Aquasprite Theme Demo

Cuti-cuti Malaysia

25 November 2008 , Posted by Syaheed at Tuesday, November 25, 2008

Salam Optimis

Hmm..cuti-cuti nie saya agak sedikit malas untuk meng’update’ blog nie..tapi kali ni menggagahkan diri gak untuk mencoret walaupun sedikit..bak kata Dr.’Aidh Abdullah AlQarni,
kita kena cuba menghasilkan karya walaupun kita tak berbakat..kalau kita tengok ulama’ dulu.kehebatan mereka terserlah kerana karya dan penulisan mereka..Ibn Taimiyyah menulis empat topik dlm sehari dan setiap buku diselesaikan dalam seminggu. Buku beliau menjadi rujukan lebih daripada 1000 penulis lain..hebat kan??aku??huhu..insyaallah..BAKAT bukan dicari,bukan dinanti.

[ Gambar kenangan bersama pengantin]


Cuti-cuti nie ramai gak orang buat kenduri kahwin..k.nadiah suhane baru jer selamat melangsungkan majlisnya.Alhamdulillah.yang menanti plak k.nurul syuhadah shuib yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 10/12/08 ini..kak muakhahku,moga hidupmu bahagia

Sebenarnya cuti ni banyak bende nak kena buat, tapi diri ni tak begitu teruja untuk membuat sebarang kerja..allahuakbar!!mana hilang semangatku.huhu.

Tadi ziarah blog seorang sahabat..dapatlah sedikit semangat dari blog beliau..betapa diri kita ni banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan terpikul yang mana perlu dilaksanakan..aduh!takutnya..bila pikirkan apa yang aku dah buat selama ni..ibadah apa yang boleh aku bawak jumpa Allah nanti..adakah segala amalan kebaikanku dikira oleh Allah atau ibadahku zero..kalau aku mati ni adakah orang akan menangis atau gembira dengan pemergianku atau pemergianku nanti tidak memberi kesan sekelumit pun terhadap orang sekeliling..Ya Allah,takutnye..astaghfirullahal’azim..bila fikirkan banyak nya gelak tawaku di dunia,mungkinkah aku akan byk menangis di akhirat nnt..nauzubillah..moga aku tergolong dalam hambaMU yang soleh..amenn..end


~Berjuang..berjuang & terus berjuang..~

Currently have 0 comments: