~Ku Rasai Cinta Disetiap Sujudku~
Bismillahi Walhamdulillah..
LIFE MUST GO ON
Kalau sebelum ini saya berkira-kira untuk berehat dari menulis buat sementara waktu atas beberapa tekanan dan masalah, tetapi perasaan untuk menulis dan berkongsi itu tidak dapat di hentikan dalam diri..Terasa membuak-buak keinginan untuk menulis walaupun perkongsian tak seberapa..
Lupakan masa yang lalu..hidup mesti di teruskan..Sememangnya setiap masalah itu ada penyelesaiannya..Ketika membaca al-quran, terasa seperti Allah sedang berbicara denganku bilamana tiba pada ayat dari surah Ali-Imran ayat 146 yang bermaksud :
Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah kepada musuh. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar..
Juga ayat 200 dari surah yang sama :
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu ) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung..
Saya teringat satu babak daripada filem ayat-ayat cinta ketika mana Fahri di dalam penjara.. Kata banduan kepada Fahri :
“Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas , Fahri”..
Doa Nabi Yusuff ketika di dalam penjara :
“ Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU daripada aku hidup bersama manusia pendusta..”
Saya semakin mengerti dan menjiwai tagline “erti hidup pada memberi”..Alhamdulillah
Sememangnya Allah menciptakan manusia ini 1001 ragam dan gaya..masing-masing dengan kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri..Gunakan sebaiknya..
Teringat kata-kata dari seorang pensyarah saya : “ I play your game” ….
P/s : nantikan kupasan buku tentang pemikiran politik barat yang dalam proses2 akhir untuk di habiskan.
Siiru ‘Ala Barakatillah
~Nikmat Yang Jarang Kita Syukuri~
Waktu yang tersedia
Seolah tak mampu untuk menampungnya
Begitu cepat berlalu
Berlari seolah tak mau berhenti
Kenangan-kenangan itu terasa tiap kali kita pergi
Pergi meninggalkan semua kegembiraan yang melenakan
Satu persatu kenangan itu diputar kembali
Ada sederet senyum saat terlintas filem-filem yang lalu
Kenapa kegembiraan itu harus pergi?
Kenapa tak selalu mengikutiku kemana pergi?
Kapan ini semua akan terulang?
Akankah kita tetap seperti ini?
Sahabat...
Semua yang pernah kita jalani
Hari demi hari, waktu demi waktu
Tatkala kita lalui semuanya bersama
Banyak hal yang pernah terjadi
Semua kita lalui dengan segala kekurangan yang kita miliki
Kadang benci, kesal dan kecewa
Juga senang, hormat dan sayang
Sungguh luar biasa apa yang telah kita lalui bersama
Inikah pemberian tak ternilai dari Sang Kuasa?
Yang sering kali tak pernah kita syukuri
Ya, Allah.. Lindungilah mereka yang ku-cinta
Beware Mahasiswa!! Anda Dijajah!!
Seminggu dua ni, bertimbun-timbun assignment yang harus disiapkan..banyak mencabar diri untuk lebih menyusun masa juga menggerakkan tenaga..dalam keterbatasan waktu dan tenaga dalam menyiapkan assignment , terlintas sejenak di fikiran betapa terkongkongnya minda dengan sistem akademik yang ada sekarang ..setiap hari belajar dan mengadap benda yang sama i.e kalkulator,buku construction,drawing dan sebagainya ( untuk pelajar ukur bahan seperti saya )..
(allahuma inni auzubika min 'ilmi la yanfa')
Kata-kata dari Sayyid Abul 'Ala Mawdudi berkenaan nasihat beliau terhadap para graduan yang saya ambil dari blog wan faisal :
"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.
Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."
Seorang lagi sahabat katanya “akademik bukan beerti ilmu. Tapi Ilmu ada dalam akademik...Ilmu adalah sesuatu yang memberi jawapan setelah pengkajian atasnya di laksanakan, saya boleh analogykan sesuatu yang di kaji, diteliti,dinilai dan dilaksana secara mendalam untuk menemui suatu jawapan yang hakiki(kebenaran) yang membawa kepada kefahaman terhadap sesuatu..
Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah az-Zumar, ayat 9)
Kenapa perlu Menulis??
"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha
mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul
pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan."
Saya pernah berbual dengan seorang sahabat di alam maya mengenai penulisan..Beliau ini boleh saya kategorikan seorang yang sangat hebat dalam penulisan..Sedihnya, beliau sekarang berhenti menulis buat sementara waktu kerana katanya menulis mengambil masa kerana perlu melakukan banyak kajian pembacaan..( pendapat masing-masing )
Mengimbau kembali sedikit perkongsian bersama wan faisal ( rausyanfikir.com ) tentang kenapa kita perlu menulis?? :
1)Kerana ada benda yang nak di kongsi
2)Menulis untuk memperbetulkan apa yang tidak betul
3)Menulis untuk menyempurnakan apa yang tidak sempurna
4)Menulis untuk menjelas dan menerangkan apa yang complicated
5)Menulis untuk meringkaskan suatu penulisan yang panjang
6)Menulis untuk mengikat atau menyimpulkan idea-idea yang berterabur
7)Menulis untuk mengumpulkan sesuatu maklumat daripada pelbagai sumber.
A’la kullihal, semua itu bergantung kepada kita..NAK atau TAK NAK sahaja..alasan untuk rajin menulis atau tidak menulis, semua itu boleh di cipta..nak 1000 daya tak nak 1001 dalih..
Wallahu'alam..
~Hidup Jangan Beralasan~
Ini Langkahku Tercipta
Bismillahi Walhamdulillah..
Selepas 5 hari penulis berehat setelah diberi cuti oleh doktor, alhamdulillah penulis bagaikan mati hidup semula..Semangat dan tenaga kembali terisi setelah bermuhasabah dan koreksi diri selama menjadi hambaNYA di dunia ini..buat para pejuang di luar sana, penulis tujukan lagu dibawah ini sebagai pembangkit semangat kita semua dengan harapan agar kita terus mencipta langkah maju ke hadapan seiring dengan situasi dan keadaan semasa kerana inilah langkah kita....
Powered by eSnips.com |
*Sila klik untuk mendengar
Ini Langkahku - Shoutul Harakah
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad
Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku
Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan
Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman
Langkah Tercipta - UNIC
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
~Berjuang,berjuang & Terus berjuang~
Bank ke-3 di UIA
Bismillahi walhamdulillah..
For the 1st time, me and all my classmates in quantity surveying course telah mengadakan site visit ke tapak pembinaan yang di namakan Tan Sri Azman Hashim Building ( In front of CAC building )..
Projek ini supposely siap 31 Julai yang lepas tetapi terpaksa dilanjutkan kontraknya ( Extension of Time ) atas beberapa sebab-sebab tertentu..Sekadar perkongsian untuk semua, projek ini bernilai lebih kurang 6.28 juta yang telah dilaburkan oleh Tan Sri Azman Hashim ( The owner of Ambank ).
Bangunan ini insyaallah akan beroperasi sepenuhnya selepas hari raya Puasa..
Kalau sebelum ini, bank yang ada di UIA hanyalah dua jenis bank sahaja iaitu Bank Islam & Bank Muamalat, dengan siapnya bangunan Tan Sri Azman ni, akan wujud bank ke-3 di UIA ni iaitu Ambank..
Selain itu, didalam bangunan ini juga akan ada eksklusif kafetaria, multipurpose hall dan beberapa pejabat awam..
akhir kalam,semoga projek ini dapat siap seperti yang telah dirancang.Insyaallah..sekadar perkongsian buat kali ini..wassalam
p/s : Tahniah buat PKPIM atas penganjuran kongres pelajar semalam.
pp/s: Jutaan terima kasih buat kak muakhahku, k.nurul juga sifuku,ust. syaari kerana sudi tumpangkan naik al-fateh semalam..teruja mendengar perkongsian kalian dalam kereta bersama rausyanfikir..(^_^)
[ kerja-kerja akhir iaitu pemasangan longkang ]
[ sesi memasang finishes kat tandas ]
[ cuba teka apa ni??]
jawapannya 'bilik termenung' untuk pekerja :)
~Begin With The End Of Mind ~
Hebatnya "TARBIYAH" FRU
Salam anti-ISA,
Pertama-tamanya tahniah di ucapkan buat semua pejuang Islam yang berani,lantang dan tegar turun berdemo semalam..Tanggal 1 Ogos 2009 telah mencatat sejarahnya yang tersendiri..Yang turun berdemo semalam mungkin ada pengalaman dan coretan peribadi masing-masing untuk diceritakan kepada anak cucu generasi akan datang..
Ada sahabat yang merasai peritnya terkena gas pemedih mata..tak kurang juga yang basah kuyup kerana terkena semburan water cannon..ada juga sahabat yang merasai nikmatnya naik trak polis..semua peristiwa dan pengalaman tersebut bukanlah titik noktah untuk lari dari perjuangan, bahkan ia sebagai semangat dan suntikan untuk terus bangkit berjuang membela rakyat dan Islam khususnya..Allahuakbar!!
Melihatkan suasana demo semalam yang penuh dengan keganasan FRU, terdetik di hati tentang bagaimanakah 'pentarbiyahan' yang diterima oleh FRU sehingga begitu hebat menyerang rakyat tanpa perasaan belas dan berhati perut..
Bilamana melihat keganasan pihak FRU ni, terlintas di fikiran akan tentera-tentera Israel yang menindas dan membunuh rakyat Palestin..saya tidak hairanlah kenapa tentera Israel ni tidak ada hati perut kerana 'pentarbiyahan' yang diterima oleh mereka sememangnya dasyat..Mereka ini terdiri daripada anak luar nikah yang mana hidup sebatang kara tanpa saudara mara..Mereka telah di doktrin secukupnya agar bersikap ganas dan kejam terhadap sesiapa saja tanpa ada sekelumit pun perasaan belas di samping kena patuh dan akur dengan kerajaan Israel sahaja kerana kerajaan Israel lah yang membela dan menjaga periuk nasi mereka..itulah 'marhalah tarbiyah' yang telah diterima oleh tentera Israel..
Bagaimana dengan FRU??Hebatnya 'tarbiyah' mereka sehingga mampu memukul rakyat dengan cota tanpa sedikit pun perasaan belas..tak terfikirkah mereka jika yang dipukul itu ibu dan ayah mereka??Saya tinggalkan coretan ini bersama-sama dengan beberapa keping gambar demo anti-ISA untuk di tatapi bersama..
Kepada semua FRU,moga-moga entri ini dibaca atau terbaca oleh anda di luar sana untuk muhasabah diri kembali..Janganlah terlalu bersikap 'dengar & taat' sahaja apa-apa arahan dari pihak kerajaan..Fikirlah untuk kebaikan dan manfaat semua..Jika hanya kerana terpaksa bekerja demi untuk menjaga periuk nasi korang, rakyat bersedia dan sanggup bila-bila masa sahaja untuk tampil ke hadapan membela anda kembali..Anda bela kami, kami akan bela anda! Lu fikirlah sendiri (^_^).wassalam
[Apabila FRU mula mengganas...]
[ Suasana apabila menerima 'hadiah' dari FRU ]
[ Rakyat tetap bangkit menentang kezaliman-Makkal Sakti ]
[ Para Muslimah penentang Akta Zalim datang dari salah 1 lokasi berhampiran Sogo dan bergerak untuk bergabung dengan para penentang Akta Zalim ISA yang datang dari arah Masjid Jamek. Tahniah untuk para Muslimah yang berjiwa kental. ]
~Berjuang,berjuang & terus berjuang.~