Aquasprite Theme Demo

Beware Mahasiswa!! Anda Dijajah!!

19 August 2009 , Posted by Syaheed at Wednesday, August 19, 2009


Bismillahi Walhamdulillah

Seminggu dua ni, bertimbun-timbun assignment yang harus disiapkan..banyak mencabar diri untuk lebih menyusun masa juga menggerakkan tenaga..dalam keterbatasan waktu dan tenaga dalam menyiapkan assignment , terlintas sejenak di fikiran betapa terkongkongnya minda dengan sistem akademik yang ada sekarang ..setiap hari belajar dan mengadap benda yang sama i.e kalkulator,buku construction,drawing dan sebagainya ( untuk pelajar ukur bahan seperti saya )..

Alangkah bahagianya hidup sekiranya saya dapat mempelajari mana-mana sahaja ilmu yang saya minat dari pelbagai bidang.. Hari ini pergi kelas tamadun islam, esok pula masuk kelas computer . lusa pula masuk kelas perbandingan agama, seterusnya kelas undang-undang, kemudian kelas sains perubatan dan sebagainya.. barulah minda lebih terbuka dan multi knowledge di peroleh secara direct..( is this possible or impossible?? )

(allahuma inni auzubika min 'ilmi la yanfa')

Kata-kata dari Sayyid Abul 'Ala Mawdudi berkenaan nasihat beliau terhadap para graduan yang saya ambil dari blog wan faisal :
"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama
universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.
Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Fikir-fikirkan…

Apabila bercakap tentang akademik ni, ia berkait rapat dengan pendidikan. ALBERT Einstein (1879-1955) mendefinisikan makna pendidikan seperti berikut :

Pendidikan ialah apa yang masih ‘terbaki’ selepas seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah. Bagi beliau, nilai pendidikan bukanlah ‘output’ tetapi ‘outcome’ daripada satu proses panjang membabitkan pelbagai dimensi dan institusi.

Mengambil kata-kata dari seorang sahabatAkademik ialah sebahagian dari proses keilmuan. Ia tidak sama dengan ma'na ilmu yang sebenarnya.... Jika tidak, akan berlaku kecelaruan kerana tidak memahami ma'na 'ilmu' dan 'akademik' yang sebenar...

Seorang lagi sahabat katanya “akademik bukan beerti ilmu. Tapi Ilmu ada dalam akademik...Ilmu adalah sesuatu yang memberi jawapan setelah pengkajian atasnya di laksanakan, saya boleh analogykan sesuatu yang di kaji, diteliti,dinilai dan dilaksana secara mendalam untuk menemui suatu jawapan yang hakiki(kebenaran) yang membawa kepada kefahaman terhadap sesuatu..

Ayuh mahasiswa! Inilah masanya untuk kita keluar dari belenggu penjajahan minda yang didoktrin oleh golongan sekular..Cukuplah jika sebelum ini kita hanya sekadar menerima ‘maklumat’ di kampus masing-masing..tetapi cubalah untuk mencari dan mengorek ilmu agar hasilnya nanti adalah outcome bukannya output.

Janganlah di sebabkan kegemukan dan kebuncitan minda dalam menerima ilmu akademik menghasilkan kemalasan dalam bergerak kerja serta buta hati untuk memahami realiti kehidupan masyarakat..Jika tidak, betullah kata Sayyid Abul 'Ala Mawdudi bahawa kita ini tak ubah seperti haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar untuk otak beku mereka.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Kata seorang sahabat : “Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging yang pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam Abul ‘ Ala Mawdudi ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.

Siiru ‘Ala Barakatillah..

~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~

Currently have 3 comments:

  1. salam..izinkan ana untuk komen sket..
    kdg2 btul jgk apa yg dikatakan tu..tanpa sedar rupa2nya pendidkan dinegara ni sedikit mengongkong fikrah kta..terutamanya fikrah pemuda..x thu la ini sekadar pandangan la..

  1. Unknown says:

    Hi!
    Your blog is very intersting and the photos are beautiful.I'd like you visit my blog and I'll be happy with you to follow me on GOOGLE FRIEND CONNECT,then I'll follow you too.
    http://amigadamoda.blogspot.com

  1. Anonymous says:

    keep moving on sahabat. i'll always be by ur side. luv u. me ayat