah yang mana hidup sebatang kara tanpa saudara mara..Mereka telah di doktrin secukupnya agar bersikap ganas dan kejam terhadap sesiapa saja tanpa ada sekelumit pun perasaan belas di samping kena patuh dan akur dengan kerajaan Israel sahaja kerana kerajaan Israel lah yang membela dan menjaga periuk nasi mereka..itulah 'marhalah tarbiyah' yang telah diterima oleh tentera Israel..
Bagaimana dengan FRU??Hebatnya 'tarbiyah' mereka sehingga mampu memukul rakyat dengan cota tanpa sedikit pun perasaan belas..tak terfikirkah mereka jika yang dipukul itu ibu dan ayah mereka??Saya tinggalkan coretan ini bersama-sama dengan beberapa keping gambar demo anti-ISA untuk di tatapi bersama..
Kepada semua FRU,moga-moga entri ini dibaca atau terbaca oleh anda di luar sana untuk muhasabah diri kembali..Janganlah terlalu bersikap 'dengar & taat' sahaja apa-apa arahan dari pihak kerajaan..Fikirlah untuk kebaikan dan manfaat semua..Jika hanya kerana terpaksa bekerja demi untuk menjaga periuk nasi korang, rakyat bersedia dan sanggup bila-bila masa sahaja untuk tampil ke hadapan membela anda kembali..Anda bela kami, kami akan bela anda! Lu fikirlah sendiri (^_^).wassalam
[Apabila FRU mula mengganas...]
[ Suasana apabila menerima 'hadiah' dari FRU ]
[ Rakyat tetap bangkit menentang kezaliman-Makkal Sakti ]
[ Para Muslimah penentang Akta Zalim datang dari salah 1 lokasi berhampiran Sogo dan bergerak untuk bergabung dengan para penentang Akta Zalim ISA yang datang dari arah Masjid Jamek. Tahniah untuk para Muslimah yang berjiwa kental. ]
~Berjuang,berjuang & terus berjuang.~
salam buat semua
Allahuakbar! Sy pernah mendapat maklumat yg mereka bekerja sbg anggota FRU bukan calang2 orangnya, kebanyakkannya direkrut setelah mereka tamat dr Sekolah Henry Gurney or sekolah bebudak jahat dlm ayat mudah. Pd IC mereka sudah di cop dgn cop khas yg menidakkan kehendak mereka utk bekerja spt mereka yg biasa, jd dgn sifat serta perilaku mereka yg sedia ada, mereka diserap menjadi anggota FRU yg sptmana kita tahu, tiada rs simpati. tiada belas ihsan. wallahua'lam
masyaallah..sy pun ada mendengar berita yang sama dari seorang sahabat..Kalau btol lah sumbernya, mereka ni perlu di tarbiyah sebaik2nya agar mereka dapat gunakan kelebihan yang ada pada diri mereka itu untuk membela islam..
jeli berbeze sedikit pendapat, tidak setuju mereka melakukan demonstrasi jalanan. bkn menyebelahi mana2 pihak, tapi hakikat tetap hakikat. merekat menyusahkan orang, kerugian dari pelbagai aspek, lagi teruk, mereka amat memalukan negara. mereka ada wakil dalam parlimen, mengapa peluang itu tidak digunakan. sampaikan ape yang perlu disampaikan. adakah dengan berdemonstrasi jalanan itu mampu mengubah ape yang ingin diubah????? kita negara yang aman dan hidup harmoni pelbagai kaum, kita bukan thailand, kita bukan seperti negara lain yang menggunakan cara sejijik itu untuk mencapai maklumat. adakah dengan berdemonstrasi jalanan itu satu jihad sedangkan ia amat menyusahkan orang lain, byk kedai ditutup, orang memandang islam sebagai gana. sekalipon ingin berdemonstrasi, carilah tempat yang sesuai dan tidak menyusahkan orang. kita membawa name islam, islam tidak mencerminkan keganasan seperti anda lakukan.
salam..
sbnrnya cara ini adalah utk mnunjukan bantahan kita....nak mengharapkan media perdana....phm2 ajela..semua nk cover..jd klau brdemo bleh kita membuktikan bhw kita/mereka tdk brsendirian......suara rakyat suara keramat
maaf, bagi saya demonstrasi BOLEH dan TIDAK..
kenapa tidak pilih @ guna kan sahaja stadium untuk menyuarakan rasa bantahan.. terutamanya paska-PR12.. kan banyak stadium2 dikawasan selangor ini.. seboleh-bolehnya jadikanlah ianya lebih teatur dan terkawal.. kerana saya bimbang ini menjadi fitnah kepada agama Islam.. bukan maksud saya tidok boleh berdemonstrasi secara total... tapi gunakan kaedah dan cara yang terhormat...
oh ya.. kenapa setiap kali demonstrasi... rata-rata yang datang adalah MELAYU??? mana peginya kaum cina dan india??hakikat ini perlu dipikir bersama-sama...