Aquasprite Theme Demo

Jom!!Rebut PANGKAT istimewa ini:)

01 December 2008 , Posted by Syaheed at Monday, December 01, 2008

salam optimis,

"yea!!yea!!...posmen maghi.."adikku amy menjerit..dia pon berlari-lari g amik surat.dia ingatkan surat result exam dia la tu..rupe2 nyer surat cinta untuk saya.tq dik tlg amikkan..hehe..surat CINTA?ecehh..secret admire hantar..well..u know me:)..percaya ke?hehe..sebenarnya surat jemputan walimah daripada kak senior sekampus,kak Wan Nur Hafizah Wan Aziz dgn pasangannya Mohd Nuzul Ridhwan Mohd Nathani..yg akan berlangsung pada 11hb disember ni..adush..jadual full dgn jemputan walimah jer..saya bile plak?eceh..tungguuuu...:)

eh,apa kaitan tajuk PANGKAT dgn walimah nie plak??haa..sempena sahabat-sahabat saya yang baru dan akan bergelar isteri kepada seorang suami ni,saya ingin memberi sedikit tips ? bagaimana untuk mendapat pangkat isteri solehah:)


Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kita kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga,iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu,puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita ni.Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk.Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya
dengan tali (disuruh membuat itu dan ini).ish3..

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu
amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh.Isteri yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan
kedudukannya di dalam syurga.best kan?nak jadi camtu tak?haa..rebutlah pangkat ni..

Pangkat wanita solehah yang bertaqwa ni tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Senang ke nak dapat pangkat ni?ish3,susah sahabat2..Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Ayuh sahabat!!Kita banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata,telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan.Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.moga-moga kita semua tergolong dalam kalangan mereka..amenn

p/s : time taip entri nie,kepala asyik dok teringat nasyid Isteri Solehah nyanyian daripada grup The Zikr..terharu sangat lagu tu..:)

~~BErjuang...Berjuang..& terus berjuang..~~

Currently have 0 comments: